Malam tanpa bulan

Ben Huang berlari bagi mendapatkan tuannya untuk memberitahu perkara dan berita yang mustahak. Riak cemas jelas terlihat di wajah. Peluh dingin memenuhi kulit. Nafas diatur saat berlari mencari Rafael Alexander.

Pintu dibuka tanpa diketuk. Rafael Alexander yang sedang menatap layar komputer kini beralih ke Ben Huang yang tercungap- cungap setelah berlari. Kening kiri terjungkit ke atas, bingung dengan aksi Ben Huang itu.

" Tu, Tuan... Huff-" Ben Huang berusaha mengatur nafasnya.

" Selena Rosellea..." Ben Huang masih lagi mengatur nafas. Rafael Alexander pula setelah mendengar nama si gadis kini memandang serius lelaki di hadapannya. Walaupun hatinya masih kecewa dengan gadis itu setelah memilih Steven Hilderson, rasanya cintanya seakan menghalang dirinya untuk melupakan gadis itu.

" Dah MATI!!!" Sambung Ben Huang. Rafael Alexander tergamam. Dia bangkit dari kerusi menuju ke arah Ben Huang.

" Kau jangan cakap asal kau saja, Ben!!! Aku bunuh kau!" Ugut Rafael Alexander.

Kolar sut Ben Huang ditarik kuat. Mata meluas menatap tajam Ben Huang.

" Sahih, Tuan! Berita dah tersebar luas. Malam itu, Helen Hilderson juga meninggal kena tikam! Selena pula... Mati di... Bom...oleh gangster Red Hawk menurut CCTV di Moonlight Eclipse Hotel." Ben Huang cuba menerangkan perkara itu.

Pegangan di kolar sut Ben Huang, dilonggarkan. Tangan terketar- ketar saat menerima berita itu. Otak lelaki itu bercelaru.

" A,aku... Tak patut tinggalkan dia dekat sana...!" Rafael Alexander duduk terkulai lemas di sofa dalam bilik kerjanya.

.

.

.

Sebuah kereta terparkir di lorong sebuah kejiranan yang agak usang.

Dilihat Encik Parkinson sedang bertemu dengan seorang wanita paruh baya. Steven Hilderson pula hanya duduk termenung di dalam kereta mewah miliknya itu. Tatapan nya kosong. Terselah biji mata yang kemerahan akibat menangis terlalu lama. Lingkaran bawah mata jelas dengan rambut yang agak serabai.

Puan Serena menutup mulutnya dengan kedua- dua belah tangan. Mata mula manjatuhkan benih- benih air mata yang mencium pipi. Berita yang baharu saja dia dapatkan itu telah membuatkan dirinya tidak dapat berkata- kata.

" Ena..." Puan Serena Thalia cuba untuk bersuara, namun kesedihan kehilangan satu- satunya anak yang tersisa setelah pemergian suami dan anak kembar, Esmeray Velarea menyebabkan kesedihan bertambah perit. Kini dia berseorangan di dunia yang penuh dengan penipuan dan kekejaman ini.

Dia terduduk lemas di hadapan pintu. Suara tangisan dapat didengari hingga ke tempat parkiran kereta mewah Steven Hilderson. Encik Parkinson cuba menenangkan Puan Serena Thalia yang sedang menangis tanpa henti. Setelah itu, dia meminta untuk mengundurkan diri dari tempat itu.

" Sebab ini lah Ibu tak mahu Ena terlibat dengan dunia gelap ni..." Gumam Puan Serena Thalia sendirian disela tangis.

Encik Parkinson berasa bersalah saat itu. Dia teruskan perjalanan kaki ke kereta.

Encik Parkinson masuk ke dalam kereta. Dia melihat Steven Hilderson melalui cermin pandang belakang kereta tersebut. Melihat keadaan Tuan Muda tersebut yang tidak terurus itu menyebabkan satu tanda tanya timbul di benaknya.

Sebenarnya dia tidak menyangka bahawa lelaki yang selama ini kejam membunuh musuh, yang tidak ada simpati terhadap orang lain kini seolah tidak bernyawa. Sesungguhnya kehilangan seseorang yang dicintai itu pahit.

Saat pertama kali dia mendapatkan arahan dari Tuan Muda nya untuk menyelidiki tentang Selena Rosellea Parker, dia menganggap lelaki itu hanya ingin bermain cinta dengan gadis naif itu. Tetapi... Sebaliknya.

Encik Parkinson menghidupkan enjin kereta untuk beredar dari kejiranan usang itu.

.

.

.

Patrick 's Resident

" AHAHAHAHAH! Perempuan sial tu dah mampus! AHAHAHAHAH!" Tawa Edora Patrick memenuhi bilik kosong yang hanya ada sebuah katil polos sahaja. Teriakan gadis itu deras berbunyi memenuhi rumah itu.

" Maafkan Papa, Dora... Papa tak tahu apa yang jadi dengan Dora sekarang ni... Papa tak tahu apa yang Dora nampak masa tu... Maafkan Papa..." Lionel Patrick melihat anak tunggalnya itu dibalik cermin kaca . Gadis itu dikurung bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Sejak malam itu, Edora Patrick telah menjadi hilang akal sihatnya.. Senang kata sudah menjadi gila. Semua yang dilihat olehnya semasa kejadian pembunuhan Puan Helen Hilderson itu telah menjadikannya seperti kehilangan waras. Ada perkara yang hanya dia sendiri yang tahu.

.

.

.

Lee's Resident

Tok! Tok!

Pintu diketuk lalu tangan mencapai tombol pintu untuk membukanya. Namun, pintu tetap gagal dibuka dari luar.

Suasana bilik gelap gelita tanpa secebis cahaya lampu dan hanya bertemankan kilauan cahaya bulan yang menyusup dibalik langsir.

Jeremy Lee meringkuk berselimut di atas katil nya. Lelaki itu mendengar ketukan pintu tadi, namun dia tidak memberi sebarang sahutan. Hanya mengunci bibir kerana waktu ini dia tidak mahu berjumpa dengan sesiapa pun bahkan ahli keluarga sendiri. Sengaja dia mengunci pintu tersebut bagi tidak membenarkan sesiapa pun mengganggunya. Dia ingin bersendirian.

" Remy?" Panggil Puan Anne Lee. Senyap tiada balasan.

Puan Anne Lee yang berada di balik pintu bilik itu berdiri pasrah. Tiada jawapan dari sang bongsu. Dia berlalu dari situ sambil mengeluh berat.

Puan Anne Lee menuruni anak tangga menuju ruang tamu. Kelibat dua orang yang dikenali dilihat sedang duduk di sofa.

Wanita itu melabuhkan punggung di sofa seraya mengeluh.

" Macam mana, Anne?" Tanya Tuan Matthew Lee kepada sang isteri yang sedang duduk.

" Macam biasalah. Ketuk- ketuk saja senyap," balas Puan Anne Lee.

" Biarlah dia nak menyendiri. Trauma dah budak tu. Kesian anak kita tu" Ujar Tuan Matthew Lee.

" Saya sekarang ni lagi kesiankan Steven dan William. Ibu dia tu kakak kandung saya, saya pun tahu rasa kehilangan orang yang dekat dengan kita." Balas Puan Anne Lee. Mata mula berkaca mengingat sang kakaknya, Helen.

Tuan Matthew Lee memeluk Puan Anne Lee dengan erat sambil menggosok lembut belakang badan isterinya yang menangis itu.

" Dah, dah. William ada panggil kita pergi kubur esok. Baik kita pergi tidur. Lagipun banyak benda kita nak urus untuk esok." Kata Tuan Matthew Lee. Isterinya mengangguk kecil. Air mata diseka menggunalan lengan bajunya.

Isaac Lee pula ralit meneroka berita hari ini. Berita pembunuhan dan pengeboman memenuhi ruang media sosial saat ini. Pelbagai spekulasi timbul tentang kejadian tragedi banquet di Moonlight Eclipse Hotel.

Namun, gengster Red Hawk yang tiba-tiba menghilang menjadi satu tanda tanya buat dirinya. Kumpulan itu seolah terbang dihembus angin lalu. Senyap tiada khabar. Bahkan dengan kuasa Steven Hilderson sebagai orang berkuasa juga tidak dapat menjejaki kumpulan itu. Sudah di cari di semua pelusuk negara, tetap juga tidak jumpa.

.

.

.

Parkinson's Resident

Terlihat Selena Rosellea sedang terikat di hujung dinding yacht. Mata gadis itu dipejam rapat. Dalam beberapa saat bom meletup. Serpihan yacht dan bau hamis daging terbakar menyelubungi kawasan itu.

Kelopak mata yang tertutup itu berkerut- kerut. Badan dipenuhi peluh.

Tiba- tiba , Gerard tersedar dari mimpi ngeri lalu menyandarkan diri di kepala katil. Nafas tercungap- cungap. Jantung bergerak pantas. Peluh menitik di dahi.

"Selena..." rambut buzz cut itu diraup ke belakang. Dia bermimpi ngeri malam ini. Satu sesalan wujud di benak. Riak wajah kecewa jelas terpapar.

"A,aku... minta maaf... Selena... "

"Aku tak dapat selamatkan kau... " sambung Gerard Parkinson.

Gerard bangun lalu berjalan ke arah tingkap. Melihat langit yang menggelap dek awan yang menutupi bulan. Bahkan tanpa cahaya bulan, kawasan itu menjadi gelap. Malam ini, malam tanpa bulan.

The moon once watched, so full, so bright,

now hides away, lost in the night.

Just like your voice, just like your face,

a silent ache time won't erase.