Antara Sandiwara dan Rasa

Bab 15: "Cabaran Terakhir: Cium Aku"

Hari ke-33. Hari selepas tamatnya segalanya.

Haruna duduk seorang diri di bilik kecil itu — tempat yang pernah jadi 'rumah kontrak' mereka. Kotak-kotak sudah disusun, perabot sudah dikemas. Tapi satu benda belum selesai: hatinya.

Dia pandang pintu. Sunyi.

"Dia betul-betul dah pergi…?" bisiknya perlahan.

Baru saja dia nak bangun, pintu bilik berbunyi.Tiga ketukan perlahan.Kemudian, pintu terbuka sedikit.

Keisuke berdiri di situ.

Topi hoodie ditarik separuh ke bawah. Satu tangan pegang kabel pengecas.

"Aku... tertinggal charger," katanya ringkas.

Haruna tak jawab. Dia hanya merenung.Lama. Sunyi.

Keisuke masuk perlahan-lahan.Tapi sebelum dia sempat cakap apa-apa lagi, Haruna berdiri — menatap tepat ke arah dia.

"Kalau betul kau datang semata-mata nak ambil charger… aku ada satu cabaran."

Keisuke angkat kening. "Cabaran?"

Haruna telan air liur. Matanya tajam, tapi jantungnya berdegup kencang.

"Cium aku."

Keisuke terkejut. "Eh?"

"Cium aku.Tapi jangan buat kalau hati kau tak yakin."

Sunyi. Jantung berdegup sekuat guruh.

"Kalau hati kau masih ragu-ragu — keluar dari pintu ni.Dan jangan pandang belakang."

Keisuke tidak bergerak. Pandang Haruna lama.Lima saat. Sepuluh. Lima belas.

Kemudian, perlahan-lahan, dia letak charger atas meja.Dia melangkah rapat.

Langkah demi langkah.Dekat.

Haruna berdiri tegak. Mata tidak berkelip.

Keisuke sampai depan dia.Tanpa sepatah pun.

Tangannya perlahan naik, sentuh pipi Haruna yang dingin.Mata mereka bertemu.

Dan...

Dia cium Haruna.

Ringan. Tapi jujur.Bibir mereka bersatu — bukan kerana skrip.Bukan kerana drama sekolah.Tapi kerana dua hati yang akhirnya saling mengakui.

Haruna terkejut — tapi tak tarik diri.Air matanya jatuh… tapi dia senyum.

Selepas beberapa saat, Keisuke undur sedikit.

"So... ini bukan lakonan, kan?" tanya Haruna, perlahan.

Keisuke senyum.

"Kalau ini lakonan, aku tak nak skrip tamat."

Mereka berdiri rapat.Tangan masih bersentuhan.Ciuman itu — bukan pengakhiran, tapi permulaan.

Haruna tarik nafas dalam.

"Kontrak tamat."

"Tapi... kisah kita baru mula."

[TAMAT]

Epilog — Beberapa Bulan Kemudian

Musim bunga menyapa Kyoto dengan kelopak sakura yang perlahan-lahan gugur ke bumi.Langit cerah, angin sejuk tapi manis.Di sebuah kafe kecil berhampiran universiti seni, Haruna duduk di sudut tepi jendela — tempat kegemarannya setiap petang.

Mug kopi panas di tangan, dia termenung. Sesekali dia tengok orang lalu-lalang, pelajar universiti, pasangan muda, atau warga tua dengan anjing kecil mereka.

Dia senyum kecil. Tenang.

Tiba-tiba, sekeping kek matcha diletakkan di hadapannya.

"Untuk kau,"kata suara yang sudah terlalu dia kenal."Walaupun kau cakap tak nak manis, aku tahu kau tipu."

Haruna pandang ke atas. Keisuke berdiri di situ, senyum sinis tapi lembut — kombinasi yang dulu dia menyampah, tapi kini dia rindu kalau sehari tak nampak.

"Siapa suruh kau hafal perangai aku?" Haruna menjeling manja.

Keisuke duduk di depannya. Tarik nafas, macam biasa — dan buat benda paling tak romantik: menghabiskan air kosong dalam tiga teguk besar.

"Pasangan simulasi, remember?" katanya, meletakkan gelas."Aku ada lesen tahu semuanya pasal kau."

Haruna ketawa kecil.

"Macam lesen basikal, bukan lesen hati."

Keisuke pura-pura terkejut.

"Wah. Kau berani cabar analogi aku sekarang."

Mereka ketawa. Bukan yang kuat — tapi tawa yang penuh kenangan dan pengertian.

Beberapa minit berlalu.Kafe makin sunyi. Langit makin jingga.

Haruna pandang keluar jendela. Lama.Kemudian dia bersuara, perlahan.

"Eh, Keisuke..."

"Hm?"

"Kau pernah fikir tak...kalau kita tak masuk program simulasi tu dulu...kita akan jadi macam ni?"

Keisuke diam sebentar. Pandang dia. Pandang meja. Pandang jari-jemari Haruna yang perlahan gerak di atas permukaan cawan.

Akhirnya dia jawab, suara rendah tapi jelas.

"Tak tahu."

"Tapi aku tahu satu benda."

Haruna angkat muka. "Apa dia?"

Keisuke genggam tangannya di atas meja. Mata mereka bertemu.

"Kalau semua tu hanya sandiwara…""...aku harap sandiwara tu tak pernah habis."

Senyap.

Haruna ketawa kecil, tapi matanya berkaca.

"Skrip kita sekarang… dah jadi milik kita sendiri, kan?"

"Yeah. Dan kalau ada musim kedua…aku nak jadi pelakon utama lagi."

Di luar, kelopak sakura terus menari.Dalam kafe kecil itu, dua hati terus menulis cerita baru — tanpa skrip, tanpa pengarah.Hanya mereka, dan satu bab baru yang sedang mula.

TAMAT