Di suatu hari, ada seorang pemuda bernama Hazim yang sedang berjalan menuju ke sebuah kafe sambil melihat telefon bimbitnya. Setibanya dia di situ, dia mengambil tempat duduk lalu menyambung melihat telefon bimbitnya.
Beberapa minit kemudian, dia bangun dari tempat duduk untuk memesan minuman bagi menghilangkan dahaga.
"Bang, nak teh ais satu," ucap Hazim kepada pekerja di situ.
Setelah selesai membuat pesanan, dia kembali semula ke tempat duduknya.Hazim berjalan perlahan sambil memegang nombor pesanan di tangan. Baru saja dia sampai semula ke tempat duduk tadi, dahinya berkerut.
Seorang perempuan berbaju putih sedang duduk di kerusi yang dia duduk tadi. Headphone terpasang di telinga, mata ralit memandang skrin telefon.
Hazim berdiri di depan meja, cuba berdehem.
"Err... maaf, saya duduk sini tadi."
Perempuan itu angkat kepala, kelihatan sedikit terkejut. Dia cabut headphone.
"Hah? Duduk sini?"
"Ya, tadi saya duduk sini sebelum pergi order minuman," jelas Hazim, cuba tenang.
Perempuan tu merenung sekeliling, kemudian pandang Hazim balik.
"Tak ada tanda pun. Ingatkan kosong."
"Telefon saya ada atas meja tadi. Kau tak perasan ke?" Hazim cuba menahan suara dari meninggi.
"Saya ingat orang tinggal je. Lagipun, tempat awam. Siapa cepat dia dapat, kan?" Dia bersilang tangan, tak mahu mengalah.
Hazim mengeluh kecil.
"Kalau ikut logik tu, orang letak barang pun awak rampas je lah?"
"Eh, taklah sampai macam tu. Tapi awak pun boleh je duduk tempat lain, kan?"
Hazim tarik kerusi bertentangan lalu duduk dengan perlahan.
"Tak apa. Saya duduk sini juga. Tapi kalau air saya sampai, jangan minum pula."
Perempuan tu menjeling tapi tak kata apa-apa. Hazim hanya senyum nipis.
Dalam hati, dia dah tahu,hari dia takkan biasa-biasa hari ni.
Beberapa minit berlalu dalam diam. Hazim hanya tunduk tengok telefonnya, sesekali menjeling perempuan di hadapannya yang masih tekun dengan headphone dan skrinnya.
Tak lama lepas tu, minuman Hazim sampai. Dia angkat tangan sambil ucap terima kasih pada pekerja. Teh ais diletakkan di atas meja. Hazim capai straw, cucuk perlahan dan menyedut.Beberapa minit berlalu. Hazim menyedut teh aisnya perlahan sambil sesekali mencuri pandang ke arah perempuan berbaju putih di hadapannya. Dia nampak macam dah tenang, tak seperti tadi.
Hazim tarik nafas, kemudian bersuara.
"Kau selalu rampas tempat orang ke?"
Perempuan tu pandang Hazim, dahi berkerut sedikit.
"Kalau tempat tu tak ada nama, saya anggap kosong."
Hazim geleng kepalanya.
"Kalau macam tu, saya kena cop nama kat setiap meja lepas ni."
Perempuan tu tergelak kecil, dan suasana pun jadi kurang tegang.
Hazim letakkan gelasnya atas meja, kemudian bersandar santai.
"Saya Hazim, by the way." Ucapnya, sekadar perkenalan.
Perempuan tu ambil masa sekejap sebelum menjawab.
"Rissa." Dia sambut dengan senyuman.
Oklah,saya ada hal nak diuruskan,maaf sebab rampas tempat duduk ni walaupun takda nama.kata Rissa yang sedikit kesal.
Hazim gelak kecil. "Tak apa. Saya halalkan... asalkan kau tak buat kat orang lain pula lepas ni."
"Tak janji," balas Rissa sambil menjeling.