WebNovelAyve50.00%

Ep 6

Begitu Ayve melangkah keluar dari kamar itu pemandangan pertama yang menghiasi layar matanya adalah suasana Rom Yunani yang begitu pekat.

Tiang² yang dipahat dan menjulang tinggi sama persis seperti yang pernah dia lihat di buku Rom yunani kuno ketika di perpustakaan dulu. Boleh dikatakan jika dia ulat buku.

Ditengah² ruang yang mungkin adalah ruang tamu itu diatasnya disusun gentian² kaca membentuk seperti sebuah kubah. Susunan dan rekahan unik gentian kaca itu membuatkan cahaya matahari yang memancar masuk terlihat begitu indah.

Di bawah kubah berbentuk separah silinder itu tergantung sebuah pot bunga berwarna biru krim. Terlihat tumbuh merimbun mawar yang sama unik warnanya. Mawar berkelopak putih dengan garis² merah di setiap kelopaknya.

Dari pengamatan Ayve rumah ini bukanlah rumah agam biasa. Dia di mana sebenarnya ini. Siapa Ayve Qeisshery ini sebenarnya. Apakah seorang puteri raja atau yang seagkatan dengan nya.

Ini membuat kan tanda tanya yang besar di kepala Ayve. Rasa ingin tahunya semakin membuak².

Walaupun dalam fasa kekaguman nya kakinya tetap terus melangkah mengikuti langkah Hyder. Matanya juga tidak henti² melihat ke sana ke mari. Tidak perasan jika mereka sudah pun tiba di ruang makan.

Rasa keterkaguman Ayve yang tadi sudah sedia membuak² kini kian bertambah. Sekarang dia berada di ruang makan atau di taman dia juga tidak pasti. Begitu banyak bunga mawar beraneka warna tumbuh di sekitar. Ada juga kolam air pancut buatan yang berukuran sederhana di tengah² meja makan.

Suhu bukit yang begitu nyaman juga dapat dirasakan di ruang itu. Susana di sini lebih kepada alam semula jadi. Bahkan siap dengan burung² yang berkicauan lagi. Woaaah sangat fantastik.

'Ayve yang satu ini sepertinya sangat menyukai susana alam dan juga bunga mawar ya' batin Ayve yang cuba meneka.

"Sayang"

Cavier terlihat begitu ceriah melihat kedatangan sang isteri tercinta. Sempat dia menghadiahkan sebuah kucupan lembut di pipi Ayve.

Saat kucupan hangat singah di pipinya baru lah Ayve merasakan kembali berpijak di atas tanah. Tadinya dia hampir sahaja melayang dibawa keterkaguman nya itu. Nasib baik ada Cavier.

"Sayang"

Ayve menoleh saat dia mendengar namanya dipanggil. Cavier yang berdiri di sebelahnya ditatap polos.

Bersemu muka Cavier ditatap seperti itu. Tatapan Ayve itu membuat kan Cavier begitu gemas dan ingin saja memeluk erat isterinya.

"Kenapa"

"Sayang kenapa malah menatapku seperti itu"

"Apakah ada yang salah denga tatapan ku"

Ayve malah tidak menyedari itu. Dia malah balik bertanya. Cavier mengigit bibir bawah.

"Sayang kenapa kamu begitu menggemaskan hmmm. Kamu tahu tidak kalau aku ingin saja memakan mu"

Jelas² Ayve tahu apa maksud dari perkataan Cavier barusan. Ayve menggeleng laju seraya beredar menjauh dari Cavier. Sudah cukup tadi dia kena dengan Hyder. Ayve segera berjalan menuju kerusi yang sudah disediakan untuknya bagi mengelak dari Cavier.

Lebih baik menghindar dari menjadi santapan di pagi hari bukan. Dia masih ingin hidup tenang.

"Ahahaha"

Terdengar tawa halus Cavier. Lucu melihat reaksi dari sang isteri. Akhirnya dia pun ikut duduk di kerusi yang berhadapan dengan Ayve.

Setelah itu Ayve tidak lagi menghiraukan ocehan Cavier itu kerana sekarang fokusnya lebih tertumpuh pada aneka jenis makanan yang terhidang di atas meja.

Dari nasi, lauk-pauk sehinggalah pencuci mulut satu pun tidak ada yang kurang. Ayve sampai menelan liur nya dua kali. Semua makanan yang terhidang begitu menyelerakan dan terlihat sangat memikat di mata seorang foody seperti Ayve Vertylysa.

Namun siapa yang memasaknya? Ayve tertanya². Dia kemudian memandang ke arah kedua² suaminya.

"Apa semua makanan ini kalian yang masak?"

Hyder dan Cavier serentak mengangguk kan kepala. Ayve terkagum sendiri. Ehehe selepas ini tidak perlulah lagi dia bersusah paya ke dapur sendiri.

"Kenapa tak panggil saya?"

"Sayang....bukan kah kamu lebih suka jika kami yang memasakkan makanan untuk mu"

Hyder mengiyakan ucapan Cavier itu.

"Bahkan kau sampai menghalang kami untuk mencarikan koki di rumah ini"

"Ooh apakah saya pernah mengatakan hal seperti itu. Saya sendiri pun sudah lupa"

"Tidak apa². Ayoh makan sebelum makanan ini sejuk. Nanti kalau dah sejuk tak sedap lah pula"

"Yeah you right"

Ayve ingat jika dirinya bukan Ayve Qeisshery jadi manalah dia tahu Ayve satu tu pernah cakap macam tu. Oleh kerana dia sekarang ini sedang dalam fasa menjiwai watak seorang Ayve Qeisshery so dia perlu pandai bawa watak tu.

Jadi Ayve buat² je lah lupa. Susah karang nani kantoi pula kan. Tak sudah² nanti kena cerai pula. Tak ingin juga lah dia kacau hidup Ayve Qeisshery ni. Manalah tahu satu hari nanti dia akan berjaya pulang ke dunia dia.

"Sayang kenapa mengelamun pula. Tak lapar??"

Lenyap terus apa yang sedang Ayve fikirkan. Dia mengangkat pandanganya lalu tersenyum manis ke arah Hyder dan Cavier. Dia menggeleng kecil.

"There's nothing. Saya cuma rasa terharu je ada suami macam korang"

Ahaha terharu apanya. Dia sedang sibuk fikir tetang masalah nya itu adalah.

.

.

.

.

.