Malam di istana Midnight Sovereign Kingdom lebih sunyi daripada biasa. Cahaya bulan samar-samar menyimbah koridor panjang yang sepi, hanya ditemani bayangan para pengawal yang berkawal. Evelynn duduk di atas katilnya, jubah tidurnya yang diperbuat daripada sutera merah gelap membalut tubuhnya dengan sempurna. Matanya tajam, menatap surat yang baru diterimanya petang tadi dari abangnya, Lucian.
"Apa lagi yang dia nak sekarang?" gumamnya, menggenggam kertas itu erat.
Di seberang istana, di bilik peribadinya, Adrien juga masih belum tidur. Dia berdiri di depan cermin, membuka butang kemejanya satu persatu dengan malas. Bayangannya di cermin memantulkan wajah seorang putera yang kelihatan tenang, tapi matanya yang merah darah menyimpan ribuan fikiran.
Ketika dia ingin berbaring di atas katil, pintu biliknya diketuk kasar.
𝘛𝘰𝘬! 𝘛𝘰𝘬! 𝘛𝘰𝘬!
Adrien menghela nafas panjang sebelum berjalan dengan malas ke arah pintu. Dia membukanya dan mendapati Evelynn berdiri di hadapannya dengan wajah penuh amarah.
"We need to talk now." katanya tanpa membuang masa.
Adrien mengangkat keningnya sebelum bersandar pada rangka pintu, matanya meneliti wajah Evelynn yang jelas sekali sedang marah.
"Sekarang? Tengah malam begini? Kau ni tak tahu erti kesopanan ke, isteri ku tercinta?" katanya dengan nada mengejek.
"Jangan mulakan, Adrien." Evelynn mendengus, melangkah masuk ke dalam bilik tanpa menunggu izin.
Adrien hanya tersenyum kecil sambil menutup pintu. "Jadi, apa yang menyebabkan kau jadi gila sampai datang ke bilik aku tengah malam ni?" tanyanya, menyilangkan tangan di dada.
Evelynn melemparkan surat yang digenggamnya ke atas meja. "Lucian hantar surat. Dia kata ayahanda akan mengadakan pertemuan dengan semua pewaris diraja tidak lama lagi. Dan dia mencabar aku untuk membuktikan bahawa aku layak memegang takhta."
Adrien mengambil surat itu dengan santai, membaca isinya sebelum tersenyum sinis. "So what's the problem? Bukankah kau selalu kata kau lebih layak dari dia?"
Evelynn mengetap bibir. "Ini bukan soal layak atau tidak. Ini perang psikologi, Adrien. Dia sedang menguji aku dan kalau aku kalah, aku akan dipermalukan di hadapan seluruh dewan diraja."
Adrien menyandarkan dirinya pada meja dan memandang Evelynn dengan penuh minat. "Jadi kau nak aku tolong kau?"
Evelynn tersentak. "Aku tak pernah cakap aku perlukan pertolongan kau!"
Adrien ketawa kecil. "Oh, jadi kau datang ke sini sekadar untuk merungut?"
Evelynn menjeling tajam sebelum menoleh ke arah jendela. "Aku cuma nak kau tahu. Kau suami aku sekarang, suka atau tidak, kau juga ada di dalam permainan ini. Dan aku tak akan biarkan diri aku kalah."
Adrien mendekatinya, berdiri cukup dekat sehingga Evelynn dapat merasakan kehangatan tubuhnya. "Kalau begitu, pastikan kau menang, sayang. Sebab kalau kau kalah... aku akan pastikan kau tak lupa malam ini sampai bila-bila."
Evelynn mendongak, menatapnya dengan mata berapi. "Jangan sesekali pandang rendah pada aku, Adrien. Aku tak akan kalah."
Adrien tersenyum, senyumannya penuh dengan sesuatu yang tidak dapat dibaca. "We'll see it later, Evelynn."
Dan malam itu, angin yang berhembus terasa lebih dingin dari biasa. Perang dalam diam telah bermula.