Bab 2 : Awal Mula

Tubuhnya terasa dingin, kepala berdenyut, dan pandangannya kabur. Perlahan, rasa tidak nyaman itu surut satu demi satu. Saat kesedaran kembali, Finn mendapati dirinya terbaring di tengah hutan yang rimbun. Malam gelap menambah suasana seram—bayangan pohon bergoyang ditiup angin seperti makhluk mengendap-endap dalam diam. Dunia ini asing. Dia tidak tahu apa yang menantinya jika bertindak ceroboh.

Tanpa membuang waktu, Finn berdiri meskipun gelap gulita menyelubungi. Baru beberapa langkah, suara halus menyapa dari dalam kepalanya.

“Finn…”

Finn segera berjaga, tubuhnya bersiap dalam posisi bertarung. “Siapa?!”

Terdengar tawa tipis—lembut namun tak asing. Finn menebak, “Rafaila? Itu kamu?”

“Ya, ini saya,” jawab suara itu—suara sang dewi yang mengutusnya ke dunia ini.

Finn menghela nafas lega. “Kukira musuh… atau binatang liar. Jujur, aku takut. Aku bahkan tak tahu apa yang harus kulakukan.”

“Tenang. Aku hanya hadir melalui telepati. Ini satu-satunya cara untuk berkomunikasi dari jarak jauh, tapi penggunaannya mahal.”

“Mahal? Jangan bilang komunikasi macam ini pun ada kosnya.”

“Ya. Semakin jauh jaraknya, semakin banyak mana yang digunakan. Tapi ini penting, jadi aku perlu jelaskan beberapa hal dulu tentang sihir dan skill.”

Finn mengangguk. “Baiklah. Aku siap. Tapi kenapa tak bagi tahu semua tu semasa di bilik putih tu?”

“Hehe... saya lupa~”

“Hah?! Ya sudahlah. Tolong jelaskan konsep sihir dan skill padaku.”

**“Yosh! Pertama sekali, bayangkan sihir seperti aliran air dalam tubuhmu. Kamu bebas melepaskannya dari mana-mana—tangan, mata, bahkan kaki—tapi untuk pemula, fokuskan ke telapak tangan. Kamu perlu tahu dua perkara: bagaimana mengalirkannya dan apa yang ingin kamu bentuk.

Kalau bayanganmu jelas, hasilnya tepat. Tapi kalau kabur… biasanya akan keluar sihir air secara automatik.”**

“Kenapa air?” tanya Finn ingin tahu.

“Kerana sihir itu seperti aliran. Dan bila kau membayangkan ‘aliran’ tanpa bentuk yang pasti, otakmu secara refleks akan kaitkan dengan air. Jadi, sihir pertama bagi pemula hampir selalu air.”

Finn memerhati telapak tangannya, matanya bersinar penuh minat. “Menarik... Next?”

“Skill pula diakses melalui ‘penanda’ di tangan kirimu—seperti jam putih. Alirkan mana ke sana dan sistem akan muncul. Kau boleh melihat status, skill aktif, dan potensimu. Lepaskan skill bila-bila masa, selagi ada cukup mana.”

“Terima kasih. Ini sangat membantu.”

Dan satu perkara lagi.”

“Kau tahu skill [Nyarlathothep] tu? Sebenarnya, itu bukan sekadar skill biasa. Ia berasal dari sihir kuno—tapi sudah diubah suai menjadi skill, supaya kau lebih mudah menggunakannya.”

Finn mengerutkan dahi, masih cuba mencerna segalanya.

“Seperti yang aku cakap tadi,” sambungnya, “membayangkan adalah kunci utama dalam sihir. Semakin rumit bayangan kau, semakin susah sihir itu nak dilepaskan. Kau juga perlu kawal aliran mana dengan tepat. Kalau sihir ini diberikan dalam bentuk asal, tanpa diubah jadi skill… kau mungkin perlukan lima, lapan, atau mungkin sepuluh tahun untuk benar-benar menguasainya.”

“Lama sangat tu…” gumam Finn perlahan.

“Memang. Sebab tu Nyarlathothep diubah jadi skill. Ia direka khas untuk sesuai dengan gaya bertarung kau. Ia kuat, tapi bukan ‘kuat secara mutlak’. Kau tetap kena belajar kendalikannya satu demi satu.”

“Ada tiga kemampuan utama dalam skill tu: Ilusi, Menyamar, dan Copy. Tapi kau jangan gelojoh. Pelajari satu persatu, faham betul-betul.”

Finn mengangguk perlahan. Namun hatinya masih ingin tahu.

“Tapi… apa beza sebenar antara skill dengan sihir?”

Nada Rafaila seakan menunjukkan dia tersenyum sedikit, seakan sudah menjangka soalan itu.

“Bezanya terletak pada cara melepaskan serangan.”

“Bayangkan ada dua orang—kedua-duanya pengguna elemen air. Tapi seorang guna skill, seorang lagi guna sihir. Kedua-duanya masih di tahap pemula.”

“Orang pertama, pengguna skill, hanya perlu bayangkan bentuk serangannya dan salurkan mana ke kawasan yang ia inginkan. Boom. Serangan terus keluar—pantas dan tepat.”

“Orang kedua pula, pengguna sihir, dia kena jaga aliran mana sambil membayangkan serangan secara terperinci dalam fikirannya. Proses tu lambat, dan selalunya serangannya tak seakurat atau sekuat pengguna skill.”

Rafaila bertanya dengan nada serius seolah memandang Finn.

“Jadi, faham sekarang?

" Faham ! " Finn membalas secara spontan seperti anak yang ditegur oleh ibunya

“Kita akan berbicara lagi nanti. Jaga dirimu.”

---

Dengan ilmu baru itu, Finn duduk bersila dan mula belajar. Dia cuba memvisualisasikan aliran sihir, tapi semuanya terasa asing. Dia mencuba berbagai teknik—bahkan menggenggam tanah dan daun untuk ‘merasakan’ mana di sekelilingnya.

“Sihir cahaya… terlalu rumit. Api dulu,” gumamnya.

Malam berlalu entah berapa lama. Tangan Finn bergetar, matanya hampir layu—namun semangatnya belum padam. Akhirnya, percikan api menyala di telapak tangannya. Kecil, seperti api lilin. Namun cukup untuk menerangi sekitarnya.

Finn tersenyum, penuh rasa puas. “Akhirnya…”

Dengan api kecil itu, dia menyusuri hutan dan membuka sistemnya. Ada beberapa skill yang muncul:

1. [Buff Sementara] – meningkatkan kecepatan selama beberapa detik dengan penggunaan mana.

2. [Intimidasi] – menakutkan makhluk berlevel lebih rendah.

3. [Craftsman] – memberi kemampuan membuat dan menggunakan alat asas seperti kapak, skop, serta membuat perabot dan pakaian.

“Skill bertahan hidup, huh… Boleh tahan juga,” bisiknya. Namun tiba-tiba, terdengar suara gaduh dari kejauhan.

Finn menyelinap ke balik semak dan mengintip.

Beberapa manusia sedang dikepung oleh makhluk-makhluk aneh. Tubuh mereka kekar, bersenjata kayu dan pedang. Seakan mempermainkan para manusia, mereka tertawa bengis. Di tengah-tengah manusia itu, seseorang berjubah hitam dilindungi oleh yang lain.

Finn ingin menolong—tapi dia tahu batas dirinya.

Sialnya, suara langkah kaki terdengar dari belakangnya. Satu makhluk, dan jaraknya dekat. Terlalu dekat.

Dengan napas tertahan, Finn menyelinap ke semak lebih dalam. Untung, makhluk itu hanya lewat.

Namun tubuh makhluk itu besar. Tingginya mungkin 3 meter dengan otot seperti raksasa dari mitos.

Finn kembali mengintip. Di antara keraguan dan rasa ingin tahu, dia membuka sistemnya sekali lagi. Kini, satu skill baru muncul di bawah tab [Gift]:

[Nyarlathothep – Ilusi | Menyamar | Copy]

“Aku ingat ini… Skill dari Rafaila... Tapi aku belum baca semua.” Dia hanya sempat lihat dua cabangnya—Ilusi dan Menyamar.

Namun saat dia sedang fokus, matanya bertemu dengan mata salah satu makhluk.

Terlambat.

Makhluk itu meraung dan memberi isyarat. Semua mengarah kepadanya.

Finn terlonjak. “ARGHH!! Baru spawn, dah kena hadap benda ni?!”

Dengan strategi hit and run, dia manfaatkan hutan sempit dan buff kecepatannya. Satu demi satu musuh tumbang. Yang terakhir cuba lari, tapi Finn menghabisinya tanpa belas.

Dia mengikat lukanya dengan kain dari baju makhluk itu. “Kalau tempat ini lapang, memang arwah aku tadi...”

Tapi saat dia melangkah ke arah kumpulan manusia… muncul makhluk besar yang lain.

Lebih besar. Lebih cepat. Dan jauh lebih ganas.

Ayunan pertamanya menghancurkan tanah. Finn tergamam.

“Badan sebesar itu… tapi secepat ini?!”

Beberapa cubaan Finn tak mampu menembus kulit makhluk itu. Kemudian…

“KRAKK!!”

Pukulan itu mendarat tepat di rusuk.

Finn terlempar dan memuntahkan darah. Pukulan berikutnya menghancurkan lengannya. Dagingnya koyak, darah meleleh, dan tulangnya kelihatan—seperti daging cincang. Hancur lebur. Tanpa bentuk manusia.

Sakitnya… luar biasa.

“UGHHHHH!!! SAKIT!! SAKITTT!!! RAFAILA!! DEWI!!! AKU TAK MAU MATI!!! AAAARGGHHHH!!!”

Finn mengerang—dengan tubuh lunyai.

Dalam detik itu, dia menyesal.

“Kenapa aku bodoh sangat?! Mengintip?! Menolong orang?! Sok-sok jadi pahlawan pula?!”

“Baik aku lari saja tadi…”

Rasa ingin menyerah membelenggu. Ini bukan dunia game. Ini dunia nyata.

Namun...

“Aku... masih hidup...”

“Aku belum kalah...”

Langkah-langkah berat mendekat.

Duk duk duk duk duk.

Derap kaki kuda.

Pasukan berkuda muncul dan menyerang. Namun makhluk itu tangguh—hingga seorang pahlawan turun dari kudanya. Zirah kelabu gelap, pedangnya ringan namun tajam. Gerakannya tenang.

Makhluk itu menyerang, namun ditepis dan ditebas—terus lumpuh.

Saat cuba melarikan diri, satu tebasan memotong kepalanya dua.

“Mahu lari setelah buat kacau di wilayah Puan Shina? Hina.”

Pasukan berkuda menemui Finn—masih hidup, meskipun mustahil.

Mereka membawanya dengan hati-hati.

Tak seorang pun faham bagaimana dia masih bertahan.

Finn hanya memejam mata. Dalam hatinya...

Dia bangga kerana bertahan. Namun juga... malu. Kerana dia sempat berfikir untuk melarikan diri dan meninggalkan manusia-manusia itu.

Untuk pertama kalinya dalam hidup—baik yang dulu mahupun kini—Finn merasakan sesuatu yang benar-benar nyata:

Dia hidup. Dia manusia. Dan dia belum menyerah.