06 || HyderZharyella

BANG!! BANG!! BANG!!

Bunyi tembakan berterusan, Hyder hanya berjalan di belakang anak buahnya melihat mereka berlatih menembak dengan tepat.

"Ryan... Cara pegang pistol pun kau dah salah. Haishh. Sini aku ajar." Kata Hyder suara nya masih kedengaran lembut namun garau. Menggoda! Ryan berdiri sambil membawa pistol nya menuju ke arah Hyder.

"Good."

Hyder mengajar Ryan cara memegang pistol dengan betul dan tepat. Ryan mengangguk faham, Ryan masih fokus mendengar dan melihat apa yang diajari oleh Hyder. Tiba-tiba ada suara datang mencelah.

"Ni Engku Hyder Jibrail, kan?" Soal si gadis yang entah datang dari mana. Hyder menoleh, terdiam dia seketika melihat wajah si gadis itu.

"Kau buat apa dekat sini?" Soal Hyder dingin, dia masih mengajar Ryan cara memegang pistol. Boleh dikatakan si gadis di pulau oleh nya.

"Babe. I datang sini nak jumpa you lah," ujar Rhea Gabrielle.

"Jumpa aku? Buat apa? Buat pening kepala aku? Kau datang sini buat aku menyampah ada lah!" Bentak Hyder tegas namun dingin.

"You ni, babe. I datang nak bincang pasal kahwin kita."

"Kahwin? Aku tak nak kahwin dengan perempuan macam kau yang tak cukup satu, Rhea!" Tengking Hyder dingin dengan emosi sabar nya supaya tidak terlepas batas. Mukanya merah padam kerana amarah yang tidak boleh lagi dia tahan.

"Kau berambus! Sebelum kau mati dekat sini!" Kata Hyder tegas. Itu adalah satu-satunya amaran yang telah Hyder berikan kepada Rhea Gabrielle. Patuh? Anda selamat, tidak patuh maka tidak selamat. Itu lah amaran keras kepada Rhea Gabrielle.

"Fine." Rhea mula melangkah beredar dari situ. Cermin yang ada di tangannya jatuh mendengar bunyi tembakan. Rhea lupa bahawa dia bertemu dengan Hyder saat melakukan latihan tembakan

・┈・┈・𝜗𝜚・┈・┈・

"BOS Raez!" Panggil anak buah nya sambil berlari menuju pejabatnya.

"Asal panggil aku?" Soalnya, Raez Alhandro tegas.

"Kami dapat tahu Hyder ada dekat dengan seorang perempuan. Kami tak tahu siapa perempuan tu," ujar anak buahnya, Alex

"Mmm, good. Aku ada plan baru." Kata Raez tegas. Tersenyum sinis dia mendapat tahu itu.

"Apa tu, bos?" Tanya Alex. Raez masih tersenyum sinis.Matanya mengerling sekilas ke arah satu dokumen di atas mejanya.

"Kau pura-pura bagi dokumen ini dekat perempuan tu. Macam bagi tawaran pekerjaan lah." Terang Raez. Alex mengangguk faham.

"Selepas tu, kau pandai-pandai lah culik dia." Sambung Raez lagi. Cuba jelaskan kepada anak buah nya, Alex.

"Baik, bos tapi macam mana kalau perempuan tu tak berjaya diculik?" Soal Alex. Dia tahu mungkin soalan itu kedengaran sedikit pelik tetapi dia tetap mahu tanya. Alex menggosok leher belakangnya.

"Teruskan plan kita." Balas Raez tegas.

"Kita perlu musnahkan Engku Hyder Jibrail. Aku mahu dia menyerah," ujar Raez tegas dan sedikit kuat. Hampir bergegar ruang itu kerana suara Raez.

"Baik, bos. Kami akan melakukan tugas kami seperti yang anda inginkan." Kata Alex.

"Good. Aku rasa, lusa ni kau orang boleh start mula," kata Raez. Matanya fokus pada kertas yang sudah ditulis semuanya plan nya.

"Baik, bos." Alex menundukkan kepalanya memberi tanda hormat kemudian melangkah pergi dari situ.

・┈・┈・𝜗𝜚・┈・┈・

"MAX!" Panggil Fahmi menjerit.

"Apa lagi yang kau nak, Fahmi?!" Bentak Max yang sedang marah. Memerah padam wajahnya kerana menahan amarah.

"Kita perlu musnahkan Hyder!" Kata Fahmi tegas. Pergelangan tangan Max digenggam nya erat sehingga membuat pergelangan tangan Max kemerahan.

"Lepaskan aku!"

"Tak nak!"

"Lepas atau aku bunuh kau." Kata Max tegas. Itu satu amaran keras namun Fahmi tidak menghiraukan nya.

Pisau di dalam poket seluar Max di bawa keluar lalu di toreh ke mukanya Fahmi. Fahmi terkaku seketika matanya naik memandang wajah Max.

Jelas itu bukan lagi Max yang dia kenal. Itu ialah Bravo. Bravo Max.

"M...max? I'm sorry. Maafkan aku, Max." Fahmi yang sudah jatuh berlutut di hadapan Max sedang memohon maaf namun Max mengabaikan nya dan melangkah pergi dari situ.

"Max!" Panggil Fahmi.

・┈・┈・𝜗𝜚・┈・┈・

"BOS." Panggil Zharyella lembut.

"Iya, Zharyella sayang?" Jawab Tuanku Daniell Amsyar. Matanya naik memandang wajah jelita Zharyella. Zharyella mencebik. Daniell mengangguk faham.

"Boleh. Kalau itu yang sayang saya nak pergi lah. Saya izinkan." Kata Daniell lembut. Mata kebiruan itu masih fokus pada wajah jelita Zharyella.

"Thank you, bos," ucap Zharyella lembut kepada bos nya. Zharyella melangkah keluar dari pejabat itu lalu mula keluar untuk membeli belah.

"Nasib abang angkat aku baik. Ni kalau abang kandung aku semuanya strict." Gumam Zharyella sambil berjalan menuju Mall yang jarak jauh hanya 2 km.

Zharyella sanggup berjalan supaya duit nya tidak kehabisan kerana menaik teksi dan harus membayarnya.

"Piwit... Awek tu."

"Awek. Awek."

"Awek taknak ke abang teman berjalan?"

Zharyella sudah muak mendengar perkataan itu. Sungguh benci dia mendengar. Ni kalau tangan nya naik tumbuk muka jantan-jantan gatal tu tak pepasal ada juga yang masuk hospital karang.

"Zharyella. Fokus. Abaikan mereka."

"Asyura." Panggil seseorang lembut membuatnya menoleh ke belakang. Jantung berdegup kencang. Hati mula berbunga-bunga.

"Hyder? Awak buat apa dekat sini?" Soal Zharyella. Matanya tidak berhenti melihat wajah kacak Hyder. Bakal suami. Zharyella hampir tersenyum lebar.

"Aku nampak kau jalan sorang-sorang. Jadi, aku fikir nak temankan kau." Terang Hyder lembut. Matanya fokus pada wajah jelita Zharyella

"Temankan saya?" Soal Zharyella bingung namun hatinya merasa berbunga-bunga dan suka.

"Ha'ah. Kau tu perempuan cantik, kalau dah berjalan sorang-sorang ngap lah kau dengan jantan tak guna tu semua." Balas Hyder. Wajah Zharyella mula kemerahan kerana pujian daripada Hyder. Aww... Bakal suami kata kita cantik. Cantik. Arghh sukanya.

"Haishh... Awak ni Hyder! Jangan lah buat saya takut." Tangan nya naik untuk memukul dada bidang milik Hyder. Hyder pantas bersuara.

"Aip... Tangan tu kenapa? Dah berani sentuh aku bila abang kau tak ada dengan kita?" Usik Hyder. Tersenyum sinis di wajahnya. Zharyella membalasnya pantas.

"Mana ada. Saya..." Kata Zharyella yang belum menghabiskan perkataan nya. Dia memikirkan apa yang perlu dia jelaskan kepada Hyder.

"Saya apa, sayang?" Zharyella terkejut. Wajahnya semakin kemerahan seperti tomato masak. Hyder tersenyum sinis.

"Saya." Zharyella menggigit bibir bawahnya, memikirkan perkataan yang perlu dia katakan.

"Sayang, cuba habiskan dulu apa yang sayang nak cakap," Kata Hyder. Tangan nya hampir naik untuk mengusap kepala Zharyella yang di tutupi dengan tudung shawl itu.

"Boleh tak awak stop panggil saya 'sayang'?" Kata Zharyella. Dia cuba menyembunyikan wajahnya yang sudah memerah padam itu namun Hyder sudah melihat. Hyder hanya terkekeh-kekeh ketawakan Zharyella. Comel.

"Sudah lah, saya mahu pergi shopping." Zharyella melangkah pergi menuju Mall yang jarak beberapa langkah itu. Hyder mengikuti Zharyella di sebelah. Hyder sempat memberi jelingan maut kepada lelaki-lelaki gatal itu.

BERSAMBUNG....