Malam itu, istana Midnight Sovereign Kingdom dipenuhi dengan sinar lampu kristal yang berkilauan. Para bangsawan berkumpul di dewan utama, menyaksikan upacara rasmi yang menandakan permulaan hubungan dua kerajaan vampir yang telah sekian lama bersaing.
Evelynn berdiri di sisi Adrien dengan ekspresi yang sukar ditafsirkan. Gaunnya berwarna ungu gelap berhiaskan perak, menambah lagi auranya yang misterius. Sementara itu, Adrien kelihatan seperti patung yang diukir dengan sempurna angkuh, berwibawa, dan jelas sekali tidak mahu berada di situ.
"Cuba senyum sedikit, Adrien. Aku tahu itu menyusahkan, tapi kau tak mahu tetamu menganggap kau mayat hidup, bukan?" Evelynn berbisik sambil menegakkan tubuhnya.
"Aku lebih rela menjadi mayat daripada tersenyum pura-pura" balas Adrien dengan nada dingin.
"What a pathetic guy.. Rupa rupanya kau bukan sahaja dingin, tapi juga membosankan."
Adrien menjelingnya dengan tajam. "Dan kau terlalu banyak bercakap."
Sebelum Evelynn sempat membalas, bunyi alat muzik purba vampir bergema di seluruh dewan. Para pelayan mengundurkan diri ke tepi, memberi laluan kepada pasangan diraja untuk memulakan tarian pertama tradisi yang tidak dapat dielakkan.
Evelynn menarik nafas perlahan. Dia tahu ini akan menjadi satu ujian. Menari bersama Adrien? Lebih baik dia bertarung dengan seratus pemburu vampir. Namun, dia tidak boleh mengalah. Jika ini permainan, dia perlu menang.
Adrien menghulurkan tangan, wajahnya tidak menunjukkan sebarang emosi. Evelynn menyambut huluran itu dengan penuh gaya, bibirnya melengkung dengan senyuman mencabar.
Saat pertama tarian bermula, mereka kelihatan seperti pasangan sempurna langkah mereka serasi, seolah-olah mereka telah lama berlatih bersama. Tetapi di sebalik setiap gerakan yang anggun, terdapat perang yang tersembunyi.
"Jangan fikir aku akan membiarkan kau memimpin" Evelynn berbisik dengan senyuman kecil.
Adrien mendekatkan wajahnya sedikit, matanya bersinar merah. "Oh? Aku tak sedar kau mempunyai keinginan untuk dikalahkan di hadapan semua orang."
Mereka mula bermain dengan irama tarian, saling menekan, mencabar siapa yang lebih dominan di lantai dansa. Sesekali, Evelynn sengaja mempercepatkan langkah, cuba mengawal pergerakan Adrien. Namun, Adrien bukanlah seseorang yang mudah mengalah. Dengan sedikit tekanan di pinggangnya, dia memusingkan Evelynn secara tiba-tiba, membuatnya kehilangan keseimbangan seketika sebelum ditarik kembali ke dalam pelukan Adrien.
Sekelip mata, wajah mereka begitu dekat. Nafas Evelynn tertahan, bukan kerana ketegangan situasi, tetapi kerana kejengkelan yang membuak-buak.
"Let me go, Adrien." bisiknya tajam.
Adrien hanya tersenyum tipis. "Aku hanya memastikan kau tidak jatuh tersungkur di hadapan semua orang, sayang ku."
Dengan gerakan penuh kemahiran, tarian mereka berakhir dengan penuh dramatik. Tetamu bertepuk tangan dengan kagum, menyangka ia adalah persembahan sempurna. Namun, hanya mereka berdua yang tahu bahawa tarian itu bukan sekadar persembahan ia adalah peperangan.
Saat Evelynn menarik diri dari genggaman Adrien, dia bersumpah dalam hatinya perkahwinan ini mungkin satu permainan politik, tapi dia tidak akan sesekali membiarkan dirinya menjadi boneka dalam permainan ini.
Namun, di sebalik segala pertelingkahan dan ego yang melangit, satu persoalan mula menghantui mereka berdua mampukah kebencian yang membara ini berubah menjadi sesuatu yang lebih berbahaya?
Mungkin juga... cinta?