Awan tebal telah menutupi cahaya bulan untuk menerangi bumi. Kegelapan telah mengusai bumi pada malam ini.
Angin malam bertiup kencang mendatangkan suasana yang agak kurang menyenangkan. Ia seperti petanda bahawa ribut akan datang.
“Hah, hah, hah” Bunyi nafas berat seorang remaja lelaki berambut hitam yang sedang berlari ketakutan kerana di kejar oleh suatu makhluk yang tidak dikenali. Mukanya terlihat pucat.
Remaja tersebut telah berlari selama lima puluh minit tanpa henti, dia sudah kehabisan nafas dan tiada tenaga untuk berlari lagi.
Tak lama selepas itu, dia terjatuh ke tanah kerana kehabisan tenaga. Otot-ototnya sudah kejang.
GRrr!
Bunyi makhluk yang mengejarnya tadi. Makhluk tersebut mendekati lelaki tersebut secara perlahan. Ketika itu, awan mulai menipis sehingga membolehkan cahaya bulan menerangi semula keadaan di malam itu.
Terlihatlah rupa sebenar makhluk tersebut. Ianya terlihat seperti harimau,tetapi memiliki belang berwarna merah dan hitam. Matanya berwarna merah darah.
Remaja tersebut berundur sedikit demi sedikit. Dapat terlihat dari mukanya bahawa dia ketakutan. Kemudian, makhluk tersebut melompat ke atas badan remaja tersebut.
Remaja itu jatuh terbaring di atas tanah. Dia cuba melawan makhluk itu dengan menggunakan dahan pokok yang berada di sebelahnya.
Dia meletakkan dahan itu di mulut makhluk tersebut. Makhluk itu menggigit dahan tersebut sehingga patah. Remaja itu tiada lagi barang yang dapat digunakan untuk melindungi diri.
Dia kemudiannya menggunakan untuk menahan. Makhluk tersebut menggigit tangannya sehingga berdarah.
“Aahhh!” Remaja itu menjerit kesakitan.
Remaja itu masih tidak menyerah, dia masih gigih melawan sampai akhirnya dia kehabisan tenaga. Makhluk itu menggigit tangannya beberapa kali sehingga tulangnya hancur.
Akhirnya, makhluk tersebut menggigit leher remaja tersebut. Banyak darah yang keluar dari tubuh remaja itu. Darahnya telah membasahi tanah yang kering pada malam itu.
“Seperti inikah aku akan mati?” Fikirnya.
“Tidak buruk. Aku juga sudah tiada keluarga” Fikirnya lagi.
Dia menatap ke arah langit malam yang dipenuhi oleh bintang yang indah. Matanya mula kabur dan dia tidak lagi merasakan kesakitan.
Tiba-tiba cahaya yang terang telah menerangi bumi. Cahaya itu telah menerangi seluruh dunia. Orang ramai terkejut melihat cahaya tersebut.
Malam telah menjadi siang dan siang menjadi lebih terang. Cahaya itu menerangi dunia selama dua minit.
Selepas melihat cahaya itu, makhluk yang memakan remaja tersebut lari memasuki hutan untuk bersembunyi. Ia terlihat ketakutan.
Kesedaran remaja tersebut telah hilang sepenuhnya.
Keesokan harinya, remaja tersebut tersedar di atas katilnya. Tubuhnya berasa amat penat.
“Bukankah aku sudah dimakan?“ Fikirnya sambil meraba-raba tubuhnya.
“Mimpi?” Fikirnya lagi.
“Tapi rasanya itu bukan mimpi.”
Dia bangun dari katilnya dan memasuki tandas. Dia kemudiannya membuka baju dan memeriksa seluruh tubuhnya. Tiada luka atau apa-apa yang terjadi pada badannya.
Setelah memeriksa tubuhnya. Dia menatap mukanya sendiri di dalam cermin. Tak lama kemudian, dia telah melihat dirinya di dalam cermin tersenyum. Dia terkejut dan berundur menjauh.
“Apa itu tadi?“
”Apakah aku berhalusinasi?“
Kemudian dia melihat kembali ke arah cermin itu. Dirinya di dalam cermin melambai ke arahnya sambil tersenyum.
Remaja tersebut terkejut dan terus berlari keluar dari tandas. Dia naik di atas katilnya dan menutupi dirinya dengan selimut.
“Jangan takut, aku tak akan apa-apakan kau” Suara kedengaran dari tepi katil.
Setelah mendengar suara tersebut, remaja itu mengeluarkan kepalanya sedikit untuk melihat. Remaja itu melihat seorang lelaki muda berambut panjang yang berwarna putih dan memiliki tanduk di atas kepalanya. Wajah lelaki tersebut sedikit pucat.
“S-siapa kau?” Tanya remaja tersebut.
“Aku? Aku Lucifer” Jawabnya.
“Kenapa kau ikut aku?“
”Jiwaku terikat denganmu, aku tidak tahu kenapa” Jawabnya dengan tenang.
Remaja tersebut akhirnya keluar dari selimutnya. Dia cuba untuk menenangkan dirinya sendiri.
Tak lama, bunyi suara ketukan pintu rumahnya. Dia dengan cepat bangun dan berjalan ke arah pintu. Kemudiannya dia membuka pintu. Terdapat seorang wanita berambut biru berdiri di depan.
“Leo” Wanita tersebut memanggilnya dengan lembut.
“Irina, ada apa?“
“Ibuku menyuruhku memberikan ini kepadamu” Katanya sambil menyerahkan makanan.
“Terima kasih”
“Sama-sama” Balasnya dengan senyuman. Dia akhirnya pergi meninggalkan Leo sambil melambai ke arahnya.
Leo membalas kembali lambaiannya. Leo menutup pintu rumahnya setelah Irina hilang dari pandangannya.
“Siapa dia?“
“Dia adalah anak daripada kedua orang yang menjagaku sejak ibu bapaku meninggal dunia”
Ibu bapa Leo meninggal dunia ketika Leo berusia sepuluh tahun. Mereka meninggal disebabkan oleh gempa bumi. Sejak saat itu, keluarga Irina menjaga Leo.
Leo meletakkan makanan yang diberi oleh Irina tadi di atas meja makan. Leo berjalan ke arah telefon dan mengambilnya. Semasa Leo memainkan telefonnya, dia melihat berita tentang kejadian semalam.
Tertulis di dalam berita tersebut, orang awam telah mendapat kekuatan. Pemerintah telah bersetuju untuk menggelarkan mereka sebagai awaken person dan menjadikan mereka sebagai pemburu.
Di dalam berita itu juga tertulis ribuan makhluk telah menyerang bandar. Para tentera mencuba untuk melawan tetapi berakhir sebagai kegagalan. Pemerintah mencuba untuk memujuk awaken person supaya bergabung dengan mereka untuk melawan makhluk tersebut.
Leo meletakkan kembali telefonnya setelah membaca berita tersebut.
Leo melihat ke arah Lucifer.
“Hey, kenapa kau memakan makanan ku?“ Tanya Leo dan merampas bekas makanan daripada Lucifer.
”Akwy lwapar” Jawab Lucifer dengan mulut yang penuh.
“Kau hanyalah jiwa”
Lucifer tidak mengendahkan ucapan Leo. Dia merampas kembali bekas makanan tersebut dari Leo.
“Nanti aku ajar kau cara bertarung”
Leo hanya membiarkan Lucifer sambung memakan makanan tersebut setelah mendengar ucapan Lucifer.
Malamnya, Lucifer bersedia untuk mengajari Leo. Dia menyuruh Leo pergi ke tempat Leo dikejar oleh makhluk semalam.
Awalnya Leo tidak ingin pergi kerana terlalu takut. Selepas lama Lucifer mengajak Leo, akhirnya Leo pergi.
“Cari makhluk yang mengejarmu semalam” Kata Lucifer setelah tiba di sana.
“Ha?” Leo terkejut dengan kata-kata Lucifer.
“Pergi” Lucifer masih memaksa Leo untuk mencari makhluk tersebut. Leo mula memasuki hutan dengan perlahan-lahan. Dia cuba memberanikan diri.
Krak,krk. Leo mendengar bunyi suara dari arah kanannya. Dalam hutan tersebut terlalu gelap, jadi Leo tidak nampak apapun.
Leo cuba untuk memeriksa suara itu. Semakin Leo mendekat, semakin jelas terlihat apa yang dihadapannya. Ianya merupakan makhluk yang mengejarnya semalam. Ia seperti sedang memakan sesuatu.
Setelah Leo melihatnya, terlihat dengan jelas ketakutan di wajah Leo. Leo cuba menjauh dari makhluk tersebut secara perlahan.
Krak!
Bunyi suara ranting patah di belakang Leo. Setelah mendengar suara itu, Leo melihat ke belakangnya. Dia melihat Lucifer memegang ranting pokok yang patah sambil tersenyum ke arah Leo.
Leo dengan cepat melarikan diri. Makhluk tersebut telah menyedari kehadiran Leo. Makhluk itu mula mengejar Leo dengan cepat.
Semasa berlari, Leo tersepak batu dan terjatuh. Kemudiannya, makhluk tersebut melompat ke atas Leo. Leo dengan cepat menahan makhluk tersebut.
“Oh yeah, semangatlah” Lucifer bersorak dengan ceria kepada Leo.
Leo berusaha untuk menolak makhluk tersebut. Tetapi gagal. Dia akhirnya menumbuk makhluk tersebut berkali-kali sehingga lemah. Leo menolak makhluk tersebut. Selepas menolak makhluk itu, Leo berdiri.
Leo melompat sedikit ke belakang untuk menjauh. Sekarang, Leo dan makhluk tersebut saling berhadapan satu sama lain.