Bab 2

HAH, apa dia?!

Biar betul?Tak akanlah. Ini mesti main-main saja. Seolah takpercaya, Que Ashleen kerdipkan mata berkali-kali. Usaidengan itu, dia tonyoh pula kelopak mata. Tak sangka halyang sedang diamati. Kit penghuji kehamilan milik Illliyen

dilihat tanpa kerdipan. Kemudian dia lihat pantulan cerminhadapannya.

"Kalau betul kenapa Puteri kena berahsia?" Seolahberteka teki dengan diri sendiri. Mengenal Illiyen, wanitatersebut tak akan sesekali berahsia dengannya.

Bukan tak terima tetapi mereka mahu habiskan masabersama-sama lagi. Yang tiga orang tu pun kasih sayangbelum cukup. Ini pula nak tambah yang lagi seorang.

Langkahnya diatur untuk keluar. Pintu bilik utamadikatup. Que Ashleen mara ke bilik anaknya. Langkahterhenti sebaik sahaja mendengar suara televisyen di ruang

bawah. Bila kepala menjengah sedikit ke depan, pintu bilikkembar tiga sudah terbuka luas. Insan di dalamnya jugahilang. Barangkali sudah turun. Tebak Que Ashleen sendiri.

Sampainya di ruangan bawah, suasana sudah terangbenderang. Anak-anak mereka juga sudah bangun. Elokterbaring di ruang tamu sambil memeluk patungkesayangan.

Awal!Macam tak percaya.

"Papa dah bangun," ujar Iftinan. Sekilas dia memerhatilagak sang ayah sebelum kembali melihat hadapan.Tindakannya dalam menegur Que Ashleen membuatkandua orang lagi turut berpaling padanya sesaat.Que Ashleen senyum segaris.

"Awalnya bangun harini. Bubu kejut atau bangunsendiri?" Soalnya seraya mendekati mereka bertiga.

"Sendiri," kata mereka serentak.

"Betul ke?"Angguk tanpa menoleh ke arah Que Ashleen. Sebaliknyakembar tiga tersebut ralit dengan kartun di kaca televisyenbersama botol susu di sisi.

"Bubu mana?" Soalnya pada si anakIndira, Iftinan dan Ilana, bersama mereka tunding jari kearah dapur. Mengikut tundingan mereka, Que Ashleenmengerti. Seketika dia terasa ingin tertawakan diri sendiri.Memanglah di dapur, sedia makanan untuk sahur.

"Papa, tak nampak," ujar Ilana seraya kepalanya cubauntuk melihat hadapan. Langsung terhalang oleh susuksang ayah. Tanpa berlengah. Que Ashleen meluru ke dapur sekali

gus membiarkan anak-anaknya menonton sebelum makan

bersama.

Serta merta otak teringat sesuatu. Orakan langlahmenjadi lebih laju. Alat yang ada di dalam kocek seluardiambil lalu dipegang dengan erat. Ada ketika dia melihat

bersama kerutan di dahi. Okey, kena pantas. Cepat.

Selesaikan hal yang baharu. Otak beri amaran untuk terusbertindak dari detik ke detik.

"Sayangku Puteri."Tugas terhenti. Illiyen pusingkan badan secara total.

"Puteri, apa ni?" Angkat alat tersebut.

Illiyen kerut dahi. Tak mengerti maksud ayat sebentartadi. Tak akanlah suaminya tak tahu alat apa yang sedangdipegang. Jelas tertera maksud di balik objek tersebut.

"Puteri rahsiakan dari abang? Kenapa?'

"Tak ada apa-apa," balas Illiyen bersahaja. Habis bicaradia kembali ke posisi asal. Gas dibuka dan lauk yang ingindipanaskan dituang kedalamnya. Sementara Que Ashleenmasih pegun di belakang.

Kemudian bahu Illiyen disentuh. Terus terpusing secarapaksa. Di tika tersebut panahan mata mereka bersatu.

Seolah memberi maksud tersendiri. Yang seorang penuhdengan harapan dan seorang lagi dengan tanda tanya.Saling tak mengerti.

Que Ashleen angkat alat tadi. Dan lagi sekali, dahi Illiyenberkerut.

"Puteri rahsiakan hal ni dari abang?"

"Abang dah kenapa? Dari tadi rahsia. Puteri tak adarahsia dengan abang. Rahsiakan apa?" Tak faham betullah.Pagi-pagi dah kena perah otak.

Orang nak panaskan lauk pun tak senang hati

dibuatnya. Pergerakan terhalang. Que Ashleen terusmengunci tingkah Illiyen. Selagi tak dapat jawapan, selagitu tiada ruang untuk diberi.

"Cuba Puteri tengok. Tak akanlah hal macam ni punabang tak berhak tahu? Abang suami Puteri, tau." Samaseperti tadi. Berteka teki dengan sikap Illiyen yang mahuberahsia dengannya. Nasiblah dia jumpa. Andai tidak,sampai bila pun dia tak akan tahu hal sebegini.

Mahukan kepastian mendalam. Itu sahaja. Nyawaputerinya harus dijaga dengan rapi.

Illiyen lihat alat tersebut. Kemudian dada Que Ashleenditampar. Tawanya lepas.

"Abang, itu termometer. Bukan pregnancy test. Tengokbetul-betul. Kan dah tulis suhu dekat situ. Apa yang abangmamai sangat ni?" Haihlah suami. Pagi-pagi lagi dah buathal. Ya Tuhan, sudahlah berdrama di pagi buta. Habis diadi sini termangu-mangu. Rahsialah, apalah. Diadengan

Que Ashleen tak ada rahsia.Angkat alat tadi, Que Ashleen satukan kening.

Eh,alamak! Tersilap tengok. Macam mana boleh tersilap ni.Aduhai... Dari tadi pandangannya mamai. Mengingatkanbahawa alat untuk mengukur suhu adalah alat untukmemeriksa kehamilan. Patutlah si isteri tak faham tingkah

darinya.

Que Ashleen senyum janggal sambil melihat Illiyen yangsedang tertawa. Aduhai otak, pagi-pagi kau dah buat hal.

Dari tadi menerima maklumat palsu. Dek kerana rupabentuk yang hampir sama buatkan dirinya terus tak senangduduk. Sudah lihat berkali-kali namun jawapannya tetapsama.

"Tepi sikit, Puteri nak ambil mangkuk," pintanya dengansisa tawa. Illiyen tolak Que Ashleen. Mangkuk ditarikkeluar.Sempat menoleh melihat suaminya. Que Ashleen masih

merenung alat tadi.Sisa tawa masih ada. Kepala tergeleng melihat kelakuanQue Ashleen. Sungguh, pagi ini sangat mengujakan. Tak

terjangkau langsung sikap Que Ashleen.

"Mana abang jumpa benda tu?" Soal Illiyen bersahaja.

"Dalam tandaslah. Sebab tu ingat Puteri punya." Takbersalah langsung menjawab. Benda dah dalam tandas.Mana ada orang periksa suhu badan di tempat sebegitu.Paling tidak pun di dalam bilik.Kalau dalam tandas, memang tersalah sangka.

Que Ashleen bergerak menghampiri Illiyen. Dia beripandangan tak puas hati. Peluk tubuh dibuat.Illiyen lihat sekilas. Pipi Que Ashleen ditarik. Sambilketawa. Lawaknya! Dia yang buat salah, tak mahumengaku. Illiyen buka air di pili singki. Lepas tu, airdiambil lalu disimbah ke wajah suaminya. Nah ambil. Bagi

segar sikit.

"Abang ingat nak tambah lagi seorang 'puteri' dalamrumah kita. Nanti semua ikut perangai Puteri."

Eh? Okeylah tu. Biar dia seorang sahaja lelaki. SambungIlliyen dalam hati.

"Abang ni, Puteri pun tak sedia nak ada 'puteri' lagiseorang. Cukup tiga orang tu buat Puteri pening," balasIlliyen.

"Abang bukan tak terima cuma tak sanggup tengokPuteri macam dulu lagi. Kita semua masih perlukan Puteri.Abang, anak-anak." Sayu dalam berkata.

Tak terbayangtika dahulu. Nyawa Illiyen setelah melakukan pembedahansemasa melahirkan anak-anak mereka ada di hujung

tanduk. Cukup memberi dirinya kesan hingga hari ini.

Bukan niat di hati mahu menolak pemberian Tuhan. Andai itu yang direzekikan, dia bakal menerima denganhati terbuka. Namun tatkala di setiap proses pasti bakalmengingati detik lama.

Illiyen selit rambut di tepi telinga. Dia balas tatapanmata Que Ashleen.

"Abang, itu termometer. Tak payah risau sangat. Dahlama berlaku, jangan fikirlah. Puteri dekat sini. Depanmata abang," beritahu Illiyen. Mahu lontar ketenanganbuat suaminya.

Tahu bahawa saat suatu masa dahulu telah memberiketakutan yang besar dalam hidup suaminya. Jika diingatkembali, umpama diberi peluang kedua untuk hidup. Takdapat membayangkan apa yang akan berlaku sekiranyasegala hal terhenti di titik tersebut.

Que Ashleen diam sambil tersenyum.

"Manja muntah tadi. Tapi bila periksa, tak demam pun.Puteri nak beritahu abang sekarang. Tiba-tiba abangtersalah tafsir," lagi sekali, ketenangan buat suaminyadiberi. Sekali gus memberi tafsiran sebenar tentang

mengapa alat tersebut hadir di realiti.

Apalah yang jejakanya fikir sampai ingat itu kit ujiankehamilan. Sungguh, dia pun tak fikir sebegitu rupa.

Illiyen sambung tugas. Buah epal diambil. Lalu dipotongkepada beberapa bahagia.Que Ashleen lepas nafas berat. Perlahan-lahan kepalanyaangguk dengan kenyataan tadi.

Alat tadi diletak di atas kabinet. Gas yang terpasangdikatup olehnya tatkala melihat isi dalaman sudahmenggelegak. Seketika, dia ubah ke dalam bekas hidangan.

Jeda. Umpama sedang melayan perasaan sendiri. Sempatkerlingan buat isterinya yang sedang memotong buahdiberi.

"Abang ni suka sangat ingat benda lama. Puteri taksukalah. Mereka pun dah besar." Memang akan ada ketikaQue Ashleen teringatkan peristiwa lama. Sungguh, Illiyensangat tak suka. Ibarat hidup suaminya sering dikunjungi

kisah lama. Benar, ia tak selalu hadir. Namun tatkala iadatang, ...

Buah siap dipotong. Illiyen basuh tangan kemudiandilap. Langkah medekati Que Ashleen berhampirankabinet. Sampainya di sisi, Illiyen condongkan badansedikit ke belakang. Bersandar pada objek tersebut.

"Abang cuma takut hilang Puteri."

"Tak hilang. Ada dekat sini. Jadi 'puteri' hidup abang.Abang tak perlu fikir hal lama. Nanti hidup akan asyikteringat. Puteri ada dekat sini sepanjang masa," balasIlliyen penuh keyakinan.

Que Ashleen terus senyum lebar. Hatinya tenangmendengar pujukan daripada puteri kesayangan. Ya, bendatu memang sudah lama. Tetapi itu merupakan detik yangpaling hitam dalam hidup. Sungguh tak dapat bayang andai

satu hari nanti keluarga dia tak lengkap tanpa susukseorang Puteri Illiyen. Tanpanya, hidup boleh terkontang-kanting.

"Jom," ajak Illiyen.Ajakan tersebut dibalas dengan tindak positif. QueAshleen dan Illiyen atur langkah ke ruang makan bersama.

Sempat juga mereka ambil beberapa juadah yang belumsempat dihidang.

"Baby, Tinan, manja, jom sahur,' panggil Que Ashleen.Mangkuk yang terisi juadah diletak atas meja. Sama seperti

lIlliyen tingahnya. Dia membetulkan sedikit posisi pinggandan mangkuk yang ada di atas meja tersebut.

"Yeay!" Ilana yang sedang sedut botol susu terus bangundari baringan.

Indira juga bangun. Lalu kaku di depan televisyenbersama rambut yang serabai. Memerhati kartun Upin danIpin di hadapannya.

Sementara Iftinan paling aktif. Berdiri, pegang botol susudan bantal panjang. Lepas tu menari-nari.

Illiyen perhati lagak mereka. Macam-macam. Seorangbegini. Seorang lagi begitu. Yang di depan kaca televisyenpula baru mahu bergerak secar pasif. Gelengan halusdarinya.

"Papa, Upin Ipin puasa tak?" Soal Iftinan kehairanan.

"Puasalah!" Balas Ilana. Bantal di tangan dihayunkan kearah Iftinan sekali.

"Bubu, nak susu." Indira berkata. Baru sedar dari

lamunannya. Dia tak hairan akan pergaduhan adik-adiknya. Tatkala lalu bersebelah mereka, dia terus meluruke arah Illiyen.

"Sekejap lagi bubu bagi lagi. Kita makan dulu," jawabIlliyen. Tubuh Indira diangkat lalu kerusi di meja makanditarik. Sesekali rambut anaknya dibetulkan.Terus terduduk tubuh Indira.

Sementara Ilana dan Iftinan masih bermain bantal.

"Yang tak puasa tu manja!" Laung Iftinan.

"Eh, manja puasalah. Dah lima puluh hari!" Tak nakkalah. Teruskan menjawab. Jari berbentuk tiga ditayang.Tertawa Illiyen dan Que Ashleen.

Mana ada orang puasa lima puluh hari sayang!

"Tinan tak puasa!" Usik Ilana.Ilana dikejar Iftinan.

"Papa, bubu tolong!!!" Jerit Ilana.

Bergegar rumah.

"Okey semua, duduk-duduk. Jangan berlari.Duduksemua, duduk." Arahan daripada Que Ashleen.Dua-dua sudah berpaut pada kakinya.

"Bubu, tengok manja. Dia kata Tinan tak puasa," aduIftinan.

"Mana ada, Manja dah puasa lima puluh hari tau!"

"Iyalah tu. Dua-dua sama je. Puasa tapi nak susu. Barubeberapa hari puasa. Lagi satu, kita puasa sebulan aje. Mana ada lima pulih hari," usik Illiyen. Indira di dalampelukannya. Rambut sang anak dimain. Yang seorang nimemang manja sikit. Macam bayi. Dialah yang paling pasifantara semua. Tapi dia kakak sulung.

"Bubu!" Jerit mereka berdua serentak.

Kemudian, tubuh mereka diangkat oleh Que Ashleen.Duduk di tempat masing-masing. Ada sesekali merekamenyakat sesama sendiri.

Pasangan itu sudah kepas tawa. Lucu dan comelsikapnya si kecil. Memang hobi anak-anak mereka. Waktusahur ingin ikut bersama. Puasa, adalah separuh hari sebelum kembali merengek nak susu. Namun itu juga salah satu usaha yang bagus.