Bab 7:Kejutan Untuk Natasha

Natasha yang baru sahaja ingin mengambil tuala terhenti. Dia memandang ke arah pintu biliknya dengan dahi sedikit berkerut. "Siapa?" tanyanya dengan nada separuh kuat.

"Sha, abang ni. Boleh masuk?" suara Ardan kedengaran dari sebalik pintu.

Natasha menarik nafas panjang. Dia tahu, kalau abangnya datang, pasti ada sesuatu yang mahu dibincangkan. "Masuklah," balasnya perlahan.

Pintu bilik terbuka, dan Ardan melangkah masuk. Dia menutup pintu dengan perlahan sebelum memandang Natasha yang sudah berdiri tegak, menunggu apa yang ingin dikatakannya.

"Sha, abang tahu ada sesuatu yang kamu sembunyikan," kata Ardan terus terang, dengan wajah yang penuh keseriusan.

Natasha memalingkan wajahnya, tidak sanggup bertentang mata dengan abangnya. "Abang cakap apa ni? Tak ada apa-apa yang Sha sembunyikan."

Ardan mendekati Natasha, berhenti beberapa langkah darinya. "Sha, jangan tipu abang. Abang tahu tangan kamu cedera bukan sebab terjatuh. Apa sebenarnya yang berlaku semalam?"

Natasha terdiam seketika. Dia cuba mengatur jawapan yang meyakinkan, tapi perasaan gugup jelas terpancar di wajahnya. "Abang, Sha dah cakap kan? Sha cuma terjatuh masa keluar semalam. Itu saja."

Ardan menghela nafas panjang. Dia tahu adiknya pandai menyembunyikan perkara, tapi dia juga tahu bila adiknya sedang berbohong. "Kalau kamu tak nak cerita sekarang, abang tak akan paksa. Tapi Sha, kalau kamu dalam bahaya, abang perlu tahu. Abang nak lindungi kamu."

Setelah didesak oleh abangnya, dia pun memutuskan untuk menceritakan kejadian sebenarnya kepada abangnya karena tidak ada yang bisa dia sembunyikan dari abangnya.

Natasha mengambil nafas dalam-dalam sebelum berbicara. "Sha memutuskan untuk tidur di rumah Tasha sendiri karena Amirul dan Rayyan sangat lambat, so, daripada menyusahkan orang, Sha memutuskan untuk pulang sendiri.

Tapi sebelum pulang, Sha pergi ke supermarket terlebih dahulu karena banyak barang keperluan Sha sudah habis, lagipula Sha sudah lama tidak balik, kan. Setelah membeli apa yang patut, Sha pun singgah membeli makanan di tepi jalan untuk makan malam.

Waktu Sha dalam perjalanan pulang, tiba-tiba sebuah motosikal menghalang jalan Sha dan waktu Sha ingin terus berjalan, lelaki yang duduk di belakang pun mengarahkan sebilah pisau lipat ke arah Sha dan Sha yakin ini adalah perampokan. Singkatnya, Tasha dirampok dan waktu mereka lengah, Sha menendang pemandu motosikal tersebut dan kawannya yang marah ingin menusuk perut Tasha dengan pisau lipat tersebut, akan tetapi Sha menghalanginya menggunakan tangan Sha, jadi karena itulah tangan Sha cedera," beritahu Natasha panjang lebar.

Dia tetap tidak memberitahu abangnya tentang kejadian sebelum dia ingin balik ke rumahnya dan alasan dia ingin balik ke rumahnya sendiri.

Ardan yang mendengar penjelasan itu terdiam, matanya memandang Natasha tanpa berkedip. Wajahnya yang biasanya tenang kini penuh dengan kekhawatiran dan kemarahan yang tertahan. "Sha... Kenapa tak beritahu abang semalam? Kalau sesuatu yang lebih buruk berlaku, macam mana?"

Natasha menundukkan kepalanya, tidak berani bertentang mata dengan abangnya. "Sha tak nak risaukan abang dan mama papa. Lagipun, Sha dah boleh handle sendiri."

"Handle sendiri?!" suara Ardan sedikit meninggi, tetapi dia segera menarik nafas dalam-dalam untuk menenangkan diri. "Sha, kamu mungkin rasa kuat, tapi kamu tak perlu lalui semua ni seorang diri. Kamu ada kami. Kenapa perlu pendam dan biarkan diri kamu cedera macam ni?"

Natasha menghela nafas perlahan, matanya mula berkaca-kaca. "Sha tak nak menyusahkan sesiapa. Lagipun, Sha selamat, kan?"

Ardan melangkah mendekati Natasha, memegang kedua bahunya dengan lembut. "Sha, dengar sini. Kamu bukan menyusahkan kalau kamu perlukan bantuan. Apa yang menyusahkan adalah bila kamu sembunyikan sesuatu sampai terjadi hal macam ni. Kamu penting untuk abang, untuk keluarga kita. Kalau sesuatu berlaku pada Sha..." Ardan menghentikan kata-katanya, suaranya mulai serak.

Natasha merasa bersalah mendengar kata-kata abangnya. Dia tahu Ardan hanya risaukan dirinya. "Sha minta maaf, abang. Sha janji lain kali Sha takkan sembunyikan apa-apa lagi."

Ardan mengangguk perlahan, matanya memandang luka di tangan Natasha. "Lepas ni abang nak pastikan bodyguard ikut kamu ke mana-mana. Tak ada lagi alasan untuk jalan sendiri, faham?"

Natasha tersenyum kecil, walaupun dia tahu abangnya serius. "Baik, abang. Sha faham."

Ardan melepaskan pelukan kecil di bahunya, tetapi wajahnya tetap serius. "Esok, kita buat laporan polis. Perampok macam ni tak boleh dibiarkan bebas."

Natasha terdiam, tetapi akhirnya mengangguk setuju. Dia tahu Ardan tak akan berkompromi soal keselamatan dirinya. "Okay, abang. Sha ikut apa yang abang kata."

Ardan tersenyum tipis dan mengusap kepala Natasha. "Bagus. Sekarang, berehatlah. Jangan buat abang risau lagi, ya."

Natasha mengangguk sambil memandang punggung abangnya yang berjalan keluar dari bilik. Saat pintu tertutup, dia menghela nafas panjang, merasa lega tetapi juga sedikit berat. "Sha harap abang takkan tahu semua yang Sha sembunyikan," bisiknya perlahan sebelum menuju ke bilik mandi.

Ardan, yang baru melangkah keluar dari bilik Natasha, tiba-tiba berhenti sejenak. Dia berpaling dan mengetuk pintu sekali lagi.

"Sha, buka pintu sekejap," katanya.

Natasha yang baru saja hendak masuk ke bilik mandi menghentikan langkahnya dan membuka pintu. "Ada apa lagi, abang?" tanyanya dengan nada letih.

Ardan menghela nafas sebelum bersuara. "Tentang bodyguard tadi... Abang rasa lebih baik abang bincang dulu dengan papa. Papa yang akan buat keputusan sama ada kita tambah bodyguard atau tidak. Tapi sementara tu, abang tetap nak Sha berjaga-jaga, okay? Jangan ambil risiko lagi."

Natasha mengangguk perlahan. "Baiklah, abang. Kalau itu keputusan papa, Sha ikut saja."

Ardan memandangnya dengan pandangan yang serius tetapi lembut. "Good. Dan esok, jangan lupa kita ke balai polis buat laporan. Itu pun abang akan bincang dengan papa. Kita tak boleh biarkan perkara ni berlalu begitu saja."

"Okay, abang. Sha faham," balas Natasha.

Ardan tersenyum tipis dan mengusap kepala Natasha sekali lagi. "Bagus. Abang pergi dulu. Kalau ada apa-apa, jangan segan nak bagitahu abang."

Natasha hanya mengangguk sambil memerhatikan abangnya berjalan keluar. Setelah pintu tertutup, dia bersandar di dinding, memikirkan perbualan mereka. Dia tahu Ardan hanya ingin yang terbaik untuknya, tetapi dia tetap risau jika terlalu banyak perkara yang diketahui oleh keluarganya.

"Sha harap semua ni takkan jadi lebih rumit..." gumamnya perlahan sebelum menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri.

Setelah selesai membersihkan diri, Natasha duduk di swing chair di sudut biliknya, memeluk bantal kecil sambil termenung jauh. Dia mengayun pelan-pelan kerusi itu, memikirkan kejadian yang menimpanya dan kemungkinan besar yang akan terjadi jika keluarganya tahu terlalu banyak. Natasha sejak kecil memang tidak suka ada bodyguard yang mengawalnya, apalagi laporan polis—baginya hanya akan memperbesar masalah.

Namun, lamunannya terganggu oleh suara lembut pintu diketuk, dan sebelum dia sempat menjawab, pintu biliknya terbuka perlahan. Seorang wanita muda, sekitar usia abangnya, melangkah masuk dengan sopan. Rambutnya disanggul rapi, dan pakaiannya seragam, menandakan bahwa dia salah satu pekerja di rumah itu. Wanita itu menunduk hormat sebelum bersuara.

"Selamat malam, Nona Natasha," ucapnya dengan lembut, memanggil Natasha dengan gelaran formal.

Natasha mengangkat alis, sedikit terkejut. "Kamu siapa? Saya rasa tak pernah nampak kamu sebelum ni."

Wanita itu tersenyum kecil sebelum menjawab, "Maafkan saya, Nona. Nama saya Farah. Tuan Dato' dan Puan Datin baru saja mengambil saya bekerja sebagai pembantu peribadi untuk Nona."

Natasha tercengang. "Pembantu peribadi? Saya tak perlukan pembantu peribadi."

Farah tetap tersenyum sopan. "Maaf, Nona. Ini arahan langsung dari Tuan Dato'. Saya ditugaskan untuk membantu Nona dalam apa saja keperluan dan juga memastikan keselamatan Nona. Saya di sini untuk memastikan semuanya berjalan lancar."

Natasha memejamkan mata sejenak, menahan rasa pening yang tiba-tiba melanda. "Farah, kan? Kalau begitu, kamu boleh mula membantu saya dengan membiarkan saya sendiri malam ini. Saya tak perlukan sesiapa sekarang."

Farah tampak ragu sejenak tetapi akhirnya menunduk patuh. "Baik, Nona. Jika Nona perlukan apa-apa, saya ada di luar bilik."

Setelah Farah keluar dan menutup pintu, Natasha kembali termenung. "Bodyguard, laporan polis, dan sekarang pembantu peribadi? Apa lagi yang mereka nak buat? Hidup Sha ni macam penjara," gumamnya pelan sambil memandang keluar jendela.

Namun, jauh di lubuk hatinya, Natasha tahu keluarganya hanya khawatir dan ingin melindunginya. Tapi itu tak mengubah fakta bahwa dia merasa beban ini makin berat untuk ditanggung.

Natasha yang tidak mahu bergantung pada keputusan orang tuanya terus membuka pintu dan berjalan menuruni tangga dengan cepat. Dia tahu jika dia membiarkan keadaan ini berlarutan, dia akan kehilangan kebebasannya sepenuhnya. Namun, Farah yang melihatnya bergegas menegur. "Nona, tolong berhati-hati. Tangga ini licin," katanya dengan nada lembut, cuba menghalang langkah Natasha yang kelihatan agak tergesa-gesa.

Natasha hanya mengangguk tanpa berkata apa-apa dan terus menuruni tangga. Namun, sesampainya di bawah, dia terkejut melihat perubahan yang berlaku di rumah itu. Biasanya, rumah mereka hanya dipenuhi oleh keluarga terdekat—papanya, mama, abangnya Ardan, Amirul, dan Rayyan. Namun, kali ini, banyak bodyguards dan pembantu rumah yang tampak sibuk melakukan tugas mereka. Bahkan, setiap sudut rumah kini seakan diawasi. Perubahan yang sangat ketara ini membuatkan Natasha berasa seperti berada di tempat asing, bukan rumah yang selalu dia kenal.

Datin Humaira yang melihat Natasha turun, segera menghampiri dan memeluknya dengan lembut. "Sayang, mari makan dulu. Kamu mesti lapar," ujarnya penuh kasih sayang. Namun, Natasha masih sedikit terganggu dengan keadaan sekelilingnya. Dia hanya mengangguk dan mengikut mamanya ke meja makan.

Malam itu, Natasha duduk di tengah-tengah Amirul dan Rayyan, yang juga kelihatan terkejut dengan perubahan yang berlaku di rumah itu. Mereka semua duduk diam, masing-masing dengan fikiran mereka sendiri. Tidak ada gurauan, tidak ada perbincangan seperti biasa. Suasana makan malam itu sangat senyap, seakan-akan seluruh keluarga sedang merasai tekanan yang sama. Natasha hanya menatap makanan di hadapannya, walaupun perutnya lapar, tetapi fikirannya tidak dapat menumpukan pada makanannya.

"Apa yang sedang berlaku, Mama?" Natasha akhirnya bertanya, cuba memecahkan kesunyian itu.

Datin Humaira hanya menghela nafas panjang dan menoleh ke arah Natasha. "Sayang, kamu tak perlu risau tentang semuanya. Kami hanya mahu yang terbaik untuk kamu. Kami nak kamu dilindungi."

Natasha menggelengkan kepala. "Tapi, Mama... ini terlalu berlebihan. Semua ini tak perlu."

Ardan yang duduk di sebelah ibunya, memerhatikan Natasha dengan serius. "Sha, percayalah. Kami cuma mahu pastikan kamu selamat. Dunia sekarang ni tak macam dulu. Kita tak tahu apa yang akan berlaku."

Walaupun begitu, Natasha masih belum puas hati. Ada sesuatu yang tidak kena dalam hatinya, dan dia bertekad untuk mencari tahu lebih lanjut mengenai semua perubahan yang berlaku. Tetapi buat masa ini, dia tahu satu perkara—kehidupannya tidak akan sama lagi.

Setelah makan malam selesai, Natasha yang sudah terbiasa dengan rutinnya di rumah, segera bangun untuk mencuci pinggan mangkuk. Namun, belum sempat dia mencapai sinki, Farah yang berada di belakangnya dengan lembut menahannya. "Nona, jangan. Biarkan mereka yang uruskan," kata Farah dengan nada halus.

Belum sempat Natasha berkata apa-apa, seorang wanita berusia sekitar 30-an hingga 40-an datang menghampiri mereka. Wanita itu memakai pakaian rapi, dengan penampilan yang kelihatan sangat profesional dan berwibawa. Dengan cepat, wanita itu mengambil alih tugas yang biasanya dilakukan oleh Natasha, memegang pinggan dan membersihkan meja dengan cekap.

"Nona, tolong duduk. Ini adalah tugas saya. Kamu seharusnya tidak perlu mengurus hal-hal seperti ini lagi," kata wanita itu dengan suara lembut namun tegas, mempersilakan Natasha untuk duduk.

Natasha hanya berdiri sejenak, terkejut dengan perubahan yang berlaku begitu cepat. Selama ini, dia selalu melakukan segala urusan rumah tangga sendiri. Tidak pernah ada yang menghalanginya atau mengambil alih tugas-tugasnya. Tetapi kini, keadaan berbeza—seperti ada garis pemisah antara kehidupannya yang lama dan yang baru.

Dengan ragu, Natasha akhirnya duduk kembali di tempat yang telah disediakan. Farah berdiri di dekatnya, tetap menjaga jarak dan seakan mengawasi setiap pergerakan wanita tersebut. Natasha merasakan kehadiran wanita baru itu agak asing, dan suasana di rumahnya terasa lebih kaku daripada biasanya.

"Siapa dia?" Natasha bertanya, akhirnya memecahkan keheningan, meskipun suaranya sedikit ragu.

Farah memberikan senyuman yang tidak terlalu meyakinkan. "Dia adalah pembantu baru yang dilantik oleh keluarga. Namanya Puan Sofia. Dia akan membantu dengan urusan rumah tangga."

Natasha mengangguk perlahan, tetapi hatinya masih penuh dengan pertanyaan. Apa sebenarnya yang terjadi dengan keluarganya? Mengapa semua ini berubah begitu mendalam?

Natasha semakin rasa terkejut apabila melihat abangnya, Amirul, dan Rayyan juga memiliki pembantu pribadi masing-masing. Namun, yang lebih mengejutkan adalah cara mereka bertiga yang begitu biasa dengan situasi itu. Tidak ada sebarang tanda keterkejutan atau rasa janggal di wajah mereka, seolah-olah ini sudah menjadi perkara biasa dalam kehidupan mereka.

Setiap pembantu pribadi mereka tampaknya memiliki peranan tersendiri, dengan Farah yang selalu berada dekat dengan Natasha, Puan Sofia yang menguruskan hal rumah tangga, sementara pembantu lain yang ada di sisi Amirul dan Rayyan mengikuti mereka kemana sahaja mereka pergi, dengan penuh profesionalisme.

Natasha duduk di ruang tamu dengan wajah yang semakin berkerut. "Apa yang sebenarnya terjadi pada keluarga kita?" bisiknya dalam hati.

Dari cara abangnya dan yang lainnya berbual dengan pembantu mereka, seperti ada sesuatu yang telah berubah sejak kebelakangan ini—sesuatu yang tidak diberitahu kepada Natasha. Mereka berbincang dengan tenang, berbincang tentang urusan-urusan yang Natasha rasakan sepatutnya dilakukannya sendiri. Tetapi kini, semuanya dilakukan oleh orang lain.

"Kenapa semua ini tiba-tiba berubah?" Natasha bertanya, akhirnya memecahkan kesunyian yang panjang.

Abangnya, Ardan, yang sedari tadi duduk di sebelahnya, memberikan senyum lembut tetapi penuh arti. "Sha, ini untuk keselamatan kamu. Dengan keadaan sekarang, lebih baik kalau ada yang menjaga kamu. Tak ada yang salah dengan itu."

Natasha terdiam. Kata-kata abangnya itu semakin membingungkannya. "Keselamatan?" dia mengulang perlahan, seolah-olah memikirkan maksud di sebalik kata-kata tersebut.

"Abang tahu kamu tak suka perubahan ini, tapi keadaan sekarang memang memerlukan kita untuk lebih berhati-hati. Semua ini untuk kamu, Sha," jawab Ardan lagi, kali ini dengan nada yang lebih serius.

Natasha mengalihkan pandangannya ke luar tingkap, melihat dunia yang seakan tetap berjalan seperti biasa, tetapi di dalam rumah ini, segala-galanya terasa berbeza. Ada sesuatu yang lebih besar yang sedang berlaku—sesuatu yang dia belum fahami sepenuhnya.

Puan Sofia yang berada di sudut ruang tamu itu menundukkan kepala sedikit, seakan memberi isyarat bahawa dia siap untuk membantu apa sahaja yang diperlukan. Walaupun begitu, Natasha masih berasa ada hal-hal yang ingin dia selesaikan, hal-hal yang tidak boleh dia simpan di dalam hati terlalu lama.

Datin Humaira memandang Natasha dengan senyuman lembut sebelum berkata, "Sha, ada seseorang yang ingin mama perkenalkan pada kamu."

Tak lama selepas itu, seorang lelaki tinggi dan tegap, dengan wajah yang tenang dan serius, melangkah masuk ke dalam ruang tamu. Matanya tajam dan setiap gerakannya menunjukkan kehadiran seorang yang terlatih. Lelaki tersebut mengenakan pakaian kasual tetapi sangat profesional.

"Sha, ini Zayn," kata Datin Humaira, sambil mengarahkannya ke lelaki itu. "Zayn akan menjadi bodyguard pribadi kamu mulai sekarang."

Zayn menunduk sedikit dengan hormat kepada Natasha. "Salam sejahtera, Nona Natasha. Saya akan menjaga keselamatan dan kesejahteraan anda."

Natasha memandang Zayn dengan mata yang penuh kekeliruan. Dia tidak tahu apa yang harus dirasakan. Zayn kelihatan sangat serius, dan Natasha dapat merasakan aura kewaspadaan yang tinggi pada dirinya. Namun, perasaan tidak nyaman yang menyelubungi hatinya semakin kuat.

"Mam tahu ini semua sangat baru untuk kamu, sayang," kata Datin Humaira dengan nada lembut. "Tapi ini semua untuk keselamatan kamu. Kami semua hanya mahu yang terbaik untuk kamu."

Natasha hanya mengangguk, walaupun hatinya masih terasa berbelah bahagi. "Sha... sha faham," jawabnya perlahan. Namun, dalam hatinya, dia masih merasa pelik dan tertekan dengan semua perubahan ini.

Zayn berdiri tegak, menunggu arahan lebih lanjut. "Saya di sini untuk memastikan Nona Natasha tidak terganggu atau dalam bahaya. Jika ada apa-apa yang kamu perlukan, saya akan ada untuk membantu."

Natasha mengalihkan pandangannya ke luar jendela, menatap malam yang semakin larut. "Apakah ini bermakna saya tidak boleh keluar tanpa pengawasan?" tanya Natasha tanpa memandang Zayn, tetapi suaranya menunjukkan sedikit ketidaksenangan.

Datin Humaira menatap Natasha dengan wajah yang penuh perhatian. "Sha, kadang-kadang keadaan memerlukan kita untuk lebih berhati-hati. Zayn akan sentiasa ada untuk memastikan kamu selamat, tidak kira kemana pun kamu pergi."

Setelah Datin Humaira memperkenalkan Zayn kepada Natasha sebagai pengawal peribadi. Natasha dapat merasakan tingkat kewaspadaan Zayn sangat tinggi dan dia ingin mengujinya terlebih dahulu karena dia sangat benci akan pengawal, apalagi sampai mengawalnya. Dia tiba-tiba berdiri lalu berjalan ke arah dapur, Farah yang mengekorinya terlihat hairan dan Natasha secara tiba-tiba mengambil sebilah pisau. Mereka semua mengira Natasha ingin melukai dirinya, tapi Natasha hanya ingin membuka balutan tangannya agar dia boleh menguji Zayn.

Datin Humaira dan Ardan yang berada di ruang tamu saling bertukar pandang, terlihat cemas dengan tindakan Natasha yang tiba-tiba berdiri dan berjalan ke arah dapur. Farah yang mengekorinya dengan wajah bingung, tak tahu apa yang sedang dipikirkan Natasha. Semua yang ada di rumah tersebut mulai merasakan ketegangan.

Natasha, dengan langkah tegas, menuju ke dapur dan menarik sebuah pisau kecil dari laci dapur. Semua mata tertuju padanya, dan dalam hati mereka berpikir, Apakah dia akan melukai diri sendiri?

Zayn, yang masih berada di dekat pintu, dengan cepat bergerak menuju Natasha, matanya fokus pada setiap langkahnya. Walaupun Natasha hanya ingin menguji Zayn, suasana tegang itu membuat semua orang tegang, memandang dengannya pandangan hairan.

"Nona!" seru Farah, terkejut dan mendekati Natasha. "Apa yang Nona ingin lakukan?"

Namun Natasha hanya mengangkat tangannya, memberi isyarat kepada Farah untuk tenang. Dengan cepat, dia membuka balutan di tangannya yang cedera akibat kejadian malam sebelumnya, memperlihatkan luka yang kini masih belum sembuh sepenuhnya.

"Jangan risau," Natasha berkata dengan nada datar, berusaha menenangkan suasana. "Saya cuma nak buka balutan. Tak ada apa-apa yang perlu dikhawatirkan."

Zayn tetap berdiri beberapa langkah di belakang Natasha, matanya tak lepas memerhatikan setiap gerak-geriknya. Namun, dia tidak bertindak melulu—dia tahu bahawa Natasha sedang mengujinya, mungkin untuk mengukur sejauh mana kewaspadaannya.

Natasha melepaskan balutan dengan cepat, sambil menilai setiap langkah Zayn. "Jadi, Zayn, apa yang akan kamu lakukan jika saya cuba melakukan sesuatu yang tak disangka?" tanyanya, berbalik ke arah Zayn sambil memandangnya tajam.

Zayn tidak mengubah posisinya dan hanya menatap Natasha dengan tenang. "Nona Natasha, saya di sini untuk melindungi keselamatan anda. Apa yang saya akan lakukan hanyalah memastikan anda selamat, tidak kira apa yang berlaku," jawabnya dengan suara yang serius.

❀❀❀

Setelah Natasha membuka balutan di tangannya, dia berjalan keluar rumah tanpa berkata sepatah pun. Farah, yang mengikuti dengan penuh kekhuatiran, cuba menghampiri, namun Natasha melangkah dengan penuh tekad. Keluarga Natasha yang berada di dalam rumah turut melihat gerak-geri Natasha, dengan abangnya, Ardan dan Amirul, segera menyedari apa yang terjadi.

Amirul menoleh kepada papanya, Dato' Arkan, dan mamanya, Datin Humaira, serta Rayyan yang turut terdiam melihat situasi itu. "Tasha nak buat ujian, nampaknya. Dia buka balutannya untuk berlawan dengan Zayn," Amirul memberitahu mereka dalam nada yang tidak begitu terkejut. Dia sudah mengenali sikap Natasha yang keras kepala dan ingin menguji apa-apa yang dirasakannya tidak sesuai.

Datin Humaira hanya mengangguk perlahan, seperti sudah mengagak bahawa Natasha pasti akan berbuat demikian. Dato' Arkan pula mengangkat kening dan berkata, "Nak ujian, biarkan. Tapi harap Zayn tak terlalu keras pada dia."

Rayyan yang mendengar perbualan mereka hanya memandang ke luar rumah. Dia mengerti apa yang Natasha cuba lakukan. Sebagai anak perempuan keluarga yang kaya dan dilindungi dengan ketat, Natasha mungkin merasa terhimpit dan ingin menguji seberapa jauh dia boleh pergi. Namun, dia tahu Zayn bukan calang-calang orang dan tidak akan membiarkan Natasha melakukan sesuatu yang boleh membahayakan dirinya.

Di luar rumah, Natasha terus berjalan tanpa menoleh ke belakang. Zayn yang berada di belakangnya, tetap menjaga jarak, sementara Harraz turut mengikuti dari belakang dengan penuh kewaspadaan. Farah yang berjalan sedikit di sisi Natasha, masih cuba memujuknya untuk berhenti melakukan hal yang tidak perlu.

"Nona, berhenti," Farah berkata, merayu. "Jangan buat macam ni, nanti kalau Zayn akan—"

"Biarkanlah," Natasha memotong, tetap dengan langkah tegap. "Ini cara saya untuk pastikan Zayn layak jadi bodyguard saya."

Zayn yang mendengar itu hanya diam, tidak membalas kata-kata Natasha. Dia tahu apa yang harus dilakukan: melindungi Nonanya walau bagaimana pun caranya.

Tanpa sebarang peringatan, Natasha berhenti dan memusingkan badan menghadap Zayn, memberi isyarat agar dia bersiap sedia. "Jadi, Zayn," Natasha berkata dengan nada mencabar, "Kamu rasa kamu boleh kawal saya? Kalau iya, buktikan."

Zayn memandang Natasha dengan tenang, matanya tetap fokus pada setiap gerakan Natasha. "Saya di sini untuk keselamatan Nona. Saya akan buat apa yang perlu, tanpa mengira apa yang Nona cuba lakukan."

Natasha berdiri tegak di hadapan Zayn, matanya tajam memerhatikan setiap gerak-gerik lelaki itu. "Sebelum kita mula," katanya dengan suara yang penuh tekad, "Buka kot kamu dan gulung lengan baju kamu. Saya nak pastikan tiada apa-apa yang menghalang gerakan kita nanti."

Zayn tidak membantah, hanya mengangguk perlahan. Dengan tenang, dia membuka kotnya dan menggulung lengan bajunya, menunjukkan tangan yang kekar dan berotot. Natasha memerhatikannya dengan teliti, seolah-olah mencari celah untuk menguji kekuatan Zayn. Setelah selesai, Zayn berdiri tegak, menunggu arahan berikutnya.

Natasha menegakkan tubuhnya dan memandang Zayn dengan penuh ketegasan. "Peraturan mudah. Siapa yang jatuh duluan, dia kalah. Tak ada senjata, hanya kekuatan dan kelincahan." Dia merenung Zayn dengan mata yang tajam. "Siap?"

Zayn mengangguk sekali lagi, menunjukkan kesediaannya untuk bertindak. Dia tahu peraturannya mudah—tidak ada tempat untuk kelemahan. Satu-satunya tujuan mereka berdua sekarang adalah untuk menguji kekuatan dan ketahanan masing-masing.

Farah yang berdiri tidak jauh dari mereka, terlihat gelisah, namun dia tahu Natasha tidak akan berhenti begitu saja. "Nona, berhati-hati," katanya, tapi suaranya terputus kerana Natasha sudah memulai gerakannya.

Tanpa membuang masa, Natasha bergerak dengan cepat, mengarah ke Zayn dengan kelajuan yang mengejutkan.

Zayn, yang sudah bersiap dengan postur bertahan, dengan mudah menangkis serangan pertama Natasha, dan keduanya saling bertarung dengan kelincahan dan kekuatan. Langkah demi langkah, mereka bertarung dengan penuh ketegasan, masing-masing berusaha untuk mencari peluang untuk membuat lawannya jatuh.

Amirul, Rayyan, dan seluruh keluarga mereka menonton dengan serius dari jauh, tak mengganggu perlawanan tersebut. Mereka memahami ini adalah cara Natasha untuk menguji Zayn, dan Zayn pun jelas menunjukkan kemahirannya dalam bertahan, tanpa sekali pun terganggu oleh serangan-serangan Natasha.

Namun, Natasha yang sudah keletihan tidak menyerah begitu sahaja. Walaupun dia semakin berusaha keras untuk mencari peluang, dia tahu bahawa Zayn, dengan pengalaman dan ketenangannya, jauh lebih kuat daripadanya. Namun, dia ingin melihat seberapa jauh Zayn boleh pergi—apakah Zayn dapat mempertahankan dirinya ataukah Natasha boleh mencari celah untuk menumbangkannya.

"Siapa yang jatuh duluan kalah," Natasha mengulang, mendorong dirinya untuk tidak kalah dalam ujian ini.

Setelah 10 minit bertarung, Natasha yang semakin cekap dalam membaca gerakan Zayn, akhirnya menemui celah yang sempurna. Dengan kelajuan yang mengejutkan, Natasha memfokuskan serangannya ke bahu, perut, dan kaki Zayn secara berturut-turut. Setiap serangan itu mengenai sasaran dengan tepat, melemahkan pertahanan Zayn.

Zayn yang pada mulanya masih mampu bertahan, mulai goyah. Dia menggerakkan tubuhnya dengan cepat, namun Natasha sudah berada di hadapannya, menendang kaki sebelahnya dengan ketepatan yang sempurna. Zayn tergoyang seketika dan dalam detik itu juga, tubuhnya hilang keseimbangan dan akhirnya jatuh ke tanah dengan suara yang agak keras.

Semua mata tertumpu pada Zayn yang terjatuh, termasuk keluarga Natasha, Farah, Harraz, dan juga Zayn sendiri yang kelihatan agak terkejut dengan kecepatan dan ketepatan Natasha. Natasha berdiri tegak, matanya memandang Zayn tanpa belas kasihan. "Kalah," katanya dengan nada tenang namun tegas, meskipun ada sedikit rasa puas di dalam dirinya.

Zayn, yang masih terbaring di tanah, mengangkat tangannya, tanda mengakui kekalahan. Dia merenung Natasha dengan rasa hormat yang mendalam. "Nona Natasha, saya akui. Kamu sangat tangkas."

Farah yang berada di sisi Natasha menghela nafas panjang, cemas melihat keadaan itu. Amirul dan Rayyan hanya memerhatikan, tidak terkejut dengan kemenangan Natasha. Mereka sudah lama tahu Natasha mempunyai kecekapan dan kekuatan yang luar biasa, meskipun dia sering cuba menyembunyikannya.

Harraz yang berdiri di belakang, memberikan pandangan kepada Zayn dan berkata dengan tegas, "Jaga dirimu lebih baik lagi, Zayn. Jangan terlalu mudah terperangkap."

Natasha berpaling dan melangkah menuju ke arah pintu rumah, menahan rasa puasnya. Namun, dalam hatinya, dia tahu ujian ini bukan hanya untuk Zayn, tetapi juga untuk dirinya sendiri—sebuah cara untuk mengatasi rasa tidak puas hati terhadap keputusan yang dibuat oleh keluarganya. Meskipun Zayn telah terjatuh, Natasha tahu bahawa perlawanan ini masih jauh dari selesai.

"Apa yang perlu aku buat selepas ini?" bisik Natasha pada dirinya sendiri, tetapi suaranya tidak terdengar oleh sesiapa.

Setelah semua kembali ke dalam rumah, suasana ruang tamu dipenuhi keheningan yang hanya terganggu oleh suara langkah Natasha yang perlahan menuju sofa. Dia duduk dengan tenang, namun aura tegas tetap terpancar darinya. Dato' Arkan, Datin Humaira, Amirul, Rayyan, Farah, Haraz, dan Zayn duduk mengelilinginya, menunggu kata-kata darinya.

Natasha mengangkat wajahnya dan bersuara, "Sha awalnya memang tak suka dengan adanya bodyguard pribadi. Bagi Sha, kehadiran bodyguard seperti merampas kebebasan Sha. Tapi seperti yang papa dan mama lihat tadi, hasil pertarungan menyatakan Zayn kalah. Itu bermakna dia mungkin tak sesuai menjadi bodyguard pribadi Sha."

Zayn yang mendengar itu tetap tenang, meskipun kata-kata Natasha seolah menolak keberadaannya. Namun, dia tahu Natasha masih belum selesai berbicara.

Natasha meneruskan, "Akan tetapi, Sha takkan menilai seseorang hanya dari satu ujian. Zayn ini sangat berpengalaman, dan mungkin juga dia sesuai untuk jadi bodyguard pribadi Tasha. Namun, dikeranakan dia kalah, Sha ada beberapa syarat."

Dato' Arkan dan Datin Humaira saling memandang sebelum melihat kembali ke arah Natasha. Senyuman kecil mulai terukir di wajah mereka, sementara Amirul dan Rayyan mendengar dengan penuh perhatian.

"Syarat pertama," Natasha berkata tegas, "Dia hanya jadi bodyguard pribadi Sha selama sebulan. Dalam masa itu, Sha akan menilai apakah dia benar-benar sesuai atau tidak."

Zayn mengangguk perlahan, menunjukkan bahawa dia bersedia menerima apa sahaja keputusan Natasha.

"Syarat kedua," Natasha menyambung, "Setelah Amirul dan Rayyan dipindahkan ke VIRE UNI juga, dia tak lagi jadi bodyguard pribadi Sha. Tugas dia selesai. Sha nak kebebasan Sha semula."

Kata-kata Natasha disampaikan dengan penuh keyakinan. Dia memandang tepat ke arah kedua orang tuanya, menunggu respons mereka.

Dato' Arkan dan Datin Humaira saling berpandangan sekali lagi, kali ini dengan senyuman yang lebih jelas. Dato' Arkan akhirnya bersuara, "Baiklah, papa setuju dengan syarat kamu. Kita akan lihat bagaimana Zayn menjalankan tugasnya selama sebulan ini."

Datin Humaira mengangguk sambil berkata, "Mama bangga dengan cara Sha menangani situasi ini. Kalau itu yang Sha rasa terbaik, mama dan papa sokong."

Natasha tersenyum kecil, meskipun dia masih cuba menyembunyikan kepuasan hatinya. Dia melihat ke arah Zayn dan berkata, "Kita lihat sejauh mana awak boleh buktikan diri dalam sebulan ini."

Zayn membalas dengan anggukan hormat dan berkata, "Saya takkan kecewakan Nona Natasha."

Farah yang berdiri di sisi Natasha tersenyum kecil, bangga dengan cara Natasha menguruskan segalanya. Sementara itu, Amirul dan Rayyan hanya saling pandang dan tersenyum tipis, mengakui bahawa adik mereka memang seorang yang luar biasa.

Setelah suasana tenang kembali dan perbincangan selesai, Natasha memandang kedua orang tuanya dengan ekspresi ingin tahu. Dia bersandar di sofa dan melipat tangannya.

"Sha ada soalan," dia memulakan dengan nada yang agak serius. "Apa sebenarnya yang terjadi selama Sha tak balik rumah? Walaupun cuma sehari, Sha rasa banyak sangat perubahan. Rumah jadi macam markas keselamatan, dan tiba-tiba ada pembantu peribadi, bodyguard... Apa yang papa dan mama cuba sembunyikan daripada Sha?"

Dato' Arkan dan Datin Humaira saling berpandangan, seolah-olah cuba menentukan siapa yang harus menjelaskan. Akhirnya, Dato' Arkan mengambil alih.

"Sha," dia memulakan dengan nada lembut tetapi tegas, "Papa dan mama cuma nak pastikan keselamatan Sha. Kami dapat laporan tentang kejadian perampokan itu, dan papa tak boleh abaikan risiko. Sebagai anak perempuan papa, Sha adalah sasaran yang paling mudah."

Datin Humaira menyambung, "Kami tak nak ambil risiko lagi, sayang. Dunia kita tak selamat, terutama bila orang tahu siapa kita sebenarnya. Tambahan pula, ada beberapa isu keluarga yang mungkin melibatkan keselamatan kita semua."

Natasha mengerutkan dahi. "Isu keluarga apa?"

Dato' Arkan terdiam sejenak sebelum menjawab, "Papa tak boleh beritahu semuanya sekarang. Tapi percayalah, ini semua demi kebaikan kita sekeluarga. Satu perkara yang papa boleh pastikan, Sha takkan pernah papa biarkan dalam bahaya."

Natasha menghela nafas panjang. Dia tahu ada sesuatu yang lebih besar sedang terjadi, tetapi dia juga sedar bahawa tidak semuanya akan didedahkan kepadanya.

"Jadi, itu sebabnya rumah ni penuh dengan orang? Dan sebab itu semua orang ada pembantu peribadi?" Natasha bertanya sambil memandang Amirul dan Rayyan.

Amirul mengangkat bahu dan menjawab santai, "Itu yang papa putuskan. Kami ikut saja."

Rayyan menambah dengan nada tenang, "Lagipun, Sha tahu kan, keselamatan keluarga adalah keutamaan."

Natasha termenung sejenak sebelum mengangguk perlahan. Walaupun masih ada keraguan dalam hatinya, dia memutuskan untuk tidak mendesak lebih jauh.

"Baiklah," katanya akhirnya. "Sha ikut apa yang papa dan mama putuskan. Tapi, Sha harap ini takkan berlangsung lama. Sha perlukan ruang Sha sendiri."

Dato' Arkan tersenyum tipis. "Papa janji, Sha. Bila semuanya dah selamat, keadaan akan kembali seperti biasa."

Natasha mengangguk dan bangun dari tempat duduknya. "Sha nak naik ke bilik dulu," katanya ringkas sebelum melangkah ke tangga.

Datin Humaira memanggilnya, "Sha, kalau ada apa-apa, jangan segan untuk cakap dengan mama, ya?"

Natasha hanya tersenyum kecil sebelum meneruskan langkahnya ke bilik. Sesampainya di sana, dia duduk di tepi katil, memikirkan semua yang baru dia dengar. Ada sesuatu yang tidak kena, dan dia tahu dia perlu mencari jawapannya sendiri.

Setelah Natasha hilang dari pandangan, Dato' Arkan mengalihkan perhatiannya kepada Haraz dan Zayn yang masih berada di ruang tamu. Dengan nada tegas tetapi tidak mengintimidasi, beliau memberi arahan.

"Harraz," katanya sambil memandang langsung ke arah ketua pengawal, "bawa Zayn balik ke rumah khas bodyguards malam ini. Pastikan dia tahu peraturan di sana. Bagi briefing lengkap tentang tanggungjawabnya sebagai bodyguard peribadi Natasha, termasuk bagaimana menghadapi keperibadiannya yang kompleks."

"Baik, Tuan," Haraz menjawab sambil menunduk hormat.

Datin Humaira turut masuk dalam perbincangan itu, memandang Zayn dengan senyuman tipis tetapi penuh makna. "Zayn, Natasha itu bukan anak yang biasa. Dia tegas, suka berdikari, dan sangat tidak suka dikawal. Tapi dia juga seorang yang sangat menghargai kesetiaan dan kejujuran. Kalau kamu tunjukkan bahawa kamu boleh dipercayai, dia akan mula menerima kehadiran kamu."

Zayn mengangguk penuh hormat. "Terima kasih, Datin. Saya akan lakukan yang terbaik untuk menjaga Nona Natasha."

Datin Humaira tersenyum dan menambah, "Satu lagi, Natasha suka uji orang. Apa yang kamu alami tadi itu hanya permulaan. Kalau kamu betul-betul nak jadi bodyguard yang dia boleh terima, kamu kena tunjukkan kamu boleh memahami dia tanpa menghakimi atau menekan."

Dato' Arkan menyambung, "Betul kata mama dia. Sebulan ini adalah ujian untuk kamu juga, Zayn. Kalau kamu tak lulus, tak ada peluang kedua."

Zayn menunduk hormat lagi. "Saya faham, Tuan."

"Bagus," Dato' Arkan berkata sebelum memandang Haraz. "Pastikan Zayn faham semua ini dengan jelas. Lepas itu, awak boleh balik."

Haraz memberi isyarat kepada Zayn untuk mengikutinya. Mereka pun meninggalkan ruang tamu, bersiap untuk kembali ke rumah khas para bodyguards.

Sebelum mereka keluar, Datin Humaira sempat menambahkan, "Harraz, satu lagi. Pastikan mereka yang bekerja dengan Natasha selama sebulan ini tahu sedikit tentang keperibadiannya. Tapi jangan terlalu banyak; Natasha tak suka orang tahu terlalu banyak tentang dia."

"Faham, Datin," Haraz menjawab sebelum berlalu pergi bersama Zayn.

Sementara itu, Dato' Arkan dan Datin Humaira saling berpandangan. "Dia semakin bijak membaca keadaan," kata Dato' Arkan.

Datin Humaira mengangguk. "Ya, tapi dia tetap perlukan perlindungan, sama ada dia suka atau tidak."

Dengan itu, mereka pun kembali duduk, membincangkan langkah seterusnya untuk memastikan keselamatan keluarga mereka tanpa mengganggu kehidupan Natasha terlalu banyak.

Setelah Harraz dan Zayn keluar, suasana di ruang tamu menjadi lebih santai. Amirul dan Rayyan yang sejak tadi hanya mendengar perbincangan mula menunjukkan rasa tak sabar mereka.

"Papa," Amirul memulakan, matanya bersinar dengan antusiasme, "bila kami boleh pindah ke VIRE UNI? Sha asyik cerita betapa seronoknya di sana. Kami pun nak rasa juga!"

Rayyan, yang duduk di sebelahnya, segera menyokong. "Betul tu, Papa. Lagi cepat lagi bagus. Ray dah bosan dekat sini. Tak ada apa-apa yang menarik pun."

Dato' Arkan tersenyum tipis sambil memandang kedua-dua anak lelakinya. "Kamu berdua betul-betul tak sabar, ya? Tapi jangan lupa, ini bukan soal keseronokan semata-mata. Papa nak pastikan semuanya berjalan lancar dulu sebelum kamu berdua pindah ke sana."

Datin Humaira menambah, "Dan jangan lupa juga, VIRE UNI bukan tempat biasa. Natasha mungkin dah sesuaikan diri, tapi kamu berdua perlu bersedia dari segi mental dan akademik. Papa dan Mama nak kamu ke sana untuk belajar, bukan untuk berseronok semata-mata."

Amirul mengangguk penuh keyakinan. "Kami tahu, Mama. Tapi kami dah bersedia. Lagipun, kami akan ada Sha di sana untuk bantu kami sesuaikan diri."

Rayyan tersenyum lebar. "Betul tu. Kami boleh jaga Sha juga kalau ada apa-apa yang berlaku."

Dato' Arkan tertawa kecil. "Natasha yang jaga kamu nanti, bukan sebaliknya. Tapi jangan risau, Papa akan pastikan semuanya selesai dalam masa terdekat. Kalau tiada apa-apa halangan, mungkin dalam dua minggu lagi."

Mendengar itu, Amirul dan Rayyan hampir bersorak kegembiraan. Mereka sudah membayangkan kehidupan baru mereka di VIRE UNI, bersama Natasha, dan cabaran baru yang menanti mereka.

Datin Humaira tersenyum melihat semangat kedua-dua anaknya. "Baiklah, tapi kamu berdua kena janji untuk patuhi semua peraturan di sana. Jangan buat hal dan jangan susahkan 'kakak' kamu."

"Janji, Mama!" jawab Amirul dan Rayyan serentak.

Dato' Arkan tersenyum puas. "Bagus. Kalau macam tu, pastikan kamu bersedia. Kita akan bincang lebih lanjut nanti."

Mereka semua kembali berbual santai, membincangkan perancangan untuk perpindahan Amirul dan Rayyan ke VIRE UNI, sementara Natasha di bilik atas terus memikirkan bagaimana untuk menyesuaikan diri dengan kehadiran Zayn sebagai bodyguard peribadinya.

Setelah selesai berbual di ruang tamu, Amirul dan Rayyan bangun dari tempat duduk mereka sambil saling berbalas senyuman penuh semangat. Mereka berjalan ke arah tangga untuk naik ke bilik masing-masing, diikuti rapat oleh pembantu peribadi mereka.

Amirul menoleh ke belakang, melihat pembantu peribadinya yang bernama Fahmi. "Kau ni memang kena ikut aku setiap masa ke?" tanyanya, separuh bergurau.

Fahmi, seorang lelaki yang kelihatan tenang dan profesional, tersenyum tipis. "Tuan Muda, itu memang tugas saya. Kalau ada apa-apa yang Tuan Muda perlukan, saya sedia membantu."

Rayyan pula memandang pembantu peribadinya, seorang lelaki bernama Hakim. "Jangan harap aku akan senang dengan kau ada dekat sini. Aku tak suka dikawal."

Hakim hanya mengangguk, memahami sikap Rayyan yang sedikit keras kepala. "Saya faham, Tuan Muda. Saya akan cuba berada di tempat yang tidak mengganggu, tetapi tetap bersedia jika Tuan Muda perlukan bantuan."

Amirul tertawa kecil mendengar perbualan adiknya. "Relax, Rayyan. Fahmi dan Hakim ni pun manusia biasa, bukan robot."

Rayyan mendengus sambil mempercepatkan langkahnya ke arah biliknya. "Manusia biasa yang suka ikut orang ke mana-mana. Aku rasa lebih selesa sendiri."

Setelah memastikan Amirul dan Rayyan sudah selamat masuk ke bilik masing-masing, Fahmi dan Hakim saling berpandangan seketika sebelum mengangguk kecil. Tanpa berkata apa-apa, mereka berpusing dan mula menuruni tangga dengan langkah yang teratur.

Di ruang tamu, suasana sudah mula sunyi. Beberapa pembantu rumah masih sibuk mengemas sisa-sisa perbincangan sebelum ini, sementara Datin Humaira dan Dato' Arkan telah beredar ke bilik mereka.

Fahmi dan Hakim menuju ke sebuah koridor khas di tingkat bawah, di mana terletaknya bilik-bilik yang disediakan untuk para pembantu peribadi. Setibanya di bilik masing-masing, mereka menutup pintu perlahan-lahan dan mula bersiap untuk berehat, bersedia menghadapi tugas mereka esok sebagai pembantu peribadi Amirul dan Rayyan.