05 || HyderZharyella

ZHARYELLA yang tengah sibuk bermain telefon Samsung Galaxy Z Fold 6 scroll tiktok. Kedengaran suara garau yang datang mencelah membuat nya latah dalam mencarut.

"Eh bab* Mak bodoh." Latahnya yang tidak sengaja mengeluarkan kata-kata tidak elok dari mulut masin nya. Zharfan terkekeh-kekeh ketawa, lengan Zharyella ditamparnya kasar.

"Sakitlah abang!" Marah Zharyella. Dada bidang abangnya dipukul sekeras-kerasnya namun tiada reaksi malah terus ketawakan Zharyella.

Zharyella sudah mencebik sambil menyilang tangan nya ke dada. Benci! Zharyella menjeling tajam ke arah abang ketiganya lalu dia melangkah pergi.

"Adik! Tunggu lah dulu. Abang nak bagitahu sesuatu ni."

"Tak mahu!" Rungut Zharyella yang masih monyok. Zharfan ketawa kecil, dia menggelengkan kepala. Comel tapi berbahaya, rawrr.

"Sini lah dulu. Dengar dulu apa yang abang nak cakap." Pujuk Zharfan supaya Zharyella menyerah dan mendengarkan nya. Dia mengangkat kening memandang Zharyella.

"Fine!" Zharyella menyerah. Senyuman sinis terukir di bibir Zharfan lalu Zharfan menepuk tempat di sebelahnya.

Zharyella mengeluh. Dia hanya menuruti dan duduk di sebelah abangnya. Mukanya masih jelas kelihatan monyok.

"Abang nak bagitahu ni," kata Zharfan. Matanya menatap wajah jelita adiknya supaya melihat ke arahnya.

"Apa tu?" Soal Zharyella dingin.

"Dengarlah leklok." Zharfan hampir mahu mencebik memuncungkan bibirnya.

"Ye, adik dengar lah ni abang kesayangan Zharyella Asyura." Kata Zharyella yang dari dingin kepada lembut. Zharfan menutup wajahnya dengan kedua-dua tapak tangan nya. Blushing! Adik panggil abang kesayangan! Argh!!

・┈・┈・𝜗𝜚・┈・┈・

"UMI." Panggil Hyder lembut. Dia mencari sosok orang yang bergelar 'umi' itu. Mata meliar mencari umi nya.

"Umi." Panggil Hyder sekali lagi namun sedikit kuat. Seseorang datang menyampuk sambil menepuk bahu kirinya.

"Kau ni, malam-malam macam ni lah nak memekak... Umi dengan Walid balik kampung. Atok tengah nazak." Terang Engku Hazem Jayden, menyilang tangan nya di dada bidangnya. Mata kehijauan miliknya itu menatap anak mata kehijauan itu.

"Atok?" Soal Hyder bingung.

"Ha'ah, asal? Dah lupa atok sendiri?" Tanya Engku Hazem Jayden

"Atok bukan ke dah meninggal eh?"

"Itu atok belah walid, sekarang ni atok belah umi." Jelas Hazem. Dia menggeleng kepala nya sambil memutarkan bola matanya.

"Oh, thanks bagitahu. Aku fikir umi dengan walid dah takde. Itu yang aku panggil. Risau."

"Tak payah risau, Hyden dengan Izul temen umi dengan walid."

"Hmm... Whatever." Hyder lantas pergi dari situ naik ke atas menuju bilik tidur nya.

・┈・┈・𝜗𝜚・┈・┈・

"ASSALAMUALAIKUM." Laung mereka semua bersama di luar rumah. Lama mereka melaung memberi salam akhirnya pintu dibuka salam juga dijawab.

"Waalaikumussalam." Jawab seseorang sambil membuka pintu masuk dan keluar rumah.

"Eh, Zubir."

"Hm." Balas Tuan Zubir. Ringkas, mudah dan padat.

"Buat apa dekat sini?" Soal Adik iparnya, Aisyah. Puan Amirah masih berada di dalam kereta, tidur.

"Kau boleh tanya aku buat apa dekat sini? Aku datang nak tengok ayah mertua aku lah!" Jerkah Tuan Zubir. Otak takde ke? Boleh pergi tanya datang buat apa. Tuan Zubir merenung tajam ke arah sosok wanita yang berdiri di pintu masuk itu.

"Kau nak kami duduk dekat sini sampai mati ke?" Soal Tuan Zubir lagi. Dari nada suaranya seperti dia begitu marah. Aisyah terus pergi ke sisi pintu untuk memberi mereka ruang untuk masuk ke dalam rumah.

Masuk sahaja, semua barang di bawa masuk. Tuan Zubir keluar untuk mengendong isterinya masuk ke dalam rumah.

"Sayang, kita dah sampai ni," ujar Tuan Zubir lembut. Tangan nya naik mengusap-usap kepala yang ditutupi kerudung itu.

"Hm? Cepatnya."

"Mestilah cepat, anak kita yang pandu."

"Sini, biar abang yang bawa saya masuk ke dalam." Kata Tuan Zubir. Puan Amirah pantas membalas nya

"Tapi saya berat lah." Balas Puan Amirah, yang tidak begitu yakin itu.

"Abang ni bukannya ranting pokok. Setakat angkat sayang, jentik aje dah melayang, sayang," Gurau Tuan Zubir dengan riak wajah berlagak nya. Tuan Zubir tersengih sengit sambil menyilang tangan nya.

"Amboi! Punya lah berlagak dia tu, kang kejap lagi ada yang kena tidur luar." Sahut Puan Amirah. Matanya menjeling-jeling ke arah suaminya.

"Hihi... Sorry, sayang." Tuan Zubir mengendong Puan Amirah lalu langkah di buka menuju pintu masuk dan keluar rumah itu.

・┈・┈・𝜗𝜚・┈・┈・

"MAX... Aku ada plan," ucap Fahmi. Jari telunjuk nya berada di dagunya mengingati plan yang telah ia rancang.

"Plan apa pula?" Jawab Max yang lama mendiamkan diri. Sibuk main aje phone. Fahmi melabuhkan punggung nya pada sofa di sebelah kiri Max.

"Ini plan tentang Hyder dengan musuh dia."

"Huh? Apa maksud kau ni?"

"Kita kan sekarang dah bersubahat dengan musuh Hyder. Alang-alang kita pun benci dia. So, apa kata dia berpakat untuk bantu musuh Hyder mampuskan Hyder secepat yang mungkin?" Jelas Fahmi namun Max masih kebingungan. Sejujur hati max, dia tidak mahu melakukan kerja gila ini. Hyder tidak pernah jahat padanya. Sebaik mana pun orang lain, tapi Hyder lebih baik baginya. Terlalu baik.

"Arghh!" Keluh Max.

"Aku tak nak. Aku takkan buat kerja gila ni," ujar Max. lembut sahaja suaranya. Fahmi yang terkejut memarahinya.

"Apa yang kau cakap ni, Max?!" Marah Fahmi dengan suara tegasnya.

"Hyder tu baik!" Puji Max dengan nada suara tegas.

"Baik? Baik celah mana nya?!" Bentak Fahmi tegas. Lebih tegas daripada Max.

"Dia baik, terlalu baik... Kau yang tak nampak!" Bantah Max dengan nada tinggi dan marah.

"Wow, dah pandai puji orang?!"

"Aku dari dulu dah pandai puji orang tak macam kau, dari dulu pandai kutuk hina orang aje!" Tengking Max. Max menarik nafas lalu dia melangkah pergi dari situ. Meninggalkan apartment itu.

"F*ck!" Carut Fahmi. Dia mendesis marah. Meja kaca yang ada di hadapan dipecahkan menggunakan tangannya sehingga berdarah.

BERSAMBUNG...