04 || HyderZharyella

KERUSI kosong yang lagi empuk itu ditarik dari meja lantas dia melabuhkan punggung nya pada kerusi empuk tersebut. Mata meliar mencari seseorang.

"Ella!"

"Akak Sadiyah!" Panggil Zharyella semula. Dari nada suaranya seperti nya dia begitu teruja dapat bertemu Sadiyah. Semenjak Sadiyah kahwin, dia tidak mempunyai masa untuk meluangkan masa bersama Zharyella. Katanya sibuk.

Zharyella berlari anak menuju ke arah Sadiyah yang turut berjalan menuju ke arah nya. Sadiyah menarik tubuh Zharyella masuk ke dalam dakapannya.

"Ella rindu akak," ujar Zharyella yang masih berdakapan dengan Sadiyah. Dakapan itu dieratkan olehnya. Seerat-eratnya.

"Kejap lagi, akak kena pergi."

"Pergi mana?"

"Pergi honeymoon dengan aku." Sampuk Zul Asyraaf yang datang dari belakang mereka yang masih berpelukan seperti esok hari last mereka bertemu. Zul memutarkan bola matanya, dia menyilangkan tangan di dada bidangnya. Tajam anak matanya menusuk dalam anak matanya kecoklatan milik Zharyella.

"Kau tak payah lah sedih sangat. Dia tu dah jadi bini aku. Yang kau nak sedih buat apa? Kita orang pergi honeymoon je pun bukan pergi membunuh satu sama lain. Nak risaukan apa nya." Bebel Zul membuat Zharyella merasa menyampah. Zharyella menjelirkan lidah nya ke arah abangnya, Zul Asyraaf lalu Zharyella memutarkan bola matanya. Serabut.

"Amboi! Siapa yang ajar Ella buat macam tu, Huh?" Soal Sadiyah. Tangannya naik ke pipi gebu Zharyella lalu dicubit lembut.

"Abang Zul lah." Jawab Zharyella pantas.

Sadiyah menoleh ke arah suaminya, Zul Asyraaf. Matanya kecoklatan itu merenung tajam ke arah nya. Zul sudah meneguk air liur nya. Seram baby!

"Okay lah, kak Sadiyah. Ella dah nak pergi. Nak jumpa someone special," ucapnya Zharyella. Dia melepaskan dakapan itu.

"Wah, siapa tu?" Sakat Zul. Tangan dia melingkari pinggang Sadiyah setelah Zharyella melepaskan dakapan itu.

"Ada lah. Mana boleh bagi tahu." Jawab Zharyella.

"See you." Zharyella melangkah pergi dari rumah itu. Kunci kereta Mercedez-Benz kuning di ambil dalam poket jubahnya.

・┈・┈・𝜗𝜚・┈・┈・

"ASSALAMUALAIKUM, Afiq. Aku datang nak jumpa kau. Aku rindu sangat dekat kau. Kau rindu aku tak? Aku selalu makan makanan favorite kau. Aku baca buku favorite kau. Bila aku baca buku tu, aku faham kenapa kau suka sangat dekat buku tu. Aku sayang kau, Fiq. Sayang sangat-sangat." Luah Hyder sayu. Tangannya mengusap-usap batu nisan yang ada di hadapan nya. Titisan mutiara mulai mengalir lewat celahan mata nya.

"Fiq... Kau adalah sahabat terbaik untuk aku. Terlalu baik sampai kau tinggalkan aku disini, Fiq. Aku rindu kau, Fiq." Luah Hyder lagi. Dahinya disandarkan pada batu nisan itu yang terdapat nama nya Afiq Ziyad. Teresak-esak dia yang sedang menangis. Terasa ada tangannya yang mengusap-usap rahangnya dia menoleh.

"Afiq?" Soal Hyder bingung. Dia terkaku seketika memikirkan bahawa itu Afiq atau hanya halusinasi nya. Matanya naik memandang wajah yang bercahaya itu.

"Bang. Bangun bang." Matanya terbuka, dia mendongak memandang wajah jejaka di hadapan nya. Hari sudah berubah menjadi malam, hujan mula turun.

"Saya tertidur ke, bang?"

"Ye, bang. Abang tertidur dekat kubur ni. Saya fikir abang orang gila, bila tengok sekali lagi tentera rupanya. Jadi, saya bangunkan abang." Jelas lelaki itu yang lingkungan umur 13-18 an. Hyder mengangguk faham.

"Sekarang pukul berapa, dik?" Tanya Hyder lembut.

"Pukul 8 malam, bang." Jawab budak lelaki itu laju.

"Astaghfirullah, aku belum solat maghrib lagi." Hyder menepuk dahinya kasar dan kuat. Dahinya sudah memerah kerana tepukan itu tadi.

"Kalau macam tu abang ikut saya balik. Rumah saya dekat je." Ajak budak lelaki itu. Hyder memandangnya. Mencari kepastian di wajah adik itu.

"Dekat mana?" Tanya Hyder setelah lama mendiamkan diri.

"Sebelah kubur je, bang." Jawab budak lelaki.

"Jom bang. Sebelum abang lambat solat maghrib baik kita pergi." Ajak budak lelaki itu, membantu Hyder bangun dari situ. Mereka membuka langkah pergi.

・┈・┈・𝜗𝜚・┈・┈・

"QAYYUM." Panggil Xavier sedikit tegas dan kuat.

"Ye, ada apa?" Jawab Qayyum dingin.

"Ada nampak Hyder tak? Dari semalam lagi belum balik. Aku risau ni. Dia tu dah lah demam panas, pening kepala lagi tu. Sekarang hujan lebat. Aku risau lah, Qay." Adu Xavier sayu yang kerisauan itu. Qayyum menepuk-nepuk bahu kiri Xavier lembut.

"Sabar, bawa bertenang." Pujuk Qayyum.

"Nak bertenang macam mana? Dia tu pening kepala, nak pandu kereta malam-malam macam ni? Gila ke?!"

"Sabar. Kita serahkan semuanya kepada Allah SWT. InshaAllah, Hyder selamat. Doa elok-elok untuk dia." Pujuk Qayyum lagi. Qayyum cuba menenangkan Xavier yang begitu kerisauan. Mereka diam seketika namun Xavier bersuara...

"Tapi macam mana kalau Hyder kemalangan? Aku taknak kehilangan dia. Afiq pergi tinggalkan kita pun aku kemurungan macam Hyder."

"Ye, aku tahu. Jangan fikir lagi. Tenangkan diri dulu." Pujuk Qayyum. Tangannya tidak berhenti mengusap rahang Xavier, cuba menenangkan Xavier yang terlalu risaukan Hyder.

"Fine." Xavier mula merasa tenang.

・┈・┈・𝜗𝜚・┈・┈・

"TERIMA KASIH, pakcik makcik," ucap Hyder. Dia berterima kasih kepada kedua orang tua ini yang terlalu baik menumpangkan untuk solat Maghrib dan Isyak.

"Eh, tak apa. Kami ternampak kamu tertidur dekat kubur tu. Kami risau je, sebab tu kami suruh anak lelaki kami pergi tegur kamu." Terang pakcik Fattah. Tangan nya memegang tangan isterinya, tidak dilepaskan.

"Oh... Saya tak terfikir pula sampai tertidur dekat sana."

"Kamu kenapa pergi situ? Ziarah kubur ibu ayah ke?" Soal makcik Rogayah.

"Ziarah kubur kawan, makcik." Jawab Hyder sayu. Jelas di sebalik suaranya terdapat tangisan yang sedang dia tahan. Makcik Rogayah mengangguk faham.

"Mesti baik arwahnya dulu."

"Arwah kawan saya memang baik. Dia meninggal dunia waktu kami menjalankan tugas menyelamatkan tebusan seramai 100 orang." Jelas Hyder. Kepala nya masih me memandang ke lantai, matanya sudah berkaca-kaca. Setitis mutiara jatuh ke pipi namun dia sempat mengelapnya.

Tuan Fattah dan Puan Rogayah melihat sedang menahan tangisannya. Mereka mengerti, kehilangan seseorang yang sangat berharga bagi kita itu amat menyakitkan namun kita perlu redha kerana itu ketentuan Allah.

"Salam takziah. Maaflah sebab pakcik terborak pasal arwah kawan kamu." Kata Pakcik Fattah.

"Tak apa." Balas Hyder lembut namun dalam hatinya menjerit mengatakan bahawa dirinya sakit. Terlalu sakit. Dia rindukan Afiq. Dia mahukan afiq.

BERSAMBUNG...