Bab 11: Bukan Beban, Tapi Adik

"Tepat pukul 12 tengah malam, di tempat duel mereka iaitu di tengah-tengah hutan yang gelap, terdapat sebuah bangunan lama dengan sebuah gelanggang di dalamnya.

Natasha sudah sampai di tempat yang dijanjikan, sementara Fariz kelihatan memandang rendah kepadanya. Arden, David, dan Ethan hanya diam, menunggu. Tanpa membuang masa, mereka berdua pun bersedia untuk memulakan duel masing-masing."

❀❀❀

Di dalam sebuah ruangan yang terletak di tengah hutan, dua figura berdiri berhadapan. Bekas arena ini penuh dengan sejarah, dikelilingi dinding batu yang kelihatan usang dan lantai kayu licin, menandakan berpuluh-puluh tahun ia digunakan untuk pertarungan. Suasana sunyi, hanya desiran angin dari luar yang menggegarkan dedaunan. Mereka bersedia.

Fariz melangkah ke hadapan, mengepalkan tangan dengan wajah serius. "Jangan harap aku akan mengalah," katanya, suaranya berat dengan keyakinan.

Natasha di hadapannya tidak gentar. Dia membetulkan posisi, matanya tajam memerhatikan setiap gerakan Fariz. "Aku tak perlukan belas kasihan, dan aku takkan bagi peluang," balasnya sambil melangkah ke posisi bertahan.

Duel dimulakan dengan pantas. Fariz menyerang dengan jab dan cross, mengarah ke wajah Natasha, namun dengan gerakan pantas, Natasha mengelak dan membalas dengan roundhouse kick yang menyapu ke sisi badan Fariz. Pukulan itu membuatkan Fariz terhuyung-hayang, tetapi dia segera kembali berdiri tegak.

Tanpa memberi masa untuk berfikir, Fariz menggerakkan tangan, cuba menangkap lawannya dengan serangan elbow strike. Namun, Natasha cepat mengelak dan membalas dengan knee strike yang tepat ke arah perut Fariz, menyebabkan Fariz terhenti seketika, terbatuk akibat serangan tersebut.

Walaupun tubuhnya sedikit terjejas, Fariz tidak memberi ruang. Dia cuba mengunci Natasha dengan teknik armbar, tetapi Natasha menggunakan block and parry untuk menepis serangan tersebut. Dia terus bergerak, mengimbangi setiap serangan dengan teknik shrimping dan clinching untuk menghentikan serangan-serangan susulan.

Kini, mereka berada dalam posisi yang hampir sempurna untuk melakukan final sweep—sebuah gerakan yang menggabungkan teknik serangan dan pertahanan dalam satu langkah terakhir. Mereka saling berhadapan, mengukur satu sama lain, menunggu masa yang tepat. Fariz, percaya dirinya sudah mengenal taktik lawannya, mengambil kesempatan untuk menyerang.

Dengan niat mengunci, Fariz melancarkan single-leg takedown—tujuannya untuk menarik kaki Natasha ke bawah. Namun, Natasha dengan licik mengubah posisi. Tanpa memberi peluang, dia melangkah ke sisi, menggerakkan kakinya dalam satu gerakan leg sweep yang sempurna.

Serangan ini memanfaatkan kelemahan Fariz. Dia yang terlalu fokus pada gerakan tangan, gagal mengawal keseimbangan badan. Dalam sekelip mata, Fariz jatuh terjelepok ke tanah, wajahnya terkejut melihat dirinya terbaring. Natasha berdiri di atasnya, tidak peduli pada keputusan yang sudah pasti.

"Lain kali, pastikan kau memeriksa dengan teliti," kata Natasha dengan senyuman dingin, menghulurkan tangan untuk membantu Fariz bangun, namun tanpa menyembunyikan kemenangan di matanya.

Fariz menghela nafas panjang. "Aku rasa... kau menang kali ini," jawabnya, suara rendah namun penuh rasa hormat. Dia menunduk sedikit, menyedari kesilapannya.

Natasha hanya mengangguk perlahan. "Tak kira berapa kali kau cuba, yang penting, strategi itu lebih penting daripada kekuatan," jawabnya. "Dan selalu ingat, jangan terjebak dengan perkara yang tidak jelas."

Fariz mengangguk faham. Walaupun dia kalah, rasa kagumnya terhadap kehebatan Natasha semakin mendalam. Dalam duel ini, dia bukan sahaja kalah, tetapi juga belajar tentang strategi dan kelemahan yang perlu diperbaiki.

Setelah duel yang cukup sengit, mereka berdua memutuskan untuk berehat sejenak sebelum pulang. Kedua-duanya hanya menerima luka ringan—lebam di wajah. Natasha yang hanya menerima lebam di pipi dan hidung, manakala Fariz menerima lebam di beberapa bahagian wajah, hampir sama dengan Natasha, tetapi lebih teruk. Suasana menjadi sepi, namun tiba-tiba Fariz bersuara.

"Natasha, teknik yang kau gunakan di detik-detik terakhir itu, dari mana kau belajar?" tanya Fariz, seakan ingin memastikan sesuatu.

"Oh, kau maksudkan The Final Sweep? Kenapa tiba-tiba kau tanya?" tanya Natasha, membalas soalan dengan soalan.

"Tiadalah, aku cuma nak pastikan sesuatu, tapi kalau kau tak nak beritahu, tak mengapa," balas Fariz.

"Aku tak diajar sesiapa tentang teknik itu. Sebabnya, aku yang cipta sendiri. Teknik itu boleh dikatakan aku gabungkan beberapa teknik, dan pada akhirnya terciptalah The Final Sweep," beritahu Natasha.

Setelah mendengar jawapan itu, Fariz terlihat seperti sedang memikirkan sesuatu. "Anyway, teknik ini lebih berfokus pada kaki, bukan tangan. Kalaulah kau guna kakimu, mungkin situasinya akan berbalik," beritahu Natasha lagi.

"Ah, iya. Aku pun kadang-kadang keliru dengan teknik itu," balas Fariz.

"Btw, teknik itu kau diajar siapa?" tanya Natasha.

"Oleh seseorang yang sangat berarti bagiku," jawab Fariz.

Tiba-tiba, Natasha berjalan mendekati Fariz. "Fariz, sorry," ucap Natasha.

Fariz yang hairan ingin bertanya, tetapi sebelum sempat mengeluarkan kata-kata, Natasha terus membuatkannya pingsan terlebih dahulu. Arden, David, dan Ethan yang melihat kejadian itu segera mencurigai Natasha.

"Natasha, apa maksudnya ni?" tanya Ethan tegas.

Natasha dengan cepat meletakkan Fariz di tanah sebelum menjawab soalan dari kawan-kawan Fariz. "Calm down. Duduk dulu. Aku tiada niat pun untuk pingsankan Fariz, tapi aku ada urusan dengan kamu bertiga. Jadi, boleh tolong duduk?" beritahu Natasha dengan lembut.

"Aku nak tanya sesuatu pada kamu bertiga. Betulkah kamu ada mencari informasi tentang seseorang?" tanya Natasha sambil memandang mereka satu persatu.

Mereka bertiga terkejut, wajah mereka jelas menunjukkan rasa hairan—dari mana Natasha tahu?

Natasha menghela nafas kecil. "Aku boleh anggap diamnya kamu bertiga itu artinya 'iya'. Aku bukan nak menyibuk atau jaga tepi kain orang, cuma lebih baik kamu hentikan apa yang kamu buat sekarang. Sebab, kamu takkan pernah tahu apa yang menunggu kalau rasa ingin tahu kamu melampaui batas." Suaranya tegas, tetapi nadanya tetap tenang.

"Kau nak ugut kami?" David bersuara, matanya tajam memandang Natasha.

"Definitely no," jawab Natasha sambil menggeleng. "Aku cuma bagi nasihat. Sebab, siapa tahu—kerana rasa ingin tahu kamu itu, kamu kehilangan nyawa... atau seseorang yang sangat berharga buat kamu."

David, Ethan, dan Arden saling berpandangan. Kata-kata Natasha itu membuatkan mereka sedikit terganggu. Namun, sebelum ada yang menyahut, Natasha menambah, "Aku tak peduli kalau kamu nak abaikan nasihat aku. Tapi ingat, salah langkah sedikit saja... nyawa boleh melayang."

Nada suara Natasha berubah menjadi lebih serius. Suasana sunyi seketika, hanya dengungan angin yang menemani ketegangan antara mereka.

"Anyway, pastikan percakapan ini Fariz tak tahu. Hanya kita berempat saja," kata Natasha dengan tegas.

Mereka bertiga mengangguk perlahan, tanda setuju.

"Dan satu lagi untuk kamu berempat," Natasha menambah, memandang mereka satu persatu dengan serius. "Aku harap sangat, selepas ini, kamu semua berhenti daripada melakukan pembulian atau penindasan terhadap orang lain. Sebab manalah tahu, suatu hari nanti, orang yang kamu buli atau tindas itu akan menjadi seorang pendendam dan akhirnya membalas dendam terhadap kamu."

Dia berhenti sejenak, memberi masa untuk kata-katanya dihadam.

"Lagipun, lebih baik gunakan kelebihan yang kamu ada untuk menyelamatkan seseorang, bukannya menyakiti mereka," tambah Natasha sebelum berdiam diri, membiarkan suasana yang sunyi menegaskan maksudnya.

Natasha melihat ke skrin telefon bimbitnya. Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Dia segera berdiri, berniat untuk pulang kerana waktu sudah terlalu larut. Namun, langkahnya tiba-tiba terhenti.

"Hampir terlupa. Nanti, bila Fariz dah sedar, tolong beritahu dia... Aku menawarkan kita berlima untuk jadi teman," kata Natasha sambil memandang mereka dengan ekspresi serius, tetapi ada nada damai dalam suaranya.

"Tasha, tunggu!" panggil Arden. "Lebih baik kau balik dengan kami. Kami boleh hantarkan kau ke klinik untuk check-up bersama Fariz, dan lepas tu kami boleh hantar kau balik. Tak elok perempuan balik sendiri, apalagi dah tengah malam."

Natasha menoleh sambil tersenyum tipis. "No, thanks. Kenalan aku akan jemput aku nanti. Sementara tunggu dia, aku boleh duduk di tempat duduk yang ada di luar hutan ni," balasnya, suaranya tenang tetapi penuh kepastian.

Tanpa menunggu jawapan daripada mereka bertiga, Natasha kembali melangkah, meninggalkan mereka—VILE FOUR—dalam keheningan malam yang sepi.

Beberapa minit kemudian...

Natasha masih setia menunggu abangnya datang. Sementara itu, di sisi lain, sebuah kereta yang dipandu oleh Arden masih terparkir di kejauhan, seolah-olah sedang memerhatikan Natasha.

"Den, jomlah kita ke klinik. Buat apa kita nak diam di sini sambil perhatikan Natasha?" tanya David, sedikit bosan.

"Sabarlah. Takkan kita nak biarkan dia tunggu seorang diri, apalagi dah tengah malam. Kalau ada apa-apa yang buruk terjadi pada dia, kita juga kena bertanggungjawab," balas Arden dengan nada tegas.

Dalam sibuk mereka berdua saling berbalas kata, Ethan hanya diam di tempat duduk belakang, matanya terus memerhatikan Natasha melalui cermin tingkap kereta.

Beberapa minit kemudian...

Sebuah kereta berhenti tepat di hadapan Natasha. Seorang lelaki keluar dari dalam kereta tersebut dengan tergesa-gesa. Sewaktu Natasha ingin berjalan masuk ke dalam kereta, dia tiba-tiba memegang kepalanya, wajahnya menunjukkan rasa sakit yang teramat. Dalam sekelip mata, tubuhnya hampir rebah, namun lelaki tersebut dengan cepat menyambutnya sebelum dia jatuh ke tanah.

"Ethan! Apa yang berlaku?" tanya David, menyedari perubahan ekspresi Ethan yang tiba-tiba serius.

"Natasha dah dijemput oleh kenalannya, dan nampaknya dia dah balik. Tapi lebih baik kita ke klinik sekarang," jawab Ethan, suaranya tenang tetapi sedikit mendesak.

Arden masih kelihatan risau, matanya tidak lepas memandang ke arah kereta yang kini mulai bergerak pergi. "Aku masih tak rasa lega. Bagaimana kalau dia sebenarnya diculik? Atau sesuatu yang buruk berlaku pada dia?" katanya, penuh kebimbangan.

"Den, jangan terlalu paranoid. Kita dah tengok dengan mata sendiri yang dia dijemput oleh kenalannya," kata Ethan, cuba menenangkan Arden.

Namun, di sudut hati Arden, ada rasa tidak tenang yang sukar untuk dihilangkan.

Di sisi lain, Ardan fokus memandu, sebelah tangannya memegang erat tangan adiknya. Namun, tiba-tiba Natasha yang sudah sedar, merasa badannya agak sakit dan penat.

"Kita ke klinik dulu baru balik," ucap Arden dengan lembut.

"Balik rumah terus sajalah, tak perlu ke klinik. Nanti kita pasang plaster saja, sebab Tasha hanya lebam di wajah," balas Natasha, cuba memberi alasan.

"No, manalah tahu kalau ada cedera dalaman, so kena check juga," jawab Arden tegas, tidak mahu mengambil risiko.

Natasha mengeluh kecil. "Or maybe, Tasha tak nak ke klinik sebab masih trauma dengan jarum?" tanya Arden dengan nada bergurau, mencuit adiknya.

"Mana ada! Tasha sudah besar, buat apa nak takut j-j-jarum?" balas Natasha, sedikit tergagap.

"Iyalah tu, tak takut konon tapi tergagap-gagap waktu sebut. Inilah akibat cari masalah, sudah tahu takut jarum, nak juga terima tawaran merepek itu," ujar Arden sambil tersenyum nakal.

"Mana ada Tasha cari masalah!" balas Natasha, sedikit tersinggung.

"Jadi, yang lebam di wajah ini apa kalau bukan cari masalah?" tanya Arden dengan nada sinis.

"Yalah, siapa yang cari masalah, yang ada masalah itu yang cari Tasha," balas Natasha dengan wajah yang memuncung, buat gaya loya buruk.

Arden hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum melihat kelakuan adiknya. "Macam-macam lah Tasha ni," katanya dalam hati, tapi masih bersyukur dapat melihat senyuman adiknya walaupun dalam keadaan yang serba sedikit tegang.

10 minit kemudian...

Mereka akhirnya sampai di sebuah klinik yang masih buka 24 jam. Arden dengan cepat membukakan pintu kereta lalu, dengan penuh hati-hati, menggendong Natasha seperti pengantin ke dalam klinik. Natasha yang sedikit terkejut dengan tindakan abangnya itu hanya menggelengkan kepala sambil cuba tersenyum.

"Tasha, tahan sikit ya. Sikit lagi sampai," ucap Arden lembut, memastikan adiknya selesa dalam pelukannya.

Natasha hanya mengangguk, sedikit malu dengan perhatian berlebih dari abangnya. "Tak perlu la bawa Tasha macam ni. Nanti orang kata macam-macam."

Arden hanya tersenyum. "Biarlah, yang penting Tasha selamat. Kalau ada apa-apa, abang takkan biarkan."

Mereka berdua melangkah masuk ke dalam klinik, di mana seorang jururawat menyambut mereka dengan senyuman. "Ada apa yang boleh kami bantu?"

Arden menurunkan Natasha perlahan-lahan dan menjelaskan keadaan. "Dia cedera sedikit di wajah, lebam sana-sini. Mungkin perlu pemeriksaan lebih lanjut."

Jururawat itu mengangguk dan meminta mereka untuk duduk sementara menunggu doktor. "Doktor akan datang sebentar lagi. Sementara itu, boleh duduk di sini."

Natasha duduk di kerusi, masih agak malu dengan perhatian berlebihan dari abangnya. "Abang, Tasha okay je. Tak perlu susah-susah sangat."

"Tasha, lebih baik kita pastikan semuanya okay. Tak ada salahnya kalau kita berjaga-jaga," jawab Ardan sambil duduk di sebelah Natasha.

Natasha hanya menghela nafas panjang, tidak mahu berbalah. "Baiklah, abang. Tapi jangan terlalu risau."

Arden hanya mengangguk, sentiasa menjaga adiknya. Mereka berdua menunggu dengan tenang, berharap semuanya akan baik-baik saja.

Di ruang tunggu klinik, suasana agak tenang. Beberapa orang duduk di kerusi yang disediakan, menunggu giliran masing-masing. Di hujung ruang, seorang lelaki muda dan seorang wanita duduk bersebelahan, masing-masing tenggelam dalam fikiran mereka. Ardan, dengan wajah tenang dan postur tubuh yang tegap, duduk menanti sambil melirik ke arah adiknya, Natasha.

Natasha, yang mengenakan hoodie jacket milik abangnya, nampak gelisah. Hoodienya ditarik rapat ke atas kepala, cuba menutupi lebam di wajahnya yang jelas kelihatan walaupun dengan pakaian longgar itu. Ardan memerhatikan perubahan pada wajah adiknya, mengenali setiap gelagat kecil yang menggambarkan kegelisahan. Natasha mengelak dari memandangnya, seolah-olah ingin menyembunyikan kecemasannya.

Beberapa minit berlalu, akhirnya nama Natasha dipanggil. Dengan langkah perlahan, dia bangun dari kerusi, disusuli oleh Ardan yang memberi sokongan. "Natasha, jangan risau," kata Ardan, suara rendah dan menenangkan, tetapi Natasha hanya tersenyum canggung, cuba meyakinkan abangnya bahawa dia baik-baik saja.

Setibanya di bilik pemeriksaan, doktor wanita itu menyambut mereka. "Selamat datang, Natasha. Apa yang boleh saya bantu hari ini?" Doktor itu berkata sambil memeriksa rekod pesakit.

Natasha cuba untuk duduk dengan tenang di atas kerusi pemeriksaan, tetapi tangan yang sedikit gemetar menunjukkan kegelisahannya. Doktor tersebut memperhatikan lebam di wajah Natasha, yang tidak dapat disembunyikan sepenuhnya di bawah hoodie.

"Natasha, saya perasan ada lebam di wajah kamu. Boleh saya tahu apa yang berlaku?" tanya doktor dengan nada lembut, cuba untuk tidak mengganggu pesakitnya.

Natasha mengerutkan dahi seketika, mencari jawapan yang tepat. Rasa takut untuk menceritakan kebenaran melumpuhkan kata-katanya. "Oh, saya terjatuh tadi," jawabnya dengan suara yang sedikit teragak-agak, mengelak dari menceritakan kejadian sebenar. "Tak ada apa-apa, doktor."

Ardan yang berada di sebelah, memerhatikan adiknya dengan penuh perhatian. Meskipun Natasha cuba menutupinya, dia dapat merasakan ketegangan yang jelas di wajah adiknya. "Natasha, kalau ada apa-apa yang mengganggu, kamu boleh beritahu doktor," Ardan berkata dengan lembut, memberi dorongan tanpa memaksa. "Tak perlu takut," tambahnya, meskipun dia tahu bahawa adiknya tidak akan menceritakan apa yang sebenarnya terjadi.

Natasha tersenyum sedikit, cuba menutupi ketakutannya. "Saya... saya baik-baik saja, Abang," katanya dengan suara sedikit tersekat-sekat.

Tetapi, doktor itu masih memerhatikan Natasha dengan teliti. "Jika ada yang tidak kena, kami di sini untuk membantu," katanya sambil menulis sesuatu dalam rekod perubatan. Natasha mengangguk perlahan, berusaha untuk menutup rasa cemas yang semakin membesar dalam dirinya. Dia cuba sedaya upaya untuk kelihatan profesional, meskipun hatinya berdebar-debar, takut akan apa yang mungkin berlaku selepas ini.

Ardan memandang adiknya dengan pandangan penuh kasih sayang, tahu betapa dalamnya ketakutan yang dirasai Natasha. Dia hanya berharap agar adiknya akan merasa lebih baik setelah semuanya selesai.

Natasha yang duduk di kerusi pemeriksaan masih cuba menyembunyikan ketegangan dalam dirinya, walaupun senyuman kecil di wajahnya kelihatan seperti usaha yang sia-sia. Ardan, di sisi lain, terus memberi sokongan dengan kehadirannya yang tenang. Dia memegang tangan adiknya, memberikan sedikit kekuatan melalui sentuhan lembut.

Doktor itu kembali memeriksa wajah Natasha dengan teliti, memastikan tiada kesan yang lebih serius di bawah lebam-lebam itu. "Natasha, adakah kamu ada sebarang sejarah masalah kesihatan atau kecederaan sebelum ini?" tanya doktor dengan hati-hati, tidak mahu memaksa.

Natasha menggigit bibir bawahnya, berusaha untuk mengawal diri. "Tidak, doktor. Saya tak pernah ada masalah kesihatan," jawabnya perlahan, suara hampir tidak terdengar. Ardan menatap Natasha, tetapi tidak berkata apa-apa, kerana dia tahu adiknya terlalu keras kepala untuk mengakui kesakitan yang sebenar.

Doktor itu mengangguk dan memeriksa dengan lebih teliti lagi. "Baiklah, untuk sekarang saya akan beri ubat untuk mengurangkan bengkak dan lebam ini. Jika ada rasa sakit atau ketidakselesaan, datang semula atau hubungi kami," katanya sambil menulis preskripsi. "Tapi, pastikan kamu berehat dengan baik dan jaga diri."

Setelah selesai, doktor itu memberikan beberapa nasihat dan meminta Natasha untuk menunggu di ruang menunggu seketika, sementara preskripsi disediakan. Natasha bangun, kembali ke kerusi ruang menunggu bersama Ardan. Tanpa berkata apa-apa, Ardan menyelubungi bahunya dengan hoodie itu lebih rapat, masih berusaha untuk menjaga adiknya.

"Terima kasih, Abang," Natasha akhirnya bersuara, walaupun hanya dengan suara yang sangat lembut. "Sha cuma... Sha cuma tak nak susahkan abang," tambahnya.

Ardan memandangnya dengan penuh kasih sayang, tanpa kata. "Tasha, kamu tak pernah susahkan abang. Abang ada untuk kamu, selalu."

Mereka berdua duduk bersama, menunggu dengan tenang, meskipun perasaan di dalam hati mereka berbeza. Ardan tidak akan pernah membiarkan adiknya berhadapan dengan kesulitan sendirian. Dan Natasha, meskipun dia cuba menjaga dirinya, tahu bahawa abangnya adalah satu-satunya tempat yang dia boleh bergantung.

Setelah menerima ubat dan preskripsi dari doktor, Ardan segera menggendong Natasha lagi, memastikan adiknya tidak merasa cemas atau tertekan. Natasha, yang kini sedikit lebih tenang, tetap mengenakan hoodie jacket abangnya untuk melindungi wajahnya dari pandangan orang ramai, walaupun dia sudah diperiksa dan plaster telah dipasang pada lebamnya. Ardan berjalan dengan hati-hati, memastikan langkah mereka berdua stabil.

Saat mereka hampir keluar dari klinik, pintu utama terbuka, dan Fariz bersama VILE FOUR masuk, masih tidak menyedari kehadiran mereka. Keempat-empat lelaki itu terlihat tergesa-gesa, masing-masing kelihatan dengan wajah serius, namun mereka tidak melihat Ardan dan Natasha yang sedang beredar.

Ardan dan Natasha hanya sempat bertukar pandang, merasakan ketegangan di udara, tetapi mereka tetap melangkah keluar tanpa memberi perhatian pada Fariz dan VILE FOUR yang masuk. Walaupun pertemuan itu dekat, tiada satu pun dari mereka yang menyedari kehadiran yang lain.

Fariz dan VILE FOUR, yang fokus pada tujuan mereka, segera menuju ke kaunter pendaftaran tanpa melihat ke sekeliling. Mereka tidak tahu bahawa beberapa langkah di belakang mereka, Ardan dan Natasha, yang baru saja keluar, telah meninggalkan klinik tanpa disedari.

Setibanya di luar, Ardan membuka pintu kereta dan dengan berhati-hati meletakkan Natasha di tempat duduk. "Kita balik sekarang, Tasha," kata Ardan, mengucapkan kata-kata yang sudah tidak asing lagi bagi mereka berdua. Natasha mengangguk perlahan, sedikit keletihan, tetapi merasa lebih baik dengan kehadiran abangnya yang sentiasa ada untuknya.

Di dalam klinik, Fariz dan VILE FOUR masih terlibat dalam perbincangan mereka, dengan tidak tahu bahawa sebuah pertemuan tidak sengaja telah berlalu begitu sahaja.

Di dalam kereta, Natasha cuba untuk bersuara. "Abang, Tasha nak minta maaf… sebab kerana Tasha, abang jadi susah. Sekarang dah pukul 2 pagi, sedangkan abang ada meeting awal pagi. Abang mesti tak sempat nak berehat," ujar Natasha dengan nada bersalah.

Ardan yang sedang fokus memandu mengerling ke arah adiknya seketika. Mendengar kata-kata Natasha, hatinya terasa lapang. Dia gembira kerana sisi Natasha yang selama ini cuba ditutup oleh adiknya akhirnya muncul kembali. Dia sangat bersyukur kerana Natasha perlahan-lahan kembali menjadi dirinya yang dulu—lebih terbuka dan tidak lagi menyimpan semuanya sendirian.

Ardan tersenyum kecil sebelum menjawab, "Kalau sebab Tasha pun, abang tak kisah. Abang lebih risau kalau Tasha masih terus pendam semuanya seorang diri."

Natasha terdiam. Matanya tertumpu ke luar tingkap, melihat jalan yang lengang di waktu malam. Dia tahu abangnya benar-benar maksudkan kata-kata itu. Ardan bukan sekadar abang baginya—dia adalah tempat Natasha bergantung sejak kecil.

"Abang…" Natasha bersuara lagi, kali ini lebih perlahan. "Kalau suatu hari nanti… Tasha dah tak ada, abang akan okay tak?"

Ardan segera mengerutkan dahi, tangan yang memegang stereng sedikit menggenggam kuat. Dia tidak suka mendengar adiknya bercakap seperti itu.

"Apa maksud Tasha?" soalnya dengan suara lebih serius.

Natasha menggeleng kecil, tersenyum hambar. "Tak ada apa-apalah, Tasha cuma tanya."

Ardan menarik nafas dalam. Dia tidak suka arah perbualan ini, tetapi dia tahu Natasha mungkin masih menyimpan sesuatu di dalam hatinya.

"Jangan cakap benda bukan-bukan, Tasha," katanya tegas tetapi lembut. "Selagi abang ada, selagi itu abang akan pastikan Tasha okay. Dan Tasha takkan ke mana-mana, sebab abang takkan biarkan."

Natasha memandang abangnya dan senyum sedikit. Dia tidak menjawab, tetapi hatinya terasa lebih hangat dengan kata-kata Ardan.

Beberapa minit berlalu dalam keheningan, hanya bunyi enjin kereta yang menemani mereka. Akhirnya, Natasha bersandar di tempat duduk, matanya semakin berat. Letih mula menguasai dirinya setelah hari yang panjang dan penuh emosi.

Melihat Natasha hampir terlelap, Ardan melajukan sedikit pemanduannya. "Tidur dulu, Tasha. Nanti sampai rumah, abang kejutkan," katanya perlahan.

Natasha tidak menjawab, hanya mengangguk kecil sebelum matanya tertutup sepenuhnya.

Ardan menjeling ke arahnya seketika dan mengukir senyuman nipis. "Selamat malam, adik," bisiknya sebelum kembali menumpukan perhatian pada jalan di hadapan.