Di dalam bilik megah yang diterangi cahaya lilin, Evelynn duduk di hadapan cermin besar dengan ekspresi kosong. Gaun satin ungu gelap membalut tubuhnya dengan sempurna, tetapi di matanya, pakaian ini bukan lambang keanggunan ia adalah rantai yang semakin menjerut kebebasannya.
Ketukan kuat di pintu mengganggu lamunannya.
"Masuk" katanya, malas.
Pintu terbuka, dan seorang pelayan wanita masuk dengan wajah berhati-hati. "Tuan puteri, Tuan Putera Adrien menunggu di dewan utama. Baginda ingin bertemu dengan tuan puteri sebelum upacara rasmi."
Evelynn mendengus. "Oh, sekarang dia mahu berjumpa? Bukan ke sepatutnya kita teruskan permainan ini berlakon seperti perkahwinan ini tak lebih daripada sekadar transaksi politik?"
Pelayan itu hanya tunduk, tidak berani menjawab.
Dengan keluhan kecil, Evelynn bangkit dan melangkah keluar dari biliknya. Kaki-kakinya melangkah perlahan di koridor panjang istana yang dihiasi cermin besar dan tiang marmar. Saat dia tiba di dewan utama, dia melihat Adrien sedang berdiri dengan gaya angkuhnya mantel hitam panjangnya melayang sedikit seiring gerakannya, dan ekspresi bosannya terpancar jelas.
"Lama betul kau bersiap" suara Adrien bergema, sinis.
Evelynn mengangkat kening. "Oh, please forgive me, Tuanku Putera yang maha sibuk. Aku tak tahu yang kita ada jadual pertemuan sebelum majlis ini."
Adrien menyandarkan dirinya pada dinding, tangannya disilangkan. "Aku hanya ingin mengingatkan sesuatu. Kita mungkin dah berkahwin, tapi jangan anggap kau ada kuasa ke atas aku. Aku tetap tidak akan tunduk pada sesiapa, termasuk isteri aku sendiri."
Evelynn tersenyum manis, penuh kepalsuan. "Same like me. Aku juga nak cakap benda yang sama."
Sejenak, mata mereka bertemu dua api yang bertembung dalam percikan yang membakar udara sekeliling. Jika ada orang luar yang melihat, mereka pasti menganggap pasangan ini sedang bercinta dengan intensiti yang menggila. Namun, realitinya jauh berbeza.
"And one more thing" tambah Adrien, nadanya sedikit lebih tajam. "Kita ada hadirin dari pelbagai kerajaan malam ini. Jangan buat aku malu dengan perangai keras kepala kau."
Evelynn tertawa kecil. "Don't worry about it, Adrien. Aku akan jadi isteri yang sempurna setidaknya di mata mereka. Tapi bila kita berdua saja... jangan harap aku akan tunduk pada arahan kau."
Adrien mendekat sedikit, bibirnya melengkung dengan senyuman licik. "We'll see later."
Dan dengan itu, mereka melangkah keluar bersama ke dewan besar tempat upacara penyambutan berlangsung dua jiwa yang terikat dalam rantai takdir, masing-masing berusaha menjadi penguasa dalam perkahwinan yang sepatutnya menyatukan mereka, tetapi hanya menjadi gelanggang pertempuran baru.