Sesal

Selena Rosellea menangis. Tangan menyeka air mata yang bercucuran di pipi. Kepala sakit kerana benturan di dinding tadi.

Tiba- tiba ada tangan yang menekup mukanya dengan kain hitam dan mulut disumbat dengan kain kecil untuk supaya tidak mengeluarkan suara jeritan.

Gadis itu cuba mengeluarkan suara namun tidak berdaya dek kain yang ada di dalam mulut. Badan meronta untuk cubaan melepaskan diri. Tubuh diangkat lalu diletakkan ke atas bahu sesorang tangan pula diikat ke belakang badan. Pergerakkannya kini terkunci.

" Eh, diamlah budak!!! Aku patahkan tengkuk kau baru tahu!!!" Mendengar amaran dari lelaki yang mendukungnya itu dirinya segera berhenti meronta. Mata tidak dapat melihat suasana di kawasan yang dilalui itu. Hanya hitam.

Bunyi sebuah pintu dibuka dan langkah lelaki itu terhenti. Kini dia didudukkan ke sebuah kerusi pula dengan kondisi yang terikat. Mata masih gelap kerana kain hitam yang menutupi muka.

Ada beberapa suara yang sedang bercakap antara satu sama lain di situ. Ada pergerakkan di sekelilingnya.

"Mhmph! Mhmph!" Selena meronta- ronta.

Satu tangan menggapai kain hitam yang menutupi kepalanya dan seluruh wajah. Penutup dibuka. Kini matanya melihat beberapa orang yang tidak dikenali oleh dirinya.

Namun, satu wajah yang dulunya pernah dia jumpa suatu ketika dahulu, 20 tahun yang lalu. Orang itu ialah Jack yang telah menculik ibu dan saudara kembarnya.

" Hai! Selena Rosellea Smith! Kita jumpa lagi setelah 20 tahun tak berjumpa, kan?" Ujar Jack lalu ketawa sinis di hujung ayat.

' Smith? Oh,ya tu nama keluarga ayah...' bisik hati gadis yang terikat itu.

" Lama dah aku cari kau dan mak kau, tapi sekarang hanya ada kau saja! Aku lepaskan mak kau, tapi kau seorang yang harus mati. Tapi jangan risau... Sebab aku tak akan bagi rasa sakit pun dekat kau. Aku dah pasang bom dekat yacht ni." Sambung Jack lalu ketawa keras.

" Dekat sini daging kau akan hancur dan hangus! Sekali letup saja dah hancur, jadi tak ada rasa sakit. Don't worry, child! Sambungnya lagi. Kini mata memandang tepat ke gadis yang mulut dan badannya tidak dapat bergerak.

Jack dan konco-konco nya bergerak ke pintu belakang yacht tersebut untuk melarikan diri agar dirinya juga tidak dibom juga.

" Say hello to your father in... Hell." Ujar Jack sambil selamba melambai ke arah Selena Rosellea.

Mata Selena meluas saat Jack berkata seperti itu. Perasaan takut menyelubungi jiwa gadis itu. Tidak tahu untuk mengungkapkan perasaannya saat ini. Ajalnya sudah sampai.

" Ibu!" Pikirannya hanya ada ibunya.

" Ayah, Ray... Ena... Datang....," mata dipejam rapat. Terima akan ajalnya yang bakal tiba dalam beberapa saat sebentar lagi.

.

.

.

Gerard Parkinson dan Jeremy yang tadinya melepaskan pegangan Steven Hilderson kini mengekori Selena Rosellea yang sedang pergi itu.

" Mana Selena pergi, wey?!" Tanya Jeremy Lee kepada Gerard Parkinson. Tercungap- cungap mereka saat mengejar Selena Rosellea namun tetap juga gadis itu hilang dari pandangan. Mata melilau melihat sekeliling.

" Mana aku tahu! Kalau aku tahu lain lah!" Balas Gerard Parkinson dengan nada yang sedikit meninggi. Jeremy Lee menjeling Gerard Parkinson geram.

" Eh, wey! Apa pasal yacht tu terang sangat. Macam ada orang. Kau tengok tu!" Mata Gerard terpandang ke kawasan jeti yang terdapat beberapa yacht namun hanya ada sebuah yang terang- benderang.

Mereka berdua berpandangan satu sama lain. Mereka kini bergegas lari menuju jeti.

Mereka sampai di jeti yang tadinya mereka nampak melalui Moonlight Eclipse Hotel. Apa yang tidak disangka, di hadapan pintu yacht tersebut terdapat sebuah bom bermasa. Jeremy bertindak membuka pintu tersebut. Yang dilihat Selena Rosellea yang sedang terikat berada di sudut dinding dengan mata terpejam rapat.

Mata mereka tidak percaya apa yang dilihat. Ada bom dan ada Selena Rosellea!

" Remy! Kita kena pergi! Kita kena... Tinggalkan dia!" Gerard menarik lengan Jeremy Lee.

" Tak! Aku takkan biarkan dia dekat situ! Aku nak pergi selamatkan dia!" Teriak Jeremy Lee sambil menepis tangan Gerard Parkinson.

Hitungan masa 3 saat, 2 saat , 1 saat-

Melihat hitungan detik itu semakin suntuk, Gerard Parkinson menarik keras Jeremy Lee yang cuba masuk ke dalam tempat Selena Rosellea diikat.

0 saat! Tetttt-

BOOM!!!

" SELENA!!!" Jeremy Lee yang terjatuh bersama Gerard Parkinson teriak memanggil nama si gadis. Mereka berdua terselamat dari letupan itu, namun... Tidak dengan Selena Rosellea.

Bahagian depan yacht itu hancur dan mula karam di situ.

Serpihan yacht dan tebaran daging memenuhi jeti itu. Mereka melihat kenderaan air yang semakin tenggelam ke dasar itu. Jeremy Lee mendekati ke sana.

" Dia dekat dalam tu, Gerard! Dalam tu!" Jeremy Lee menarik kolar baju Gerard. Memarahi lelaki itu kerana menghalang dirinya menyelamatkan gadis itu.

.

.

.

Puan Helen yang kini dalam pelukan Tuan William Hilderson sedar. Wajah lesu akibat kehilangan banyak darah. Tadi dia mendengar suara teriakan Steven yang memarahi Selena Rosellea. Dia sedaya upaya untuk bersuara dan membuka kelopak mata yang asyik saja ingin tertutup.

" S, Steven... Bu, bukan... S, Selena... Yang ti,tikam...Ma,Mama...," Puan Helen Hilderson bersuara. Gagap menyebut satu persatu perkataan yang ingin disampaikan kepada Steven.

Anak mata membesar. Steven Hilderson terkejut dengan penjelasan Puan Helen Hilderson. Dengan laju dia merapati Puan Helen yang sekarat itu.

" Apa maksud Mama bukan Selena? Steven nampak dia pegang pisau tu tadi! " Ditatap wajah sang ibu yang sekarat itu. Wajah mengelus wajah wanita paruh baya itu dengan lembut. Menanti jawapan Puan Helen dengan segera.

" O,orang... La,lain...Mu,muka dia... Sa,sa,sama... De,de..." Tergagap bicara Puan Helen lalu wanita itu pun menghembuskan nafas terakhirnya di pangkuan si suami tercinta.

Steven Hilderson terkaku saat itu. Air mata jantan jatuh ke pipi. Dua perkara yang baru sahaja berlaku telah membuatkan dirinya bingung sekali gus terkejut besar.

" MAMA!!!" Dipeluk erat mayat sang ibu yang masih hangat itu.

" HELEN!!!" Tuan William Hilderson tak mampu menahan tangisnya.

Tuan William Hilderson yang tadinya memangku tubuh sang isteri yang baru meninggal dunia kini tergamam. Mereka kaget.

" Selena!" Gumam Steven Hilderson setelah mengingat kata- kata sang ibu tadi. Bayangan wajah Selena muncul di benak kepala. Satu sesalan wujud di dalam dirinya.

BOOM!

Letupan di luar hotel kedengaran jelas suaranya. Para tetamu terkejut lalu mereka melihat suara letupan yang datangnya dari arah jeti. Yacht yang semakin karam dan serpihan besi bertebaran di sana. Semua berlari laju turun ke jeti.

Steven Hilderson juga turut sama pergi untuk melihat apa yang berlaku.

Mereka melihat dua orang yang dikenali , iaitu Gerard Parkinson dan Jeremy Lee sedang bergaduh di sana. Mereka bertumbuk.

Bau hamis daging yang terbakar merasuki rongga hidung.

" Gerard! Kau bodoh sial!" Jeremy Lee menumbuk muka lelaki itu dengan keras sehingga gusi lelaki itu berdarah.

Gerard Parkinson meludah air liur bercampur darah tersebut dan menolak dinding pipi nya dengan lidah. Dia membalas tumbukan Jeremy Lee dengan sepakan di perut Jeremy sehingga lelaki itu terundur ke belakang sambil memegang perut. Dia meringis kesakitan.

Steven Hilderson tiba di sana lalu meleraikan pergaduhan itu.

" Woi! Kenapa dengan korang ni, hah?!" Jerit Steven Hilderson kepada dua lelaki muda itu.

Anak mata merenung Steven Hilderson dengan perasaan amarah. Jeremy Lee berjalan menuju ke arah Steven Hilderson sambil mengepal buku lima. Bersedia untuk menumbuk lelaki itu.

"Bbrak!" Jeremy Lee selamat mendaratkan satu pukulan ke wajah Steven sehinggakan lelaki itu tertoleh ke kiri.

" Remy!" Serentak Isaac Lee, Tuan Matthew, Puan Anne dan semua yang ada di situ. Tergamam dengan aksi berani Jeremy Lee yang memukul ketua Mafia Golden Dragon itu.

" Ka,kau! " Jeremy Lee memandang Steven.

" Kau tahu siapa dekat dalam tu tadi?" Tanya Jeremy Lee kepada Steven Hilderson. Steven bingung sambil memegang pipi yang ditumbuk tadi. Mencari jawapan dari soalan sepupunya itu.

" Gerard...?" Steven Hilderson bertanya kepada Gerard yang tercegat berdiri.

" Heh! Selena ada dalam tu tadi!!! Dia dah MATI!!!" sambung Jeremy dengan memberi jawapan kepada soalan sendiri. Gigi diketap sehingga rahang terlihat jelas.

Tergamam dengan jawapan diberikan oleh Jeremy Lee. Steven memandang kembali Gerard. Kali ini lelaki muda itu menunduk memandang lantai jeti. Tidak mahu memberikan jawapan kepada Steven Hilderson.

" Ta,tak... Mungkin!" Kepala digeleng kasar. Tidak percaya apa yang dikatakan oleh sepupunya itu.

Dengan langkah kaki yang laju, Steven berlari ke hujung jeti lalu berlutut. Dilihat yacht yang sepenuhnya karam tenggelam jauh ke dasar.

"SELENA!!!" gema suara jeritan memenuhi kawasan itu.