Episod 6: Dia muncul Dalam Diam

Episod 6: Dia muncul Dalam Diam

(POV Arina)

Pagi itu, aku berdiri di halaman sekolah, menunggu giliran untuk aktiviti perkumpulan yang melibatkan pelajar dari semua kelas. Program kokurikulum ini diwajibkan untuk semua wakil kelas, termasuk aku, Rayyan, Liyana, dan… Aqil — yang dari kelas Liyana.

Detik itu, jantungku berdegup kencang. Aku tahu, hari ini tidak akan mudah.

Liyana sudah kelihatan di kejauhan, dengan senyuman dingin yang penuh maksud. Dia menyedari kehadiran aku dan Aqil, serta Rayyan yang berdiri dekat situ dengan wajah dingin, namun matanya tidak lepas memerhatikan aku.

“Arina, kau memang tak reti jaga muka,” suara Liyana yang tajam dan penuh sindiran memecah suasana tenang pagi itu. “Kau ingat kau ni siapa sampai Aqil pun nak bela?”

Aku membalas dengan tenang, cuba mengawal perasaan yang mulai berkocak. “Aku tak minta siapa bela aku, Liyana. Tapi kalau Aqil nak, aku tak halang.”

Liyana tersenyum sinis, lalu berbisik kepada Rayyan, “Kau masih nak ikutkan dia? Kau ni lemah.”

Rayyan hanya diam, wajahnya membeku seperti batu. Tapi aku dapat rasakan sesuatu yang lebih dalam dari diam itu — sesuatu yang sukar aku tafsir.

Aktiviti bermula dengan tugasan berkumpulan yang memerlukan kami bekerjasama, merancang dan melaksanakan projek komuniti di sekitar sekolah.

Liyana yang berperwatakan diva, segera mengambil alih tugas, mengarahkan aku melakukan kerja-kerja berat seperti mengangkat peralatan dan menyediakan bahan. Aku cuba mengelak, tapi dia memandang dengan pandangan penuh penghinaan.

“Aku bukan kuli kau, Liyana,” aku berkata tegas, walaupun nafas semakin tersekat.

“Tapi kau memang nampak macam kuli,” balasnya sinis, sambil memegang papan putih sebagai simbol kuasa.

Aqil, yang berdiri dekat, terus memotong, “Liyana, janganlah buat Arina macam tu. Semua kena kerja sama.”

Tapi Liyana buat tak endah. Dia sengaja mahu buat aku rasa terhina dan terkongkong.

Sepanjang hari itu, aku rasa seperti mangsa dalam sandiwara yang penuh drama. Rayyan pula hanya memerhati, sesekali memberi komen pedas yang buat aku terasa.

“Tolong jangan terlalu menunjuk,” katanya sekali ketika aku cuba mempertahankan diri.

Aku terpaku. Kenapa dia begitu dingin? Kenapa dia biarkan Liyana peralatkan aku?

(POV Aqil)

Aku benci tengok Arina diperlakukan macam budak suruhan. Walaupun aku bukan dari kelas dia, aku tak sanggup tengok dia dianiaya.

Setiap kali Liyana cuba buat dia rasa kecil, aku berdiri di depan, cuba lindungi dia.

“Aku tahu kau kuat, Arina. Tapi aku tak boleh tengok kau macam ni.”

Aku tahu, Arina perlukan sokongan lebih daripada sekadar kata-kata.

(POV Rayyan)

Aku benci betul tengok Aqil dekat dengan Arina. Rasa cemburu yang aku cuba sorok semakin membara.

Liyana sengaja cucuk aku untuk benci Arina. Tapi aku… aku sendiri pun tak pasti apa aku rasa.

Setiap kali aku pandang Arina, ada sesuatu dalam dada aku yang sakit.

Aku cuba menolak perasaan tu. Aku mahu dia hilang dari fikiran aku.

Tapi… perasaan itu hadir dalam diam.

Malam selepas program, kami berkumpul di tapak perkhemahan.

Aku dan Aqil duduk bersebelahan, berbicara tentang segala yang berlaku.

“Arina, kau tak bersendirian,” kata Aqil dengan penuh yakin. “Kalau kau perlukan aku, aku akan sentiasa ada.”

Aku senyum, tapi dalam hati aku masih bergelora.

Dalam jarak yang sama, Rayyan berdiri seorang diri, memerhati kami dari jauh.

Wajahnya berubah. Ada rona cemburu dan rasa kehilangan yang tersirat di situ.

Dia cuba menepis perasaan itu dengan ego yang tinggi.

Tapi aku tahu, dia sudah berubah