ACEH 1643 Masihi
Kapal berhenti di pelabuhan kapal aceh, Musang dan mawar keluar dari kapal itu
"Kita dah sampai." —Musang
"Sekarang hanya perlu cari lokasi pelabuhan kuasa tu."
Dia pun mengeluarkan peta.
Mawar bertanya — "Bahaya kalau kita terus serbu pelabuhan tu.. Kena ada cara untuk menyelinap."
"Tapi tak bahaya ke kalau kita dua pergi sekali?" —Musang
Mawar mengangguk kepalanya dan berkata
"ada pintu belakang dekat tempat pelupusan , jadi salah sorang dari kita akan selinap untuk bukak pintu laluan belakang supaya seorang lagi boleh masuk."
"kalau macam.. Aku akan selinap masuk dan bukak pintu belakang." —Musang
Mawar mengangguk — "Semoga berjaya."
"Sebelum tu, aku perlukan panah yang tajam sikit." —Musang
Mawar pun memberinya dua panah yang tajam. Dia pun medaki dinding kawasan untuk masuk ke pelabuhan haram itu, setelah berjaya masuk, dia melihat keadaan di kawasan yang sepatutnya dia lalu, banyak hamba yang membuat kerja pembinaan dan pengawal yang sedang mengawasi kerja mereka.
"Ramainya.. Macam mana aku nak lalu?..."
— Musang
Tiba tiba ada seorang pengawal menjerit
"Mau lari mana kauu!!?"
Musang panik di awal kerana berfikir kalau dia sudah diketahuan tapi ternyata sebenarnya mereka sedang mengejar anggis. Musang menyorok di sekitar itu dan melihat anggis dikepung dan dia membelasah pengawal pengawal itu dengan kerambit dan elemen petir dari kerambit itu Musang pun mengambil kesempatan ini untuk pergi ke laluan itu sementara kekecohan terjadi.
Masih ada tentera yang ditugaskan menjaga setiap laluan itu. Tapi mereka tak banyak, Musang pun memutuskan untuk berlawan.
"Siapa kau, itu kawasan larangan!" kata pengawal itu
"penceroboh-"
Pengawal itu menjerit dan ingin menyerang musang dengan tombaknya, Musang melompat atas tombaknya dan menendang perutnya kemudian menolak pengawal lainnya. dia pun berlari dan akhirnya sampai di pintu belakang. Setelah itu dia membuka pintu untuk Mawar.
Mawar bertanya
"ada nampak pemimpin mereka?"
"itulah masalahnya, dari tadi ada budak nak lari pun dia tak muncul."
—jawab Musang
"Mungkin pemimpinnya ada di dalam bangunan pelabuhan." —Mawar
"Mungkin kene cari budak tu dia mesti tahu."— Musang
Mawar hairan dan bertanya —
Budak mana?
"Mawar, aku rasa kali ni kita kene berpisah sementara. Pelabuhan ni ada 2 bangunan, kau selinap block belakang dan cari dia, tapi jangan terburu buru serang. Sebab aku ada rancangan lain.. " —Musang
Anggis dikejar pengawal pengawal di belakangnya dan Musang pun dikejar oleh pengawal blok belakang. Pengawal mengejar Musang dan teriak " Maling! " sementara itu pengawal yang mengejar Anggis teriak " Mau kemana?! "
Sehingga Anggis dan Musang dipertemukan berhadapan saat dikejar dan dibelakang mereka berdua ada pengawal yang mengepung.
Anggis bersedia dengan kerambitnya
"Tchh, kacau jalan aja kau.."
Anggis dan Musang pun bersedia melawan pengawal di sekeliling mereka. Anggis membaling satu kerambitnya dan memecut pada tentera menyerang guna kerambit satu lagi. Musang melibas Saktul Aruan dengan elemen angin yang kuat mereka sama sama membelasah para pengawal itu
"hey Maling, aku gak kenal kau siapa.. Tapi terima kasih ya."
Kata Anggis
"Perlu ke panggil macam tu?! "
Kata musang dengan nada sedikit marah
Saat mereka melawan pengawal pengawal itu tiba tiba ada meriam dari atas yabg dihalakan pada mereka. Anggis perasan meriam itu dia pun menyuruh musang berundur.
"Maling, jaga jaga!" —Anggis
Mereka mengelak tetapi tetap jatuh kerana dentuman peluru yang kuat
"Tangkap dan berikan mereka hukuman."
"Ambil senjata mereka." — kata si pemimpin pelabuhan
Musang pun baru perasan — "Jadi dialah pemimpin di sini."
"Benar, dialah si Jerat, orang asli semenanjung."
—Anggis
Salah seorang pengawal itu mengambil keris Saktul Aruan dan dia berasa tidak sedap badan. "urgg."
Pengawal di depannya bertanya "kenapa kau?." dia menjawab "Entahlah rasa kek ga enak aja gitu."
Musang perasan yang Saktul Aruan Menyerap tenaga batin jika menyentuh dengan yang bukan pemiliknya..
"macam tu ye.." —Musang
Mereka dikurung dalam sebuah bilik dalam keadaan tangan mereka tergantung.
"sialan, gagal lagi aku.." —kata anggis.
"Tenang, aku akan cari cara untuk bebaskan kita ." —Musang
"Kau asal semenanjung kan?" —Angiss
Musang mengangguk kepala — "ya."
"pasti kau urusan kau disini ada kaitannya sama Jerat." —Anggis
"Pelabuhan ini dimiliki oleh seorang pemerintah kejam di semenanjung.. Dia dah melampau sekarang. Jadi kami kene jatuhkan satu per satu pelabuhan untuk jatuhkan dia." —Kata Musang
Anggis — Nama aku Anggis, aku cuman mau lari aja dari sini, tapi kalau kau mau jatuh kan tempat ini, bisa aku bantu..
" Aku Musang, apa yang jadi sebenarnya tadi?. " —Musang
Anggis —
Ceritanya tuh gini, malam tadi aku udah hampir lari. Jadi aku lari sampai mereka udah ga liat aku. Tapi jalannya banyak askar, jadi aku mutusin buat nungguin sampe siang sesudah siang mereka ke penjara untuk bebasin hamba buat kerja. Jadi aku ambil kesempematan itu buat kabur. Eh ternyata ketahuan juga. Tapi aku punya rencana, kau tidak masalahkan kalau gak ada senjata? "
Musang — " Jangan risau aku sengaja biar diaorang ambik senjata tu. "
Setelah mawar menyenilap di Blok belakang, dia tidak menemui apa apa. Lalu dia memutuskan untuk cari Musang di Blok hadapan saat dalam perjalanan dia melihat Jerat si pemimpin diapun menyorok, dan mendengar perbualan Jerat dan orang bawahannya.
" Jaga budak baru tu skali, jangan biarkan mereka terlepas"
—Jerat
"Jadi Musang dah berjaya masuk dalam. " — kata Mawar dalam hati
Mawar pun bergegas ke blok hadapan di punti belakang dia memanah lantai dan mengeluarkan akar untuk naik ke atas. Kemudian dia masuk ke tingkap bangunan. Dia diketahui 2 pengawal dan pengawal itu cuba menyerangnya dengan api tetapi dia membelit pengawal itu dengan akar lumut
Dia membelasah pengawal lainnya dari terus mencari Musang dari bilik ke bilik.
Sementara itu Di bilik hukuman
"Yang benar aja kau, dari tadi lagi gak ngapa ngapain.. Kapan kita bisa keluar?." —kata Anggis
"Sabar lah aku bukan datang sorang." —Musang
"Musang.. ."—Mawar berjaya menemui bilik hukuman itu
Musang— Mawar!
"shhhh, jangan bising.. " —Mawar memanah lantai bilik itu dan mengeluarkan akar yang membebaskan Mereka
"Akhirnya." —kata Musang
"Aku harus ke pantri dulu. Ucap terima kasih ke pacar kau." —kata Anggis
"heh??" —Musang
"Jom Musang.. Aku dah jumpa pemimpinnya.." —Mawar
Mereka dikepung pengawal dan Musang terpaksa melawan tanpa Saktul Aruan dan pada Akhirnya dia memanggil Saktul Aruan. Saktul Aruan pun terapung dan menuju padanya. Sebelum ada askar yang ingin cuba membunuh musang Saktul Aruan sempat menikam askar tersebut.
Mereka sudah keluar bangunan dan dikepung askar. Mereka juga sudah kantoi dengan Jerat
"Kau memang degil kan.. Serang mereka!"
Askar askar itu pun menyerang Musang dan Mawar dan Anggis dari terjun dari atas dan membantu mereka.
"Mabar yok."
Mereka pun belasah askar askar itu, Mawar dengan skill dan kelincahan memanah jarak jauhnya, Anggis dengan serang jarak dekat yang pantas dan menghabiskan mereka dengan tenaga batin Kilat, Musang melibas mereka menggunakan ribut batin.
Semakin ramai askar yang datang, semakin mereka bersedia. Anggis mengawal kerambitnya dan kerambit itu berputar putar mengelilingi Anggis. "Gerak Perisai ribut petir," kelajuan Anggis menjadi lebih pantas dan lincah. Mawar pula memanah ke langit dan menjatuhkan duri duri di ke askar itu. Musang pula membuka batin ributnya "Gerakan tibut tedung!"
Jerat pun mula perasan sesuatu pada Musang apa bila melihat gerakannya "macam mana aku boleh tak perasan.. Budak ni.."
"Fuh Rata." —Anggis
"Apa urusan kau ke sini?.. Anak kepada sang perkasa.." —Jerat bertanya sambil memandang ke arah Musang
"Jadi benarlah kau punya urusan sama dia.?" — Anggis
Musang bertanya pada jerat — "Pelabuhan ni 4 tahun lepas tak sepatutnya macam ni kan? Senang je Rakhta suap kau. "
Jerat ketawa — "hehe tidak, 4 tahun lepas bukan aku pemimpin di sini, Aku hanya Banduan yang hina.. Setelah Rakhta menggantikan Badang, dia berikan aku kuasa."
Mawar —
"Rakhta membebaskan Banduan!? Dan beri mereka kuasa?! "
Jerat — "aku tak sangka jugak aku dapat tetamu special macam kau Musang.."
Musang — "Kau tau nama aku? .."
Jerat— "Kau yang membunuh salah seorang Duli Bayangan derhaka 4 tahun lalu.."
Anggis terkejut dan menoleh ke Musang — "Nanti, Kau ini orang atau bukan?!"
"Nanti aku terangkan.." —kata Musang
Musang mengangkat kerisnya dan menyediakan tenaga batin yang banyak
"Aku benda yang kita kena selesaikan" kata Musang..
Mawar memanah karah Jerat untuk mengurungnya dalam akar. Jerat membakar akar akar itu dengan Tukul Apinya yang besar. Sesuai dengan tubuhnya yang sangat sasa.. Anggis memecut ke arahnya dan cuba menyerang tetapi ditepis dan ditendang.. Kemudian Musang.. "Gerakan Ribut Tedung!" tetapi di counter dengan "Pheonix merak" milik Jerat.
Phenix itu mengeluarkan kesan api yang pekat dan merah menyala api itu semakin melilit Musang tetapi Musang membatalkan jurus itu. Dia dipuji oleh jerat. "Kau memang berbakat. Tapi kau takkan mampu bertahan lama." kata Jerat dan dia pun ingin menghentam Musang tetapi Musang mengelak dia menghentam lagi Musang mengelak dan melompat ke dinding kemudian memecut untuk menyerang.. "Gerakan Ribut Solar."
dia mengeluarkan tenaga batin cahaya dan menggabungkannya dengan angin dan berjaya menghentam Jerat untuk kali pertama. Wajah jerat sepertinya terbakar dia berkata "boleh tahan.. Tapi jangan harap kau boleh jatuhkan pelabuhan ni macam tarik daun je!"
Mawar memanah lantai dan mengeluarkan akar keras dan Anggis memanjatnya dan cuba menikam Jerat. Jerat menepisnya dan mencampak Anggis "Urgh!"
Mawar — "Tak semua serangan bagi pengaruh, badan dia keras."
Tiba tiba aura api mengelilingi Jerat dan dahinya mempunyai mata ketiga..
Musang —" Aku boleh rasa... Kuatnya kuasa tu... "
"Kau ingat kau pewaris Saktul Aruan, kau berkuasa macam aku?.. Tak.. Kau silap."
Dia menghalakan bola api besar ke arah Musang dan menembaknya tetapi mawar sempat membuat kubu keras pada Musang
"cih, selalu saja ada penyibuk" kata Jerat
Musang keluar dari kubu itu dan melibas dada nya sehingga berdarah "urgh.. Budak macam kau-"
Musang — "Aku Musang Putera kepada sang perkasa.."
"Ribut solar.."
Musang menyerangnya dengan ribut solar tetapi Jerat menahannya. "kau memang buat aku marah." kata jerat. Sayap pheonix keluar di belakangnya dan menunjukkan niat membunuh yang tinggi.
Musang cuba menyerangnya tetapi kelajuan jerat semakin pantas dia sempat hentam musang ke bawah
Mawar menjerit "Musang!"
Anggis — "kita harus lari, dia tuh bukan lawan kita, Aku pernah mendengar tentang metode yang dia gunakan.. Dia gunakan Sihir Jin disebalik sayap.."
Mawar — "Jin?..."
Musang — "Macam tu eh?.. Lupa nak bagitau.. Aku tak pernah kalah dengan Jin sebelum ni.."
Musang berlari dan cuba memberikan serangan jarak jauh menggunakan libasan angin. Jerat pun mengejarnya dan menghentamnya lagi. Mawar menggunakan gerakan hujan duri namun api menukar segala duri mejadi abu dan Saktul Aruan bersinar saat Jerat ingin membakar Musang api nya seakan akan tidak memakannya..
Musang dibantu oleh Bunian bunian saktul Aruan dan tiba tiba saja kecepatan Musang bertambah pesat dan menghentam Jerat
Anggis terkejut — "apa?.."
Jerat — "urgg kuasa apa tuuu?.. Apakah kuasa ini yang kau gunakan untuk tewaskan Duli Bayangan Derhaka?. . Cih aku takkan tewas"
Pertarungan mereka menjadi sengit..
"Aku yang berlaku?.." —Mawar
"Dia tuh orang atau bukan?.." —Anggis
Jerat menahan Musang dan cuba membakarnya "hahahah seperti yang aku katakan.. Kau bukan siapa siapa.."
Tiba tiba Musang menghilang dengan kecepatan Batin Cahaya. Jerat terkejut dan ditendang kuat oleh Musang dan jerat pun dikalahkan.
"Eh?.. Dah habis?" — Anggis
"YEAAAAHHHHHHHH" Bunyi sorakan merdeka dari hamba hamba itu terdengan jelas..
Mawar tersenyum —
"Aku tahu kau mesti boleh.."
Musang kelelahan setelah menggunakan Kuasa yang dasyat itu dia pun tertidur..
Dan saat dia membuka matanya Anggis sedang mengangkatnya dan membawa musang. Mawar juga berada di situ.
"Dah habis?.." — Musang
"Oh Maling udah sadar.." —Anggis
"sopan ke panggil macam tu? aku ada nama la!"
Mawar— "Hamba hamba tu ucap terima kasih dekat kau.. Sebab bebaskan mereka.. Satu pelabuhan dah hancur."
Anggis berkata — "sekarang kita ke pelabuhan berikutnya."
"Fuh.. Nanti dulu apa!? Kau ikut kitaorang ke?!.." —Musang
Anggis — "yah udah gak tau mau kemana jadi bosan aku.. Lagian mamak aku sebelum meninggal nyuruh aku bergaul.."
Musang — "Kejap, tu kurang Munasabah..."
Anggis— "yah anggap saja ini balasan karna aku bantu ngangkat badan kau."
Sementara itu di tanah semenanjung
Rakhta mendapat khabar tentang kejatuhan pelabuhannya di wilayah aceh
"sial, dia memang nak aku menggila."
"kita kene tutup lebih kurang dalam 4 operasi pelabuhan."
Pengawal bertanya "Tapi jika ditutup, pelabuhan tuan hanya ada 2 saja yang beroperasi.."
"dua tu hanya sebahagian dari masa yang saya perlukan.. Sebab kita akan gunakan 4 kuasa sekaligus untuk habiskan semua ni. ."
Dia memangkah pelabuhan flipina selatan, Maluku, Sulawesi dan Jawa untuk ditutup
"Jika ayah dapat lihat ni, dia mesti bangga dengan saya."
Bersambung