BAB 9

Amira berjalan-jalan di sebuah shopping kompleks seorang diri ingin membeli barang dapur.

Sementara itu dia menyinggah di sebuah kedai makan.

"Eh?! Amira dah lama tak nampak."kata Mak cik Kiah pemilik restoran itu.

"Hmm... Biasalah Mak cik sibuk belajar. Semalam baru graduate."kata Amira tersenyum ke arah makcik Kiah.

"Lah ye ker. Tahniah! Hah lepas ni nak buat apa?"tanya Mak cik Kiah.

"Cari kerja."kata Amira sambil menyedut jus minuman.

"Dah fikir nak kerja apa?"tanya Mak Cik kiah.

"Tak fikir lagi."kata Amira.

Dia masih terfikir mahu bekerja apa.

Selepas sakan berborak bersama Mak cik Kiah dia meneruskan perjalanannya untuk membeli barang dapur.

Tiba-tiba seseorang menariknya sehingga masuk ke dalam tandas awam dan menyandarkan Amira ke dinding.

"Ra-Raisya?"

"Ya aku? Kenapa?"Raisya tersenyum sinis.

"Kau nak apa dari aku?" tanya Amira

" Aku nak kau jauhkan diri dari si Zikri tu ! " kata Raisya.

"Kau kan dah ada Raziq? Kenapa aku kena jauhkan diri dari Zikri pulak?" marah Amira.Eh perempuan ni... dah ada pakwe Dia nak pakwe aku pulak. Eh!

"Aku dekat dengan Raziq tu je sebab arahan bos lah! Bukannya aku suka dia. Aku suka Zikri. Eh dah lah kau dengar je cakap aku. Jauhkan diri dari Zikri." kata Raisya.

Apa? Selama ini Raisya mempermainkan hati Raziq?Jahatnya perempuan ni?!

Raisya berlalu pergi meninggalkan Amira yang sudah terkebil-kebil itu.

Apa harus aku buat?

* * *

" Hai honey sorry lambat tadi ada hal sikit." kata Raziq.

"Tak mengapa."kata Raisya dengan senyuman.Ceh plastik je lebih. Plastik pun tak fake macam kau lah.

" Sebenarnya I ada something nak bagitau kat you."kata Raziq.

"Apa dia?"

Raisya menutup matanya apabila Raziq menyuruhnya menutup mata. Raziq mengeluarkan sebentuk cincin dari poketnya.

"Will you marry me?"tanya Raziq kepada Raisya.

Raisya pula tersenyum sinis. Dia menolak tangan Raziq yang memegang cincin itu sehingga cincin tersebut jatuh ke lantai. Raziq pula tergamam.

" Cepat betul kan kau percaya dekat aku? " kata Raisya.

Raisya terus meninggalkan Raziq. Raziq mengutip semula cincin tersebut lalu mengejar Raisya yang sudah meninggalkannya.

" Raisya ! "

Raisya mempercepatkan langkahnya supaya Raziq tidak dapat mengejarnya.Raziq yang dapat mengejarnya terus memegang bahu Raisya bagi memberhentikan langkah Raisya.

"Pergilah." Raisya menolak Raziq sekuat hati sehingga Raziq terhantuk di tiang konkrit di shopping kompleks itu.

Raisya yang tergamam terus memandang ke arah Raziq yang memegang kepalanya.

"Aduh peningnya." kata Raziq. Dia memandang Raisya dengan pandangannya yang sudah kabur lalu dia pengsan di situ.

Raisya memandang ke hadapan. Di situ kelihatan Amira yang juga tergamam melihat situasi tersebut.

Raisya terus berlari meninggalkan Raziq yang terbaring di situ. Amira yang berada di situ terus berlari ke arah Raziq.

" Raziq ?" panggil Amira

Amira meminta tolong beberapa orang yang berada di situ untuk membawa Raziq ke hospital.

* * *

" Waalaikumussalam,Amira."kata Ayahnya apabila melihat anaknya sudah pulang.

Kelihatan muka Amira yang pucat kerana penat.

Dia meletakkan barang di dapur.Dia terus naik ke atas untuk membersihkan diri. Selepas mandi, dia menghempaskan dirinya di atas katil.

Leganya dapat berbaring selepas penat membeli barang. Dia teringat akan kejadian tadi.

Perlu ke Raisya buat macam tu?

Teringat pula kejadian dia berada di hospital

Flash back

Zakwan mempercepatkan langkahnya menuju ke arah wad yang bernombor 107.

Dia membuka pintu wad tersebut.Di situ kelihatan Amira yang sedang duduk di atas kerusi bersebelahan katil yang menempatkan Raziq.

Amira memandang ke arah Zakwan lalu tersenyum. Zakwan membalas senyuman.

"Macam mana?" Tanya Zakwan.

" Doktor cakap dia mengalami kegegaran otak.Doktor suruh dia berehat secukupnya." Kata Amira.

Zakwan hanya mendengar.

Amira bangun dari tempat duduknya.

" Nanti kalau dia dah sedar kalau dia cari aku cakap kat dia. Jangan cari aku. Sebab doktor kata kemungkinan ingatan dia akan pulih semula."kata Amira.

"Kenapa pulak? Kan bagus tu?"kata Zakwan tidak berpuas hati dengan kata-kata Amira.

Amira menggeleng kepala

"Aku tak nak dia terseksa bila bersama dengan aku."

End FLASHBACK

Amira mengeluh.

* * *

"Aduh." Raziq bangun sambil memegang kepalanya.Dia memandang ke arah Zakwan yang sudah tersenguk-senguk.

"Wan... Bangun." kata Raziq sambil menolak kepala Zakwan.

"Ha ye ye aku bangun."kata Zakwan.

"Kenapa aku kat hospital ni?" Tanya Raziq.

"Oh tadi Raisya tolak kau sampai terhantuk lepas tu kau pengsan. Amira bawa kau datang sini.

"Amira mana?" tanya Raziq. Zakwan hanya diam.

Tak boleh harap punya kawan. Raziq terus bangun dari katil lalu menuju ke arah pintu.

Zakwan terus menahan Raziq daripada keluar.

"Tepilah ! Aku nak cari Amira !" marah Raziq.

" Amira kata jangan cari dia."kata Zakwan.

"Argh... Kau buat cerita je lebih!" kata Raziq.

" Aku cakap betul lah ! Tolonglah Amira kata jangan cari dia."kata Zakwan.

" Tolonglah Wan... aku nak cari dia. Please..." suara Raziq sudah mendatar.

" Kalau...huh kalau aku bagi kau cari dia nanti dia marah aku. Dah lah Raziq aku tak nak tengok kau macam ni."

Air mata lelaki Raziq sudah tumpah. Dia menuju ke katilnya semula. Dia putus asa.

Zakwan kesian dengan sahabatnya itu.Tapi disebabkan amanat itu dia harus patuh. Dia tidak suka memungkiri janji.

"Maafkan aku , Raziq."

* * *

"Betul ke tindakan kau ni Amira?" tanya Zikri.

"Aku rasa inilah tindakan sewajarnya yang harus aku lakukan."kata Amira.

"Dan lagi satu... Kau kena jauhkan diri dari aku."kata Amira.

"Buat sementara waktu."

"Aku perlukan ruang."

"Untuk aku bertenang"

"Aku harap kau faham."

Zikri hanya tersenyum.

"Baiklah kalau itu yang engkau mahu."

"Kau ingat kan budak lelaki yang selamatkan kau dulu."

"Kau ingat sampai bila-bila tau."

"Budak lelaki itu."

"Sebenarnya..."

"Aku."

Amira tergamam dengan kata-kata Zikri itu. Budak itu sudah muncul di hadapannya. Kenapa Zikri baru beritahunya hari ini.

Entah kenapa dia rasakan Zikri ni jahat sangat. Sudahla baru beritahu hari ini.

" Jangan lupa tau."

Zikri bangun lalu meninggalkan Amira.

Pandangan Amira membawa Zikri pergi.

"Selamat Tinggal Acah."kata Amira lalu air matanya tumpah. Ya itulah panggilan Zikri yang Amira berikan kepadanya sewaktu dia kecil.

"Selamat tinggal Amira. Jumpa lagi di lain masa." kata Zikri lalu tersenyum bagi menutup duka nya.

Mungkinkah ini kali terakhir mereka berjumpa?

TO BE CONTINUED ✨

WEI ASAL MACAM CEPAT SANGAT NI.

JANGAN MEROYAN

AMIRA NI SUKA SANGAT REJECT ORANG

TAK FAHAM BETULLAH

LEK LEK BACA BAB SETERUSNYA.