Kaki seorang budak sedang berlari di tengah kota yang separuh hancur dan terbakar dan cuba dihentikan oleh salah satu orang tersayang
"Musang! Jangan pergi bahaya."
Budak itu berlari terus sambil berkata perkataan "Ayah"
Dia sampai di suatu kawasan dan melihat ayahnya ditikam depan mata tiba tiba dia mengeluarkan aura yang mengerikan dan kuasa sakti yang luat biasa
(Tiba tiba pemandangannya kabur dan glitch)
"Ayah!"
Musang pun terbangun dari mimpi silam di sebuah rumah yang jauh dengan kawasan kota rumahnya kecil dan dibuat dari kayu di berada di kepulauan borneo.
Musang pun bersiap untuk memburu haiwan dan mendapatkan sumber makanan
"Nasib baik cuaca hari ni tak hujan."
Dia pun melihat ke langit dan berkata—
"Sampai bila aku kena hidup macam ni?."
seekor kerbau sedang berlari dan akhirnya disumpit oleh Musang. Dia pun memasak daging itu di unggun api dan memakan. Kemudian sebelum tengah hari dia menjala ikan kehidupannya seperti ini dah menjadi kebiasaan selepas bertahun tahun hidup bersendirian.
Saat dia ingin makan, tiba tiba datang seorang pembunuh upahan cuba menyerangnya menggunakan pedang keris. Musang sempat mengelaknya. Lelaki itu adalah Tajul pembunuh upahan cawangan Borneo.
Tajul kagum melihat gerakan Musang yang mengelak serangan darinya —
"Dah lama aku tunggu untuk ni, Musang putera sang perkasa badang. Kenalkan aku Tajul pembunuh upahan cawangan borneo. "
Musang pun serius dan dengan ekspresi dingin berkata dalam hati — " Jadi Rakhta dah berjaya upah pembunuh upahan dari wilayah luar untuk incar aku.."
Musang berasa ada yang tak kena dengan Tajul dari segi pemakaiannya memang mempunyai gaya seperti orang asli namun dia memakai sampin dengan ikatan bunga raya "pemakaian dia tak sepadan dengan budaya dia. Siapa sebenarnya dia ni?.."
Tajul terus menyerang Musang dan Musang mengelaknya dan musang pun mrngeluarkan keris Saktul Aruan dan menolak Tajul dengan Gerakan Angin
Tajul bangun dari serangan itu dan mukanya sedikit calar
" Hahahaha ini yang aku tunggu dari tadi."
Pecut ke arah Musang dan menyerangnya bertubi tubi dan musang menepis dan mengelakkannya
Musang makin naik angin dan berkata
"kau tu.. Anjing Bangsawan!"
Dia menyerang dengan gerakan angin yang lebih kuat terlihat seperti putin beliung
Tajul bangun dan mengeluarkan tenaga batin yang lebih besar
"Kau tak tau apa apa pasal aku.. Aku nak bunuh kau.. Bukan sebab dibayar saja tapi aku nak bayar hutang Si prawaris iblis yang dah mati tu!"
(Gerakan ekor berapi)
Musang —
"Apa benda kau merepek ni.."
Tajul dengan 9 wujud ekor di belakangnya dan tenaga yang besar berkata lagi —
"mari kita lihat siapa Anjing yang sebenarnya."
Musang perasan yang tenaga itu datang dari khodam jin dengan tenaga batin yang besar — "Cih, menggunakan sesuatu yang terlarang bukan cara untuk tewaskan aku."
Musang menggunakan gerakan Ribut. Saktul Aruan mula bercahaya "GERAKAN RIBUT TEDUNG!"
Tajul menyerang Musang dengan ekor ekor itu dan musang mengelak sekaligus membatalkan satu persatu sihir ekor
Tajul dengan riak wajah tidak sedap hati
" dia boleh batalkan persepakatan jin? Cuba tengok kalau dia boleh hadap yang ni"
"Sihir Penyegel!"
Musang sempat melawan sihir itu dan mengeluarkan gerakan segel rantai dan mengunci Tajul
Musang — "Aku takkan bunuh sesiapa selagi aku tak tau alasan kenapa mereka memperlakukan sebegitu. Jadi, aku akan biarkan kau hidup dengan menyegel kau di sini. Kalau kau kuat, kau pasti boleh melepaskan diri sendiri. "
"Dan satu lagi, kalau Rakhta tu nak sangat aku sampai upah pembunuh dari pulau luar semenanjung, tak mengapa, aku yang akan pergi sana."
Tajul ditinggalkan dalam riak wajah marah.
" sial... Pergilah Musang"
Musang pandang ke belakang sekejap
Menghadap tajul
Tajul— "Aku yang akan menjemput kau di sana."
Musang pandang kembali ke depan dan meneruskan perjalanan.
4 Tahun lalu
Badang seorang yang digelar sang perkasa di bumi melaka sedang berjalan dan dipanggil oleh seorang ahli politik
"Selamat pagi Tuan Sang Perkasa wakil menteri nak jumpa Tuan untuk perbicaraan."
Badang mengalihkan pandangannya kearah ahli politik itu dan kembali bertanya
"Adakah ini berkenaan dengan perbicaraan Iblis?"
Ahli politik itu mengangguk.
Sementara itu Musang sewaktu itu berumur 11 tahun dan selalu diejek kerana ayahnya diramal seorang prawaris iblis dia dibaling apple oleh seorang budak gemuk dan rakannya
"Hahahaha, tengok kita dh buat anak jin menangis"
Musang teriak
"Ayah aku.. Bukan Prawaris iblis! Korang tak tau apa apa- (dibaling apple)
Pembuli pembuli itu sambung ketawa
" hahahahahah. "
Musang pun menangis dan mengeluarkan air mata. Mawar seorang anak gadis yang akrab dengan musang kesal melihat perbuatan mereka
"Aduhai, dia kena buli lagi?.. Bila lah dia nak dewasa sikit." kata mawar sambil menyilangkan tangannya
Budak gemuk —
"Jangan nak tunjuk hero kalau hanya sebab kau tu anak pahlawan! Anak iblis. "
Musang marah sehingga mahu menumbuknya "Sial!.."
Tapi pada akhirnya dia yang dibubuh
Dan menanangis.
"Hahaha anak pahlawan memang manja ek? " — budak gemuk
Mawar pun tak sampai hati melihatnya dan ingin menolong Musang
"Oi.."
Pembuli-pembuli itu memandang ke arah mawar
"Aku bagi korang peluang nak tarik balik kata tu dan minta maaf pada Musang atau.."
Pembuli — "Atau apa budak ni memang layak dianiaya. Kau pun nak kena macam dia jugak ke? boleh je"
(Pembuli pembuli itu dipukul oleh mawar)
"sekali lagi aku tanya minta maaf pada Musang atau.."
Pembuli— "Oke Oke! Kami tarik balik kata kata kami." *sambil menunduk
Setelah itu Mawar membawa Musang pulang ke Gerai buah makyan. Sejak kecil Musang dibesarkan tanpa ibu ayahnya badang pula bekerja untuk kerajaan dan kerap melawatnya setiap cuti minggu jadi Musang tinggal bersama Makyan di gerai buah yang beroda itu. Makyan seorang yang amat penyanyang dan baik hati dia tidak tega melihat musang setiap kali tercedera
Makyan risau —
"Alahai kenapa dengan kamu?"
Mawar —
"dia gaduh lagi Makyan."
Makyan —
"Musang duduk dulu, Mawar pegi ambik ais batu kat belakang."
Mawar —
"baik makyan"
Makyan pun mencuci luka musang namun
Musang masih merasa sakit
"Aduh.. Sakit.."
Makyan tanya dengan nada lembut —
"Musang.. Musang Okey?"
Musang bertanya —
" betul ke ayah.. Seorang iblis?.."
Makyan menjawab —
"Makyan tak percaya semua.. tu ayah kamu tu baik dia lah yang sumbangkan makyan modal untuk gerai ni."
Musang mula menangis sedikit
"Tapi kenapa diaorang cakap macam tu?"
Makyan —
"sebab diaorang takde, apa yang musang ada.. Makyan anggap musang macam anak makyan. Suami makyan perantau jarang jenguk makyan makyan ada musang dengan mawar je.."
Musang memeluk makyan dengan erat
Sementara itu di dewan menteri berkumpulnya unit pemimpin pahlawan
Badang —
Hari demi hari kau mrmbuat tindakan dan keputusan tanpa kelulusan dari aku.. Apa agenda kamu sebenarnya?
Rakhta —
Sudah diduga kau akan berkata seperti itu. Akan tetapi kau harus ingat setiap keputusan yang aku buat adalah demi keselamatan dan kemakmuran Bumi Melaka dan seluruh juga kepulauan Alam melayu.
Badang — Aku benar benar berharap kau ingat bahawa Setiap apa yang kau buat adalah dalam pemantauan yang berhormat.
Rakhta— cadangan ini akan menyentuh soal penghambaan dengan memindahkan peniaga kecil ke serata asia tenggara. Dengan cara ini keterlebihan tenaga batin akan dalam keadaan yang terkawal dan selamat dan juga mampu mengelakkan kelahiran makhluk iblis Saktul Aruan di kepulauan melayu. Dalam masa yang sama telah dijanjikan setiap keuntungan dalam sebuah negara akan dibahagikan 30% untuk keuntungan Negara negara di kepulauan melayu.
Badang tidak setuju dan mengetuk meja itu
"Kamu sedar tak apa kamu fikir?! Rajyat kita bukan barang untuk ditukar-tukar sebagai hamba!
Rakhta manyapa tangannya
" wowo sabar.. Tak habis cakap lagi.. Peniaga kecil diberi peluang untuk terus tinggal di sini dengan syarat membayar cukai 4 kali ganda dari biasa."
Badang semakin tak setuju dengan pernyataan itu — "Kamu dah hilang akal?! Gunakan rakyat jelata demi keuntungan?! Kenapa tak export saja sawit kita di negara luar."
Rakhta —
"sebab saya dah buat.."
Badang terdiam sejenak dan berkata —
Apa?...
Rakhta— "kami dah pun buat perjanjian dengan beberapa negara barat untuk menjalinkan hubungan diplomatik dan ini mengurangkan risiko terjadinya perang dan penambahan bala bantuan."
Badang — "Kita tak perlukan Tenaga luar dalam perlindungan kamu tak malukah?.. Menaja sawit pada orang asing hanya semata mata untuk kuasa ketenteraan ith pun seperti kita yang dijajah jangan sampai satu hari nanti kepulauan kita diubah nama oleh penguasa barat.
Bangsa kita bangsa pemimpin.. Bukan dipimpin. "
Tok barak — sayangnya yang berhormat sudah menanda tangani perjanjian tersebut
General Idayu
" Maafkan kami Sang perkasa tapi kami rasa Yang berhormat tahu.. Apa yang di harus lakukan. "
Badang berkata di dalam hati —
( Memang ada yang tak kena. Kenapa berhormat buat begini. Lagi lagi tanpa memaklumkannya pada unit pertahanan atas. Rakhta.. dia memang ambik kesempatan dalam kesempitan. )
General idayu
—" untuk mengelakkan terjadinya konflik di awal perbicaraan.. Saya selaku wakil dewan akan bincang semula dengan yang berhormat."
Rakhta —
"Dewan.. Bersurai."
Pada petang hari di gerai makyan 3 pemuda dua lelaki dan seorang wanita datang untuk membeli buah "Selamat petang."
Makyan —
Selamat petang orang muda.
Pemuda —
"Kami dengar di sini ada manisan buah
Makyan — Oh, kamu semua nak pesan manisan boleh tapi lama sikit, sekejap ya.. Mawar, tolong ambikkan tepung.."
*Mawar tidak terdengar menyahut panggilan makyan*
Musang — Makyan? Mawar keluar sekejap pergi kebun.
Makyan — kalau macam tu Musang aje lah Makyan nak mintak tolong, tolong ambikkan tepung baik makyan
*Musang membawa tepung. Kepada makyan dan dilihat oleh pemuda pemuda itu mereka pun menatap musang dengan pandangan sinis dan terancam*
"budak tu.."
"Aku dengar dia tu anak iblis"
"baik kita jangan makan di sini"
Mereka pun belah dari gerai
Suara mereka terus berulang ulang dan bermain main dalam kepala Musang
Musang hanya bendiri dan tangan nya melepaskan segundi tepung kelantai makyan hanya terdiam dan melihat pada Musang . Lalu dia menampar dan memukul dirinya sambil menangis.
Makyan cepat cepat menghentikannya dan memeluknya "Haih jangan buat macam tu.. Musang.."
Musang —
"Kenapa makyan ni baik sangat?.. Musang baru je menyusahkan urusan Makyan."
Makyan —
"Tapi Makyan tak rasa macam tu. Musang ni anugerah pada Makyan "
Musang sambil menangis—
"Musang tak kuat makyan.. Sampai bila?.."
Makyan dengan nada lembut berkata — "Musang.. Awan yang hitam pun bila tiba hujannya akan jadi pelangi.. Suatu hari nanti bila musang makin dewasa lagilah musang ada Kuasa untuk lawan demi diri Musang sendiri. Makyan tak selamanya ada dengan Musang tau.. Musang kena kuat."
Sementara itu Rakhta dipanggil oleh Sultan Harun pemimpin negeri bumi Melaka
" Apa yang kamu dah lakukan?. "
Dia menunjuk sepucuk surat amaran bala dari negara eropa seperti surat ancaman
Rakhta —
Ini diluar urusan yang berhormat, kami memang menjalini hubungan diplomati dengan barat. Tetapi tidak dengan negara england.
Sultan Harun —
Ini bukan soal perdagangan mereka menghantar tulisan kuno seolah olah tulisan mantera pada peninggalan artifak kuno.
General Dayu —
Jadi mereka semua nak kan sumber kuasa batin dari kepulauan alam melayu.
Tok barak — mungkin ada orang dalam lainnya yang membocorkan informasi berkenaan peninggalan artifak dan fosil kuno di kepulauan melayu.
Badang — "cuba lihat simbol disebalik surat tu.. "
*terdapat tanda tangan seseorang dari barat yang bertulis Ragnar dengan simbol yang merujuk pada "Duli Bayangan derhaka""*
General Dayu —
"Tak mungkin.. Apa yang Duli bayangan derhaka mahukan dari kita?!."
Seluruh bumi melaka didengarkan dengan loceng bahaya dan amaran supaya kunci pintu. Makyan cepat cepat membawa gerainya ke tempat yang lebih selamat untuk melindungi Musang dan Mawar
Musang — Teruk ke perang ni? Macam mana dengan ayah?..
Makyan— ayah musang tu kuat orangnya. Musang kena janji dengan makyan walau apapun takdir Musang jangan lupa siapa diri musang.
Mawar— ada orang jahat dekat luar tu
Makyan—Mawar tutup tingkap..
Kota mereka sedang dijajah oleh pemimpin perang dunia yang merupakan dalah satu dari Duli bayangan derhaka badang pun pergi ke tengah perperangan untuk bercakap dengannya
" "Stop this war. Tell me, what do you guys really want from Malacca?"
Lord Ragnar —
"So.. You can speak english.. Hahahahah."
"Rasanya lebih elok jika saya menggunakan bahasa di wilayah ini."
Badang —
"Saya baru teringat Semua Duli bayangan derhaka mengkhatam seluruh Kamus dewan bahasa. "
Lord Ragnar —
Cukup segar sekali kuasa alam di negara kau ni. Aku dengar dari beberapa negara eropa tentang peningallan artifak kuno di sini..
Badang ekspresi terkejut — " Aku dah agak Rakhta ialah dalang disebalik ni. "
Badang mengeluarkan Saktul Aruan dan dengan niat menghentikan Ragnar ortellon
Ragnar — sungguh senjata yang luar biasa jumlah tenaganya.. Kau memang benar benar terlahir dengan bakat kan? *mengeluarkan lembing pedang dan menyerang badang
Badang menepisnya dan menggunakan aura sakti tinggi untuk menyerang Ragnar pertempuran mereka diawal cukup sengit
Ragnar — tak sangka ini kali pertama aku jumpa lawan yang sekuat aku.. Kenapa saja kau tidak menjadi 9 War lord?..
Badang—
Aku?.. Jadi Duli bayangan derhaka?... Andai diberikan 2 pilihan sama ada menjadi pemimpin zalim atau menjadi lumpur yang dipijak pijak.. Aku lebih memilih pilihan yang kedua.
Sementara itu di gerai buah Makyan
Musang — Makyan, Musang tak sedap hati..
Makyan— jangan musang, bahaya..
Musang —
Musang minta maaf Makyan
*bukak pintu dan berlari
Makyan — Musang!! Jangan bahaya!!
Mawar — Musang datang sini balik!!
*perlawanan badang dan ragnar diteruskan sehinggalah ragnar memanfaatkan tenaga alam untuk membuat satu jurusan yang luar biasa. Itu menyebabkan badang sukar melawan tenaga yang besar itu. *
Badang — Cehh
*general dayu baru saja menemui badang dalam keadaan sekarat
Ragnar — jangan bergerak ada aku tamatkan hidup dia
Badang — Dayu... apa gunanya jadi pemimpin jika anak bangsa dibiarkan membesar dengan duka?
General dayu pecut kearah ragnar dan ditumpaskan dengan mudah — urgh!
Ragnar — aku dah bagi kau amaran.. jangan ganggu urusan kami.. *ragnar pun menikam badang dan menamatkan riwayatnya
Musang berlari dan berkata berulang ulang "Ayah" Sehingga dia menemui di depan matanya ayahnya ditikam habis habisan.
Ragnar memandang kearah Musang
"Siapa budak kecik ni?"
Suasana sangat berubah menjadi dramatis memandang Ragnar dengan penuh dendam dan kemarahan
Seketika cahaya tulisan nama jawi "Badang" di keris Saktul Aruan mula terpadam kerana kematiannya
Ragnar pun menghiraukan pandangan musang dan berkata
"Menyedihkan..."
Saat dia ingin terus berjalan dia menyedari satu aura tinggi di belakangnya aura itu datang dari Musang.. Tenaga batin Cahaya dan ribut yang kuat.. Seketika Keris Saktul Aruan mula bersinar kembali dan menulis nama baru di bilah kerisnya nama ditulis dalam jawi "Musang" lalu pembukaan batin terbaharu saktul aruan merubah wujud musang seolah olah itu bukan kemampuan anak berusia 11 tahun
Ragnar—seriously? tak habis lagi?? Tiada siapa akan dapat halangi aku
Musang seperti hilang kawalan dan menggunakan gerakan ribut cahaya yang dasyat seperti zon bulatan yang bersinar dengan symbol jawi dan gerakan itu melemahkan ragnar dan akhirnya ragnar tak mampu melawan kuasa itu seketika setelah kematian ragnar salah seorang duli bayangan derhaka.. Orang awam mempersoalkan hal itu
"jadi itu kuasa iblis?"
"dia mengalahkan seorangduli bayangan derhaka?"
"padahal usianya sangat dibawah umur"
Musang termenung di depan jasad ayahnya dan tidak berkata apa apa dan tiba tiba general dayu dibelakang menjadi saksi hal itu dan sempat berkata "lari"
Rakhta baru saja menghantar unit atasan untuk memburu Musang. Musang pun lari jauh dari mereka..
Rakhta— "semua dah terjawab dalangnya."
"kita kena dapatkan iblis tu."
Bersambung