Chapter 3 : Disebalik Topeng

Di pagi hari di sebuah kedai kue yang kecil ada seorang makcik yang sedang menjual kue dan tiba tiba diserbu oleh sekumpulan lelaki berhoodie mewah lelaki itu berkata

"Makcik, makcik masih belum gandakan cukai kami terpaksa rampas bakul makcik dan makcik kena pindah dari sini."

Makcik itu mempertahankan haknya — "Apa??! Jangan! Apa yang kamu buat ni? Ini tempat makcik di besarkan, kalau nak ambik kedai ambik la jangan la suruh merantau!."

Pemuda pemuda hoodie itupun menghiraukan kata makcik itu dan mencekup tangannya untuk dibawa ke dewan pelabuhan buat sementara untuk dipindahkan ke luar semenanjung.

Sementara itu, di sebuah kedai congkak pemuda pemuda hoodie itu menyerbu seorang pakcik pemilik kedai. Pakcik itu sepertinya tahu apa yang diinginkan oleh mereka pakcik itu pun berkata —

"Jangan ingat aku ni miskin sangat, Nah ambik semua! Ambik! Jangan kacau aku lagi."

Pakcik itu membayarnya dengan Timpah timah, pemuda itu mengambil dan melihatnya dan berkata — "Apa ni? Kami tak terima Timpah timah, kami hanya terima syiling emas.

Pakcik itu marah dan menjawab —

" kau ni memang gila, mana ada kedai kecik macam ni dibayar dengan syiling emas!. "

Pemuda pemuda itu menjawab —

" Kalau dah tau diritu miskin tak payah belagak kaya."

Dia pun mencekup pakcik itu

Rakhta telah pun mengumpulkan

10 peniaga kecil dan dicekup di atas kapal dan akan di dayung oleh pengawal ke luar semanjung. Rakhta hanya berdiri dan melihat mereka pergi dan peniaga peniaga itu menatap rakhta dengan tatapan marah.

Rakhta — "10 dah selesai yang lain tengah kumpulkan.. "

Mawarmelihat peniaga dah dibawak keluar dari sebelah pelabuhan.

Dia pun bergegas melaporkan pada Awang.

"Tuanguru, Rakhta dan bawak 10 peniaga keluar dari semenanjung pagi tadi." —Mawar

Awang — "dia dah mula buat kerja."

"Filipina selatan."

—Musang

Mawar tidak perasan yang musang berada di situ

"Mereka di bawa ke filipina selatan."

—Musang

—Mawar

"Seman, awak tak patut ikut campur, ini bukan urusan awak."

Awang —

"Seman?.. Baru pindah ye? "

Sedikit senyuman

Musang — ahaa iye..

Awang — Mawar, pergi balik tengok Makyan, sorok gerai roda nya ke tempat jauh sedikit dari dewan bandar.

Mawar — baik Tuan guru, jom Seman

Awang — takpa kamu balik dulu, saya nak berkenalan sedikit dengan seman ni..

Musang gugup dan agak risau

"Ehh.??"

Mawar pun pergi dari situ. Dan seketika awang berkata — "bukak topeng tu.."

Musang menjawab — "ehehe, saya sebenarnya ada parut kat muka."

"Mana kamu sembunyi selama ni? .."

— Awang

Musang pun terkejut dan merasa kantoi

"Apa?.. Apa yang?."

Awang — "saya memang tiada sumpahan batin, tapi saya kenal bau Saktul Aruan.."

Musang pun dah diketahui oleh Awang, dia pun membuka topengnya dan menunjukkan wajahnya pada Awang.

"Kamu dah besar, ada iras iras ayah kamu.."

— kata awang

"4 tahun, saya hidup di hutan borneo. Hidup sendiri, tanpa bimbingan orang lain, tanpa teman. Sampai bila saya nak hidup macam tu tuan?" — kata Musang sambil air matanya jatuh

"saya balik dekat sini sebab rakhta dah upah pembunuh upahan dari luar semenanjung. Saya takkan sanggup lari jauh dari makam ayah saya, dari orang yang saya sayang." —Musang

Awang menepuk bahu Musang —

"Musang, Saktul Aruan tidak pernah salah memilih pewarisnya."

"Saktul Aruan hanya akan diwariskan pada sesiapa yang mampu memikul tanggungjawab yang besar dan tidak akan pecah amanah, ia juga diwariskan pada insan yang bersih lisannya dan Mulia hatinya."

"bagaimana bisa mereka mempercayai utusan iblis adalah pewarisnya.. Selama kamu dengan saya, saya akan bela kamu."

— Kata awang

Kata kata itu buat musang hampir nangis dan memeluk Awang

"Terima kasih Tuan Guru.."

— kata Musang sambil memeluk Awang

"Jadi apa kita nak buat sekarang?."

—Awang bertanya

Awang —

"Saya dah takde apa apa kuasa dalam dewan, kita tak boleh langsung bercakap dengan sultan ."

Musang bertanya —

"Apakah general dayu masih berkhidmat untuk Sultan?."

"Dia masih tetapi dalam keadaan lumpuh.. kamu rasa dia berpihak kamu?." —Awang bertanya

Musang menjawab dengan mengingat saat dia di depan mayat ayahnya

— "Waktu tu saya lari dulu.. "

"Dia ada cakap sepatah kata yang buat saya percayakan dia."

( "'Lari"')

Awang membawanya ke rumah Dayu. Rumahnya sedang sedang tetapi perhiasan luaran dan dalaman sangat cantik

Mereka sampai di depan pintu rumah

Musang mengetuk pintu rumah General Dayu. Dayu pun membuka pintunya dalam kondisi duduk diatas kerusi roda kayu "Awang? Siapa ni? ."

Awang menjawab —

"Masuk dalam dulu, sekejap lagi kau akan tau."

Musang pun membuka topengnya dan membuka sedikit balutan nama dari bilah Saktul Aruan.

Dayu marah padanya dan berkata —

" Apa kamu buat kat sini, kamu tak sepatutnya ada kat sini. Tempat ni bahaya untuk kamu. "

Musang menjawab —

"Saya tahu apa yang saya buat General."

"Saktul Aruan tak pernah salah pilih tuan kan?"

General dayu tersentap dan mengingat sesuatu

((Kenapa kau nak jadi pemimpin — Dayu bertanya pada badang))

((Saktul Aruan, tak pernah salah tuan.))

Musang — "benda macam ni tak boleh berhenti, kalau kita tak buat apa apa."

General Dayu — "Kamu sama macam ayah kamu, degil.. Baik, kalau kamu nak hentikan rakhta, buat masa sekarang dia banyak pembela jadi susah untuk dekatinya. Dia banyak kuasa pelabuhan di nusantara, kamu kena hapuskan pelabuhan haram tu dulu."

Musang — "Pelabuhan haram? Apa tu?"

Awang — Kuasa Pelabuhan hanya dimiliki oleh seorang pemimpin unit pertahanan yang akan turun padang kalau pemimpin mereka disentuh, pelabuhan pelabuhan ini asalnya dibangunkan olrh ayah kamu, badang. Setelah Rakhta menggantikan tempatnya dia malah mengubah pelabuhan itu dan memandai membuat aturan sendiri. Mungkin mereka setuju kerana disuap dengan rasuah. Sebab itu kami syak itu pelabuhan haram.

Musang — "Macam mana nak hentikan mereka?"

General Dayu — " Seorang pewaris Saktul Aruan juga sepatutnya tahu apa yang dia perlu lakukan.. Jatuhkan setiap pelabuhan tu. "

Dayu memberikan segulung peta pada Musang yang menanda pelabuhan kuasa yang dimiliki rakhta peta itu ditulis "Badang's Malacca Empire."

Musang — "Ini.."

Dayu — "Ianya yang lama.. Sekarang dah tukar nama."

Musang — "Ada tujuh pelabuhan dia dekat nusantara jadi.. Kene jatuhkan satu satu? Boleh ke saya buat sorang?."

Mereka tersentap. Dayu pun berkata —

Andai saya tak lumpuh, saya tak keberatan untuk tolong kamu.

Musang —

"Saktul Aruan tak pernah salah memilih tuan, dia takkan pilih tuan yang akan mati dalam keadaan sia sia.. Saya akan manfaatkan sepenuhnya gelaran ini."

Awang —

"Saya tahu kamu boleh.."

Musang — "Rakhta takkan boleh bertahan lama, lepas apa yang dia buat di bumi Melaka ni. "

mawar telahpun memindahkan gerainya ke tempat tertutup

"kita tak boleh berniaga hari ni. Pihak atasan dah mula buat kerja." —Kata mawar

Makyan —

"Mawar, tak apa ke mawar tipu orang atas mawar sendiri?."

Mawar tersentap dan menjawab —

"Makyan, saya takkan biarkan orang yang bela saya dijual jadi hamba."

Saat sedang bersiar siar di malam hari, Musang terserempak dengan Rakhta di persimpangan, kedua duanya berhenti. Rakhta tidak perasan kerana musang memakai topeng.

" Kau ni memang tak diajar hormat pada pemimpin ke? Ketepi. " — kata rakhta

Musang pun gugup dan dia berkata "maafkan saya, t-tuan." pada Rakhta supaya indentitinya terjaga.

Kemudian setelah rakhta telah pergi musang memandang ke belakang dan berkata dalam hati. "Untuk hari ni je maaf kau.."

Rakhta telah mengumpulkan lagi 10 peniaga yang di cekup diatas kapal untuk ke destinasi yang seterusnya.

Tiba tiba ada salah orang seorang orang bawahan Rakhta datang padanya dan berkata —"Tuan Rakhta ada masalah besar." orang bawahan kita kita unit memanah.. "

Sementara itu General dayu yang sedang seorang di rumah membancuh seuncang teh panah. Dan meminumnya dia bertanya pada diri " Apakah aku patuh pada orang yang betul?. "

Dia mengingat kata kata daei ingatannya

(( Hidup berorgnanisasi tak semestinya perlu patuh pada orang atas, jika kita patuh pada yang zalim maka kita bukan lagi hamba, tapi anjing. Aku berkhidmat untuk Melaka bukan kerana nama semata mata. Aku berkhidmat dengan membangun, bukan dibangun — badang))

((Benda macam ni takkan berhenti kalau kita tak hentikan, Saya akan manfaatkan gelaran ni. —Musang))

((Saktul Aruan, tak pernah salah pilih tuan. —Musang & Badang))

Dia termenung lagi mengingat Musang saat masih kecil —

((Budak comel, kamu ni anak badang kan?? Siapa nama kamu?..— Dayu))

((Nama dia musang, usianya baru 5 Tahun. —Badang))

((Kesiannya, budak comel macam ni, membesar tanpa seorang ibu..—Dayu))

((kenapa saya takda ibu macam orang lain? —Musang))

((kalau macam tu, Mak Ayu tak kesah kalau Musang nak anggap Mak Ayu macam ibu Musang. —Dayu))

((Lari.— Dayu))

Malam harinya Makyan dan Mawar bersembunyi di tempat tertutup dan tiba tiba terdengar bunyi telapak kaki dari luar.

Mawar pun membuka sedikit mengintai sedikit dan terlihat Rakhta dan 2 orang kuatnya sedang menuju ke gerai "Haah?"

Makyan — "Mawar kenapa ni?."

Mawar kesal dan berkata— "Maafkan Mawar makyan, mawar gagal lindung Makyan.."

Makyan — "Mawar.. Rasanya makyan perlu serah diri tak?"

Mawar tersentap dan tidak akan membenarkannya — "Jangan putus asa Makyan.."

Makyan — "kalau makyan kat sana mana tau.. Makyan boleh jumpa Musang.."

Mawar — "Tak... Makyan tak boleh-

Akhirnya Rakhta masuk ke gerai tu —

" Berani kau khianat aku.. "

Dia menolak mawar jatuh

Makyan— jangan sentuh anak aku!

" DIAM! Kau sepatutnya ada atas kapal.. "—Rakhta

" Jangan kau berani sentuh Makyan.." — kata mawar sambil mengangkat busur panahnya.

"Wah wah wah.. Kau dah pandai menderhakai sang pemimpin.

"Kau tahu apa hukuman kalau mengkhianati pemimpin?.."

— kata Rakhta sambil mengeluarkan pisau belikatnya "Pergi mati."

Mawar mengelak serangan pisau belikat itu fan menendang Rakhta keluar dari gerai mereka pun melanjutkan pergaduhan itu di luar gerai.

Mawar terpaksa melawan 3 orang termasuk 2 orang kuat rakhta yang menggunakan parang.

Mawar pun memanah salah satu tanah berdekatan askar itu dan mengeluarkan akar yang melilit askar tersebut.

Rakhta — "boleh tahan.."

Mawar cuba menyerang melilit Rakhta tetapi pisau belikatnya memotong seluruh akar akar yang cuba melilitnya

"sesiapa yang mengkhianati pemimpin sendiri memang sepatutnya mati"

—Rakhta berkata sambil mengeluarkan tenaga batin yang kuat

"Jangan sentuh anak aku" —Makyan berlari untuk melindungi mawar dari serangan belikat yang berbahaya itu..

"Mawar..."

—Makyan ditikam kerana membatalkan tenaga batin rakhta

"Makyan!!"

— Mawar menjerit dan air matanya keluar

Mawar sudah tak boleh bergerak, hatinya hancur dia seperti sudah tidak ada tujuan hidup. Dia berteriak sekuat kuatnya

"Mawar..."

—Kata Makyan dalam kondisi kritikal

Mawar pun duduk di hadapan Makyan yang terbaring di rumput. Rakhta mengalihkan pisaunya untuk membunuh mawar tapi Musang sempat menahannya dengan tangannya

"Boleh tak jangan kacau hidup orang?" —Musang pun menendang rakhta kebelakang dan menahannya

"Kau budak topeng tak beradab tadi kan? Siapa kau nak masuk campur?." — Rakhta

Tiba tiba salah seorang askar memanggil rakhta "saya melapor diri tuan! ahli dewan sedang mencari tuan."

"Sial, macam mana aku nak melapor pada sultan selepas bunuh peniaga. Sial, korang selamat kali ni.." —kata rakhta sambil memandang Musang

"Periksa kawasan! Jangan tinggalkan sebarang bukti pun!"

Rakhta dan askarnya pergi dari situ. Musang pun pergi ke keadaan Makyan yang sekarat.

"Mawar.. Mawar kena kuat.." —Kata Makyan

"Tak Makyan! Mawar tak kuat.. Mawar takda siapa siapa dah.." —kata Mawar

Mendengar kata Mawar itu Musang berasa sedikit kesal.. Kerana menghilang 4 tahun lalu.

"Mawar.. Mawar kena teruskan hidup.. Jangan putus asa.. Awan yang hitam pun kalau tiba hujannya akan turun pelangi. Mawar dan makin dewasa.. Suatu hari nanti mawar akan faham.. "

—Kata Makyan

Musang mendengar dan dia menangis di sebalik topeng

Mawar menangis dan berkata —

" Mawar dah takde hala tuju makyan, dah takde sesiapa lagi.. "

" Mawar ada Musang.. " —kata makyan

" Huh?.."—Mawar

Musang pun tersentap dengan ayat Makyan

" Mawar kata mawar dah takda hala tuju.. Pergi cari dia... Itulah hala tuju Mawar..."

Suasananya penuh dengan kesedihan dan Musang menangis di sebalik topeng

" Lepas dia hilang.. Makyan nak sangat.. Tengok muka dia sebelum Makyan pergi.."

—Makyan

Musang pun duduk dihadapan sebelah Makyan

" Makyan... "

Dia pun membuka topengnya..

Mata makyan melebar sedikit

" Maafkan Musang Makyan.." — Musang

Makyan menangis dalam kondisi sekarat

" Syukur.. Alhamdulilah.. "

Mawar pun ikut menangis di situ

"Musang minta maaf Makyan.. Musang degil.."

((Musang dengan Mawar dah macam anak Makyan sendiri—Makyan

Maafkan Musang Makyan —Musang

Musang jangan pergi! bahaya! —Makyan))

"Syukur... Makyan.. Tahu Musang kuat.. Makyan.. Tahu.. Musang hebat." — itulah kata terkahir dari Makyan. Dia pun menghembuskan nafas terakhirnya.

Mawar dan Musang pun menangis di hadapan Jasad Makyan.

"Kat mana kau pergi selama ni?."

— Mawar

"Empat tahun mawar.. Aku hidup sorang dekat hutan Borneo. Setiap hari aku tak pernah sekalipun lupakan Makyan.. Setiap hari, aku tanya dekat diri sendiri, sampai bila aku kena hidup macam ni.. Aku balik sebab kerajaan dah makin melampau.. Aku nak hentikan Rakhta.. Aku rasa punca serangan Duli bayangan derhaka 4 tahun lepas memang ada kena mengena dengan dia. " —kata Musang

Mawar —" Jadi lepas ni.. Kau nak pergi mana?.. "

Musang —" Aku kena jatuhkan 7 pelabuhan kuasa yang Rakhta ada sekarang.. Selagi mereka ada.. Kita tak boleh sentuh Rakhta.

"Kau nak buat sorang" —Kata mawar

Musang tersentap

"Aku ikut" —Mawar

" Aku tak rasa ini cara yang selamat Mawar."

— Kata Musang kerana merisaukan Mawar

"Musang, aku dah takda apa apa.. Kau pun sama kan?.. Aku akan tolong buat apa apa je untuk bersihkan nama kau.. Aku rasa kalau Makyan masih hidup pun.. Dia nakkan benda sama.." —Mawar

"Betul ni?" —Musang

Mawar mengangguk kepala

mereka pun menaiki kapal untuk menuju ke sumatera pelabuhan pilihan pertama yang mereka perlu jatuhkan.

ACEH 1643 MASIHI

Disebuah penjara di pelabuhan itu seorang pemuda Aceh bernama Anggis yang sedang duduk di dalam penjara yang menunduk pandangannya ke bawah. Tiba tiba seorang warden menegurnya — "Tidur kau! Besok kau harus kerja."

Anggis itu menjawab "Ahh mana bisa tidur kalo lagi nahan air kecil, Lepasin aku ke kamar kecil lah."

Warden itu membuka pintu penjara itu dan mencekup tangannya kemudian membawanya ke kamar kecil. Saat dalam perjalanan dia tiba tiba berhenti. Warden itu hairan. — "Lekas!-

Anggis menendang salah satu warden itu dan berlari ke bilik pantri, saat ke bilik pantri dia mengambil dan mengawal dari jauh senjata kerambitnya yang dirampas untuk membuka cekupan rantai itu.

Saat dia keluar dari bilik pantri dia pun dikepung oleh pengawal. Dia mengarahkan kerambitnya ke pengawal pengawal itu dengan postur tubuh yang bersedia untuk melawan.

"Kalian gak malu apa, Mana bisa rakyat dijual jadi hamba di negara sendiri.. Hahaha bodoh sekali pemimpin kau.."

—Kata Anggis

Bersambung..