"SUHA!" Suaranya lantang. Menggegarkan seluruh isirumah yang ada. Dada kencang menahan rasa. Anak matacemerlung lihat Suha- dia beri riak tak bersalah.
Tak tahu kenapa untuk bicara malam ini Suha sangatmencabar dirinya. Berkata dengan gah sekali. Setiap ayatyang Suha lempar sekarang sangat menyakitkan hati. Takkenal Suha yang dahulu. Patuh, sopan dan hormat. Tetapisekarang, dek akan rasa cintanya yang tinggi terhadaporang asing. Illiyen seolah tidak kenal mana diri Suha yangsebenar.
Anak mata mereka menatap sesama sendiri. Iliiyensedang berdiri manakala Suha pula duduk di sofa panjangruangan. Dari posisi berdiri, Illiyen cekakkkan tangan kepinggang. Postur badan bongkok sedikit ke depan.
Sinisan balasan daripada Suha. Kepala digeleng sedikit.Kak Iyen tak berubah. Barannya tetap ada. Sama sepertidahulu. Entah apa yang wanita itu fikirkan. Amarah taktentu fasal. Dari tadi tak henti. Perbualan tegang secaraspontan. Aneh! Lontar hati Suha."Dekat mana Suha kenal dia ni? Sejak bila Suha retibuat keputusan sendiri? Kahwin, Suha. Bukan satu bendayang boleh dibawa main. Jangan mudah sangat terpedaya.Cuba Suha ingat semula betul-betul siapa Qash Arjuna."Illiyen tetap mahu menjaga Suha. Qash Arjuna, hump,Setelah sekian lama nama itu hilang dari ingatan ia kembalimenerpa. Bukan menggegarkan hatinya tetapi hati Suha!
Tak akan sesekali benarkan Suha jatuh ke tangan lelakitersebut. Dia adalah lelaki paling tak guna di muka bumi. Illiyen lepas keluhan. Lantas, dia duduk di ruangbertentangan dengan Suha. Kakinya disilang serentakdengan tangan.
"Akak nak melenting sangat kenapa? Siapa QashArjuna? Suha tak tahu. Dia tak pernah wujud pun dalamhidup Suha. Tapi bila Suha cerita berkaitan dia pada akak,beria akak marah.
Semua orang berhak rasa apa itu cinta. Akak pun cintakanabang, kan? Tak akanlah Suha tak boleh rasa benda yangsama?" Berani untuk melawan. Demi masa depan dirisendiri.
Tolonglah, umur dah besar. Dia bukan Suha yangdahulu. Kanak-kanak mentah. Suha yang sekarang mahuhidup seperti orang dewasa. Qash Arjuna? Dia adalah lelakiasing. Masuk ke dalam hidupnya tanpa dipinta. Mengisikekosongan yang ada. Mahu memilih lelaki, dia juga punyatipikal. Bukan pakai sauk sahaja.
Illiyen tegak tubuh. Tubir mata mengecil.Tak senangduduk dibuatnya. Telinga berdesing tak henti. Suha sedangada diusia Illiyen beberapa tahun ke belakang. Merasakanbahawa dunia percintaan adalah segalanya. Dihantui ayat-ayat manis dan hidupnya tenggelam dengan telatah Arjuna.Tak sangka, perangai jejaka tersebut masih sama.
"Akak tak bagi. Kalau Suha nak, pergi tanya abang."Suha mendecit.
"Tak perlu rasanya nak minta kebenaran abang. Diabukan sesiapa, melainkan akak nak Suha kahwin denganabang." Senada, penuh kesinisan.
Keningnya diangkat berkali-kali. Saja mahu naikkankemarahan Illiyen.
Sungguh, anak mata Illiyen terus terbuka luas serayamencari anak mata Suha untuk ditatap. Usai jegil mata,kelopak matanya terkutup sedikit. Memberi amaranbahawa pandangannya buat Suha semakin tajam. Melihatwajah Suha dengan penuh kekcewaan.
Suha cakap macam tu? Berani. Hanya
disebabkanlelaki, Suha lupa siapa yang selalu ada dengannya. Yangselalu anggap dia sebagai keluarga. Hati Illiyenberkecamuk. Menerima jawapan daripada Suha. Takpercaya.
Benarlah, demi cinta seseorang akan berubah.
Demi cinta, manusia boleh hilang pertimbangan.Dan demi cinta, seseorang itu akan mula menjadi buta.
Jeda. Kata-kata Suha seakan bergema di setiap ruanganruang tamu ini.
Masih menatap sang 'adik'. Sungguh tak menyangkabahawa Suha sudah di titik sebegini dalam hidupnya.Illiyen hilang kata- kata.
Sesaat.
Dua saat.
Tiga.
Empat.
Lima.
"Sayangku, abang balik! Tolong sekejap, manja tidurni!" Illiyen tersedar. Pandangannya teralih buat kereta sangsuami yang sudah ada di tempat parkir kereta.
Nafas diambil lalu diatur semula. Kemudian Illiyenberlalu. Tinggalkan Suha seorang diri di ruang tamu. Masihseperti tadi. Dia tergamam dengan setiap butir bicara Suha.
Otak cuba untuk menghadam bait patah yang diberi.Berkali dipaksa namun seperti tak masuk. Umpama adayang menunjal untuk keluar.
Illiyen keluar, sandal miliknya dipakai. Tatkala
pandangannya dengan Que Ashleen bersatu, Illiyen berisenyuman. Langkah semakin laju. Sekejap saja keluartetapi rasa seperti lama sangat. Rindu betul dengan insantersayangnya.
Tadi, mereka ada majlis buka puasa perdana di sekolah.Hanya Que Ashleen dan anak-anak yang ikut. Illiyen lebihgemar duduk di rumah. Rasa seperti tidak mahu keluaruntuk malam ini. Tambahan pula, Suha kata dia mahudatang melawat. Namun, lain pula berita yang diterima.
"Macam mana tadi? Okey? Mereka ada buat hal ke?"Soal Illiyen buat Que Ashleen. Mahu menutup pernyataanyang datang secara tiba-tiba di benak fikiran.Membayangkan andainya kata-kata Suha berubah realiti.
Sungguh tak terbayang. Ya, mereka bukan adik beradik.Cuma kasih sayang sahaja yang melebihi segalanya.Menutup lubang fakta yang satu itu.
"Biasalah. Kalau tak buat hal bukan mereka," balasQue Ashleen selamba. Sudah terbiasa melayan karenahmereka bertiga.
Illiyen ketawa halus seraya mengambil kekura QueAshleen untuk disalam. Usai menyalam, ubun-ubun Illiyenyang berlapik menjadi singggahan.
"Suha masih ada?" Soal Que Ashleen.
"Ada. Malaslah Puteri nak cakap. Abang masuk, kitabincang sekali. Takut kalau Puteri je nanti makin terukkeadaan." Malas-malas Illiyen menjawab.
Que Ashleen mengerti. Illiyen jenguk ke dalam kereta,kelihatan kembar tiga itu sudah terlentok sesama sendiri.Semua dah ternganga. Tudung pun habis terherot sana-sini.
Alahai sayang. Terus senyum berubah lucu. Lihat wajahanak, semua masalah hilang serta merta.
"Sayang tolong angkat baby ya? Abang cuba kejut daritadi tapi tak boleh," ujar Que Ashleen. Sekali gus menukartopik mereka.
Tak berniat untuk panggil Illiyen tetapi dia terpaksa.Anaknya itu pula dah tidur. Dikejutkan berkali-kali takbangun. Rasanya terlalu penat akibat bermain lari-larisebentar tadi.
"Tetap tak jalan?" Soal Illiyen. Tak pernah-pernahIndira buat hal. Tidur tak bangun. Selalunya dia yangpaling senang nak bangun.
Kalau si Ilana tu memang tidur tak bergerak. Sekali diaterlelap, esok baru bangun. Iftinan pula boleh dibawabincang. Kejut mesti bangun.
"Banyak kali abang kejut. Tak bangun-bangun. Penatsangat agaknya. Tinan pun dah tertidur balik. Tolongkejutkan sekali sayang. Abang nak dukung manja." Aduhaitak fasal-fasal malam ini tak boleh dukung dua orang sekali
gus.
Illiyen lihat ke arah Iftinan. Betullah. Puteri yang lagiseorang sudah selamat di alam mimpi semula.Illiyen mula bergerak. Dia mendekati Iftinan yang ada disisi Indira melalui pintu kereta yang sebelah lagi. SementaraIlana sudah selamat ingin diambil oleh Que Ashleen.
"Tinan bangun, papa dah sampai rumah." Pipi sang anakdielus perlahan.Dengan sekelip mata, terus terbangun. Dia berisenyuman lalu mahu tidur semula. Cepat-cepat Illiyenmenegah.
"Bangun, kita tidur dekat atas."Iftinan angguk. Dia terus melangah keluar kereta lalu berdiri di depan pintu utama rumah seraya menonyoh
mata.Tak fikir panjang, Illiyen ambil tubuh Indira, didukung.Sempat Que Asleen matikan enjin kereta bersama Ilana didalam dukungan. Illiyen memimpin tangan Iftinan danmenunggu suaminya.Sama-sama melangkah.
"Mak su!" Jerit Iftinan gembira.
Sesampainya di ruang tamu, tubuh itulah yang menjadiperhiasan utama mata. Lama tak melihat mak cikkesayangan.
Iftinan mahu melangkah namun pergelangan tangannyaditarik oleh Illiyen. Menghalang dari terus memeluk Suha.Tergamam. Suha turut diam bila ditegah sebegitu olehIlliyen
Tak sempat ingin bersalaman, dia terus naik ke atassemula. Hanya sempat memberi lambaian sahaja. Anakdidaki oleh mereka sekeluarga.
Sesampainya di dalam bilik, Iftinan dengan sendirinyapanjat ke atas katil. Sementara di sebelah kanan, sang ibumeletakkan Indira. Dan di sebelah kiri, Que Ashleen letaktubuh yang lagi seorang.
"Tinan tidur ya? Esok pagi papa kejut untuk sahur.Jangan kacau manja dengan baby, okey?"Iftinan angguk faham. Bantal panjang miliknya diambillalu dipeluk. Sempat juga sebelum tidur dia salam keduaibu dan ayahnya, beri kucupan seperti selalu.
Dalam beberapa minit berlalu, ruangan tadi mulaberubah gelap. Iftinan sudah terlelap dengan sendirinya.Tubuh di tengah, dipeluk oleh kembarnya yang dua orangitu.
Sementara Que Ashleen dan Illiyen, mereka
terus keruangan bawah. Mahu berjumpa dengan Suha semula.
Sepanjang menuju ke ruangan bawah, Illiyen ada cerita hal-hal selayaknya.
MERENUNG ke depan.Que Ashleen cuba berdehem sekali. Menamatkanrenungan antara Suha dan Illiyen.
"Jadi, Suha memang betul-betul nak dia ke?" Soal QueAshleen serius. Suha alih pandangan. Dia angguk dengan yakin.
"Kenapa dia?" Sajalah mahu tanya.
"Sebab sukalah, tak kan sebab Suha saja-saja. Kenapaakak dengan abang nak halang Suha dari kahwin ni? Suhabukan kecil lagi. Suha dah besar. Dengan siapa Suha nakhidup, ini semua pilihan Suha. Akak dengan abang tak ada apa-apa hak untuk halang."Wow, lagi sekali Illiyen terkesima. Diam. Lihat ke arah
suaminya, dia sedang menahan amarah.
Lihatlahbagaimana cara Suha menjawab. Sungguh sakit hati.
"Suha tahu ke siapa dia? Cuba kenalkan dia dekat abangsikit, abang nak tahu siapa orangnya sampai Suha sangguphilang hormat dengan Kak Iyen," sambung Que Ashleen.
Decitan daripada Suha. Mestilah kenal. Takkan nak
kahwin dengan orang tak kenal. Datang sini nak beritahu
sahaja bukannya nak kena soal siasat. Suami isteri sama
perangai. Suka kawal orang.
"Tahulah. Nama dia Qash Arjuna, duda anak dua.
Abang tak payah nak sibuk sangat hal Suha. Selama ni
Suha hidup pun seorang diri," balasnya lagi. Seolah tak reti
bersyukur.
Fuh, sabar. Sabar. Tengah bulan puasa ni. Perangai Suha
memang naikkan kemarahan orang. Que Ashleen
mengeluh. Betul apa yang isterinya kata tadi. Suha lain.
"Akak tak setuju. Selebihnya kau tanyalah abang
kenapa. Akak penat cakap dengan Suha. Macam tak ada
apa-apa kesan. Kitaorang cuba nak jaga Suha tapi...
macam akak hilang siapa adik akak yang sebenar. Ikutkah
yang mana Suha suka." Hilang. Pasrah. Illiyen terus
bersandar.
Lantaklah apa sekali pun. Urusannya dengan Suha,
selesai. Tak ada apa lagi yang harus dikatakan lagi.Suha beri nafas berat.
"Kenapa pula Suha nak kena tanya abang? Bukannya ada kena-mengena. Lainlah kalau Kak Iyen nak Suha kahwin dengan abang, baru boleh tanya," selamba
membalas. Tangan disilang ke dada.
"Suha, mulut jaga. Hormat sikit siapa yang ada depan Suha sekarang." Keras nada lontaran daripada Que Ashleen. Sedaya upaya mengawal kotak suara. Memang
meluap rasa bila dengar ayat Suha tadi.
Illiyen bangun, kau ni memang nak kena. Marahnya
dalam hati.
Berdiri betul-betul depan wanita tersebut, gelas kaca di atas meja tadi diambil lalu dijatuhkan ke lantai. Prang!
Sengaja. Ini amaran pertama. Tak ada kata-kata lagi. Yang
hadir sekarang adalah tindakan semata.
Terkejut dengan tingkah Illiyen. Que Ashleen lihat tanpa kerdipan. Tindakan spontan.
"Kau pandang aku," arah Illiyen keras.
Teragak-agak Suha mahu angkat wajah. Rasanya seperti dia sudah terlepas bicara. Namun masih saja mahu mengawal keadaan. Berani campur tidak untuk terus
menatap wajah baran Illiyen.
"Engkau jangan cari fasal dengan aku, Suha. Bab suami aku, kau jangan nak sentuh. Selama ni aku beri apa yang kau nak. Memandangkan kau kata kami tak ada hak, aku nak kau bayar balik semua kos yang aku pernah tanggung kau, pulangkan balik butik aku. Pandai-pandailah kau hidup sendiri. Dasar lupa daratan."
"Puteri, sudah." Tegah Que Ashleen.
Illiyen toleh buat suaminya lalu dia pandang Suha semula. Ewah, suka hati nak ambil suami aku. Kalau berani langkah mayat dia dulu.Tak ada sesiapa boleh ambil Que Ashleen. Berombak dada tatkala mendengar jawapan
darinya.
" Kau balik. Aku tak nak tengok muka kau lagi." Halau tanpa takut. Ini Puteri Illiyen. Jangan sesekali bangkitkan kebaranan yang sudah lama menghilang.
Suha, memang sengaja!