Artefak Perisai Bayangan Dalam

Azul hanya berdiri diam, seolah sedang menanti seseorang.

Tiba-tiba, sebuah suara lantang dan berwibawa bergema di dalam dewan

“Siapa yang berani menjatuhkan hukuman sebelum aku memberikan persetujuan?”

Seorang lelaki tinggi berpakaian emas seperti seorang raja melangkah masuk. Seketika, suasana menjadi sunyi. Aura tekanan yang luar biasa menyelimuti ruangan, membuat ketiga-tiga petinggi langsung tunduk dengan wajah pucat.

Dengan panik, mereka memberi hormat.

“Ampun, Yang Mulia… Kami menyangka tuanku tidak akan hadir. Jadi saya bertindak sendiri menjatuhkan hukuman kepada Azul,” ujar Jack Ford tergagap.

Lelaki tinggi itu diam sejenak sebelum berkata

“Aku sendiri yang akan menjatuhkan hukuman kepada Azul.”

Dia kemudian memandang tepat ke arah Azul dan bersuara dengan tenang namun tegas

“Bunuh empat orang di sequence 5 dalam organisasi VoC untukku. Jika kau berjaya, masalah hilangnya kau selama 13 tahun akan kuanggap selesai.”

Azul tunduk dengan penuh hormat. “Baik, Yang Mulia.”

Di dalam hatinya, perasaan hormat terhadap lelaki itu semakin mendalam. Dia tahu, lelaki berpakaian emas itu berada pada sequence 4 Jalur The Crown of Dominion, jalur yang mewakili dominasi mutlak, ketuhanan duniawi, dan kekuasaan yang tidak dapat digoyahkan. Hanya mereka yang ditakdirkan untuk memerintah dunia mampu menanggung kekuatan jalur itu.

Lelaki tinggi itu mengangguk kepada Azul, lalu berkata kepada para petinggi

“Lepaskan Azul dari hukuman. Sebagai gantinya, dia harus menyelesaikan misinya dalam tempoh empat tahun.”

Ketiga-tiga petinggi segera mengangguk, menyatakan persetujuan mereka tanpa berani membantah.

Kemudian, lelaki itu memandang kembali ke arah Azul.

“Ikut aku ke bilik peribadiku.”

Azul mengangguk patuh, bersedia mengikuti lelaki itu. Usai itu, lelaki tersebut kembali berjalan ke tempat asalnya di belakang para petinggi.

Jack Ford memandang tajam ke arah Azul.

“Kau beruntung hari ini, Azul.”

Namun Azul hanya diam, langsung keluar dari ruangan penghakiman tanpa menghiraukan Jack Ford. Tindakan itu membuat Jack Ford makin berang, rahangnya mengetap kuat melihat Azul pergi tanpa sepatah kata.

Di luar ruangan, Azul melihat Kosper sedang menunggu di depan.

“Kosper, tunggu di sini sebentar. Aku akan ke suatu tempat,” katanya ringkas.

Kosper hanya mengangguk, tidak bertanya lanjut.

Dalam perjalanannya ke bilik peribadi lelaki tinggi itu, Azul sempat melewati ruang latihan. Di sana, para murid elit sedang berlatih. Terdapat tujuh murid di sequence 8, tiga di sequence 7, dan seorang di sequence 6. Hanya dengan memandang aura mereka, Azul dapat mengetahui urutan mereka masing-masing.

Di hujung lorong, berdirilah pintu bilik peribadi lelaki itu.

Azul mengetuk perlahan sebelum masuk. Di dalam, lelaki berpakaian emas itu sedang duduk di hadapan sebuah meja. Dia memandang Azul dan berkata

“Duduklah. Tak perlu formal. Panggil saja aku Peter.”

Azul mengangguk dan duduk diam.

“Jadi, apa yang kau lakukan di Qifor selama 13 tahun?” tanya Peter.

Azul menjawab jujur, seolah terpengaruh oleh kekuatan Peter.

“Saya membeli seorang anak bangsawan… yang dijual oleh kedua orang tuanya.”

Peter menatap Azul dalam-dalam. “Kau yakin mahu naik ke sequence 4?”, Peter tahu kalau sequence 4 Jalur Penguasa Kekacauan memerlukan darah dari bangsawan.

Azul mengangguk yakin, tanpa menyedari bahaya sebenar yang menanti.

Peter bersuara dengan serius,

“Jika kau gagal… kau akan menjadi monster gila dengan kecerdasan tinggi. Bukan sekadar berbahaya kau akan menjadi bencana kepada dunia.”

Azul terdiam. Dalam hatinya dia bergumam

"Monster dengan kecerdasan tinggi? Yang aku tahu, monster biasanya bertarung hanya dengan naluri. Tapi kalau mereka punya strategi… itu jauh lebih berbahaya."

Peter menatap Azul dengan tegas.

“Sebaiknya… jangan ambil risiko ini.”

Azul hanya mendengar dalam diam.

Dia kemudian mengeluarkan sesuatu dari sakunya, sebuah objek bulat dengan lambang perisai kecil berwarna merah gelap di tengah, lalu menyerahkannya kepada Peter.

“Terima kasih kerana sudi meminjamkan Artefak Perisai Bayangan Dalam.”

Peter mengambilnya. Seketika, aura Azul menjadi jauh lebih kuat dan menakutkan. Sebaliknya, aura Peter menyusut seperti hanya berada di sequence 9.

Itulah fungsi artefak itu, menyembunyikan aura sebenar pemiliknya dan membuat mereka tampak seperti manusia biasa, walaupun sebenarnya berada di tahap tinggi.

Azul berdiri dari kerusi dan tunduk hormat kepada pria tinggi di depan.

“Saya harus pergi sekarang, Yang Mulia. Masih banyak yang perlu saya uruskan.”

Peter mengangguk perlahan, menyedari bahawa lelaki berambut biru di hadapannya sudah bulat tekadnya untuk naik ke sequence 4, meskipun telah diberi amaran. Peter hanya mampu menghela nafas saat Azul melangkah keluar.

Di hadapan kereta kuda, Kosper membukakan pintu untuk Azul.

Azul diam selama dua minit sebelum bertanya

“Kosper… kau tahu dari jalur mana dua petinggi baru itu?”

Kosper menjawab dengan tenang,“Wanita berambut ungu panjang, Casidra, berada di sequence 5 Jalur Queen of Vengeance.

Lelaki bertopi penyihir, bermata biru gelap dan berambut hitam, Levin, berada di sequence 5 Jalur Watcher of the Abyss.”

Azul mengangguk, menyimpan informasi itu dalam-dalam.