Leo dipanggil semula untuk masuk ke dalam bilik ujian. Dia melihat ada empat orang lain selain penguji tadi.
Mereka terlihat agak kuat. Kesemua dari mereka melihat ke arah Leo yang baru sahaja memasuki ruangan tersebut. Seorang penguji mulakan percakapan.
“Mereka semua petinggi Humanitarian Association” Katanya kepada Leo.
“Oh.. Gembira bertemu dengan mu” Ucap Leo kepada para petinggi.
“Aku juga” Balas seorang daripada mereka.
Leo bersalaman dengan mereka semua.
“Leo, sila letakkan tangan mu diatas míč semula” Ucap penguji.
Leo mengangguk dan mengikut arahan penguji. Sekali lagi keputusan di dalam míč menunjukkan keputusan yang sama.
Keputusan Leo disaksikan oleh para petinggi tersebut. Setelah itu, Leo mendengar suara ketawa dari salah seorang petinggi.
“Khihihi”
“Kau sangat menarik” Ucapnya.
Leo memandang ke arahnya. Leo menatap tepat pada mata petinggi itu. Setelah petinggi tersebut menyedarinya, dia mengeluarkan sedikit mana nya untuk memberikan tekanan kepada Leo.
Leo kemudiannya membalasnya dengan mengeluarkan mana nya.
“HENTIKAN!!“ Jerit seorang lagi petinggi dengan mengeluarkan mana nya untuk memberikan peringatan kepada mereka Leo dan petinggi yang menekan Leo.
Petinggi yang tadinya sombong terlihat menundukkan kepalanya. Dia terlihat seperti takut dan hormat kepadanya. Tetapi mukanya lebih kepada ketakutan.
Leo hanya diam di tempatnya berdiri.
“Aku minta maaf” Ucap petinggi yang menghentikan pertengkaran tadi.
“Namaku Anthony”
Dia menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Leo. Leo menerima salamnya dengan senyuman.
“Aku akan berikan kau peringkat B sebagai permintaan maaf” Ucap petinggi yang menghentikan pertengkaran tadi.
“Maaf, aku tidak boleh menerimanya?“ Tolak Leo dengan nada lembut.
“Kenapa kau menolak tawaranku?“
“Aku tidak ingin menarik perhatian orang ramai” Jelas Leo.
Petinggi tersebut hanya tersenyum mendengarnya. Lucifer di samping Leo juga hanya tersenyum.
Peringkat awaken person dibahagikan kepada tujuh peringkat. Peringkat tersebut bermula dari E hingga SS.
“Kalau begitu aku berikan kau peringkat D, bagaimana?“ katanya.
“Baiklah” Leo bersetuju dengan tawaran petinggi tersebut.
Anthony mengangguk. "Kami akan memantau perkembanganmu dengan cermat. Datanglah berjumpa denganku jika kau memerlukan apa-apa bantuan”
Leo senyum kepadanya. “Terima kasih”
Setelah menyelesaikan semua itu, Leo dipersilakan untuk keluar dari ruangan ujian. Para petinggi melihat kepada Leo sehingga Leo keluar.
“Loke” Anthony memanggil petinggi yang membuat masalah dengan Leo sebentar tadi.
“Y-ya?“ Sahutnya.
Anthony berjalan ke arahnya dan mencekik leher Loke.
“Kau ingin menghancurkan harapan terakhir kita?“ Tanya Anthony dengan nada yang mengancam.
“M-maaf” Katanya dengan nada yang ketakutan.
Anthony akhirnya melepaskan leher Loke. Loke dengan nafas yang terputus-putus mencuba untuk menenangkan diri.
……….
“Kau perlu berhati-hati dengan mereka. Terutamanya orang yang bernama Anthony” Ucap Leo.
“Kenapa? Bukankah dia kelihatan seperti orang yang baik?“ Tanya Leo dengan kehairanan.
“Kau akan tahu suatu hari nanti”
Lucifer merahsiakan banyak benda dari Leo sehinggakan Leo mempunyai keraguan mengenai identiti Lucifer yang sebenar.
Walaupun banyak keraguan, Leo tetap mempercayai Lucifer yang sentiasa bersamanya.
“Jom kita pergi ke cave” Ucap Lucifer untuk menghilangkan suasana yang sunyi.
Leo menganggukkan kepalanya dengan perlahan.
Sesampainya di depan cave, Leo masih ragu untuk masuk ke dalam. Dia berdiri di hadapan cave untuk beberapa minit.
Lucifer menepuk bahu Leo untuk memberi sokongan.
“Mari kita masuk”
Leo menganggukkan kepala sambil tersenyum lembut.
Terlihat pokok yang banyak di dalam cave. Ianya terlihat seperti di tengah-tengah hutan tebal. Cahaya matahari yang menembusi daun sangatlah sedikit kerana daun terlalu lebat.
“Mutant jenis apa yang tinggal di sini?“ Tanya Leo sambil berjalan menjauh dari pintu masuk cave.
Hanya suara angin yang bermain di telinga Leo. Seperti tiada kehidupan yang terdapat di sekitar kawasan itu.
Leo semakin menjauh dari pintu masuk cave. Hanya kesunyian yang terdengar di sekeliling.
Tidak lama Leo berjalan, Leo terdengar bunyi gemersik di antara pokok-pokok. Bunyi itu berubah-ubah tempat, sekejap dibelakang, sekejap di kiri dan kanan.
Lucifer menyedari sesuatu dan dengan pantas memberi arahan kepada Leo.
“Menunduk!“
Dengan pantas Leo menunduk tanpa berfikir panjang. Ini menghindarkan Leo daripada tercedera daripada serangan dari belakangnya.
“Apa itu?“ Leo dengan kebingungan bertanya.
“Viperwood”
“Spesies ular yang mempunyai kulit seperti pokok”
“Mereka bijak dalam serangan hendap di dalam hutan” Jelas Lucifer kepada Leo secara terperinci.
Bunyi gemersik di sekeliling Leo semakin bertambah. Ini membuatkan Leo menjadi takut dan berdebar.
“Tenanglah” Ucap Lucifer.
Leo mengangguk mendengar ucapan Lucifer tersebut. Leo menarik dan menghembus nafas secara teratur agar dirinya tidak lagi gementar.
Leo kemudiannya memejamkan mata selepas dirinya tenang sepenuhnya. Leo cuba menyebarkan 'mana'nya ke sekitar. Leo kemudiannya merasakan kedudukan dan jumlah Viperwood tersebut.
“1,2,3…7”
“Jumlahnya tujuh ekor”
Leo dapat merasakan kesemua Viperwood di sekelilingnya.
Satu per satu Viperwood menyerang Leo tetapi Leo dapat menghindari kesemuanya. Leo kemudiannya mengeluarkan pedang yang dibelinya sebelum masuk ke dalam cave.
Leo menggenggam erat gagang pedangnya. Leo kemudiannya mengangkat pedangnya untuk memotong kepala Viperwood.
Satu per satu daripada Viperwood berjaya Leo bunuh. Hanya tersisa tiga lagi yang belum dibunuh oleh Leo. Ini membuatkannya lagi sukar kerana ketiga-tiga Viperwood telah pandai mengelak daripada serangan pedang Leo.
Leo sudah keletihan kerana terlalu lama menggunakan mana. Dia hampir kehabisan mana. Badan Leo mengeluarkan peluh dan nafasnya semakin berat sehingga membuatkan Leo sukar untuk menyerang Viperwood yang tersisa.
“Kau masih boleh bertahan? Tanya Lucifer.
Leo mengangguk dan kemudiannya mengelap peluh di mukanya menggunakan baju.
Leo kembali tenang dan menggunakan semua mana yang tersisa untuk membunuh Viperwood yang lain. Keadaan sekitar menjadi lebih sunyi berbanding tadi.
Viperwood yang tersisa menunggu peluang untuk menyerang Leo.
Seekor Viperwood menyerang Leo tetapi Leo berhasil membunuhnya dengan melubangi kepala Viperwood tersebut.
Kedua-dua ekor Viperwood yang lain agak menjauh. Mereka terlihat sedikit takut.
Kemudiannya, kedua-dua ekor Viperwood tersebut menyerang Leo secara bersamaan. Keduanya semakin hampir mengenai Leo.
Leo dengan pantas menebas kepala Viperwood yang berada di sebelah kanannya dan menunduk dengan kadar segera agar tidak terkena serangan Viperwood yang menyerang dari kiri.
Sesaat Viperwood yang masih hidup itu menyentuh tanah, Leo dengan pantas membunuhnya.
“Hah, hah, hah” Leo terduduk keletihan.
Dia sudah menggunakan kesemua mana yang dimilikinya. Leo membaringkan tubuhnya di atas tanah yang dipenuhi darah dan tubuh Viperwood. Leo sudah tidak mampu lagi menggerakkan tubuhnya.
“Dari mana kau mempelajari itu?” Lucifer bertanya dengan rasa penuh ingin tahu.
“Heheh…”
“Aku… pernah membacanya… di sebuah komik” Nafas Leo masih tidak stabil. Leo berasa mengantuk.
Lucifer tersenyum mendengar itu dan berfikir bahawa jenius. Hanya dengan membaca komik, dia dapat menguasai suatu teknik.
Krk!
Bunyi sesuatu dari kejauhan.