WebNovelAyve41.67%

Ep 5

Setelah aktiviti mandi yang terasa begitu panjang bagi Ayve dia kini sedang berada di dalam walkcloset. Dia sedang bingung harus memakai pakaian yang mana satu. Terlalu banyak pakaian tetapi kesemuanya gaun. Dia yang peminat gaun memang akan menjadi pening lalat mahu memilih yang mana satu untuk dipakai.

"Aduhh saya harus memakai yang mana satu ya"

Kepala diurut perlahan. Pada akhirnya hanya style yang selalu dipakainya ketika dia masih berada di rumahnya sahaja yang terlintas di fikiran.

"Pakai ini sahaja lah"

Salah satu gaun abu² paras lutut akhirnya menjadi pilihan. Gaun ini lebih tampak simple dan tidak terlalu mencolok. Malah cocok dengan warna kulit dan warna rambut nya.

Sepertinya dia harus mengurangi jumlah gaun yang ada di walkcloset itu supaya lain kali boleh ditukar dengan gaun yang tampak lebih simple namun elegen seperti yang sedang dia pakai. Lihat sahaja gaun² itu semuanya begitu mencolok malah bagi Ayve Vertylysa yang sukakan sesuatu yang simple namun tetap menarik merasakan kesemua gaun itu seperti plastik berlapis².

"Akhirnya siap"

Kata Ayve yang akhirnya dapat keluar dari walkcloset itu. Dia melihat di dalam kamar itu tidak ada satu pun diantara Hyder maupun Cavier. Di mana mereka.

"Hissh yang aku sibuk nak tahu mana mereka pergi tu apahal. Kan lebih bagus macam ni. Ada juga faedahnya. Dapat lah juga aku bernafas sesaat."

Baru berfikir ingin bernafas tenang malah yang tidak ingin dilihat sudah ada di depan mata. Bedanya cuma seorang. Ha nasib lah sorang aje. Tapi naya juga tu.

"Sayang sudah siap belum"

Hyder melangkah masuk dan melihat isterinya yang baru siap memakai baju. Rambutnya pula belum sempat disisir. Hyder tersenyum lalu mendekati Ayve yang terlihat sedikit kesal ke arah nya.

"Sini saya sisir rambut tu"

Sisir yang terletak di atas meja diambil dan berniat ingin membantu Ayve untuk merapikan rambutnya namun Ayve menolak.

"Tak apa saya boleh buat sendiri. Sini sisir tu"

Ayve menghulur tanganya untuk mengambil sisir itu namun Hyder lebih dulu mengenggam jemari runcing itu dari dapat mengapai sisir itu. Mata hazel milik Ayve ditatap dalam.

"Biar aku yang tolong hmm"

"No Hyder let me do it myself. I can do it without you"

"Sayang please.."

"No Hyder. Give it to...."

Cupp

Terdiam kaku Ayve bila bibir Hyder sempurna bertaut dengan bibirnya. Matanya sudah pun membulat sempurna. Tidak sempat dia menghabiskan ayatnya bila Hyder memotong percakapan nya dengan mencium bibirnya.

WHAT THE HECK IS THIS. Dia mahu menolak tubuh Hyder menjauh namun terhenti saat melihat tatapan lelaki itu yang begitu tajam. Menciut jadinya Ayve.

"Lain kali dengar apa aku cakap. Ha kan dah kena"

"Hyder aa..."

"Kenapa nak lagi"

Melotot tajam mata Ayve mendengar kata² Hyder. Ditamparnya keras lengan lelaki itu sehingga terdengar desisan halus Hyder.

"Aku benci kau"

Marah dan kesal Ayve. Tapi salah sendiri juga kan dah kena cium dengan Hyder.

"Aku suka kau"

Selamba Hyder meladeni kemarahan Ayve. Bukan dia tidak tahu kekesalan Ayve namun jika diperpanjang akan menjadi sebuah malapetaka nantinya.

"Pusing belakang aku nak sisir rambut tu"

Pinta Hyder lembut.Ayve masih dengan tatapan maut nya.

"Nak aku cium lagi hmmm"

"No!!! The hell you"

Sekeras² nya Ayve membantah. Tidak ingin lagi dia dicium kedua kalinya.

"Makanya dengar sayang"

Akhirnya dengan pasrah Ayve menurut. Dia kemudian pusing belakang supaya Hyder dapat menyisir rambut panjang nya.

"Kan begini senang"

Hyder dengan cekap menyisir kemas rambut Ayve. Rambut perak itu kian hari kian panjang. Wangi dan halus seperti benang sutera. Bahkan bukan sahaja kecantikan wajah dan tubuh yang dimiliki isterinya sahaja yang membuat hampir kesemua gadis di luar sana cemburu malah rambut perak yang panjang ini juga menjadi keirihan mereka. Hyder tersenyum dalam diam. Betapa dia bersyukur adanya isteri secantik Ayve.

"Kamu cantik sayang"

"Apa"

"Tidak ada apa². Ayoh keluar Cavier sudah menunggu kita di ruang makan.

Ayve hanya menurut. Kedua² nya pun keluar dari kamar itu menuju lantai bawah. Sudah tidak ingin membantah. Nanti boleh jadi.dia dicium seperti tadinya. Jika ingin tahu itu merupakan ciuman pertama bagi Ayve Vertylysa. Selama hidupnya belum pernah lagi dia pernah ada masa untuk mencari pasangan hidup ataupun berminat dengan mana² lelaki. Ini malah bangun tidur sudah punya suami malah dua terus. Itu boleh sahaja membuat gila seorang Ayve Vertylysa.

.

.

.

.

.