Makhluk tersebut mengeram ke arah Leo. Ia tidak dapat berdiri dengan stabil kerana masih kesakitan.
Leo dengan cepat melarikan diri. Dia berusaha untuk keluar dari hutan. Makhluk tersebut sudah semakin pulih dan ia mengejar Leo dengan cepat. Ia melompat ke atas belakang Leo.
Leo terjatuh dan mukanya terkena pada batu yang berada di atas tanah. Darah Leo mengalir keluar dari hidungnya.
Dari kejauhan Leo terdengar suara Lucifer mengatakan sesuatu.
“Alirkan mana mu ke tangan dan pukul makhluk itu”
Leo dengan kehairanan maksud dari kata-kata Lucifer.
“Apa itu?“
Leo masih berusaha melawan makhluk yang di depannya dengan tangan kosong sementara menunggu jawapan daripada Lucifer.
“Bayangkan ada aliran sungai di dalam badanmu dan cubalah untuk salurkan pada tangan mu”
Leo kemudiannya memejamkan mata sambil membayangkan keberadaan mana seperti yang dikatakan oleh Lucifer.
Leo dapat memunculkan dalam sekejap. Dia membuka matanya dan melihat makhluk yang menyerangnya bergerak secara perlahan.
Kemudiannya, Leo menyalurkan mana ke tangan kanannya. Tangan Leo mengeluarkan cahaya yang berwarna merah dan tercampur sedikit warna hitam.
Dia menumbuk muka makhluk tersebut dengan sekuat tenaga. Setelah memukul makhluk tersebut, keadaan kembali seperti biasa tetapi mana di tangannya masih ada.
Kepala makhluk tersebut mendapat luka yang teruk. Darahnya mengalir menitis ke atas tanah. Ia semakin melemah dan pandangannya kabur.
Makhluk itu berundur perlahan. Kemudiannya, Ia melarikan diri daripada Leo.
“Salurkan pada kaki mu” Kata Lucifer.
Leo mengangguk dan dia kemudiannya menyalurkan mana pada kakinya. Dia mengejar makhluk tersebut dengan pantas. Leo melompat ke atas belakang makhluk itu.
Makhluk tersebut kemudian jatuh dan tulang belakangnya patah akibat perbuatan Leo.
Lucifer tersenyum melihat hal tersebut kemudiannya berkata.
“Bunuh makhluk itu”
“Baiklah” Balas Leo dengan spontan.
Leo salurkan kembali mana pada tangannya. Dia memukul kepala makhluk itu sehingga mati.
“Hah,hah,hah” Nafas berat keluar dari Leo akibat kelelahan.
“Belah kepala makhluk itu” Ucap Lucifer.
“Belah? Untuk apa?“ Arahan Lucifer membuat Leo keliru.
“Ikut saja apa yang aku kata”
Kemudian Leo mengangguk. Dia mula membelah kepala makhluk itu dan menjumpai satu manik berwarna putih di dalam kepala makhluk itu.
“Ambil dan telan lah benda itu”
“Apa?“
“Telan benda itu” Lucifer mengulangi kata-katanya.
“Menelan benda menjijikkan ini?“
“Ya”
Leo menelan ludahnya. Leo fikir dia tidak mungkin memakan benda yang tidak dikenalinya dan ianya menjijikkan. Pada akhirnya dia membuat keputusan untuk memakannya.
Leo memasukkan manik itu ke dalam mulutnya dan menelannya dengan cepat. Leo merasakan sensasi panas selepas menelan itu. Rasa panasnya dirasakan oleh Leo selama beberapa saat.
Leo berasa kekuatan dalam dirinya bertambah. Dia dengan perasaan ingin tahu bertanya kepada Lucifer.
“Apa sebenarnya manik itu?“
“Itu merupakan inti yang berada dalam setiap makhluk aneh itu” Ucap Lucifer.
“Kau merasakan peningkatan kekuatan dalaman mu?“ Tanya Lucifer.
Leo kemudiannya menganggukkan kepalanya.
“Kau hanya memakan inti peringkat terendah” Ucap Lucifer.
“Bagaimana kau dapat mengetahui bahawa itu adalah tahap terendah?“ Tanya Leo sambil membersihkan diri daripada tanah dan darah yang melekat pada badannya.
“Dari warnanya. Inti mempunyai enam warna.“
“Dimulai dari yang terendah iaitu putih dan diikuti oleh merah jambu, merah, merah darah, coklat dan akhirnya warna hitam”
Leo memikirkan apa yang dikatakan oleh Lucifer itu hebat. Warna putih yang baru sahaja ditelannya telah meningkatkan kekuatannya, apalagi yang berwarna hitam.
Dunia telah berubah. Jadi Leo fikir mengumpulkan kekuatannya amat penting. Leo menjadi sedikit tamak akan kekuatan.
Dia berfikir akan mencari inti lebih banyak lagi untuk mendapatkan kekuatan. Leo tenggelam dalam fikirannya sendiri, memikirkan bahawa banyak benda yang boleh dilakukannya dengan kekuatan yang melimpah.
{KEESOKAN HARINYA}
Leo berjalan di tengah-tengah bandar seperti hendak pergi ke suatu tempat. Terdapat ramai orang dan banyak kenderaan di atas jalan.
“Kemana kau mahu pergi?“ Tanya Lucifer.
“Cari pekerjaan. Aku kekurangan wang” Jawab Leo dengan spontan.
“Kenapa kau tidak bergabung dengan awaken person. Mungkin pemerintah akan memberi mu bayaran yang lumayan kerana membantu menghapuskan ancaman.“ Kata Lucifer.
Leo fikir kata-kata kemungkinan ada betulnya. Tidak mungkin ada orang yang akan bekerja dengan merisikokan nyawanya secara percuma.
Leo dengan pantas pergi ke pusat awaken person. Pemerintah telah menyediakan bangunan khas sebagai pusat pengujian dan pendaftaran awaken person. Ianya dipanggil sebagai Humanitarian Association.
Setibanya Leo di depan bangunan tersebut, Leo takjub dengan ketinggian dan keindahannya. Dia mula berjalan ke dalam bangunan itu. Terdapat ramai orang yang ingin mendaftar untuk mendapatkan lesen sebagai awaken person.
Mendaftar menjadi awaken person membolehkan semua yang mendapat kekuatan menggunakan kekuatannya secara bebas. Mereka juga akan diberikan kebenaran memburu mutant dan akan diberikan bayaran.
Mutant ialah nama panggilan yang pemerintah berikan kepada makhluk yang muncul dari gua.
Gua pula merupakan gelaran yang diberikan oleh pemerintah yang merupakan tempat tinggal para mutant.
Leo kemudiannya berjalan ke arah kaunter pendaftaran. Dia diminta untuk mengisi borang pendaftaran. Selesai mengisi, Leo menyerahkan borang tersebut kepada penjaga kaunter.
“Tunggu disana” Ucap penjaga kaunter dengan nada yang agar kurang ajar.
Leo berjalan ke arah tempat menunggu.
“Dia perlu diajar semula cara untuk berkomunikasi” Kata Lucifer. Leo hanya tersenyum mendengar hal tersebut.
Leo hanya ingin mendapatkan duit. Dia tidak ingin menimbulkan masalah di sini. Jika itu terjadi, kemungkinan dia tidak mungkin mendaftar dan menimbulkan banyak masalah yang tidak diperlukan.
Setelah menunggu hampir satu jam, Leo akhirnya dipanggil untuk melakukan pengujian. Leo memaksuki ruangan pengujian. Ada lima orang penguji di dalam ruangan tersebut.
“Sila letakkan tanganmu di atas ini” Penguji menyuruh Leo meletakkan tangannya di atas suatu bola kristal.
Kristal itu dinamakan sebagai míč. Ianya dapat mengetahui tahap kekuatan orang yang menyentuhnya.
Leo meletakkan tangannya di atas míč tersebut. Di dalam bola itu terpapar tahap kekuatan Leo
[Tahap dua]
“~~~”
“~~~~”
Leo mendengar bunyi para penguji membisikkan sesuatu antara satu sama lain. Leo tidak dapat mendengarnya dengan jelas.
“Silakan keluar terlebih dahulu. Kami akan memanggil kembali nanti” Ucap salah seorang penguji.
Leo berjalan keluar tanpa bertanya apa-apa. Dia tidak faham apa yang sedang terjadi di antara penguji tersebut.
Semasa menunggu di luar, Leo bertanya kepada Lucifer.
“Apa yang sebenarnya berlaku?“
“Mungkin mereka terkejut dengan tahap kekuatan mu” Jawab Lucifer.
“Kenapa?“ sekali lagi Leo bertanya.
“Setiap kekuatan mempunyai tahap. Ia bermula dari tahap satu hingga tahap dua belas.“
“Mungkin mereka terkejut kerana kau mencapai tahap dua padahal kejadian awaken baru sahaja terjadi kelmarin” Jelas Lucifer.
“Ouh” Leo membalasnya dengan bersahaja.