Amira duduk di sebuah pondok sambil melihat semua rakan-rakannya bergembira.Mana tidaknya mereka bakal menghadapi dunia pekerjaan di luar sana.Nanti ada yang akan merantau ke luar negara untuk menyambung pelajaran ataupun bekerja.
Ada yang membawa keluarga bersama.Ayahnya tak dapat datang kerana hal pekerjaan.
Ada yang menangkap gambar bersama keluarga dan juga kawan-kawan.
Kalaulah Maisarah ada...
Mesti dah kecoh nak tangkap gambar.Kata... Nanti aku rindu kau Amira...
Dia tergelak seorang diri.
Raziq???
Dia memandang ke arah Raziq yang bersama Raisya.Mereka menangkap gambar bersama-sama.
Haih kenapalah dia cepat berputus asa.
Raziq tak akan ingat kau semula.
Raziq dah ada orang lain.
Raisya lagi cantik dari kau.
Kenapa semua benda ni menghantui dirinya.Jujur sebenarnya aku sudah jatuh cinta dengannya.Tapi kenapa sebelum ini aku mensia-siakan.
Seseorang duduk di sebelah Amira.Amira menghiraukan orang tersebut.Lantaklah nak buat apa janji tak kacau dia nak melayani perasaan.
"Kau suka dia kan?"orang itu bersuara.
"Kalau kau suka dia...kau tak boleh putus asa macam tu je.Kumbang bukan seekor."
Amira mengeluh.
"Tapi aku tak tahu kenapa aku tak boleh move on.Aku rasa macam menyesal sangat sebab sebelum ni aku tak hiraukan dia walaupun dia dah tunjukkan sebenarnya dia suka kat aku."kata Amira.
Amira memandang ke arah orang itu. Zikri ni memang tak habis-habis bersama dengannya.
" Jodoh , ajal ,kejayaan semua terletak kat tangan tuhan.Macam sekarang ni pun dah dikira jodoh." kata Zikri tersengih.
" Eee...jodoh?" Amira sudah mengerutkan dahi.Nak bagi pickupline agak-agaklah.
" Sorry sikit eh? Jodoh bukan untuk bercinta jer tau.Jodoh tu maknanya bertemu." kata Zikri.
Amira sudah tergelak.Selama ini dia ingatkan jodoh itu hanya untuk bercinta. Apalah kau ni Amira.
"Hey Amira... Malam ni cuba awak kira bintang kat langit ada berapa nanti jumpa saya esok."kata Zikri.
"Ok." Amira tersenyum.
"Amira, maaf Ayah lambat sampai." kata Encik Hisham.
"Tak mengapa...Amira ok lah.Ni ada kawan temankan Amira kat sini.Tak adalah Amira sorang-sorang."kata Amira kepada Encik Hisham lalu memandang Zikri yang sudah mengerutkan dahinya.
"Assalamualaikum."Encik Hisham menyalam tangan Zikri.
"Waalaikumussalam."Zikri menyambut huluran tangan Encik Hisham.
Amira berasa pelik...Kenapa Zikri mengerutkan dahinya macam nampak hantu.
"Amira,jom balik." kata Encik Hisham.
"Baik Ayah.Bye Zikri." Amira melambai Zikri lalu mengikuti ayahnya.
* * *
Zikri duduk di atas atap rumahnya pada waktu malam.Sambil dia melihat bintang-bintang.
"Amira...kenapa awak tak ingat langsung?Ataupun aku tersilap orang?"
Dia menikmati pemandangan.Hari ini nampaknya sejuk di luar.
Macam mana dengan Amira ya?Mesti tengah mencari jawapan.Dia tergelak.
Tiba-tiba ada air menitik di mukanya.Setitik demi setitik jatuh ke mukanya.Dia sudah berasa seram sejuk.
Nak hujanlah...amendelah Zikri ni fikir bukan-bukan.
Zikri terus masuk kedalam biliknya.
* * *
Satu
Dua
Tiga
Empat
Aih macam mana nak kira semua ni.
Amira mengira bintang di luar.Ayahnya yang melihat hanya menggeleng kepala.
Sudah macam budak-budak Amira ini mengira bintang pula.
"Aduh macam mana ni." Kata Amira.
Ayahnya yang hanya duduk pergi ke arah Amira.
"Amira tahu kan?Bintang kat langit mana boleh kira."kata Ayahnya sudah tergelak.
Amira memandang ayahnya.Boleh pulak gelakkan.Tapi memang betul kan bintang mana boleh kira.
Haih Zikri ni saja je nak buat orang jadi bodoh.Siap kau aku jumpa kau esok aku hempuk² dia.
* * *
"Amira!" Zikri sudah berada di hadapan rumah Amira dengan membawa kereta.
Amira sudah memandang Zikri tajam.Zikri pula menelan air liur.Dia ada buat salah ke?
Amira masuk ke dalam kereta Zikri.
Suasana senyap seketika di dalam kereta tersebut. Sampailah mereka sampai di destinasi yang dituju.
"Kenapa senyap ni?"tanya Zikri sudah melabuhkan punggung di kerusi panjang yang disediakan khas di taman itu.
Amira pun duduk di situ tetapi jauh sedikit dari Zikri.
"Okay apa jawapannya."tanya Zikri.
"Kau memang nak buat aku jadi bodoh eh?Bintang mana boleh kira?Dah lah ayah saya duk gelakkan saya sebab kira bintang.Padahal bintang tak terkira."kata Amira.
"Eh orang tanya jawapan,dia membebel."kata Zikri.
"Orang dah jawab kan?"kata Amira.
"Nak jawapan je tak nak bebel."kata Zikri.
"Bintang tak terkira."kata Amira sambil memandang Zikri untuk melihat reaksi Zikri.
"Macam tu lah cinta saya kepada awak.Tak terkira."jawab Zikri.
Amira tersentak dengan jawapan Zikri.Sudah dia sudah cair dengan ayat itu.
Zikri memandang ke arah Amira yang tiba-tiba senyap itu.Dia sudah tergelak kecil lalu memandang ke arah kanak-kanak yang bermain di taman itu.
Amira memandang ke arah Zikri yang sedang khusyuk memandang ke arah kanak-kanak yang sedang bermain.
Zikri apa kurangnya?Hensem,baik.Tapi kenapa hati ini?Mungkin hatinya masih berada pada Raziq.
Zikri yang perasan Amira asyik memandangnya terus memandang Amira.
"Hensem sangat ke saya ni sampai awak pandang saya sampai macam tu sekali."
"Tak mana ada." hati Amira berdebar.Perasaan berdebar ini tak pernah ada sebelum ini.Dia mengalihkan pandangannya.
Terburai ketawa Zikri apabila melihat Amira sudah malu-malu.
"Dahlah jangan gelakkan orang!"marah Amira sambil memukul-mukul bahu Zikri.Jahat punya Zikri.
"Okay.Dah dah jangan pukul sakitlah."kata Zikri.
Tau takut.
Suasana terus senyap.Hanya ketawa kanak-kanak yang kedengaran.
Amira memandang ke arah sekumpulan kanak-kanak yang sedang membuli seorang kanak-kanak perempuan lalu rakan lelakinya menyelamatkannya.Serta merta dia teringat sesuatu.
"Nak dengar satu cerita tak?"tanya Amira kepada Zikri.
"Apa dia?"tanya Zikri.
"Dulu... waktu saya kecil saya selalu kena buli.Dekat taman saya pun tak tahu kenapa budak tu suka sangat buli orang.Lepastu adalah budak lelaki ni acah berani sangat pergi selamatkan saya tapi dia pulak kena pukul.Kesian dia.Sejak dari hari itu kami berkawan.Susah senang bersama.Main masak-masak.Ha ha ha selalunya lelaki kan main bola dia pulak main masak-masak.Suatu hari saya tunggu dia tapi dia tak ada.Sampailah saya tahu yang sebenarnya dia dah pindah.Saya rasa macam.Wei kenapa kau pergi tak bagitau aku."Amira bercerita panjang lebar.
'Sebenarnya budak lelaki tu saya Amira.'
"Aku nak minta maaf."kata Zikri perlahan
"Apa dia?"tanya Amira yang tidak mendengar.
"Tiada apa-apa."jawab Zikri.
Amira melihat jam yang berada di tangannya.
"Jom balik." Kata Amira tersenyum ke arah Zikri.
"Hah? Oh , okay."kata Zikri lalu bangun dari tempat duduknya.
'Budak lelaki itu sudah berada di depan awak Amira. Penantian selama beberapa tahun berakhir disini.'
Sebenarnya Zikri tidak berani untuk berkata tentan itu kepada Amira.Dia takut Amira akan memarahinya.
Di sepanjang perjalanan untuk pulang itu suasana senyap seketika di dalam kereta itu. Selalunya Zikri ni bising je tahu tapi kenapa senyap semacam sahaja dia. Zikri pula kelihatan gelisah semacam.
"Awak okay?"tanya Amira.
"Saya okay sahaja."jawab Zikri.
Amira ragu-ragu.Zikri seperti ada menyimpan sesuatu.
TO BE CONTINUED ✨
1000 + words !!!
Wah ini pencapaian author yang author tak pernah dapat sebelum ini.
Sebelum ini 400+ , 300+ sahaja.
Wah rasa beruntung sangat bila PKP ni banyak idea zup zup
Rakan-rakan author yang membaca ni boleh lah baca buku ni
C I N T A
@bungalayuk
Saja promotekan 😆 ni cousin saya punya first cerita.
Jemput baca jangan malu-malu.
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA
Rabu, 20 Mei , 2020
13:02
[ 5% ] battery low...
Charge
✨💕✨💕✨💕✨❤️