Episod 21: “Dia Masih Ada”

Episod 21: “Dia Masih Ada”

Villa Seruni, jam 9:08 malam – suasana mulai kacau

Jeritan Liyana dari bilik bacaan membuat semua tetamu reunion berlari ke arah bunyi itu. Tapi bila pintu bilik dibuka — kosong. Hanya CCTV yang masih menyala, dengan visual semua sudut villa. Liyana tiada.

Arina berdiri dekat Rayyan, matanya tak lepas dari skrin. “Dia… hilang.”

Aidil menunduk, mukanya kelihatan pucat. “Dani tahu selok-belok villa ni. Ini dulu rumah tinggal keluarga dia…”

Rayyan berpaling pantas. “Apa maksud kau? Macam mana kau tahu semua ni?”

Aidil mengambil nafas panjang, wajahnya penuh penyesalan. “Aku… dulu kawan dengan Dani. Satu-satunya kawan dia sebelum semua berubah.”

(Flashback – SMK Seri Angkasa, 2015)

Dani dan Aidil duduk berdua di bawah tangga sekolah. Sunyi. Mereka sama-sama minat puisi, sama-sama selalu diketepikan.

“Aku suka Liyana,” bisik Dani waktu itu. “Tapi orang macam aku takkan ada tempat dalam dunia dia. Kecuali… kalau aku ubah semuanya.”

Aidil tergamam. “Ubah macam mana?”

Tapi Dani tak jawab. Dia cuma tersenyum kecil — senyuman yang Aidil tak pernah lupa. Seram. Sunyi. Gila.

(Kembali ke Villa Seruni – Kini)

Rayyan menggenggam penumbuk. “Jadi maksud kau… Dani yang rancang semua ni? Dia yang culik Liyana?”

Aidil mengangguk perlahan. “Dia tak nak bunuh sesiapa… bukan itu tujuannya. Dia cuma nak semua orang rasa — rasa bagaimana bila dihina, dikhianat, diketawakan. Dia nak ulang balik semuanya.”

Arina memandang wajah Aidil lama-lama. “Tapi kenapa Rayyan pun dalam senarai tu? Rayyan tak pernah buli dia… kan?”

Rayyan menunduk. Diam.

Aidil menjawab perlahan. “Mungkin sebab Dani fikir Rayyan ‘ambil’ Liyana dari dia. Atau… mungkin sebab Rayyan ketawa juga hari tu, walau sekejap. Dani ingat semua yang kecil. Dan dia tak lupa.”

Bunyi pintu villa terkunci. Lampu mula berkelip-kelip. Skrin LED besar menyala semula. Kali ini, wajah seseorang muncul — gelap, kabur, tapi suara itu jelas.

“Giliran seterusnya… Zikri.”

Kamera CCTV menunjukkan Zikri terkunci dalam bilik bawah tanah. Dia menjerit-jerit, memukul pintu besi.

“Zikri,” suara Dani kedengaran, “kau dulu yang paling lantang gelakkan aku. Ingat lagi?”

Arina menekup mulut. “Dia… kawal semua kamera ni. Semua pintu. Dia buat semua ni macam permainan.”

Aidil mengangguk. “Dia memang macam tu. Dia dah rancang lama. Mungkin sejak dia keluar dari hospital dulu…”

Rayyan menarik Arina ke satu sudut. Suaranya rendah, resah.

“Awak kena keluar dari villa ni. Saya takut dia sasarkan awak pula…”

Arina menggenggam lengan Rayyan. “Saya takkan lari. Saya nak tahu kebenaran. Saya nak tahu siapa sebenarnya Dani.”

Rayyan menunduk. Pandangannya berat. “Arina… awak kena tahu satu perkara. Dani pernah… cuba bunuh diri selepas kejadian tu. Tapi dia diselamatkan. Dan sejak itu, dia… bukan Dani yang kita kenal dulu.”

(Di tempat lain – POV Liyana)

Liyana duduk terikat di kerusi, dalam bilik gelap. Seorang lelaki bertopeng berdiri di hadapannya. Nafasnya berat, penuh amarah.

“Kenapa… kenapa kau buat semua ni?” Liyana merayu. “Itu semua masa sekolah… aku tak sengaja…”

Lelaki itu membuka topengnya — tapi penonton tidak ditunjukkan wajahnya. Kamera hanya fokus pada mata Liyana — terbeliak, penuh kejutan.

“Kau?! Tapi… macam mana kau masih hidup?!”

(Kembali ke Arina & Rayyan – Villa Seruni, Kini)

Tiba-tiba skrin menyala sekali lagi. Kali ini, pesanan terakhir.

“Yang terakhir dalam senarai… akan tengok semua orang jatuh satu persatu. Dia akan tahu bagaimana rasanya hilang semua orang yang dia sayang. Kau tahu siapa kau…”

Nama di skrin: ARINA.

Rayyan menjerit, “Tidak!”

Arina melangkah ke belakang, wajahnya pucat. “Kenapa nama saya ada dalam tu?! Saya tak pernah buat salah pada Dani!”

Aidil menatapnya sayu. “Mungkin sebab… awak orang luar. Tapi sekarang… awak satu-satunya yang boleh hentikan dia.