Bab 8: Tarian di Dewan Kristal

Malam itu, istana Midnight Sovereign Kingdom bersinar di bawah cahaya bulan purnama, mencerminkan keanggunan dan kemewahannya yang tidak terkira. Dewan Kristal, dewan terbesar dalam istana, dihiasi dengan candelier berkilauan, kain sutera ungu gelap, dan susunan bunga mawar hitam yang jarang ditemui. Para tetamu dari kedua-dua kerajaan vampir hadir dalam dewan utama ini, satu majlis rasmi yang diadakan untuk meraikan penyatuan antara dua kerajaan selepas perkahwinan Evelynn dan Adrien.

Evelynn berdiri di sudut dewan, matanya memerhati setiap pergerakan dengan penuh waspada. Gaunnya malam itu, merah darah dengan corak bersulam perak, membuatkan kehadirannya sukar untuk diabaikan. Namun, tiada yang lebih mencuri perhatian daripada tatapan dinginnya yang jelas tidak senang dengan acara ini.

Adrien pula, seperti biasa, tampil sempurna dalam sut hitam dengan hiasan perak. Dia berdiri di tengah keramaian, berbicara dengan tetamu yang menghormatinya, namun matanya kerap melirik ke arah Evelynn yang memerhatikannya dengan penuh jengkel.

"I hate the event like this." gumam Evelynn perlahan.

"Dan aku benci melihat wajah tegang kau sepanjang malam." balas Adrien yang tiba-tiba muncul di sisinya. "Cuba senyum sedikit, sayang."

Evelynn menjelingnya. "Kalau aku tersenyum, itu bermakna aku benar-benar ingin membunuh seseorang."

Adrien tersenyum sinis. "Good. Mungkin kita boleh menyingkirkan beberapa tetamu yang menjengkelkan."

Sebelum Evelynn sempat membalas, seorang pelayan menghampiri mereka. "Yang Mulia, sudah tiba masanya untuk tarian pertama kalian sebagai pasangan diraja."

Evelynn merengus perlahan. "Kau sengaja aturkan semua ini, bukan?"

"Oh, tidak sama sekali. Ini tradisi, sayang ku." jawab Adrien, menarik tangannya sebelum dia sempat melarikan diri.

Mereka melangkah ke tengah dewan, di mana alunan biola mula bergema. Semua mata tertumpu pada mereka ketika Adrien meletakkan tangannya di pinggang Evelynn, sementara dia pula meletakkan tangannya di bahunya dengan enggan.

"Kaki kau jangan berani pijak kaki aku." bisik Evelynn dengan amaran.

Adrien tersenyum miring. "Do you think I don't know how to dance? Aku sudah belajar berabad lamanya."

"Bagus. Kerana kalau kau pijak, aku takkan teragak-agak untuk patahkan kaki kau di depan semua orang."

Mereka bergerak dalam irama yang sempurna, walaupun mulut mereka sibuk berbalas sindiran. Dari luar, mereka kelihatan seperti pasangan yang harmonis, tetapi sesiapa yang cukup dekat pasti dapat menangkap ketegangan yang membara di antara mereka.

"Kau tahu, Evelynn, semakin hari aku semakin menikmati perkahwinan ini." ujar Adrien, matanya berkilat dengan sesuatu yang sukar ditebak.

Evelynn mengangkat kening. "Oh? Dan kenapa pula?"

Adrien menariknya lebih rapat, membuatkan Evelynn sedikit terkejut. "Kerana kau satu-satunya yang berani membantah aku tanpa rasa takut. Itu… menghiburkan."

Evelynn menggertakkan gigi, menahan dirinya daripada menghentak kaki Adrien di depan khalayak. "Kau memang menjengkelkan."

"Dan kau pula menawan ketika marah."

Muzik berhenti, dan mereka melepaskan satu sama lain, masing-masing masih dengan senyum sinis di bibir. Para tetamu bertepuk tangan, memuji keserasian mereka yang nampaknya sempurna padahal hakikatnya, tarian itu hanyalah medan perang kecil di antara mereka.

Ketika mereka melangkah keluar dari tengah dewan, Evelynn bersuara perlahan. "Jangan fikir kau menang kali ini."

Adrien ketawa kecil. "Sayang, dalam permainan ini, kita berdua tahu tiada siapa yang benar-benar menang."

Namun, jauh di dalam hati mereka, kedua-duanya mula sedar bahawa permainan ini semakin sukar untuk dipisahkan dari realiti. Dan itu, lebih menakutkan daripada segala perang yang pernah mereka hadapi.