SINOPSIS:
Bagi Arina, cinta pandang pertama itu wujud — dan ia bermula sejak kali pertama dia melihat Rayyan, pelajar popular di sekolah barunya. Tapi apa yang dia tak jangka, lelaki yang jadi crush diam-diam itu langsung tak pernah pandang dia… malah meluat setiap kali mereka bersua muka.
Bagi Rayyan, Arina cuma gangguan yang tak diundang.
Bagi Arina, Rayyan ialah mimpi yang menyakitkan.
Tapi dalam benci Rayyan, ada rahsia yang cuba dia sorok. Dan bila Arina mula undur diri, Rayyan mula sedar… rasa benci itu sebenarnya cuma topeng kepada sesuatu yang lebih dalam.
Cinta atau dendam?
Crush atau musuh?
Kadang-kadang, hati tak pernah tahu apa yang sebenarnya ia mahu…