Chapter 2 : Pulang

General dayu memandang musang dan berkata dengan nada suara yang sekarat

"Lari."

Unit pertahanan mula mengejar musang

"Tangkap iblis tu"

Pada saat itu pemandangan Musang menjadi kabur dan dia cepat cepat bergegas dari dikejar

Musang berlari sambil menangis setiap langkahnya jauh dari jasad ayahnya dan orang tersayang. Makyan dan Mawar pun mendapat khabar tentang Musang disaat semua askar mengejarnya dia mendoakan Musang agar selamat. Mawar memeluk Makyan.

Tengah antara dua kumpulan askar yang yang mengejar musang, Rakhta memandang ke depan dengan penuh serius

"Cari iblis tu sampai dapat."

Musang kelelahan saat berlari dan saat memandang ke belakang, askar sudah tak kelihatan. Dia pun berehat belakang pohon di situ sambil menangis dan mengingat wajah ayahnya yang dibunuh.

"Ayah.."

Dia memeluk keris Saktul Aruan yang bersinar itu. Kemudian dia memukul dirinya

"Sial, Sial! Kalau lah aku datang lebih awal.."

Tiba tiba ada suara yang menjawab

— memang saat itu Tuan bisa apa?

Sosok cahaya putih yang ramai dalam lingkaran bulatan yang mengelilingi Musang

Musang terancam dan mengarahkan kerisnya ke sosok cahaya itu —

Siapa kau ni?!

Sosok putih itu menjawab —

Oh, Maaf mungkin kata kata patik tadi sudah kelewatan.

Musang hairan —

Patik? Aku belum pernah menjadi raja, apa kau tersalah orang?

Sosok putih menjawab —

Kami adalah bunian yang pernah disumpah dan ditanam di jantung Saktul Aruan untuk menjaga pewarisnya sejak ratusan tahun lalu. Dan kau telah ditakdirkan menjadi pewarisnya, mulai hari ini kau adalah pemimpin kami

Bunian bunian itu menunduk hormat pada Musang. Musang hanya melihat dengan riak wajah terbuka.

Pagi harinya, rakhta di pejabatnya tiba tiba pintunya diketuk

"Masuk."

Setelah pintu dibuka Pendekar awang yang merupakan abang kandungnya yang terpisah masuk ke pejabat dia memandang Rakhta dengan kesal

Rakhta ekspresi dingin bertanya —

"Apa urusan kau di sini?"

Awang menjawab tangannya mengenggam — "betul ke apa yang aku dengar pasal badang? ."

Rakhta —

"dia sendiri yang pilih jalan susah."

Awang menggeleng kepala sambil marah —

"tak, bukan sebab dia.. Sebab aku kenal kau dik-

" AKU TAKDA ABANG!.. Aku takda mak.. "

— Jawab rakhta.

Keadaan senyap seketika

Rakhta—" pangkat aku dalam negara ni lagi berkuasa dari kau.. Apa kau boleh buat? "

Awang —

" Waktu kau lahir dulu, ibu dah separuh mati, tapi dia tetap taknak gugurkan kandungan. Dan dia selamat, tapi dia kena serangan yang buat dia sakit jiwa. Bila kau lahir, kau hina dia? Hati Kau lagi busuk dari hati si tanggang."

Rakhta dilahirkan dengan bawah mataya yang mengerikan dan dijahit —

" Aku mengaku, sebab aku ayah bercerai dengan ibu, aku penat. Kenapa dia tak gugurkan aku dan biarkan aku keluar dalam keadaan wajah yang cacat. Kau tak faham awang, kau lahir dengan kesempurnaan. "

Rakhta —

"Jangan pernah kau datang sini lagi.. Ini urusan aku."

Sementara itu Musang di hutan dalam keadaan lapar, dan dia menemui sebuah pokok pisang dia ingin memanjat dan mengambilnya. Tapi terlalu tinggi baginya dia pun cuba memotong pokok itu dengan saktul aruan dan mengambil pisang itu.

Jatuhnya pokok itu menimbulkan kebisingan, tiba tiba ada kerbau di belakang musang yang marah. Musang menoleh ke kebelakang dan membawa pisang itu lari.

Kerbau itu mengejarnya sehingga musang menemui jalan mati dia sudah tidak ada pilihan selain melawan musang pun dihentam oleh kerbau itu. Saat kerbau itu ingin menyerang dengan serangan terakhir musang menahannya dengan saktul aruan dia bisa mengawal aliran tenaga batin dari keris itu dan dia pun maju ke kerbau itu dan mengalahkannya. kemudian dia pun cuba belajar menghidupkan unggun dan akhirnya ada bunian saktul aruan yang mengajarnya. Hari demi hari dia memburu dan menjalankan hidup tanpa bantuan sesiapa. Hanya dia dan Bunian saktul aruan.

Sehinggalah...

'4 Tahun kemudian'

"Aku takkan bunuh sesiapa, selagi tak tahu apa alasan mereka untuk berbuat sebegitu." — kata musang selepas merantai Tanjul

"Bila kau dah ada kat sana.. Aku yang akan jemput kau" — Tajul

1643M Laut china selatan

Di atas kapal dalam perjalanan ke bumi Melaka, Musang membalut kerisnya supaya tidak terlihat nama pada saktul aruan dan memakai topeng. Sambil melihat pemandangan.

Tidak lama kemudian, dia pun sampai ke Bumi Melaka, dia pun berjalan sambil memakai topeng agar dirinya tidak diketahui sesiapa. Dia melihat perkampungan lamanya. Dan dengan niat mengintip urusan orang atasan.

Tiba tiba ada seorang wanita yang sepertinya kelam kabut

"mati la aku kalau tak lapor diri."

Dia berlari dan terlanggar Musang.

Wanita itu sebenarnya adalah mawar tetapi kerana Musang memakai topeng dia tidak perasan

"Maafkan saya!, kamu okey ke?"

— Mawar

"Ahahaah jatuh sikit je ni"

Musang mula perasan dan terlepas kata

"Mawar?"

Mawar hairan dan bertanya —

"ha? Kamu kenal saya?"

Musang gelisah kerana bukan masa yang sesuai untuk dia bagitau —

"Uh, bukan! Corak batik bunga mawar dekat kain tu, cantik."

Mawar menjawab —

" Oh terima kasih, ini mak angkat saya yang jahitkan."

"awak.. baru pindah sini ke?"

Musang mengangguk pertanyaan itu

"okey, sekarang saya kena pergi lapor diri dekat unit pertahanan, kalau saya balik nanti kita sembang lagi."

Mawar memberikan flyers kedai buah makyan pada Musang

"Nah ini tempat gerai mak angkat saya. Nanti jumpa dekat sana lepas asar."

"Saya mawar."

Musang terdiam sejenak untuk membuat identiti palsu

"S- Saya.. Seman."

"Gembira dapat kenal, saya dah lambat ni jumpa nanti"

— kata mawar sambil senyum dari pergi dari situ

Musang —

"Fuh, apa yang jadi lepas empat tahun? Kenapa mawar tiba tiba masuk unit pertahanan? Takkan dia nak bunuh aku skali kut.."

Musang melihat flyers yang diberikan

"Sejak bila makyan jual Durian??!.."

"apa lagi yang aku tak tahu.."

Sementara itu Awang melawat general dayu di pejabatnya yang dalam keadaan kurang sihat dan kakinya lumpuh sejak serangan duli bayang derhaka 4 tahun lalu

"Macam mana keadaan kau sekarang?"

—kata Awang

General dayu

— "saya terima keadaan saya.. Serangan tu macam sumpahan.. Kau pulak? Ada masa pulak nak jenguk."

Awang —

Aku melawat kau ni sekejap je ada budak dah tunggu untuk latihan gayong

General dayu —

"Awang, kenapa kau keluar dewan? Lepas badang diganti? .."

"Aku tak kesah siapa siapa nak pikul tanggungjawab Badang. Tapi bukan adik aku sendiri. Aku takkan kerja dengan dia."

— Kata Awang

General dayu — " Aku masih dalam dewan pun sebab patuh pada Sultan.."

Awang — "ada yang tak kena dengan Sultan harun. Pasal perjanjian dengan negara barat 4 tahun lepas. "

"Adik aku tu dari dulu lagi licik, tapi aku sangka dia selicik tu. Pasal ramalan Saktul Aruan, aku tak percaya. "

General dayu —

Kau memang jenis bawak hal peribadi dalam urusan politik ke?

Awang —

Peribadi?.. Ini melibatkan melaka

'17 Tahun lalu'

(Setelah ibu saya selamat dari separuh mati melahirkan rakhta, dia mendapat penyakit yang menganggu pemikirannya. Rakhta di besarkan dengan kecacatan pada bawah mata sebelum dia berkhikmat, rakan kecilnya menggelarnya rasaksa atau jin. setelah itu diusia 10 tahun dia sudah dipanggil ayah untuk berkhikmat.)

(di usia 11 tahun dia sudah berada di medan peperangan dan pada saat itu para bangsawan mula mengakuinya sehingga dia berasa diterima masyarakat dengan cara ini.. Dia dibesarkan tanpa merasa menjadi budak kecik..)

semasa Awang masih 12 tahun Di sebuah rumah agam bangsawan rakhta menjenguk ke bawah sambil melihat musang dan badang bermain. Tiba tuba tangan mak nya memegang bahu rakhta dan berkata —"Jom rakhta kita main dengan badang.. Hihihi"

Rakhta menolak tangan mak nya kebawah

"Saya takda masa untuk tu. Sekejap lagi saya kena jumpa ayah untuk mesyuarat."

( Ayah saya General Rah general besar diwaktu itu, berubah setelah melihat keadaan isterinya. Dia mula tidak peduli. Tentang saya dan ibu dan terus mengangkat Rakhta walaupun usianya yang belum sesuai. Saya dibelakangkan kerana tak punya tenaga sumpahan batin.)

Saat berjalan menuju di bilik general seluruh askar bawahan tunduk hormat pada Rakhta dan pintu pun dibuka

General rah—

Kita akan berbegas..

"Rakhta betul ke? Kau dihantar ke laut china?" —badang

"hah betulah tapi bukan urusan kau." —jawab rakhta dengan nada ringan yang kurang ajar

Awang —

"Kau nak tinggal ibu? Kau nk tinggal abang?"

"aku takda abang, aku takda mak..."

General rah —

"Aku akan bawak Rakhta kesana untuk misi dan aku perlu menghentikan ikatan ni. Kemboja, aku ceraikan kau 3 talak."

"aku bukan anak kau lagi si tua gila" —mendengar percakapan rakhta awang geram dan ingin menumbuk rakhta. Tetapi rakhta dengan cepat menggunakan tenaga batin menendang Awang dan memotong pengikat kepala nya

"kau tu takda apa apa.."

—Rakhta

"Awang! Jangan tinggalkan mak! Mak nak Awang.." —maknya teriak sambil ditinggalkan suami dan anak keduanya

(Flashback tamat)

"pengikat ni dah dijahit semula, cuma ada kesan yang tak boleh hilang." —Awang

General dayu— "patut ke aku keluar dewan?"

Awang —

"terpulang pada kau.. Manusia diberi akal untuk mereka buat keputusan berdasarkan cabaran yang dihadapi. Aku pergi dulu."

Petang harinya di Gerai buah Makyan

Musang mengintip gerainya dengan gelisah

"Apa yang aku nak cakap nanti? Dah empat tahun kalau sembunyikan identiti pun, aku rasa tetap akan gugup."

Mawar —

"datang pun kau kenapa tunggu sini singgah la terus alang alang."

Mawar pun membawa Musang ke depan gerai makyan — Makyan, ini Seman dia katanya baru pindah sini.

Makyan memandang Musang tanpa mengetahui tetapi seperti ada rasa sensasi pada hatinya — "Seman datang dari mana?"

Musang pun menjawab — "Borneo."

Makyan— jauh datang ye.. Mesti penat takpe makyan belanja..

Musang menangis sedikit tetapi tak kelihatan ditutup topeng. Saat ingin merasa manisan, musang selakan sedikit topengnya hanya memperlihatkan mulutnya.

Mawar dan Makyan masih belum tahu alasannya dan Mawad pun bertanya

" awak makan memang tak tanggal topeng ke?"

Musang menjawab —

" Muka saya berparut. Saya tak suka tunjuk."

Mawar terdiam sejenak

Musang — Mawar, kenapa awak jadi kerja dengan unit pertahanan

Mawar hairan mendengar soalan itu,

Musang gugup dan berkata —" tak, maksud saya awak kan wanita.."

Mawar menjawab —

"Saya ada seorang teman yang saya sayang dia hilang sejak 4 tahun lepas menjadi pelarian."

Musang mengangkat kepalanya mendengar

"Saya tak percaya orang cakap dia Berbahaya, satu satu caramya saya nak cari dia, adalah dengan jadi tentera"

—kata mawar sambil memegang busur panahnya

Musang kata dalam hati —

"Dia buat ni sebab aku?.."

Mawar mengarahkan panah nya ke arah rumbut dan saat dia memanah rumput itu tumbuh subur dengan bunganya —"Cantikkan?."

Rumput rumput itu menghijau dan tumbuh bunga bunga yang indah.

"Nama dia.. Musang."

Musang menangis disebalik topeng dan mengingat perkara lepas

"Maafkan Musang makyan.."

"Jangan! Bahaya!"

"siapa budak kecik ni"

Dia mengingat kehidupannya yang merantau sampai ke pulau borneo.

Musang —

Makyan, bagi makyan musang tu siapa?

Makyan — "dia budak baik, tapi manusia memusuhinya. Dia kuat.. Dia dah macam anak makyan."

Musang mendengar sambil menggenggam tangannya.. — "Saya dulu ada mak angkat.. Saya sangat terima kasih pada dia ."

Mawar — sekejap lagi saya bawak awak jalan jalan ye best tempat nii..

Senja pun tiba dan Mawar membawa Musang bersiar siar dia sebuah padang

"Ini tempat saya dengan musang selalu main dulu."

Musang mengingat sesuatu saat mereka masih kecil di padang itu

( "Mawar menang lagi!" —Mawar

"Ala mawar ni mana aci." —Musang

"Takpe nanti belatih lah lagi, baru boleh kalahkan Mawar ." —Mawar )

"Suatu hari nanti aku percaya aku akan jumpa dia, walaupun kuat menangis, tapi dia kuat. Dia takkan mati. Saya tahu dia sentiasa dekat dengan saya."

— Mawar

Musang pun gugup —

"Ouhh.. Kesian dia kann.. "

Mawar —

"Saya dibesarkan tanpa mak ayah .. Saya waktu kecik buat semua sendiri makanan pun kadang cari hutan kadang curi.. Sampai lah sebelum Saya kenal Makyan Saya pernah curi buah dia.. Tapi dia tak marah..

(" kamu Mesti lapar kan? Siapa nama kamu?.. — Makyan)

(" Nama?, Saya ada nama?—Mawar)

(keronsang kamu macam bentuk bunga mawar, apa kata Makyan panggil kamu Mawar?—Makyan)

"Dia ajar saya cara jadi wanita

Dalam hidup saya, saya ada 2 orang je. Saya taknak hilang diaorang" — Mawar

Musang hanya terdiam mendengar itu dan berasa itu bukan waktu yang sesuai memberitahu siapa dirinya.

Sementara itu di Dewan bumi Melaka

Tok barak— betul ke apa yang kau rancang ni?

Rakhta — 4 tahun cari budak iblis tu sangat buang duit pada negara ni kita harus jalankan rancangan lama untuk naikkan ekonomi

Tok barak — "jangan cakap kau nak jual peniaga kecil jadi hamba."

Rakhta — "peniaga kecil pun dapat keuntungan, apa masalahnya? Bukannya tak dapat apa apa kan??."

Tok barak — "empat tahun lepas rancangan ni dipersetujui kerana perbicaraan iblis dan mengurangkan risiko tenaga alam batin melampau dan juga untuk mengurangkan risiko peperangan. Tapi semua tu dah tak boleh guna sebab kita tahu siapa pengguna Saktul Aruan yang sebenar. "

Rakhta —" kau yakin budak tu takda kat sini?. "

Tok barak terdiam sejenak —

" Apa maksud kau?"

Awang yang mengintip belakang dewan mendengar rancangan rakhta terhadap negara tetapi dia tidak boleh melawan saat itu dan hanya pergi dari situ dan menyimpan maklumat itu."

Rakhta — dia takkan dapat bersembunyi lama dari aku..

Malam hari digerai makyan Awang berjumpa Mawar dan mengirim pesan —" Mawar.. Jaga makyan elok elok.."

Mawar —" kenapa ni Tuan Awang?"

Awang —" Pasal rakhta, sasaran dia sekarang.. "

Musang di belakang pohon mendengar perbualan Awang dan Mawar dia pun menutup mukanya dengan topeng dan bersedia untuk sesuatu yang akan terjadi seterusnya.

Bersambung