Dia merasakan kisah hidupnya seperti drama novel romantik komedi apabila permulaan kisah cintanya adalah dengan paksaan dari arwah nenek. Belaiu boleh memilih untuk mengabaikan wasiat nenek dan meneruskan kehidupannya namun tidak seperti watak utama lain yang mementingkan cinta, Ghazali Idris pula mementingkan kemanisan harta dan kuasa yang dinikmatinya sedari kecil.
"Tidak mungkin kerana cinta aku lepaskan semua ini. Cinta boleh datang dan pergi malah pedihnya boleh terubat namun kehilangan harta dan pengaruh? Dia perlu mulakan semuanya dari kosong? Mana mungkin aku sebodoh itu"
Kisah ini bukan kisah cliche' dua individu namun kisah dua individu yang tamak dan mahu mendapatkan cinta dan harta tanpa mahu mengorbankan apa-apa.
Mustahil? Bagi mereka berjuang dulu sebelum menyerah.