Pejam celik pejam celik, tanpa disedari sudah dua minggu dia belajar di VIRE UNI. Kini, Natasha mula terbiasa dengan suasana baru dan 'hukuman' yang diberikan padanya, meskipun tidaklah seberat mana. Kelasnya sepatutnya bermula pada pukul 10 pagi, tetapi disebabkan permintaan Nabila untuk datang lebih awal bagi membincangkan sesuatu perkara penting, Natasha terpaksa tiba di VIRE UNI lebih awal daripada biasa.
Beberapa minit kemudian...
Natasha memilih pakaian yang sederhana tetapi tetap kelihatan sangat cantik dan sopan. Dia menaiki lif seperti biasa, melangkah keluar dengan tenang, dan bersiap menghadapi 'hukuman' yang menantinya.
Natasha terus meminta Farah untuk memberitahu Zayn agar bersiap sedia. Dia mahu memastikan semua berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Farah segera menghubungi Zayn, memberitahunya agar dia bersiap.
Sewaktu keluar, Natasha melihat Zayn yang sudah bersiap sedia membukakan pintu untuknya. Zayn tersenyum kecil apabila melihat Natasha berjalan ke arahnya. Natasha, yang sudah terbiasa dengan rutin ini, hanya mengangguk sedikit sebagai tanda terima kasih sebelum cepat-cepat masuk ke dalam kereta tanpa banyak cakap
Selama di dalam kereta, suasana terasa hening. Natasha dan Zayn hanya duduk diam, masing-masing tenggelam dalam fikiran sendiri, tanpa ada satu pun yang memulakan percakapan. Hanya bunyi deru enjin dan suasana luar yang menemani perjalanan mereka.
15 minit kemudian...
Natasha tiba di luar kawasan VIRE UNI. Dengan rasa ingin tahu yang membuak-buak tentang apa yang ingin dibincangkan oleh Nabila, Natasha dengan cepat melangkah masuk ke dalam kawasan universiti, bersedia untuk mendapatkan jawapan.
Namun, sewaktu Natasha berjalan menuju ke taman tempat biasa mereka berjumpa, dia mendapati Nabila tidak kelihatan. Tiba-tiba, seorang siswi yang sedang berjalan berhampiran, Natasha memanggilnya dengan sopan untuk bertanya tentang keberadaan Nabila.
"Excuse me, Nabila mana ya?" tanya Natasha dengan lembut.
Siswi tersebut berhenti sejenak, memandang Natasha, dan menjawab, "Nabila... Kalau Nabila, dia selalunya datang sekitar pukul 8:30 atau 9:00. Rasanya tak lama lagi dia datang ni."
Natasha hanya mengangguk tanda faham, dan siswi tersebut pun meneruskan langkahnya, meninggalkan Natasha yang masih menunggu di situ.
Natasha kemudian memutuskan untuk naik ke rooftop, mencari ketenangan sambil menunggu Nabila tiba. Dia perlahan-lahan melangkah menuju ke pintu lif, merasakan angin segar yang berhembus lembut. Setibanya di atas, Natasha menikmati pemandangan dari ketinggian, meresapi kesunyian seketika sebelum pertemuan yang akan datang.
Sewaktu duduk di rooftop, Natasha merasa seperti ada seseorang yang sedang memerhatikannya. Dugaan Natasha ternyata benar—di sebalik dinding, VILE FOUR sedang bersembunyi. Tanpa membuang masa, Natasha segera meminta mereka keluar, karena kehadiran mereka sudah terbongkar.
"Aku tak peduli kalau kau tahu ke atau tak, cuma aku ada hal yang ingin dibincang dengan kau. Itu pun kalau kau sudi nak dengar," ujar Fariz, berusaha berbasa-basi. Natasha hanya memandangnya tajam, tanpa menunjukkan reaksi lain.
"Can you just straight to the point?" tanya Natasha dengan tegas.
Fariz menarik nafas sebelum terus terang, "Aku boleh tarik balik gelaran 'Red person' tanpa kau perlu minta maaf dengan aku, dan tiada sesiapa lagi yang akan ganggu kau, termasuk CHIC QUEENS mahupun kami. Tapi syaratnya, kau kena berduel dengan aku 1vs1, dan kalau kau menang, hadiahnya seperti yang aku sebutkan tadi."
Natasha merenungnya, dan bertanya, "Kalau aku yang kalah pula?"
Fariz menjawab, "Jika kau yang kalah, kau harus jadi assistant pribadi kami di VILE FOUR, dan of course, kau akan sentiasa dilindungi oleh kami berempat serta tinggal bersama kami berempat."
Natasha menyedari riak wajah Arden, Ethan, dan David yang kelihatan tidak suka dengan cadangan Fariz, namun mereka tidak berani berkata apa-apa.
"Sebelum aku terima, aku nak tanya kau sesuatu," ujar Natasha.
Fariz mengangkat kening, "Apa dia?"
"Kau atau kamu semua kenal dengan TRIVANE?" tanya Natasha, matanya tajam.
"Apa kaitan TRIVANE dengan tawaranku?" Fariz membalas soalan dengan soalan.
"Tak, kau just jawab yes or no. That's all," Natasha menjawab.
Fariz mengangguk, "Of course, siapa saja tak kenal dengan TRIVANE. Kalau kau tanya soalan ini dengan siswa-siswi VIRE UNI, mungkin jawapan kami sama."
"Sekarang, adakah kau kenal siapa saja member dan leader TRIVANE?" tanya Natasha.
"Of course. Kalau tak silap aku, member TRIVANE cuma tiga orang, tapi leader-nya masih belum diketahui oleh sesiapa pun, hanya orang tertentu dan member TRIVANE sendiri yang tahu," jawab Fariz.
Natasha tersenyum tipis, dan Arden perasan akan hal tersebut. Natasha mendekati Fariz lalu membisikkannya sesuatu.
"Kalau kau nak aku masuk ke VILE FOUR, make sure kalahkan dulu leader TRIVANE, dan aku akan senang hati masuk ke VILE FOUR tanpa ada perlawanan," bisik Natasha.
Sebelum meninggalkan mereka, Natasha terhenti sebentar.
"Upss, hampir saja terlupa. Tawaran mu tadi sangat menarik, dan of course, aku terima. Untuk tempat dan harinya, kamu yang pilih. Nanti shareloc sahaja dengan aku," balas Natasha.
Dengan itu, Natasha segera meninggalkan Fariz dan VILE FOUR di rooftop, langkahnya cepat dan penuh keyakinan.
Fariz dan VILE FOUR saling berpandangan, kebingungan dengan apa yang baru saja terjadi. Perkataan "TRIVANE" yang disebut oleh Natasha seperti membawa misteri yang lebih dalam. Walaupun mereka seharusnya sudah mendapat jawapan, rasa ingin tahu mereka semakin membara. Mereka mula mempersoalkan kembali identiti sebenar Natasha, yang bagi mereka masih penuh dengan teka-teki.
"Siapa sebenarnya dia?" tanya Arden dengan nada curiga, matanya masih tertumpu pada langkah Natasha yang semakin menjauh.
"Tak boleh jadi... Dia tahu tentang TRIVANE," ujar Ethan, berbisik pada David dan Arden. "Itu bukan perkara yang mudah. Bagaimana dia boleh tahu?"
David mengangguk, merenung kosong ke arah tempat Natasha tadi berdiri. "Betul. Kita baru tahu 5% tentang dia. Tapi masih ada 95% lagi yang belum terungkap. Ada sesuatu yang sangat besar yang disembunyikan."
Fariz, yang masih berdiri di tempat yang sama, menatap ke arah Natasha yang sudah hilang dari pandangan. Dia menarik nafas dalam-dalam, bingung dengan apa yang baru saja didengarnya.
"Aku rasa, kita belum tahu semuanya tentang dia," kata Fariz dengan suara rendah, tetapi tegas. "Apa pun, kita harus berhati-hati. Siapa tahu apa yang dia sembunyikan."
Mereka bertiga terus berbincang, memikirkan segala kemungkinan tentang Natasha, dengan rasa curiga yang semakin mendalam. Bagi mereka, Natasha bukanlah sekadar seorang siswi biasa di VIRE UNI—dia pasti mempunyai kaitan dengan sesuatu yang lebih besar, yang mungkin akan terbongkar dengan lebih banyak pertemuan seperti ini.
Arden bersuara lagi, "Iz, tentang duel tu jadi?" tanyanya sambil memandang Fariz.
Fariz mengangguk dengan tenang. "Jadi."
"Den, tempat tu sudah kau deal juga dengan uncle mu? Sebab setahuku tempat tersebut milik uncle mu," ujar Ethan, ingin memastikan semuanya berjalan lancar.
"Janganlah risau, aku dah confirm semalam lagi tentang itu," balas Arden dengan yakin.
David mengangguk perlahan. "Tempat sudah confirm. Sekarang, hari pula?"
Arden memikirkan sejenak sebelum memberikan cadangan. "Macam mana kalau esok malam? Jadi Fariz dan Natasha ada masa juga untuk berlatih."
Fariz mengangguk setuju. "Boleh. Esok malam kita buat. Aku akan pastikan semuanya bersedia."
Mereka semua sepakat, dengan Fariz yang kini lebih bersedia menghadapi duel itu, sementara misteri tentang Natasha masih bermain di fikiran mereka.
Sambil duduk di taman, Natasha menikmati roti bakar yang baru dibelinya dari kafeteria. Dia menikmati ketenangan pagi itu sambil menunggu Nabila. Namun, tiba-tiba, bunyi notifikasi dari handphonenya mengalihkan perhatian. Natasha mengangkat handphone dan melihat bahwa ada SMS yang masuk.
Pesan itu ternyata dari Fariz, memberitahukan hari dan tempat untuk duel mereka. Natasha membaca pesan itu dengan teliti, wajahnya tetap tenang, namun pikirannya mulai merencanakan langkah-langkah yang perlu diambil.
Setelah membaca, Natasha mengunci handphonenya kembali dan melanjutkan makan, menunggu kedatangan Nabila, sambil memikirkan strategi untuk menghadapi duel yang akan datang.
Tiba-tiba, Natasha merasakan bahunya disentuh dari arah belakang. Refleksnya langsung terpicu, dan dia hampir saja melakukan body slam pada orang itu. Namun, saat hendak melakukannya, dia terhenti sejenak ketika mendengar suara yang familier.
"Tasha, ini saya, Nabila," ucap Nabila dengan cepat, nada suaranya penuh kewaspadaan.
Natasha segera menurunkan tangannya dan berbalik. "Nabila? Maaf, aku tak perasan tadi," katanya, sedikit tersenyum, merasa lega kerana tidak mencederakan rakannya sendiri.
Nabila tertawa kecil. "Tak apa, aku faham kau selalu berjaga-jaga. Tapi, kita boleh bincang di sini sekarang."
Natasha mengangguk, menarik nafas dalam-dalam untuk menenangkan diri, lalu duduk kembali sambil memandang Nabila. "Jadi, ada apa yang kau nak bincangkan?" tanyanya, kembali fokus.
"Tasha, siapa sebenarnya dirimu?" tanya Nabila dengan nada yang serius, wajahnya yang sebelumnya kelihatan bingung kini berubah menjadi penuh perhatian.
Natasha terkejut, namun cuba untuk tetap tenang. "Saya Alya Natasha lah, bukannya awak dah kenal saya, ke? Kita ni classmate," balas Natasha dengan senyuman tipis, berusaha untuk meredakan ketegangan. Namun, dia juga menyedari perubahan raut wajah Nabila yang kini begitu serius.
Nabila masih memandangnya dengan tajam. "Kenapa awak terlihat pucat seperti itu, Tasha?" tanyanya, suaranya penuh curiga.
"Pucat... Siapa saya..? Mana ada, awak salah lihat saja itu," jawab Natasha sambil berpaling sedikit, memandang ke arah bunga-bunga di taman, seolah-olah mencari alasan untuk mengalihkan perhatian dari Nabila.
Namun, dalam hatinya, Natasha tahu ada sesuatu yang lebih dalam yang sedang disoroti oleh Nabila. Perasaan gelisah mula muncul dalam dirinya, tetapi dia berusaha untuk tetap berpura-pura tidak mengetahui apa-apa.
Setelah beberapa saat hening, Nabila akhirnya mengangguk, walaupun wajahnya masih terlihat sedikit ragu. "Kita pergi kelas dulu, Tasha. Ada 10 minit lagi sebelum kelas bermula," katanya, berusaha mengubah topik.
Natasha mengangguk dengan cepat, merasa lega kerana perbualan tadi tidak berlanjut lebih jauh. Mereka berdua kemudian berjalan ke arah kelas, langkah mereka serasi meskipun ada sedikit ketegangan yang masih terasa di udara.
"Jom," ujar Natasha, berusaha untuk tetap tenang, sambil melangkah lebih cepat. Nabila di sisi sebelahnya juga tidak berkata apa-apa lagi, hanya mengikut langkah Natasha dengan pandangan yang masih penuh tanda tanya.
Natasha duduk di dalam kelas, namun fikirannya terasa kacau. Ketegangan yang dirasakannya sejak perbualan dengan Nabila masih menghantui, membuatkan dia sukar untuk fokus. Tanpa berfikir panjang, dia menampar wajahnya sendiri dengan agak kuat, berharap untuk memulihkan fokusnya. Namun, tindakannya itu menyebabkan seluruh kelas memandang ke arahnya dengan terkejut.
"Natasha, are you good?" tanya Ma'am Jenny, dengan nada prihatin, melihat tingkah laku Natasha yang agak aneh.
Semua mata pelajar kini tertumpu padanya, membuatkan Natasha sedikit canggung. Dia menarik nafas dalam-dalam, cuba menenangkan diri sebelum menjawab, "Yes, Ma'am. Maaf, saya hanya mengantuk sekejap."
Ma'am Jenny memandangnya dengan sedikit curiga, tetapi tidak berkata lebih. "Okay, if you need anything, let me know," katanya dengan suara lembut.
Natasha hanya mengangguk, cuba menahan rasa gelisah yang semakin memuncak dalam dirinya.
Walaupun semua mata tertumpu padanya, cara Natasha menampar wajahnya sendiri ternyata berhasil. Perlahan-lahan, rasa gelisah yang mengganggu fikirannya hilang, dan fokusnya kembali ke kelas. Dia mengalihkan perhatiannya ke papan putih, mendengarkan penjelasan Ma'am Jenny dengan lebih fokus daripada sebelumnya.
Walaupun masih ada rasa canggung di dalam hatinya, dia berusaha untuk menyembunyikannya. Semua yang terjadi tadi tidak menghalangnya untuk tetap bertahan dan terus maju, apalagi dengan kelas yang sedang berlangsung. Natasha mengambil nafas dalam-dalam, memastikan dirinya tetap berada di sini, sekarang, dan kembali bersiap untuk menyerap pelajaran yang diberikan.
Beberapa jam kemudian...
Setelah kelas berakhir tepat pukul 12, Natasha segera mengeluarkan handphonenya dari beg. Dia ingin menghubungi Farah untuk memberitahu Zayn agar tidak datang menjemputnya hari itu. Namun, apabila Farah mengangkat, dia segera memberitahu sesuatu yang tidak disangka.
"Nona, Zayn ambil cuti selama 3 hari sebab ibunya yang berada di kampung sedang sakit," ujar Farah dengan nada prihatin. "Jadi, dia tak akan datang hari ini. Anyway, Tuan Muda Rayyan dan Tuan Muda Amirul juga ikut kamp selama 3 hari."
Natasha terdiam sejenak, terkejut mendengar berita itu. "Oh, begitu... Terima kasih sebab memberitahu, Farah," balasnya, merasa sedikit terkejut tetapi juga lega kerana dia tidak perlu lagi risau tentang Zayn menjemputnya hari itu.
"Tak apa, Nona. Kalau anda perlukan apa-apa, beritahu saja, ya," jawab Farah dengan penuh perhatian.
"Sure, thanks," balas Natasha sebelum menutup panggilan. Dia menarik nafas dalam-dalam, merenung ke luar tingkap kelas, cuba untuk menyusun langkah selanjutnya.
Natasha mengukir senyuman tipis di bibirnya. Rasanya seperti sebuah kebetulan yang membebaskan. Tidak ada lagi yang akan melarangnya keluar malam, tidak ada lagi yang mengawasinya. Dia merasa sedikit lega, seperti beban yang terlepas dari bahunya. Sebentar tadi, semuanya terasa lebih ringan.
Dengan Zayn yang mengambil cuti dan Rayyan serta Amirul yang pergi ke kem, dia akhirnya punya kebebasan untuk membuat keputusan sendiri tanpa ada yang menghalang. Walaupun hatinya sedikit risau dengan persetujuan untuk berduel dengan Fariz, dia tahu itu adalah peluang untuk membuktikan dirinya.
"Sepertinya esok malam akan menarik," bisiknya pada dirinya sendiri, sambil memikirkan apa yang akan berlaku selepas ini. Dia berjalan keluar dari kelas dengan langkah yang lebih ringan, siap menghadapi hari-hari berikutnya dengan rasa bebas yang baru ditemuinya.
Natasha melangkah keluar dari VIRE UNI dengan langkah yang tenang, menyandarkan diri pada kenyataan bahawa kelasnya sudah berakhir dan dia kini bebas untuk beberapa waktu. Dia memesan teksi dan beberapa minit kemudian, teksi itu berhenti di sebuah perumahan rumah yang tenang. Begitu keluar dari kereta, Natasha memandang sekeliling, seolah-olah mencari sesuatu atau seseorang.
Pandangannya tertumpu pada rumah-rumah yang sepi, dan langkahnya kelihatan agak ragu. Ada sesuatu yang ada di dalam fikirannya, dan sepertinya dia sedang mencari sesuatu yang sangat penting. Dengan hati-hati, dia berjalan menuju ke satu arah yang dia rasa familiar, seakan tahu ke mana tujuannya walaupun kawasan itu agak asing baginya.
Setiap langkahnya terasa penuh dengan perasaan ingin tahu dan mungkin sedikit kecemasan.
Natasha melangkah masuk ke dalam rumah yang kelihatan sudah lama ditinggalkan dan terbengkalai. Pintu kayu yang sudah usang terbuka sedikit, seperti memberi izin untuknya memasuki ruang yang penuh dengan keheningan. Keadaan rumah itu nampak suram, dengan dinding yang retak dan lantai yang berdebu. Jendela-jendela rumah yang pecah membiarkan cahaya matahari yang pudar menerobos masuk, mencipta bayang-bayang yang menakutkan di setiap sudut.
Walaupun rumah itu kelihatan seperti tempat yang tidak menyambut kedatangan sesiapa, Natasha tetap melangkah masuk. Di dalam hatinya ada rasa ingin tahu yang kuat, seakan-akan ada sesuatu yang menunggunya di sana. Setiap langkah yang diambilnya terasa berat, namun dia terus maju, menghindari serpihan kaca dan perabot lama yang berserakan.
Dia mengamati sekeliling, setiap sudut rumah itu mengingatkannya akan sesuatu yang lama terlupakan. Ada bau lembap yang menyelimuti udara, dan suara langkahnya menjadi satu-satunya bunyi yang dapat didengari di tempat sunyi itu. Natasha terus berjalan lebih dalam, seakan mencari jawapan untuk sesuatu yang telah lama tersembunyi.
Natasha menaiki tangga yang berderak setiap kali dia melangkah, menuju ke sebuah bilik di tengah-tengah antara bilik yang lain. Bilik itu, walaupun sama terbengkalainya dengan yang lain, terasa seolah-olah menyimpan sesuatu yang lebih dalam dan peribadi. Dia membuka pintu dengan perlahan, dan ketika dia melangkah masuk, matanya segera memandang sekeliling, seolah-olah mencari sisa-sisa kenangan yang pernah ada di situ.
Tiba-tiba, tanpa disedari, air matanya mula menetes keluar. Sesuatu di dalam bilik itu membangkitkan emosi yang lama terpendam. Mungkin dinding yang pernah menyimpan suara-suara gembira, atau lantai yang pernah menjadi saksi kepada langkah-langkah kecil yang penuh dengan harapan. Natasha berdiri diam, membiarkan perasaan itu mengalir bersamanya, tanpa cuba menahannya.
Dia menghapus air matanya dengan perlahan, namun kenangan yang muncul terus menghantui fikirannya, membawa kembali perasaan kehilangan yang mendalam. Di bilik itu, dia merasakan kesedihan yang tidak pernah benar-benar pergi, seolah-olah bilik itu juga menangisi apa yang telah hilang bersama masa.
30 minit kemudian...
Setelah puas menangis dan melepaskan segala beban perasaan yang terpendam, Natasha menghela nafas panjang. Dia menghapus sisa-sisa air mata di pipinya, cuba menguatkan diri kembali. Dengan langkah yang perlahan tapi pasti, dia berjalan keluar dari bilik tersebut, meninggalkan kenangan yang masih melekat di setiap sudutnya.
Tangga yang sama yang dinaikinya tadi kini dilalui sekali lagi, bunyi deraknya seperti melodi sendu yang mengiringi langkahnya. Natasha melangkah turun dengan hati yang sedikit lega, meskipun kesedihan itu masih bersemayam di dalam hatinya.
Setibanya di luar rumah, dia mengangkat wajahnya ke arah langit, membiarkan sinar matahari yang redup menyentuh kulitnya. Angin sepoi-sepoi berhembus, seakan membawa pesan harapan bahawa segala kesedihan ini akan berlalu. Natasha menarik nafas dalam-dalam, bersedia untuk menghadapi dunia luar yang menantinya, dengan semangat yang perlahan-lahan pulih.
Beberapa minit kemudian...
Natasha akhirnya sampai di rumahnya. Dia melangkah keluar dari kereta dengan wajah yang letih namun tenang. Di depan pintu, Farah sudah menunggu dengan senyuman lembut di wajahnya, seolah-olah memahami apa yang Natasha lalui tanpa perlu berkata apa-apa.
"Welcome back, Nona. Are you okay?" tanya Farah lembut sambil mendekati Natasha.
Natasha mengangguk perlahan, kemudian memberikan senyuman kecil sebagai balasan. "Ya, aku okay. Thanks, Farah," jawab Natasha, suaranya sedikit serak tapi penuh rasa terima kasih.
Farah memegang bahu Natasha dengan lembut, memberikan sokongan tanpa perlu banyak bicara. "Kalau anda perlukan apa-apa, saya ada, okay?"
Natasha tersenyum lagi, kali ini dengan lebih tulus. "Aku tahu, Farah. Terima kasih." Mereka berdua kemudian melangkah masuk ke dalam rumah, membawa suasana yang lebih tenang dan hangat.
Farah terus menghidangkan snack kepada Natasha yang sedang duduk di ruang tamu. "Anyway, mama, papa, dan abang Niel mana? Sunyi sepi saja rumah ni," tanya Natasha sambil membuka plastik snack kegemarannya.
"Tuan Dato dan Puan Datin pergi business trip hari ini selama seminggu, dan Tuan Muda Ardan pula ada meeting. Mungkin balik lewat malam ini," jawab Farah dengan tenang.
Setelah mendapat jawapan yang diinginkannya, Natasha mengangguk. "Kalau macam tu, tolong minta Mak Pia masak asam pedas malam ni. Rasanya dah lama tak makan."
"Baik, Nona. Nanti saya pesan dengan Mak Pia," jawab Farah dengan penuh perhatian.
Natasha pun bangun, mengucapkan terima kasih pada Farah, dan menuju ke biliknya. Dia menanggalkan pakaian, bergegas ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Setelah selesai mandi, Natasha memutuskan untuk tidur seketika, memandangkan waktu baru menunjukkan pukul 2 petang.
Sambil berbaring di katil, dia menarik selimut, merasakan tubuhnya yang agak keletihan selepas seharian penuh dengan perasaan yang bergejolak. Meskipun mindanya masih sibuk, tidur sebentar terasa seperti satu keperluan yang tidak dapat dielakkan. Tak lama selepas itu, Natasha terlelap dalam keadaan tenang, berharap bahawa sekejap tidur ini dapat memberikannya sedikit ketenangan.
Setelah beberapa jam...
Natasha terjaga dan mendapati langit sudah mulai gelap. Dia menguap, memeriksa telefon, dan melihat beberapa mesej masuk, termasuk dari Farah yang memberitahunya bahawa Mak Pia sudah memasak asam pedas yang diminta.
Natasha mengusap wajahnya, terasa lega kerana segala yang dia perlukan sudah tersedia. Dia pun bangun dan bersiap-siap untuk turun ke bawah, menikmati hidangan malam yang sedap.
Sewaktu dia melangkah ke ruang makan, Farah sudah pun duduk di meja, menunggunya dengan senyuman. "Jom makan, Nona. Makanan dah siap," ajak Farah dengan sopan.
Natasha tersenyum, rasa laparnya sudah datang setelah beristirahat seharian. "Terima kasih, Farah," jawab Natasha, sambil duduk di meja makan. Mereka berdua mula menikmati hidangan, berbual santai tentang hal-hal ringan, meskipun Farah lebih banyak mendengar dan memberikan layanan yang baik kepada Natasha.
Setelah selesai makan, Natasha duduk di ruang tamu sambil menonton filem. "Farah, abang Niel belum balik lagi? Sekarang sudah jam 8 malam, takkan belum balik lagi?" tanya Natasha dengan nada sedikit terkejut, sambil memandang ke arah jam di dinding.
"Tadi Tuan Muda Ardan ada call saya dan dia beritahu mungkin balik pukul 11 atau 12 begitu," jawab Farah dengan tenang, sambil sibuk membersihkan dapur.
Natasha mengangguk, lalu mengalihkan perhatiannya ke filem yang sedang ditontonnya. Walaupun terasa sedikit bosan menunggu, dia cuba untuk menikmati malamnya dengan santai. Perasaan sedikit gelisah semakin berkurang ketika dia asyik menonton jalan cerita filem tersebut, tetapi dalam hatinya, ada sesuatu yang mengganggu—terutama soal pertemuan dengan Fariz yang semakin mendekat.
"Kalau abang Niel balik nanti, pastikan dia tahu saya nak berjumpa dengan dia," ucap Natasha, sambil menahan perasaan yang datang tiba-tiba.
Farah hanya membalas dengan anggukan.
Beberapa jam kemudian...
Natasha terdengar bunyi enjin kereta abangnya masuk ke perkarangan garaj. Saat yang sama, filem yang sedang ditontonnya pun tamat. Dia berpaling ke arah pintu, memikirkan apakah yang akan berlaku selepas ini.
"Abang Niel balik," ujar Natasha dalam hati, sedikit teruja, namun dia cuba untuk tidak terlalu memikirkan perkara itu.
Dia mengangkat badan dari sofa, berjalan perlahan ke arah pintu dan membukanya. Ardan masuk ke dalam dengan wajah sedikit serius, seperti selalu selepas selesai mesyuarat.
"Abang, dah makan?" tanya Natasha sambil memerhati Ardan yang sedang menanggalkan jaketnya.
"Ya, sudah. Makan dengan kawan-kawan," jawab Ardan dengan nada tenang, namun matanya sedikit terlihat lelah.
Natasha hanya mengangguk, tidak bertanya lebih lanjut. Namun dalam hatinya, dia masih teringatkan pertemuan yang bakal berlaku dengan Fariz nanti malam.
Ardan terus naik ke biliknya, terlihat keletihan yang jelas di wajahnya. Natasha yang faham dengan keadaan abangnya, hanya memerhati dengan penuh pengertian. Dia tahu betapa sibuk dan penatnya Ardan sepanjang hari, dan dia tidak mahu mengganggu dengan pertanyaan atau percakapan yang tidak perlu.
Dengan perlahan, Natasha duduk kembali di ruang tamu, memikirkan tentang pertemuannya yang akan datang dan bagaimana segala perkara ini akan berjalan. Suasana sekeliling terasa sunyi, tetapi dia merasakan sebuah ketenangan yang asing. Hanya bunyi suara filem yang berakhir menemaninya dalam kesunyian malam itu.
Fikirannya melayang kembali ke pertemuan dengan Fariz, tawaran yang diberikan dan kesan yang bakal timbul darinya. Tapi buat sementara waktu, dia hanya ingin fokus pada saat ini, tanpa terburu-buru dalam memikirkan masa depan yang penuh teka-teki.
Beberapa minit kemudian...
Natasha memutuskan untuk berlatih agar badannya tidak terlalu kaku sewaktu berduel esok malam. Dia meminta Farah dan Mak Pia untuk masuk ke bilik mereka masing-masing. Setelah itu, Natasha berjalan naik ke biliknya, mengunci pintu dengan perlahan,
Natasha menarik almari pakaiannya ke tepi, memperlihatkan sesuatu yang kelihatan seperti dinding biasa. Namun, dengan menekan satu bahagian tersembunyi, dinding itu perlahan-lahan bergeser, membuka jalan masuk ke ruang rahsianya—tempat yang hanya dia seorang sahaja tahu kewujudannya.
Ruang rahsia ini bukan sekadar tempat persembunyian, tetapi juga tempat di mana dia berlatih dan menenangkan diri. Dilengkapi dengan kemudahan yang hampir sempurna, ruang ini memiliki beberapa peralatan latihan yang membantunya meningkatkan ketangkasan dan kekuatan fizikalnya. Mat latihan, punching bag, serta beberapa senjata tumpul dan tajam tersusun rapi di satu sudut bilik.
Namun, bukan itu sahaja. Natasha juga memastikan ruang ini cukup selesa untuknya. Di satu sudut, terdapat sebuah sofa empuk yang boleh dijadikan tempat tidur sekiranya dia malas untuk naik semula ke biliknya. Bersebelahan dengan sofa itu, sebuah kotak kecil menyimpan pelbagai jenis snek kegemarannya, semuanya tersusun rapi seolah-olah berada di dalam mini-market peribadi. Untuk minuman, dia menyediakan sebuah freezer mini yang dipenuhi dengan air kotak, soda, dan jus kegemarannya.
Walaupun memiliki tempat rahsia ini, Natasha tidak pernah membiarkan keselamatannya terabai. Ruang ini dilengkapi dengan sistem keselamatan tinggi—hanya dia seorang sahaja yang tahu cara membukanya. Sekiranya ada sesiapa yang cuba masuk ke biliknya, sistem penggera rahsia akan memberi amaran kepadanya, membolehkannya segera naik semula sebelum sesiapa sempat menyedari apa-apa yang pelik.
Satu lagi sudut istimewa di ruang rahsianya ialah sebuah swing chair yang digantung dengan selamat. Di sinilah dia akan duduk apabila mahu membaca novel kegemarannya, kerana baginya, membaca sambil berayun memberikan ketenangan yang lebih berbanding membaca di atas sofa biasa.
Walaupun sudah lama memiliki ruang ini, sehingga ke hari ini, tiada satu pun ahli keluarganya yang tahu tentang kewujudannya. Bagi Natasha, ini adalah satu-satunya tempat di mana dia benar-benar bebas, jauh dari mata-mata yang ingin tahu dan rahsia yang ingin disembunyikannya.
Dia menarik nafas dalam-dalam, bersiap sedia untuk memulakan latihan. Malam ini, tiada lagi gangguan. Semua fokus hanya pada persiapan untuk duel yang akan datang.