Antara Sandiwara dan Rasa

Bab 14: "Hari Terakhir, Hati Tak Bersedia"

Pagi itu sepi.Langit kelabu di atas bandar kecil Kanazawa, hujan gerimis seperti tahu bahawa sesuatu akan berakhir hari ini.

Haruna membuka mata dengan perlahan.Tangannya meraba ke sisi katil — kosong.Tiada lagi tuala Keisuke di kerusi. Tiada suara dia bercakap sorang-sorang sambil gosok gigi.Hanya… diam.

Di meja kecil sebelah pintu, hanya tinggal satu nota ringkas:

「Terima kasih untuk semuanya.Aku pergi dulu. – Keisuke」

Haruna menatap nota itu, jantungnya terasa berat.Skrip yang biasa dia ikut — hilang.Dia tahu simulasi sudah tamat. Tapi… kenapa hatinya belum bersedia?

Beberapa jam sebelum itu.

Keisuke bangun awal.Dia kemas semua barangnya perlahan-lahan, takut kejutkan Haruna.Dalam diam, dia pandang wajah gadis itu — rambut berselerak, bibir sedikit terbuka.

"Aku tak boleh..." bisik dia sendiri. "Kalau aku tengok dia bangun, aku takkan pergi."

Dia tinggalkan nota ringkas.Lepas itu… dia keluar.Tanpa ucap selamat tinggal.Tanpa pelukan.Tanpa satu pun kata akhir.

9:00 a.m.Seluruh kawasan asrama kembali seperti biasa.Pelajar kembali ke bilik asal.Projek simulasi berakhir.

Haruna duduk di tangga belakang bangunan.Langit mendung. Tangan dia genggam kuat nota Keisuke.

Toma datang, hulur payung."Kau okay?"

Haruna senyum kecil, pura-pura tabah.

"Of course. It's just a project, right?"

Tapi suara dia bergetar.

Sementara itu, di stesen kereta api…

Keisuke berdiri di platform. Tiket sehala ke Tokyo di tangan.Dia tatap skrin telefon — gambar Haruna masih jadi wallpaper.

Dia bisik, "Kalau aku patah balik sekarang… dia akan fikir aku lemah, kan?"Tapi hatinya menjerit sesuatu lain.

Kembali ke Haruna.

Dia tak tahan.Dia bangun dan berlari keluar dari kawasan sekolah — hujan renyai mula turun.Langkahnya laju, tak tahu arah.Dia cuma tahu — "Aku tak boleh biar dia pergi macam tu saja."

Dia sampai di taman kecil tempat mereka makan aiskrim waktu dulu.Tempat itu kosong.Macam hatinya.

Dia berdiri di bawah pokok, basah kuyup.Air mata bercampur hujan.

"Keisuke…" bisiknya. "Kenapa kau tak tinggal satu pun kata akhir?"

Dan tiba-tiba…

"Oi. Kau nak sakit ke apa?"

Suara itu.

Haruna pusing.Keisuke berdiri di situ — payung di tangan, baju basah, rambut lepek.

Haruna terkaku."Kenapa... kau kat sini?"

Keisuke hela nafas panjang."Aku dah jalan. Tapi... hati aku tak jalan."

Dia hampiri Haruna perlahan."Satu benda yang aku paling menyesal dalam hidup aku…""...ialah keluar tanpa cakap apa-apa dengan orang yang aku paling nak bersama."

Haruna tak tahu nak marah atau menangis."Aku tunggu. Tapi kau diam. Kau lari."

"Aku takut," jawab Keisuke jujur."Takut kalau aku cakap… aku tak dapat undur balik."

Mereka berdiri bawah bumbung kecil — macam dalam bab 11.Hujan makin lebat. Tapi dunia mereka… senyap.

"Aku tanya kau sekali je," kata Haruna, mata merah."Lepas tu kau boleh pergi atau tinggal."

"Jawab terus.Apa aku pada kau sekarang?Kontrak dah tamat. Skrip dah habis.So sekarang... siapa aku pada kau, Keisuke?"

Keisuke pandang dia.Lama.

Dia letak payung, hampiri perlahan.Hujan membasahi mereka.Dan dia jawab:

"Kau...bukan pelakon tambahan dalam hidup aku.Kau watak utama."

Haruna tergamam.Air mata jatuh, tapi dia senyum.

"Aku pun... rasa benda yang sama."

Tiada pelukan besar. Tiada ciuman dramatik.Cuma dua hati yang akhirnya berhenti berpura-pura.

Di bawah hujan.Tanpa skrip.Tanpa pengarah.Hanya mereka.

Tamat Bab 14