Seawal pukul 7 pagi, Farah yang sudah bersiap sedia mengetuk pintu bilik Natasha sebanyak tiga kali sebelum masuk. Natasha, yang baru terjaga selepas ketukan kali kedua, terus melakukan senaman ringan yang sesuai dilakukan di atas katil selepas bangun tidur.
Sementara Natasha bersenam, Farah membuka langsir, membiarkan cahaya matahari masuk ke dalam bilik. Selepas itu, Natasha mencapai telefonnya dan scrolling TikTok sebelum bersiap untuk mandi.
Melihat Natasha sudah tidak berada di atas katil, Farah segera mengemas katilnya dan menyediakan pakaian yang sesuai untuknya.
Beberapa minit kemudian...
Natasha melangkah keluar dari bilik mandi sambil mengeringkan rambutnya dengan tuala. Namun, langkahnya terhenti sebaik sahaja matanya tertumpu pada pakaian yang telah disediakan di atas katil.
Sepasang keningnya terangkat sedikit, mencerminkan keterkejutan yang jelas terpancar di wajahnya. Di hadapannya, tersusun kemas satu set pakaian yang terdiri daripada T-shirt putih yang comel, dipadankan dengan skirt panjang berwarna hitam. Sepasang sneakers diletakkan bersebelahan, lengkap dengan stoking panjang yang melengkapkan gaya itu.
Natasha memandang pakaian tersebut untuk beberapa saat sebelum menghela nafas perlahan. Dia tahu Farah yang memilihkannya, tetapi dia tidak menyangka PA-nya itu akan memilih kombinasi seperti ini. Dengan senyuman kecil yang terukir di bibir, dia mengangkat pakaian tersebut sambil berfikir—mungkin gaya ini tidaklah terlalu buruk untuk dicuba.
Setelah mengenakan pakaian yang telah disediakan, Natasha melangkah perlahan ke hadapan cermin yang berada di dalam biliknya. Matanya meneliti pantulan dirinya, seolah-olah melihat seseorang yang asing.
Selama ini, dia lebih selesa dengan pakaian yang berpotongan maskulin—baju longgar, seluar jeans, dan kasut sneakers yang sudah menjadi identitinya. Namun kini, tubuhnya tersarung dalam kombinasi yang jauh berbeza. T-shirt putih yang comel melekap kemas di badannya, dipadankan dengan skirt panjang hitam yang beralun lembut setiap kali dia bergerak.
Dia menghela nafas perlahan. Rasa tidak selesa menjalar dalam dirinya. Walaupun sneakers dan stoking panjang bukanlah perkara baru baginya, t-shirt yang lebih feminin dan skirt yang membaluti kakinya terasa janggal. Tangannya secara refleks menarik-narik hujung bajunya, seolah-olah cuba membiasakan diri dengan perubahan ini.
"Ini bukan aku…" bisiknya perlahan, matanya masih melekat pada pantulan di cermin. Namun, jauh di sudut hatinya, dia tahu—ini adalah sesuatu yang perlu dicuba, walaupun sedikit demi sedikit.
Namun, sebelum Natasha sempat berbuat apa-apa, Farah yang sejak tadi memerhatikannya segera menghampiri. Dengan senyuman ceria, dia berdiri di sebelahnya, turut menatap pantulan mereka berdua di cermin.
"Nona, anda nampak cantik," ujar Farah dengan penuh keyakinan. "Serius, outfit ni memang sesuai dengan anda. Cute sangat!"
Natasha mengerutkan dahi, matanya masih tertumpu pada refleksinya sendiri. "Aku rasa pelik, Farah. Macam bukan aku."
Farah ketawa kecil sebelum memegang kedua-dua bahu Natasha dan memutarnya sedikit supaya mereka saling berhadapan. "Dengar sini, Nona. Anda tetap Natasha, tak kisahlah pakai apa pun. Tak ada siapa yang cakap anda kena berubah jadi orang lain hanya sebab anda cuba sesuatu yang baru."
Natasha mendengus perlahan, namun dia tidak dapat menahan senyuman kecil yang hampir terbit di bibirnya. Dia tahu Farah ikhlas, dan melihat kesungguhan sahabatnya itu, dia mula merasa sedikit kurang janggal.
"Mungkin… aku boleh cuba pakai sekejap," katanya akhirnya, nada suaranya masih ragu-ragu.
Farah tersenyum puas. "Itulah semangat! Percayalah, Nona. Anda memang cantik, dan anda tak perlu ubah siapa diri anda pun untuk nampak begitu."
Sebelum mereka keluar, Farah tiba-tiba menarik lembut pergelangan tangan Natasha, menghentikan langkahnya.
"Nona, sebelum tu, duduk dulu dekat meja rias," pintanya dengan nada tegas tetapi mesra.
Natasha mengerutkan dahi. "Kenapa?" soalnya sambil melipat tangan di dada.
Farah meletakkan tangan di pinggang, memandangnya dengan pandangan penuh makna. "Hairstyle ekor kuda anda tu… jujur, dah jelek dan langsung tak sesuai dengan outfit ni. Saya nak tolong betulkan," katanya sambil mengangkat sikat dari meja rias.
Natasha mendengus kecil tetapi akhirnya menurut, melangkah ke arah meja rias dan duduk di hadapannya. Dia memandang refleksinya dalam cermin sekali lagi, kali ini melihat bagaimana Farah bersungguh-sungguh menyisir rambutnya dengan teliti.
"Jangan buat yang pelik-pelik," Natasha memberi amaran, separuh serius, separuh bergurau.
Farah ketawa kecil. "Percayalah, saya tahu apa yang saya buat. Saya cuma nak buat anda nampak lebih stunning dari biasa."
Dengan teliti, Farah mula menata rambut Natasha, mencari gaya yang lebih lembut tetapi masih mengekalkan identiti Natasha yang simple. Sementara itu, Natasha hanya menghela nafas dan membiarkan PA-nya bekerja—walaupun dia masih belum sepenuhnya yakin, dia tahu Farah hanya mahu yang terbaik untuknya.
Setelah beberapa minit, Farah akhirnya meletakkan sikat di atas meja dan tersenyum puas. "Siap!" katanya sambil menepuk bahu Natasha.
Natasha mengangkat pandangannya ke cermin, matanya meneliti hasil kerja Farah. Rambutnya kini ditata dalam gaya Half-Up, Half-Down, diikat kemas menggunakan claw clip yang sederhana tetapi elegan. Tidak terlalu girly, tidak terlalu rumit—cukup untuk memberi sentuhan segar pada penampilannya tanpa mengubah siapa dirinya.
Untuk seketika, Natasha hanya diam. Dia menggerakkan kepalanya sedikit, merasakan bagaimana rambutnya jatuh dengan sempurna di bahu. Jujur, dia suka dengan gaya ini. Tidak seperti tadi, kali ini dia rasa lebih sesuai dengan dirinya sendiri.
Namun, walaupun hairstyle itu membuatkan dia kelihatan lebih kemas dan menarik, rasa tidak selesa masih bersisa dalam dirinya. Dia belum biasa dengan perubahan ini.
Farah yang menyedari keraguan Natasha segera bersandar di sisi meja rias, memerhatikannya dengan lembut. "Macam mana? Nampak lagi okay, kan?" tanyanya dengan nada penuh harapan.
Natasha menghela nafas perlahan sebelum mengangguk sedikit. "Aku… rasa gaya ni lebih sesuai dengan aku. Tapi tetap rasa lain."
Farah tersenyum. "Biasalah tu. Anda cuma tak biasa lagi. Tapi Nona, anda tetap diri anda, walau apa pun yang anda pakai atau macam mana pun rambut anda ditata."
Natasha tersenyum kecil, kali ini lebih tulus. "Mungkin kau betul…" katanya perlahan.
Farah menepuk tangannya. "Alright, sekarang anda dah ready nak keluar!"
Natasha menarik nafas dalam sebelum bangkit dari kerusi. Walaupun perasaan janggal itu masih ada, dia tahu satu perkara—hari ini, dia mencuba sesuatu yang baru, dan itu sudah cukup sebagai permulaan.
Sebelum mereka melangkah keluar, Farah tiba-tiba menghulurkan sesuatu kepada Natasha.
"Ni, untuk anda," katanya sambil menyerahkan black tote bag jenis canvas yang kelihatan sedikit berisi.
Natasha mengambilnya dengan kening berkerut. Dia membuka sedikit zip beg itu dan mendapati di dalamnya sudah tersedia laptop, notebook, dan beberapa barangan lain yang mungkin akan berguna untuknya. Dia hanya mengangguk kecil sebagai tanda terima kasih sebelum menyangkutkan tote bag itu di bahu kirinya.
Namun, sebelum sempat dia bergerak, Farah sekali lagi menghulurkan sesuatu—leather coat berwarna hitam.
"Pakailah ni juga," ujar Farah dengan nada lembut. "Bukan saja untuk melengkapkan gaya, tapi kalau nanti sejuk, at least kau ada sesuatu untuk cover."
Natasha mengambil leather coat tersebut tanpa banyak soal, tetapi dia tidak terus memakainya. Sebaliknya, dia hanya melipatnya dengan kemas dan meletakkannya di atas tangan kanannya.
Farah memerhatikan gerak-gerinya dengan senyuman kecil. "Anda memang stubborn, kan?" katanya berseloroh.
Natasha hanya tersengih kecil. "Aku cuma belum ready nak fully commit dengan look ni," balasnya ringkas.
Farah ketawa kecil sebelum merangkul bahu nonanya dengan mesra. "Tak apa, at least anda dah cuba. Now, jom kita pergi!"
Dengan langkah perlahan tetapi penuh keyakinan, mereka akhirnya keluar, bersedia untuk menghadapi hari yang menanti di luar sana.
Sewaktu Natasha dan Farah menuruni tangga, suasana di ruang tamu yang pada mulanya riuh dengan perbualan tiba-tiba menjadi senyap.
Semua mata tertumpu pada Natasha. Ada yang terkejut, ada yang menahan gelak, dan ada juga yang kelihatan benar-benar terkesima dengan perubahan yang tidak dijangka ini.
Amirul, yang sedang duduk bersandar di sofa, hampir tersedak dengan air yang diminumnya. Dia cepat-cepat menoleh ke arah Rayyan di sebelahnya, seolah-olah mahu memastikan bahawa dia tidak bermimpi.
Rayyan pula hanya mengangkat kening sambil tersenyum sinis. "Wow… sejak bila kau transform jadi model,Tasha?" sindirnya, cuba menahan ketawa.
Sementara itu, mama Natasha iaitu Datin Humaira tersenyum penuh makna.
Natasha hanya berdiri di tangga dengan wajah kosong, berusaha untuk tidak menunjukkan kegelisahan yang mula menyelubunginya. Dia tahu reaksi mereka mungkin seperti ini, tetapi tidak menyangka akan menjadi perhatian sebegini rupa.
Farah yang menyedari kegelisahan Natasha segera melangkah ke hadapan, menepuk perlahan bahunya sambil berkata dengan nada yakin, "Jangan pedulikan diorang, Nona. Diorang cuma terkejut sebab anda nampak stunning hari ni."
Natasha menjeling ke arahnya sebelum mendengus kecil. "Atau mungkin sebab aku nampak pelik?"
Rayyan ketawa kecil. "Well… pelik dalam cara yang menarik, I guess?"
Amirul, yang akhirnya berjaya mengawal ekspresinya, mengangguk sedikit. "Aku tak nafikan, kau nampak lain. Tapi… not bad. Sesuatu yang fresh."
Natasha menghela nafas panjang. Dia masih belum sepenuhnya selesa, tetapi melihat bagaimana semua orang memberikan reaksi yang bukan terlalu negatif, dia cuba untuk bertahan.
"Apa-apa lah," katanya akhirnya sebelum melangkah ke ruang tamu dengan tote bag di bahu dan leather coat masih berada di tangannya.
Walaupun dia masih ragu-ragu, satu perkara yang pasti—hari ini adalah hari yang penuh dengan kejutan, bukan sahaja untuk orang lain, tetapi juga untuk dirinya sendiri.
Datin Humaira tersenyum lebar sambil memandang Natasha dari atas ke bawah, matanya bersinar dengan rasa gembira yang sukar disembunyikan. Dia kemudian menoleh ke arah Farah, jelas menunjukkan rasa terima kasihnya.
"Farah, terima kasih banyak. Akhirnya, saya dapat lihat Natasha seperti wanita sesungguhnya," katanya penuh syukur.
Natasha yang sedang menuang air terus menghentikan pergerakannya. Dahinya berkerut tanda tidak senang. Dia memang sudah menjangka akan ada yang memberi komen tentang perubahan penampilannya, tetapi tidak menyangka mamanya sendiri akan berkata begitu.
Dia menarik nafas panjang, cuba menahan rasa kurang selesa. Tanpa membalas apa-apa, dia segera mengambil sekeping roti coklat di atas meja dan menggigitnya dengan malas.
"Natasha, mama cakap betul-betul ni. Sha nampak sangat—"
Belum sempat mamanya meneruskan kata-kata, Natasha sudah menyalami tangannya dengan pantas. "Mama, abang dengan papa dah pergi office kan? Diorang ada meeting pagi ni," katanya, sengaja mengubah topik.
Datin Humaira hanya menghela nafas dan mengangguk. Dia tahu Natasha tidak suka berbual tentang perkara ini, tetapi sebagai mama, dia tidak dapat menafikan betapa gembiranya dia melihat anak perempuannya dalam gaya yang lebih feminin untuk pertama kali.
Sementara itu, Amirul dan Rayyan masih menahan gelak, jelas menikmati situasi yang jarang-jarang berlaku ini.
Rayyan menyiku Amirul sambil berbisik, "Bila lagi kita boleh tengok Natasha macam ni?"
Amirul tersengih. "Kau rasa kalau aku ambil gambar sekarang, aku sempat lari tak?"
Natasha menjeling tajam ke arah mereka, membuatkan kedua-duanya pura-pura memandang ke tempat lain. Namun, dia tahu mereka sedang menahan ketawa dan bersedia untuk mengusiknya bila-bila masa saja.
"Jangan cari pasal," Natasha memberi amaran dengan suara serius.
Rayyan mengangkat tangan menyerah. "Okay, okay. Tapi serius, Tasha. Kau nampak berbeza hari ni—"
"Satu lagi ayat keluar dari mulut kau, aku baling roti ni kat muka kau," Natasha memotong sambil mengangkat roti coklatnya sedikit, membuatkan Rayyan dan Amirul akhirnya meledak ketawa.
Farah yang sejak tadi diam hanya tersenyum puas. Walaupun Natasha masih berkeras dengan sikap tomboynya, sekurang-kurangnya dia telah mencuba sesuatu yang baru hari ini. Itu sudah cukup sebagai satu kemenangan kecil.
Sewaktu Natasha melangkah keluar dari rumah, matanya menangkap susuk tubuh Zayn yang sudah sedia menunggu di depan pintu kereta. Seperti biasa, lelaki itu berdiri tegak dengan postur yang penuh disiplin.
Namun, kali ini, ada sedikit perubahan dalam raut wajahnya. Walaupun ekspresinya tetap tenang, matanya sedikit membesar ketika melihat Natasha dalam penampilan yang jauh berbeza dari kebiasaannya.
Tanpa sepatah kata, Zayn segera menunduk hormat, menunjukkan rasa hormatnya kepada majikannya sebelum membukakan pintu kereta untuk Natasha.
Natasha berhenti sejenak di hadapan pintu, matanya melirik ke arah black leather coat yang masih berada di tangan kanannya. Tanpa banyak bicara, dia menghulurkan coat tersebut kepada Zayn.
"Pegang," katanya ringkas.
Zayn tidak bertanya apa-apa. Dengan cekap, dia mengambil coat tersebut dan hanya mengangguk kecil sebelum memastikan Natasha masuk ke dalam kereta dengan selamat.
Setelah pintu ditutup dengan cermat, Zayn berjalan ke tempat pemandu dan masuk ke dalam, memastikan enjin kereta sudah bersedia untuk bergerak.
Di dalam kereta, Natasha menghela nafas panjang sambil menyandarkan kepalanya ke tempat duduk. Hari ini terasa luar biasa. Dia hanya berharap segalanya berjalan lancar tanpa terlalu banyak perhatian yang tidak diingini.
Zayn yang sedang memandu sempat melirik ke arah cermin pandang belakang, memerhatikan Natasha yang duduk diam sambil memandang ke luar tingkap.
Keheningan dalam kereta membuatkan suasana terasa sedikit janggal. Setelah beberapa saat, Zayn akhirnya membuka mulut.
"Nona…" suaranya tenang tetapi cukup jelas untuk didengar.
Natasha tidak terus menjawab, tetapi dia sedikit menoleh, menandakan dia mendengar.
Zayn mengukir senyuman kecil sebelum berkata, "Outfit Nona hari ini sangat cantik… dan cute. Terlihat begitu feminin."
Natasha yang mendengar pujian itu segera mengalihkan pandangannya kembali ke luar tingkap. Dia tidak dapat menahan perasaan sedikit canggung.
"Hmph… kau pun nak cakap benda yang sama ke?" gumamnya perlahan, lebih kepada bercakap dengan dirinya sendiri.
Zayn hanya tersenyum tipis. Dia tahu Natasha bukan jenis yang suka dipuji berlebihan, dia tetap ingin memberikan pendapatnya dengan jujur.
"Bukan sekadar kata-kata, Nonanya. Saya hanya menyatakan apa yang saya lihat."
Natasha menghela nafas panjang sebelum akhirnya bersuara perlahan, "Jangan biasakan diri puji aku macam tu. Rasa pelik."
Zayn tidak berkata apa-apa lagi, hanya ketawa kecil sebelum kembali memberi tumpuan pada jalan raya.
Walaupun Natasha tidak mengakuinya, dia tahu jauh di sudut hati, pujian itu sedikit sebanyak membuatkan hatinya terasa… berbeza.
15 minit kemudian…
Kereta mewah itu meluncur perlahan sebelum berhenti di luar kawasan VIRE UNI. Tanpa menunggu lama, Zayn segera keluar dan bergerak ke arah pintu belakang. Dengan gerakan yang penuh hormat, dia membuka pintu untuk Natasha.
Seperti biasa, dia menunduk sedikit sebagai tanda hormat sebelum berkata dengan suara tenang, "Silakan, Nonanya."
Natasha melangkah keluar dengan ekspresi biasa, tidak menunjukkan sebarang emosi yang ketara. Dengan satu anggukan kecil, dia terus berjalan menuju ke arah pintu masuk universiti, tepat bersamaan dengan Zayn yang memandu pergi.
Sementara roda kereta mula bergerak, mata Zayn secara tidak sengaja tertumpu pada black leather coat yang masih terletak di sebelah tempat duduk pemandu.
Dia merenung coat tersebut seketika, fikirannya melayang. Namun, tidak lama kemudian, dia menghela nafas perlahan dan kembali fokus ke depan, meneruskan pemanduannya seperti biasa.
Sewaktu Natasha melangkah masuk ke VIRE UNI, dia segera merasakan sesuatu yang tidak asing—pandangan mata yang tertumpu padanya.
Langkahnya tetap tenang seperti biasa, tetapi telinganya dapat menangkap bisikan-bisikan halus di sekelilingnya. Sekumpulan siswa-siswi yang berkumpul di tepi lorong terhenti daripada perbualan mereka, mata mereka melekat pada Natasha dengan ekspresi terkejut, kagum, dan tidak percaya.
Dia tahu. Dia tahu mereka sedang bercakap tentangnya.
"Eh, itu bukan Natasha ke?"
"Seriuslah? Sejak bila dia pakai skirt?"
"Tak sangka dia boleh nampak macam ni. Cantik gila weh!"
Natasha menghela nafas perlahan, cuba untuk tidak terpengaruh dengan perhatian yang tidak diingininya. Jantungnya terasa berdegup lebih laju daripada biasa, tetapi dia mengekalkan ekspresi tenangnya.
'Biasa saja, Natasha. Jangan peduli,' bisiknya dalam hati.
Dia terus berjalan, membiarkan bisikan dan pandangan orang lain berlalu seperti angin. Namun, dalam hatinya, dia sedar—hari ini bukan hari biasa.
Setelah melangkah masuk ke dalam kampus, Natasha terus menuju ke kafe tanpa membuang masa. Perhatiannya tidak lagi terarah kepada bisikan-bisikan atau pandangan sekeliling—dia hanya mahu mengisi perutnya yang masih kosong.
Dengan langkah santai, dia beratur di kaunter dan memesan sandwich serta hot chocolate. Pilihan yang mudah dan tidak terlalu berat, tetapi sekurang-kurangnya lebih baik daripada hanya sekeping roti coklat yang dimakannya di rumah tadi.
Setelah menerima pesanannya, Natasha mengambil minuman dan makanan tersebut sebelum bergerak ke rooftop—tempat biasa yang selalu menjadi ruang privasinya.
Sampai di atas, dia menghela nafas perlahan, menikmati hembusan angin sejuk yang menyentuh wajahnya. Dia duduk di tempat kegemarannya, meletakkan tote bag di sebelah dan membuka sandwich dengan tenang.
Saat gigitan pertama mendarat di mulutnya, Natasha sedar sesuatu—dia masih belum kenyang.
'Hmm… aku patut beli sesuatu yang lebih berat tadi,' gumamnya dalam hati.
Namun, dia tetap mengunyah perlahan, menikmati sandwich dan hot chocolate sambil merenung langit yang terbentang luas di hadapannya. Walaupun dia masih lapar, sekurang-kurangnya dia dapat menikmati sedikit ketenangan sebelum hari ini benar-benar bermula.
Sambil menikmati hot chocolate yang masih hangat di tangannya, Natasha secara tidak sedar memandang pantulan dirinya di skrin telefon yang terletak di atas meja.
Walaupun dia masih belum selesa sepenuhnya dengan outfit ini, dia tidak dapat menafikan satu perkara—ia memang cantik dan sesuai untuk dirinya.
White cute T-shirt, black long skirt, sneakers, dan long stockings—gabungan yang sederhana tetapi memberikan aura yang berbeza daripada dirinya yang biasa.
Belum lagi hairstyle half-up, half-down yang dibuat oleh Farah, menambahkan lagi elemen feminin dalam penampilannya.
Natasha menghela nafas perlahan, jari jemarinya menyentuh hujung rambutnya yang tersusun kemas dengan claw clip.
"Tak sangka… aku boleh nampak macam ni," gumamnya perlahan, seakan bercakap dengan dirinya sendiri.
Walaupun dia masih lebih selesa dengan gaya tomboynya yang biasa, dia harus mengakui—Farah memang tahu apa yang sesuai untuknya.
Natasha menggenggam cawan hot chocolate di tangannya dengan erat. Fikirannya mula melayang jauh ke masa lalu—kepada seorang sahabat yang pernah menjadi sebahagian besar dari hidupnya.
Iz.
Nama itu masih segar dalam ingatannya, seolah-olah baru semalam mereka berpisah.
Dia dan Iz pernah membuat satu janji sewaktu kecil—janji yang dia pegang erat selama bertahun-tahun. Dia tidak akan berpakaian seperti seorang gadis feminin, dan dia akan tetap menjadi dirinya yang dulu.
Janji itu bukan sekadar janji kosong. Ia adalah lambang persahabatan mereka, satu ikatan yang membuatkan dia bertahan hingga ke hari ini.
Natasha tidak pernah lupa. Tidak pernah sekalipun dia berhenti mencari Iz, walaupun jejak sahabatnya itu semakin kabur seiring berjalannya waktu.
Demi Iz, dia sanggup berpindah dari satu universiti ke universiti lain, berharap dapat menemui sahabat kecil yang pernah berjanji dengannya.
Namun hari ini…
Dia melanggar janji itu.
Hairstyle ekor kuda yang selama ini menjadi identitinya telah digantikan.
Pakaian tomboy yang selalu membaluti tubuhnya kini berubah.
Natasha menghela nafas perlahan, memandang refleksi dirinya di skrin telefon. Ini bukan aku… bukan Natasha yang Iz kenal.
Hatinya mula terasa berat.
'Iz… kalau kau nampak aku sekarang, kau mesti gelakkan aku, kan?'
Fikiran itu membuatkan dadanya terasa sesak. Rasa bersalah menyelinap masuk ke dalam hatinya.
Dia tidak mahu terbiasa dengan outfit ini. Dia tidak boleh.
Kerana jika dia mula terbiasa…
Maka itu bermakna dia telah mengkhianati janji mereka.
Natasha memandang ke bawah, jemarinya perlahan-lahan menyentuh rantai perak yang terkalung di lehernya. Rantai itu bukan sekadar aksesori biasa—ia adalah sebahagian dari memorinya yang paling berharga.
Dia mengangkat loket kecil yang tergantung di situ dan membaliknya, mendedahkan ukiran halus pada bahagian belakangnya.
"Iz."
Nama itu terukir dengan begitu kemas, seolah-olah menjadi peringatan abadi tentang seseorang yang pernah mengisi hari-harinya dahulu.
Iz sendirilah yang menghadiahkan rantai ini kepadanya bertahun-tahun lalu, dan di saat yang sama, Iz juga memiliki rantai yang serupa—tetapi dengan nama "Tasha" terukir di belakangnya.
Mereka pernah berjanji untuk tidak menanggalkan rantai ini, tidak kira apa yang terjadi.
Rantai ini bukan hanya sekadar tanda persahabatan.
Ia adalah bukti bahawa mereka saling mengingati satu sama lain, walaupun jarak dan waktu telah memisahkan mereka.
Natasha menggenggam rantai itu dengan erat, seolah-olah dengan cara itu, dia dapat merasa lebih dekat dengan Iz.
"Di mana kau sekarang, Iz?" bisiknya perlahan, suara yang hanya didengar oleh angin yang berhembus di sekelilingnya.
Bertahun-tahun berlalu, tetapi satu hal yang pasti—dia tidak pernah lupa, walau sedetik pun.
Natasha yang sedang tenggelam dalam ingatan masa lalunya hampir tersentak apabila bunyi deringan telefon memecah kesunyian di sekelilingnya.
Nama pemanggil terpampang jelas di skrin:
Nabila.
Satu-satunya sahabat yang dia ada di VIRE UNI saat ini.
Natasha mengerutkan dahi, sedikit terganggu kerana dia hampir berjaya mengingati memori terakhirnya bersama Iz, tetapi kini terpaksa kembali ke realiti.
Dengan satu helaan nafas, dia mengangkat panggilan itu, menyandarkan badan ke kerusi sambil menatap langit.
"Ada apa, Bella?" tanyanya dengan suara yang agak malas, masih belum sepenuhnya keluar dari dunia lamunan.
"Kelas pagi cancel?" Natasha mengulang kata-kata Nabila, sedikit terkejut.
"Ya, so daripada kau termenung sorang-sorang kat rooftop tu, baik kau turun dan join aku kat library. At least kita boleh study sikit sebelum kelas seterusnya," balas Nabila di hujung talian.
Natasha memandang hot chocolate dan sandwichnya yang belum habis dimakan, lalu melirik ke arah kampus yang perlahan-lahan semakin sibuk dengan pelajar lain.
"Baiklah, kau pergi dulu. Aku datang kejap lagi," jawabnya akhirnya, mengambil keputusan untuk tidak terus tenggelam dalam lamunan yang tadi hampir menariknya masuk terlalu jauh ke masa lalu.
"Alright, aku tunggu!" suara ceria Nabila bergema sebelum talian dimatikan.
Natasha menyimpan telefonnya ke dalam tote bag, menghabiskan sisa hot chocolate dengan satu tegukan sebelum bangun dari tempat duduknya.
Walaupun hatinya masih terasa berat kerana gangguan di saat dia hampir mengingati sesuatu yang penting, dia tahu terus mengimbau masa lalu tidak akan membawanya ke mana-mana.
Untuk sekarang, lebih baik dia fokus pada perkara yang ada di hadapannya.
Natasha melangkah ke arah tong sampah yang terletak di sudut rooftop, membuang plastik sandwich dan gelas kosongnya ke dalamnya. Tangannya menepuk-nepuk sedikit skirt hitamnya, memastikan tiada sisa serbuk roti yang melekat sebelum dia menghela nafas perlahan.
Tanpa berlengah, dia melangkah menuju ke lift, bunyi derap kasut sneakersnya bergema di sepanjang koridor yang masih agak lengang.
Saat dia menekan butang lift, matanya sempat melihat pantulan dirinya di dinding lift yang berkilat. Outfit yang dia kenakan hari ini masih terasa janggal di tubuhnya, namun sedikit sebanyak dia tidak boleh menafikan bahawa ia memang sesuai dengannya.
Saat pintu lift terbuka dengan bunyi 'ding', Natasha melangkah masuk, bersedia untuk turun dan menemui Nabila di library.
Di dalam lif, Natasha bersandar pada dinding sambil memandang ke hadapan tanpa ekspresi. Tangannya menyesuaikan tali tote bag di bahunya, sementara fikirannya masih sedikit terganggu dengan ingatan tentang Iz.
Namun, sebelum dia sempat tenggelam dalam lamunan sekali lagi, lif berhenti dengan bunyi 'ding' dan pintu terbuka.
Dia melangkah keluar dengan tenang, berjalan melewati beberapa pelajar yang sedang berbual sesama sendiri. Natasha tahu, ada mata yang masih memandang ke arahnya, bisikan halus kedengaran, namun dia memilih untuk tidak peduli.
Dengan langkah yakin, dia menuju ke arah perpustakaan, di mana Nabila sudah menunggunya.
Setibanya di hadapan library, Natasha menolak pintu kaca dengan perlahan, membiarkan suasana sunyi dan bau buku-buku lama menyambutnya.
Matanya segera mencari kelibat Nabila, dan tak lama kemudian, dia melihat sahabatnya itu duduk di salah satu meja dekat jendela, dengan beberapa buku sudah tersusun di hadapannya.
"Kau lambat," tegur Nabila dengan nada selamba, sambil mengangkat kepala dari buku yang sedang dibacanya.
Natasha hanya mengangkat bahu, menarik kerusi dan duduk di sebelahnya.
"Aku kan datang juga," balasnya ringkas, sebelum membuka tote bag dan mengeluarkan laptop serta notepadnya.
Walaupun hari ini bermula dengan perasaan yang bercampur-baur, sekurang-kurangnya untuk sekarang, dia boleh mengalihkan fokusnya pada sesuatu yang lebih penting.
Natasha yang baru sahaja ingin membuka laptopnya tiba-tiba terhenti apabila matanya menangkap sesebuah novel yang terletak di rak berhampiran meja mereka.
Tajuknya menarik perhatiannya, tetapi lebih daripada itu—sinopsis di belakang buku itu membuatkan jantungnya berdegup lebih cepat.
Jalan ceritanya… terlalu mirip dengan hidupnya sendiri.
Dengan rasa ingin tahu yang membuak-buak, Natasha mengambil novel tersebut, tanpa menghiraukan Nabila yang sedang menulis sesuatu di notepadnya.
Dia kembali duduk, membalik halaman pertama dengan perlahan, matanya meneliti setiap baris ayat dengan penuh tumpuan.
Satu halaman bertukar ke halaman seterusnya…
Setiap perkataan yang ditulis seolah-olah menggambarkan kehidupannya, emosinya, dan perjuangannya mencari seseorang yang penting dalam hidupnya.
Tanpa dia sedari, dunia sekelilingnya semakin menghilang, bunyi halaman kertas yang diselak menjadi satu-satunya perkara yang mengisi fikirannya.
Dia terlalu tenggelam dalam cerita itu…
Nabila memandang Natasha dengan senyum kecil, sudah terbiasa dengan perangai sahabatnya itu.
Dia tahu, jika Natasha sudah memegang novel, itu bermaksud nak panggil berapa kali pun, sahabatnya itu tidak akan dengar.
Dengan helaan nafas kecil, Nabila kembali fokus kepada notepadnya, membiarkan Natasha tenggelam dalam dunianya sendiri.
Sesekali, dia melirik ke arah Natasha yang begitu serius membaca, dahinya berkerut sedikit, seolah-olah cerita itu benar-benar menyentuh emosinya.
"Haih… nampaknya aku kena tunggu dia habis baca baru boleh ajak study," bisik Nabila dalam hati, sebelum menyambung semula catatannya.
Masa berlalu tanpa disedari.
Natasha masih tenggelam dalam novel di tangannya, jarinya laju menyelak halaman demi halaman. Setiap ayat yang ditulis terasa seperti cerminan hidupnya sendiri, membuatkan dia semakin hanyut dalam cerita itu.
Nabila yang duduk di sebelahnya sesekali melirik jam di pergelangan tangan, sebelum menghela nafas panjang. Dia tahu, usaha untuk mengganggu Natasha sekarang hanyalah satu kerja yang sia-sia.
Namun, setelah beberapa minit, akhirnya dia hilang sabar.
"Oi, Natasha," panggil Nabila sambil mengetuk meja dengan hujung jarinya.
Seperti yang dijangka, tiada respon.
Nabila mencebik, lalu menghulurkan tangannya dan menutup novel yang sedang Natasha baca dengan selamba.
Natasha terkejut, matanya membulat sebelum mengangkat wajah dan memandang Nabila dengan pandangan tidak puas hati.
"Kau ni kenapa?" tanyanya, nada suaranya jelas menunjukkan rasa terganggu.
Nabila memeluk tubuh sambil mengangkat kening. "Kelas kita start dalam 10 minit lagi. Kau nak baca novel sampai lupa dunia ke?"
Natasha terdiam sejenak, sebelum melihat jam di telefon bimbitnya. Dia benar-benar tidak sedar masa berlalu begitu cepat.
"Oh…" Itu sahaja yang keluar dari bibirnya.
Nabila menggeleng perlahan, sudah biasa dengan perangai sahabatnya ini. "Dah, simpan novel tu. Nanti sambung baca lepas kelas."
Natasha menghela nafas perlahan, lalu menyimpan novel itu ke dalam tote bag-nya sebelum mengemas barang-barangnya.
Sebelum keluar, Natasha bergegas menuju ke kaunter peminjaman, novel itu masih erat dalam genggamannya.
Nabila yang sudah berdiri di pintu perpustakaan menghela nafas kecil, namun dia tidak berkata apa-apa. Dia tahu, bila Natasha dah berminat dengan sesuatu, dia takkan lepaskan begitu saja.
"Nak pinjam buku ni," kata Natasha sambil meletakkan novel itu di atas kaunter.
Petugas perpustakaan mengambil buku tersebut, mengimbas kodnya sebelum menyerahkan kembali kepada Natasha bersama kad peminjamnya.
"Tempoh pemulangan dalam tiga minggu, jangan lupa ya," ujar petugas itu dengan senyuman.
Natasha hanya mengangguk kecil sebelum mengambil novel itu dan menyelitkannya ke dalam tote bag.
Dia kemudian berjalan ke arah Nabila, yang sudah bersandar di pintu dengan tangan berpeluk tubuh.
"Dah boleh pergi?" soal Nabila dengan nada menyindir.
Natasha hanya mengerling sekilas, sebelum melangkah keluar dari perpustakaan.
Nabila mengikut di sebelahnya, tersenyum kecil melihat sahabatnya itu.
Natasha dan Nabila bergegas masuk ke dalam kelas, nafas mereka sedikit tersengal selepas berjalan laju dari perpustakaan.
Nasib baik, mereka sempat duduk sebelum pensyarah tiba, dan masih ada lebih kurang dua minit sebelum kelas bermula.
Natasha meletakkan tote bag-nya di atas meja, lalu mengeluarkan notebook dan pen. Dia sempat menyandarkan badan ke kerusi dan menarik nafas dalam, cuba menenangkan diri selepas tergesa-gesa tadi.
Nabila di sebelahnya mengikat semula rambutnya dengan ikatan messy bun, sebelum mengerling ke arah Natasha. "Kau nasib baik kita sempat," katanya sambil tersengih.
Natasha mencebik.
Nabila mengetap bibir menahan gelak.
Belum sempat Natasha membalas, pintu kelas terbuka, dan pensyarah mereka melangkah masuk dengan wajah serius.
Serentak, suasana kelas bertukar senyap, semua pelajar segera bersedia untuk memulakan sesi pembelajaran.
Natasha menutup zip tote bag-nya perlahan, menyembunyikan novel yang baru dipinjam tadi—kerana dia tahu, kalau dia mengeluarkannya sekarang, kemungkinan besar dia akan tenggelam lagi dalam dunia lain.
Buat masa ini, fokusnya harus pada kelas.
Pensyarah mereka, Dr. Adrian, melangkah ke depan kelas dengan gaya yang tenang tetapi penuh karisma. Kaca matanya sedikit ditolak ke atas, lalu dia meletakkan beberapa dokumen di atas meja.
"Baiklah, sebelum kita mula, ada sesiapa yang masih belum hantar assignment minggu lepas?"
Beberapa pelajar mula gelisah, ada yang saling berpandangan, ada juga yang diam menunduk. Natasha dan Nabila tidak terkesan, kerana mereka sudah menghantar tugasan lebih awal.
"Bagus. Kalau semua dah selesai, kita teruskan ke topik seterusnya," ujar Dr. Adrian sebelum menulis beberapa kata kunci di papan putih.
Natasha mencatat dengan tekun, tetapi fikirannya masih sedikit terganggu dengan novel yang ada dalam tote bag-nya.
Dia tidak boleh menafikan sesuatu…
Novel itu terlalu mirip dengan hidupnya.
Setiap kali Natasha cuba fokus pada kelas, bayangan memori lamanya bersama Iz kembali menghantui fikirannya.
— Janji yang mereka buat,
— Perpisahan yang tidak dirancang,
— Dan perasaan kehilangan yang tidak pernah hilang…
"Natasha?"
Natasha tersentak, suara Dr. Adrian menariknya kembali ke realiti.
"Ya, doktor?" balasnya cepat.
Dr. Adrian memandangnya sekilas sebelum mengulang soalannya. "Boleh awak jelaskan apa yang saya baru terangkan tadi?"
Natasha menghela nafas pendek, cuba mengingat semula kata-kata terakhir pensyarahnya tadi. Mujurlah, dia masih sempat mendengar sedikit sebelum fikirannya melayang jauh.
Dia menjawab dengan yakin, dan Dr. Adrian hanya mengangguk puas sebelum meneruskan pembelajaran.
Di sebelahnya, Nabila menahan senyum, lalu berbisik perlahan, "Nasib baik kau ada daya ingatan kuat."
Natasha menggeleng kecil, sebelum kembali menumpukan perhatian pada kelas—walaupun jauh di sudut hatinya, dia tahu fikirannya masih belum benar-benar bebas daripada memori silam itu…
3 jam kemudian…
Kelas Dr. Adrian akhirnya berakhir, dan Natasha segera meregangkan tubuhnya sedikit selepas duduk lama.
"Akhirnya!" Nabila mengeluh kecil sambil mengemaskan barangnya. "Aku lapar gila. Jom ke kafe?"
Natasha mengangguk setuju, mereka berdua bergegas keluar dari kelas menuju ke kafe sebelum kelas seterusnya bermula pada pukul 2 petang.
Di kafe VIRE UNI…
Suasana kafe agak sibuk kerana ramai pelajar lain turut mengambil kesempatan untuk makan tengah hari sebelum kelas seterusnya.
Natasha dan Nabila beratur di kaunter, mata mereka menyelusuri menu digital yang terpapar di skrin besar.
"Aku nak Chicken Alfredo Pasta dengan iced matcha. Kau?" tanya Nabila sambil membuka aplikasi pembayaran.
Natasha merenung menu seketika sebelum membuat keputusan. "Aku ambil spicy ramen dengan iced caramel macchiato."
Setelah membuat pesanan dan mengambil makanan, mereka mencari meja kosong di sudut kafe yang sedikit tenang.
"Tiga jam kelas lagi lepas ni… Macam neraka," Nabila merungut kecil sebelum menyuap pasta ke mulutnya.
Natasha menghela nafas pendek, menyedut minumannya sebelum menjawab, "Aku dah bersedia secara fizikal dan mental."
Nabila ketawa kecil. "Sama lah. Tapi at least, lepas tu kita boleh balik terus."
Natasha mengangguk perlahan, namun fikirannya masih sedikit terganggu—bukan tentang kelas, tetapi tentang novel yang baru dipinjamnya tadi… dan Iz.
"Kenapa dari tadi kau macam termenung?" Nabila akhirnya bertanya, menyiku lembut lengan Natasha.
Natasha terdiam seketika, sebelum menggeleng perlahan. "Tak ada apa-apa."
Namun, jauh di sudut hatinya, dia tahu itu bukan sekadar 'tak ada apa-apa'…
Mereka yg sedang menikmati makanan tiba-tiba dihampiri oleh Arianna dan member of CHIC QUEENS..
"Omg, look at the ambassador of VIRE UNI. Turns out she can afford to buy clothes, but why does her outfit look so revealing? Or maybe she's trying to win the professors' hearts here, and worse, maybe she's trying to seduce our Vice Chancellor," ucap Arianna.
"That's so obvious, she's desperate. Maybe she's running out of money, so she has to dress provocatively to seduce," beritahu Jessica.
"Riana, Jess. Look, she's just sitting quietly. Maybe what you two are saying is true," tambah Zara.
"Of course. She's just a cheap woman, unlike us, we're classy women," ucap Sasha, sambil ketawa.
Tanpa amaran, Arianna terus menampar muka Natasha yg membuatkan Nabila, siswa siswi dan VILE FOUR yg baru tiba di cafeteria sangat terkejut. Akan tetapi Natasha hanya diam di tempatnya tanpa ada tanda-tanda untuk membalasnya.
Arianna yg melihat Natasha tidak memberi apa-apa respons pun secara tak sengaja melihat rantai yg dikenakan oleh Natasha dan dia ingin merebutnya. Namun, Natasha menahan tangannya agar tidak menyentuh rantai tersebut. "Kau boleh ganggu aku atau buat apa-apa dengan aku tetapi satu yg kena kau tahu, jangan pernah sentuh rantai aku jika tidak ku patahkan tanganmu.
"The necklace is just cheap and has no special value," said Arianna. Natasha yg mendengar itu terus memukul meja dengan kuat yg cukup kuat didengar oleh semua orang.
"If you don't know anything about the true value of this necklace, please keep your mouth shut. Anyway, I still have my dignity, and the way I dress is not to seduce anyone. Besides, if you wear a crop top to VIRE UNI and people call you a cheap woman, a seductress, and a desperate girl, would you like that? Just because I dress like this doesn't mean I'm desperate, cheap, or a seductress. There are many female students at VIRE UNI who dress more provocatively than me, so why am I the only one you accuse like that? If you're conspiring with VILE FOUR to ruin my reputation, sorry sis, I'm not that innocent to just sit quietly in the bathroom when you asked Nabila to give me water that was mixed with sleeping pills. And that slap you gave me was strong, but it didn't make me react negatively. Next time, if you want to humiliate someone, take a good look at yourself first," balas Natasha, mengukir senyuman sinis.
Arianna dan yg lain terkejut mendengarnya, sebelum Natasha dan Nabila pergi, Natasha sempat membisikkan sesuatu kepada Arianna hingga membuat bulu romanya meremang.. VILE FOUR dan siswa-siswi serta Nabila tertanya-tanya apa yg dibisikkan Natasha ke telinga Arianna hingga dia terkejut
Arianna terdiam kaku, wajahnya yang tadinya penuh dengan kepuasan kini berubah pucat. Matanya membulat, bibirnya sedikit ternganga, seolah-olah apa yang dibisikkan Natasha benar-benar menghantui fikirannya.
Natasha meluruskan punggungnya, membetulkan tote bag di bahunya, lalu menyapu hujung bibirnya dengan ibu jari sebelum menatap Arianna dengan senyuman sinis.
"Next time, think twice before messing with me," ucap Natasha dengan nada dingin, sebelum dia berpaling dan melangkah keluar bersama Nabila, meninggalkan suasana kafe yang masih senyap akibat kejadian tadi.
VILE FOUR yang baru tiba saling berpandangan, kemudian menatap Arianna yang masih terpaku di tempatnya.
"Babe, what did she whisper to you?" tanya Jessica, sedikit gelisah melihat raut wajah Arianna yang seperti kehilangan warna.
Arianna tidak menjawab, hanya menelan liur dengan susah payah. Tangannya yang tadi cuba merebut rantai Natasha kini mengepal di sisi tubuhnya.
Jessica dan Sasha saling berpandangan sebelum memandang ke arah pintu keluar, di mana kelibat Natasha sudah pun menghilang dari pandangan.
Siswa-siswi lain mula berbisik sesama sendiri, membicarakan kejadian tersebut, terkejut melihat bagaimana Natasha yang biasanya pendiam mampu membalas penghinaan dengan begitu berani dan penuh ketenangan.
Di luar kafe, Nabila mengejar langkah Natasha, masih terkejut dengan insiden tadi.
"Tasha, apa yang kau bisikkan dekat Arianna tadi?" tanyanya dengan nada penuh rasa ingin tahu.
Natasha menghela nafas panjang, sebelum menoleh ke arah sahabatnya itu dengan senyuman kecil yang penuh misteri.
"Let her live in fear, that's enough for me."
Nabila terdiam, namun melihat raut wajah Natasha, dia tahu ini bukanlah kali terakhir Arianna dan gengnya akan mencuba menjatuhkan Natasha.
Sesampainya di hadapan kelas, Natasha dan Nabila menghela nafas sebentar, menenangkan diri sebelum masuk. Kejadian di kafe tadi masih bermain di fikiran mereka, namun mereka memilih untuk tidak membicarakannya buat masa ini.
"Nasib baik kita sempat," ujar Nabila sambil melihat jam di pergelangan tangannya.
Natasha hanya mengangguk kecil sebelum menolak pintu dan melangkah masuk. Suasana kelas sudah hampir penuh, hanya tinggal beberapa tempat duduk kosong di barisan tengah. Tanpa membuang masa, mereka terus mengambil tempat duduk, sementara beberapa pelajar lain yang menyaksikan insiden di kafe tadi masih mencuri pandang ke arah Natasha dengan pelbagai ekspresi—ada yang kagum, ada juga yang masih terkejut.
Tidak lama kemudian, pensyarah mereka tiba, menandakan kelas akan bermula. Natasha menarik nafas dalam, berusaha untuk mengabaikan segala perhatian yang tertuju padanya. Yang penting sekarang, dia harus fokus dengan kelas.
Namun, sebelum pensyarah memulakan sesi pembelajaran, Natasha sempat melirik ke arah pintu kelas—dan di situ, Arianna berdiri, memandangnya dengan ekspresi yang sukar ditafsirkan. Sesaat kemudian, Arianna berpaling dan melangkah pergi, meninggalkan Natasha dengan satu persoalan di benaknya—apa yang akan dia lakukan selepas ini?
Nabila yang sedang mengemas barangnya menyedari keadaan Natasha yang masih termenung di tempat duduknya. Dia mengerutkan dahi sebelum menghampiri sahabatnya itu.
"Natasha... kau okay?" Nabila bertanya, suaranya lembut tetapi penuh dengan kebimbangan.
Natasha tidak segera menjawab. Dia hanya menatap meja di hadapannya dengan ekspresi yang sukar dibaca. Seolah-olah fikirannya berada di tempat lain.
"Benda tadi masih ada dalam fikiran kau?" Nabila meneka, kerana dia tahu kejadian di kafe tadi bukan sesuatu yang mudah untuk diabaikan begitu sahaja.
Natasha menarik nafas perlahan, akhirnya memandang Nabila dengan senyuman hambar. "Tak... bukan pasal tu. Aku cuma..." Dia terdiam seketika, mencari kata yang sesuai. "...aku cuma teringat sesuatu."
Nabila mengangkat kening. "Teringat apa?"
Natasha menggenggam rantai di lehernya, ibu jarinya mengusap ukiran nama yang terpahat di belakang loket itu—Iz. Hatinya terasa sesak setiap kali melihat nama itu.
"Aku rasa... aku dah langgar janji aku sendiri," luahnya akhirnya, suaranya kedengaran perlahan dan penuh rasa bersalah.
Nabila sedikit terkejut. "Janji apa?"
Natasha menggeleng perlahan, seolah-olah dia sendiri tidak mahu mengungkit perkara itu. Tetapi jauh di sudut hati, dia tahu—dia tidak pernah melupakan janji yang dia buat dengan Iz bertahun-tahun lalu.
Nabila tidak mahu memaksa, tetapi dia juga tidak suka melihat Natasha larut dalam fikiran sendiri. Jadi, dia meletakkan tangan di bahu Natasha, memberi sedikit sokongan. "Kalau kau nak cerita, aku ada. Tapi kalau kau tak nak sekarang, aku faham."
Natasha tersenyum kecil. "Terima kasih, Nabila."
Nabila mengangguk sebelum mengangkat begnya. "Dah lewat ni. Jom balik?"
Natasha mengambil masa beberapa saat sebelum akhirnya mengangguk. "Jom."
Mereka berdua keluar dari kelas, namun di dalam hati Natasha, persoalan itu masih berulang—Iz, kau kat mana sekarang?
Mereka berdua berpisah, dan tepat selepas itu, Zayn tiba. Seperti biasa, dia menunduk hormat sebelum mendekati Natasha. Tanpa berkata apa-apa, dia tiba-tiba memakaikan black leather coat milik Nonanya ke atas bahunya dengan berhati-hati.
Natasha sedikit terkejut dengan tindakan itu, tetapi dia tidak bersuara. Dia sudah mengetahui identiti sebenar dirinya, dan kerana itu, dia hanya diam. Setelah memastikan coat itu terletak kemas di bahu Natasha, Zayn terus membuka pintu kereta untuknya sebelum masuk ke tempat pemandu.
Natasha menghela nafas perlahan, menyandarkan badannya ke tempat duduk. Walaupun dia memakai T-shirt, dia sedar lengan bajunya pendek, dan memang sepatutnya dia mengenakan leather coatnya.
Kereta mula bergerak meninggalkan kawasan universiti.
Mereka terus menuju ke rumah kerana mood Natasha sedang tidak bagus, dan dia hanya ingin pulang tanpa singgah ke mana-mana.
Zayn yang menyedari perubahan sikap Nonanya hanya diam dan terus memandu dengan tenang. Dia tidak mahu menganggu jika Natasha tidak mahu bercakap.
Sepanjang perjalanan, Natasha menyandarkan kepalanya ke tingkap kereta, matanya merenung kosong ke luar. Fikirannya berkecamuk, bukan hanya kerana kejadian di kafe tadi, tetapi juga kerana sesuatu yang lebih dalam—sesuatu yang dia sendiri sukar untuk jelaskan.
Setibanya di rumah, Zayn segera keluar dan membukakan pintu untuk Natasha. Namun, Natasha hanya duduk diam seketika sebelum akhirnya keluar dari kereta.
"Nona, ingin saya siapkan sesuatu untuk diminum?" Zayn bertanya, matanya memerhatikan Natasha dengan penuh perhatian.
Natasha menggeleng. "Tak perlu. Aku cuma nak masuk dan berehat."
Zayn mengangguk hormat dan tidak berkata apa-apa lagi. Dia hanya menunggu sehingga Natasha benar-benar masuk ke dalam rumah sebelum berlalu pergi ke tempatnya sendiri.
Sebaik melangkah masuk ke dalam rumah, Natasha terus naik ke biliknya. Dia membuka rantai yang tergantung di lehernya dan menggenggamnya erat. "Iz... di mana kau sekarang?" bisiknya perlahan, sebelum dia membaringkan diri di atas katil.
Matanya menatap siling, namun fikirannya terbang jauh... Ke masa lalu.
Setelah melihat Natasha masuk, Zayn kembali ke rumah khusus untuk bodyguard bagi berehat.
Sementara itu, Natasha yang berada di biliknya segera mengunci pintu. Dia melepaskan black leather coat yang dipakaikan oleh Zayn tadi dan meletakkannya di atas katil sebelum beransur menuju ke bilik mandi.
Natasha menyalakan air dan membiarkan pancuran panas mengalir, berharap dapat menenangkan fikirannya yang berserabut. Kejadian di universiti tadi masih bermain di kepalanya, terutama kata-kata tajam dari Arianna dan gengnya. Walaupun dia tidak menunjukkannya, jauh di sudut hatinya, ada sedikit rasa sakit.
Setelah selesai mandi, Natasha mengenakan oversized hoodie berwarna hitam dan seluar jogger yang selesa. Dia mengeringkan rambutnya sambil duduk di tepi katil, matanya tertumpu pada black leather coat yang terletak di sebelahnya.
"Kenapa dia tiba-tiba buat macam tu?" bisiknya sendiri, mengingatkan bagaimana Zayn memakaikan coat itu kepadanya tadi. Perasaan aneh menyelinap di hatinya, sesuatu yang sukar untuk dia jelaskan.
Belum sempat dia tenggelam dalam fikirannya, telefon bimbitnya bergetar. Nama Nabila terpapar di skrin. Natasha menghela nafas sebelum menjawab.
"Hello?"
"Natasha, kau okay tak? Dari tadi kau diam je," suara Nabila kedengaran risau di hujung talian.
Natasha tersenyum kecil. "Aku okay je. Cuma letih sikit."
"Kalau macam tu, rehatlah. Esok kita jumpa, okay?"
"Okay," jawab Natasha sebelum menamatkan panggilan.
Dia merebahkan diri di atas katil, menatap siling. Hari ini terasa panjang, dan dia tahu esok mungkin tidak akan menjadi lebih mudah. Namun, satu perkara yang pasti—dia tidak akan membiarkan sesiapa pun menjatuhkannya.