Episod 14:Universiti-Pertemuan Kembali
(POV Arina)
Aku melangkah ke kampus universiti dengan harapan baru.
Hidup yang baru. Mula babak baru tanpa bayang-bayang masa lalu.
Di sini, aku ingin jadi lebih kuat. Lebih bebas.
Tapi hati? Entah mengapa tetap berbisik tentang satu nama — Rayyan.
Aku fikir dia sudah lama tinggal jauh, belajar di luar negara seperti yang aku dengar dulu.
Tapi realitinya… lain.
Suatu pagi, sewaktu aku berjalan ke kelas, aku terdengar suara itu, suara yang sangat aku kenal.
“Arina.”
Satu nama, satu detik. Jantung aku berdegup laju. Aku pandang ke arah suara itu.
Dan betul. Dia berdiri di depan aku — Rayyan.
Matanya tenang tapi ada sesuatu yang sukar aku tafsir.
Awkward. Itu yang aku rasa. Aku cuba senyum, tapi mulut aku seakan terkunci.
Dia juga memandang aku seperti mahu bertanya banyak perkara, tapi tak tahu dari mana mahu mulakan.
“Kenapa kau ada kat sini?” aku akhirnya tanya, cuba kawal suara yang bergetar.
Dia senyum nipis. “Aku batal jejak luar negara. Pilih dekat sini. Sebab aku… nak dekat dengan kau.”
Aku terkedu.
Senyuman dia penuh maksud, tapi aku cuba halang perasaan yang tiba-tiba menyelinap masuk.
(Di sisi lain)
Universiti ini penuh dengan jejaka dan perempuan yang ingin mengenal dunia baru.
Aku kena tahan banyak sangat orang cuba mengurat. Ada yang manis, ada yang kasar, ada yang sampai buat aku pening kepala.
Tapi aku tetap tutup hati ini rapat-rapat.
Aqil? Dia macam biasa, jadi pelindung aku. Tapi sekarang, aku tahu dia sudah move on.
Dia dah ada pilihan hati — seorang pelajar dalam kelas dia sendiri. Mereka sering kelihatan mesra di koridor.
Aku senang untuk dia.
Dia layak bahagia.
(POV Rayyan)
Bila aku nampak Arina sekali lagi, semua rasa dulu datang semula.
Jeles, rindu, sakit — bercampur aduk dalam dada.
Aku cuba berikan jarak. Cuba jadi kawan biasa. Tapi agak susah.
Aku tahu dia sudah banyak kena pujuk dan didekati jejaka lain. Itu buat aku rasa cemburu tapi aku tak tunjuk. Ego aku lagi tinggi.
Kadang-kadang aku tengok dia dari jauh, berharap dia masih ada ruang untuk aku.
(Suatu petang di kafe universiti)
Aku duduk dengan Aidil, berbincang tentang kuliah dan hidup.
Tiba-tiba Fika masuk bersama Irfan. Aku terkejut.
Mereka berdua — mesra, ketawa bersama, bukan seperti yang aku sangka dulu.
Fika dan Irfan? Rupanya mereka pasangan hot di universiti lain.
Aku senyum kecil, dalam hati lega mereka bahagia.
(POV Arina)
Rayyan masih di sekeliling aku, tapi hubungan kami macam asing.
Kadang aku rasa dia cuba dekat, kadang dia jauhkan diri.
Aku tak pasti apa yang aku rasa sekarang.
Antara rasa takut kehilangan, dan rasa mahu melangkah maju.
Aku masih lagi cuba kuat.
Tapi hati ini, bila jumpa dia… entah kenapa jadi rapuh.
Malam itu aku termenung di bilik.
Fika mesej aku:
“Jangan risau, Rin. Kita semua ada cerita dan luka. Tapi kita boleh hidup bahagia juga.”
Aku balas:
“Terima kasih, Fik. Aku perlukan masa untuk terima semua ni.”
Aku tahu, perjalanan aku dan Rayyan masih belum selesai.
Mungkin universiti ini akan jadi medan baru untuk kami menulis semula kisah lama.