Naluri Yang Tak Pernah Padam

Malam itu Safiyah tidak dapat melelapkan matanya. Dia tidak terbiasa membiarkan anak kecil itu tidur sendirian. Dia melangkah menuju ke kamar Ayash. Dia mesti tidur bersama Ayash fikirnya. Macam mana kalau dia tak sedar Ayash merengek? Macam mana kalau Ayash lemas tertindih kain lampin? Macam mana kalau...

Berbagai pertanyaan yang hadir di benaknya. Dia takut kehilangan buat kali kedua. Akhirnya Safiyah berada di dalam bilik Ayash. Sosok kecil itu masih lena di atas katil. Wajah bersihnya tenang dan mendamaikan. Perlahan-lahan Safiyah menghampiri Ayash dan berbaring di sebelahnya.

Tidak lama kemudian, Ayash merengek. Kepalanya bergerak-gerak seolah-olah mencari sesuatu. Safiyah tahu, Ayash mahukan susu ibu. Safiyah mendukung Ayash dalam dakapannya. Memberi ketenangan pada tubuh kecil itu. Ayash menguiskan mukanya di dada Safiyah. Dan Safiyah tahu apa yang Ayash mahukan.

Safiyah masih berusaha untuk menenangkan Ayash.

Dia memeluk tubuh kecil itu penuh kehangatan. Tapi wajah Ayash tetap resah walaupun tangisnya sudah mulai reda.

Dia tahu Ayash sedang lapar. Sudah dua kali Mak Senah cuba beri susu formula, tapi Ayash tetap menolak.

"Dia tak nak botol Fie." Mak Senah bersuara dari muka pintu.

"Ayash tak nak susu formula. Sejak mak dia pergi, dia memang susah nak minum susu."

Safiyah masih lagi memeluk erat tubuh Ayash. Tangis Ayash mulai memecah. Nafasnya mulai tidak teratur. Dia menggeliat, mencari sesuatu. Satu-satunya sumber ketenangan yang dia kenal sejak lahir. Susu ibu.

"Ya Allah.. apa aku nak buat ni.. aku bukan ibunya.."

Tapi dada Safiyah sudah mula terasa berat. Nalurinya memberontak. Tubuhnya seolah-olah mengerti kehadiran bayi ini. Rasa hangat mula menyelinap ke seluruh tubuhnya.

Dia memandang wajah Ayash.

Dia tahu. Dia tidak boleh membiarkan anak ini terus lapar dan menangis. Walaupun dia bukan ibu kandung. Tapi naluri seorang ibu tidak pernah padam.

Tangannya bergerak perlahan, membuka butang baju bahagian atas. Dia letakkan bayi itu didadanya, dengan hati yang bergetar. Mata Ayash terbuka sedikit, lalu mulut kecil itu mencari dan menangkap lembut.

Safiyah menarik nafas dalam.

Dan ketika Ayash mulai menyusu dengan rakus dan tangisannya mulai reda. Air mata Safiyah gugur tanpa henti.

"Anakku bukan dari darahku, tapi dari takdirku."

Setiap sedutan dari mulut kecil itu seperti menarik keluar luka lama dari dadanya. Dia menangis dalam diam. Tangannya mengusap lembut rambut halus Ayash. Tubuhnya menggigil. Bukan kerana kedinginan. Tapi kerana perasaan yang dia sangka telah mati, kini kembali hidup dengan kuatnya.

"Awak buat dia diam."

Suara Haris mengejutkan Safiyah.

Dia segera berpaling.

Lelaki berkemeja biru gelap itu sedang berdiri di muka pintu. Wajahnya tegas. Matanya tajam. Tapi tatkala melihat anaknya lena dalam pelukan Safiyah, ekspresi wajahnya berubah.

"Maafkan saya, saya tak berniat untuk.." Belum sempat Safiyah menghabiskan bait-bait ayatnya. Haris mencela.

"Tak pa, saya ok. Saya tak marah awak." Kedinginan yang tadi tiba-tiba terasa menghangatkan. Nyaman. Tenang dan damai sekali.

Haris melangkah masuk ke dalam kamar. Mak Senah sudah beransur setelah Ayash mulai tenang tadi. Haris memandang wajah anaknya. Ada luka yang amat dalam. Kesedihan jelas terpancar di wajah itu. Terselindung di sebalik ketegasan.

"Saya tak pernah tengok Ayash setenang ini. Biasanya dia akan menangis sepanjang malam." Haris bersuara lagi. Wajahnya yang letih dan sugul itu menggambarkan perasaan dihatinya saat ini.

Safiyah menepuk lembut belakang bayi Ayash.

"Kadang-kadang, bayi tak perlukan banyak. Cuma pelukan dan kasih sayang yang tulus." Safiyah meluahkan yang terbungkam dihatinya.

Sejenak, suasana menjadi sepi. Hanya bunyi jam yang berdetak halus dan helaan serta hembusan nafas bayi yang sedang lena.

Kali ini, pandangan Haris terhadap Safiyah bukan sekadar pengasuh anaknya. Tapi sebagai wanita yang membawa sinar dalam hidup mereka berdua.