Rumah agam itu berdiri megah di tengah kawasan berpagar. Pintu pagar automatik terbuka perlahan, seolah-olah menyambut Safiyah Alia dengan penuh ketenangan. Dia melangkah masuk dengan jantung yang berdegup laju. Perasaan cemas dan gugup bercampur baur dihatinya.
"Masuklah Safiyah. Dalam rumah ni tak ada orang lain. Hanya Mak Senah, anak Encik Haris dan Encik Haris jer. Jom Mak Senah bawak Safiyah jumpa dengan Encik Haris." Mak Senah mempelawa dengan ramah.
Safiyah hanya mengangguk menurut. Tangannya menggenggam erat beg pakaiannya, seolah-olah itu sahaja harta yang dia miliki sekarang. Matanya melilau memerhati hiasan di dalam rumah agam itu. Kelihat luas dan bergaya moden. Sangat jauh berbeza dengan kehidupannya yang lalu.
"Encik Haris, Safiyah." Ujar Mak Senah seusai menghampiri Encik Haris yang sedang berdiri berhampiran dengan sofa sambil tanganny memegang telefon bimbit yang ditekapkan ditelinga. Hanya tangannya memberi isyarat agar Safiyah tunggu sekejap sementara dia sedang berbicara di hujung talian.
Sedikit-sedikit Safiyah mengintai wajah pemilik nama Encik Haris Iskandar itu. Sedikit rasa takut menjengah diruang hatinya. Sosok gagah itu ternyata memiliki paras rupa yang menarik. Dengan ketinggian kira-kira 170CM atau mungkin lebih.
"Boleh tahan kacak dan berharta. Tapi kenapa masih ada wanita yang sanggup tinggalkan lelaki macam ini?" Kehairanan hanya membungkam dihatinya.
"Silakan duduk." Encik Haris mulai berbicara seusai selesai urusannya dihujung talian.
"Ehhh, tak mengapa. Saya..." Belum sempat Safiyah menghabiskan kata-katanya. Encik Haris mencela.
"Anak saya ada dekat atas. Dia baru saja terlena. Bilik awak bersebelahan dengan bilik Ayash. Nanti Mak Senah tolong tunjukkan pada awak." Bicara Encik Haris sedikit hambar. Wajah Safiyah sama sekali tidak dipandang olehnya.
"Mak Senah, mungkin saya balik lambat hari ni. Tolong jagakan rumah dan Ayash." Sambung Encik Haris lagi. Kali ini dia sudah mengangkat punggung bersedia untuk pergi.
"Baik Encik Haris."
"Terima Kasih Mak Senah. Saya pergi dulu."